Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 28 December 2007

TAHNIAH ... BUAT CALON PMR 2007

Tahniah kepada semua ahli Pengakap yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2007. Kepada yang kurang berjaya.. PMR bukanlah noktah untuk anda.. Usaha lagi... Kerana tanpa usaha pasti kejayaan tidak akan kunjung tiba...
Seperti pepatah Melayu...

Yang Pipih Tidak Datang Melayang...
Yang Bulat Tak Datang Bergolek...

Sunday 9 December 2007

MENGENALI PEMIMPIN KITA....


2008 KE ARAH KEGEMILANGAN KEPENGAKAPAN DAERAH HULU TERENGGANU


Insya'allah... Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu akan merangka dan menganjurkan beberapa siri Kursus Kepimpinan dan juga aktiviti kepengakapan yang bakal memberikan cabaran serta pengetahuan kepada semua peringkat ahli Pengakap samada dari segi pemimpin ataupun ahli pengakap sendiri (Pengakap Kanak-Kanak/Muda/Remaja/Kelana).

Dijangkakan Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu akan melaksanakan Kursus Kepimpinan Manikayu Modula A dan B sebagaimana yang telah digariskan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negara.

Di samping itu juga satu siri Kursus Kepimpinan Muda yang akan diadakan dengan menfokuskan penyertaannya kepada bakal-bakal pemimpin yang terdiri dari ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana. Satu aktiviti puncak juga dirancangkan untuk menyemarakan lagi aktiviti kepengakapan di daerah ini iaitu Kempori Pengakap Kuala Berang yang masih belum diputuskan lokasinya.

Antara lokasi yang masih dibincangkan ialah Kem Perda Belukar Bukit (Milik Pengakap) atau Taman Pertanian Sekayu.

Jadi kita tunggulah... Semoga yang difikir, dirancang akan dapat dilaksanakan pada tahun 2008...

KOLOKIUM PESURUHJAYA PENGAKAP MALAYSIA 2007

Kolokium Pesuruhjaya Pengakap Malaysia 2007 yang telah diadakan selama lima hari pada tanggal 10hb - 14hb Disember 2007, bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.
Seramai 206 orang peserta telah menyertai kolokium tersebut. Peserta kolokium terdiri daripada Pesuruhjaya Ibupejabat, Negeri dan Daerah, ia juga turut disertai oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri dan Daerah serta ahli-ahli Pengakap Kelana. Peserta kolokium dari daerah Hulu Terengganu terdiri dari dua orang iaitu Encik Yusof bin Endut (Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Hulu Terengganu) dan Encik Mazlan bin Abd Manap (Penolong Pesuruhjaya Daerah - Setiausaha Program).
Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd Shafie bin Mohd Salleh (Ketua Pengakap Negara).
Setiap lapisan tellah digesa supaya dapat mempertingkatkan lagi keahlian pengakap agar dapat mencapai sejuta ahli menjelang 2010 nanti serta memperkasakan kepengakapan.
Amatlah diharapkan semua Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Terengganu dapat meningkatkan komitmen ke arah menggembeling tenaga dan minda demi memperkasakan pengakap setanding dengan kemajuan dan pembangunan negara.

Thursday 6 December 2007

KEMPORI MUHIBBAH KALI KE-14

Anggota Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu
bergambar ramai-ramai selepas majlis perasmian penutup.

30 November - 5 Disember : Seramai 38 orang ahli Pengakap Muda/Remaja/Kelana bersama 11 orang pemimpin Pengakap Negeri Terengganu yang telah diketuai oleh Encik Rosley Mat Hasan (PPPN-Kelana) menyertai Kempori Muhibbah Kali Ke-14 yang bertempat di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Penyertaan kempori ini keseluruhannya lebih kurang 1250 orang. Negeri-negeri yang telah menghantar penyertaan ialah Johor, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Sarawak, Terengganu WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Manakala penyertaan dari luar pula ialah Indonesia (6 Kontinjen), Singapura dan Thailand (2 daerah). Perkhemahan ini juga telah dibantu oleh 400 orang ahli Kelana seluruh WP Kuala Lumpur dan juga Kelana IPT (UNITEN, UMT, UDM dll).

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk istana negara

Di samping menjalankan aktiviti kempori para peserta juga berpeluang untuk menambah kenalan dari seluruh negara dan juga asia tenggara. Pelbagai budaya telah diperkenalkan di sepanjang kempori melalui persembahan malam kebudayaan yang diadakan setiap malam.

TERIMA KASIH ... Kepada Dato' Setiausaha kepada Perdana Menteri kerana memberikan jamuan makan malam di Pusat Belia Antarabangsa

Peserta juga dibawa mengembara ke serata Bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki pelbagai kenderaan seperti lori DBKL, LRT, bas dan pelbagai lagi.


Designed by Najjah Indahart