Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday, 27 September 2008

Salam Aidilfitri Wal Faizin 1429 Hijriah...

Selamat Menyambut
Hari Raya Aidilfitri Wal Faizin
Buat
Semua Ahli Pengakap Muslimin dan Muslimat
Seluruh Nusantara

Semoga Silaturrahim yang Terjalin terus Tersimpul Erat

di Samping Menyambut Kehadiran 1 Syawal 1429

di Sebalik Pemergian Ramadhan 1429

dari

AKELA QUBERSCOUT SEKELUARGA
dan
Warga QUBERSCOUT

Maaf Zahir dan Batin...

Thursday, 25 September 2008

Membersih dan Ziarah ke Kubur Tingkatkan Rasa Kesedaran Keinsafan


MELAKUKAN perkara berfaedah dan bermanfaat di sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak sudah pasti akan dapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah Subahanahu Wata'ala.

Apa lagi kerja-kerja yang dilakukan itu dibuat secara bergotong-royong atau bermuncang-mucang setentunya akan mewujudkan perasaan muhibah serta dapat menyemai sikap tolong-menolong antara satu sama yang lain.

Kerja bergotong-royong itu termasuklah membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam yang diungkayahkan oleh pasukan-pasukan keselamatan beruniform, pertubuhan-pertubuhan sukarela serta pihak keluarga yang telah pergi menghadap Ilahi dan orang-orang perseorangan merupakan amalan yang sememangnya dituntut dalam Islam.

Alhamdulillah, kese-daran umat Islam di negara ini melibatkan diri dalam kerja-kerja berkebajikan seumpama itu apabila menjelangnya bulan yang mulia amatlah ketara, seolah-olah dijadikan trend atau budaya.

Sudah menjadi suatu kelaziman dan dianjurkan dalam Islam untuk membaca Surah Yaa Siin dan diiringi dengan tahlil beramai-ramai diadakan setelah sempurnanya kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan dilakukan.

Agama Islam yang sempurna telah mengajarkan umatnya untuk hidup saling bersaudara, bantu-membantu dan hormat-menghormati sesama manusia, tidak kira sama ada seseorang itu masih hidup atau telah meninggal dunia.

Dalam pada itu agama Islam juga telah menganjurkan dan mengajarkan cara untuk menghormati mereka yang telah meninggal dunia iaitu dengan melakukan ziarah ke tanah perkuburan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, amalan menziarahi kubur merupakan amalan yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini dan amalan tersebut semakin bertambah dalam bulan Ramadan dan di pagi Hari Raya Aidilfitri.

Ziarah ke tanah perkuburan ini, pada hakikatnya tidaklah tertumpu pada bulan Ramadan atau bulan Syawal sahaja, akan tetapi kita digalakkan berziarah ke tanah perkuburan pada bila-bila masa. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah yang maksudnya:

"Dari Abi Mas'ud Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzihadkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.''

Amalan ziarah kubur ini mempunyai tujuan dan hikmatnya tersendiri, antaranya ialah supaya dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebab mengikuti sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Di samping itu, berziarah ini juga akan menerbitkan perasaan insaf dan taubat di dalam hati tentang menghadapi hari kematian, alam kubur dan alam akhirat iaitu dengan muhasabah diri, adakah amalan kita sudah mencukupi untuk dijadikan bekal di dalam alam barzakh dan alam akhirat.

Selain itu, berziarah kubur juga jika difahami dan dihayati tujuannya, akan mengingatkan kepada kita asal usul kejadian kita yang berasal dari tanah dan kepada tanah juga kita akan dikembalikan.

Dengan penghayatan sedemikian, insya-Allah akan menggamit rasa hati dan kesedihan serta dapat melembutkan kekerasan hati, yang akan melahirkan kesedaran untuk melakukan segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya.

Ziarah kubur juga bertujuan berlaku ihsan terhadap penghuni kubur, lebih-lebih lagi kepada roh kedua-dua ibu bapa kita dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, memohon doa agar dilimpahi dengan rahmat, pengampunan dan keafiatan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Perlulah diketahui bahawa permohonan doa anak yang soleh itu sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia akan diterima serta ditulis oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagai anak yang taat kepada ibu bapanya, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang salih yang mendoakan baginya.''

Semogalah amalan yang mulia ini akan diteruskan lebih-lebih lagi dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak yang mana Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan banyak ganjaran pahala di dalamnya.


Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar

dipetik dari:www.brunet.bn/news/pelita/11okt/rencana.htm

MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP XVII (17) 2008

Gimik Pelancaran...dari kiri, YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I KDN/KA, Y.Bhg Dato' Adnan bin Rofiee, Ketua Pegawai Operasi TM Retail dan YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan.

Shah Alam - 23 September 2008 : Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah melancarkan kempen tahunan Ops Sikap yang akan berlangsung dari 23 September sehingga 8 Oktober 2008. Kempen Ops Sikap XVII (Ke 17) ini dilancarkan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I KDN/KA di Dataran Shah Alam.


Hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Y.Bhg Dato' Adnan bin Rofiee, Ketua Pegawai Operasi TM Retail, YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, mantan Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Dato' Zaini bin Diman, Pengurus Besar TM Selangor, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah dan Pegawai-pegawai Kanan Telekom Malaysia Berhad.


Tahun ini merupakan tahun ke - 11 berturut-turut TM mengambil bahagian sebagai penaja di Ops Sikap. TM telah menyumbangkan sejumlah RM250,000.00 bagi menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan menyediakan bahan-bahan publisiti merangkumi 7,000 poster, 100 bunting, 50 kain rentang, 8,000 pelekat kereta, 30,000 pelekat motosikal dan 10,000 Buku Maklumat Trafik PDRM.


Kempen keselamatan jalan raya Ops Sikap ini diadakan di seluruh negara setiap tahun pada musim-musim perayaan untuk mempromosikan cara pemanduan yang berhemah dan bersopan santun di kalangan pengguna-pengguna jalan raya. Kempen tahun ini bertemakan 'Pandu Berhemat, Semua Selamat' akan memfokus kepada etika pemanduan yang selamat dan keselamatan jalan raya.


Bersempena dengan pelancaran Ops Sikap XVII, PDRM turut melancarkan talian bebas-tol Ops Sikap iaitu 1800 88 2677 yang disumbangkan oleh TM. Para pengguna jalanraya boleh menggunakan talian tersebut untuk melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, meminta bantuan dan mendapatkan laporan jalanraya.


Ops Sikap XVII (Ke 17) ini akan lebih menekan kepada pendekatan secara 'Creative Enforcement' iaitu :-

1. Advocacy - Melalui tindakan saman dan nasihat.

2. Time Travel Advisory - Maklumat Trafik mengenai waktu puncak dan waktu selesa untuk panduan pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka dengan lebih awal. Ianya dilakukan dengan kerjasama media elektronik.

3. Sector Concept - mempertingkatkan penekanan, penguatkuasaan 'Perception Of Being Caught (POBC)' terhadap motosikal, motokar dan pejalan kaki di sektor Ops Sikap yang ditetapkan.

4. Intellegent-Led - Memfoluskan kawasan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan kemalangan.

5. Signages - Memaparkan papan tanda yang jelas, contohnya 'Zon Perangkap Had Laju'.


Strategi dan penguatkuasaan sepanjang Ops Sikap ini adalah berterusan dan dilakukan secara 'Overt And Covert'. Namun begitu, PDRM masih mengekalkan strategi yang digunapakai sebelum ini, iaitu melalui pemantauan bas secara penyamaran, membuat rondaan menyeluruh terutama di kawasan 'Accident Prone Area' dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) serta pemantauan melalui 19 menara pemerhati Polis di jalan-jalan persekutuan dan juga lebuhraya.


Sempena pelancaran tersebut, TM dan PDRM turut menganjurkan karnival dari 21 sehingga 23 September 2008 bertempat di Dataran Shah Alam. Antara gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian termasuklah TM, yang mempamerkan produk dan perkhidmatan TM dan juga gerai pameran PDRM yang menyediakan sebuah kaunter untuk semakan dan pembayaran saman.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DI MUSIM PERAYAAN BERHATI-HATI
PANDU BERHEMAH, SEMUA SELAMAT


Petikan dari laman web PDRM:

Tuesday, 23 September 2008

LAMAN PILIHAN AKELA ... WEBSITE PPM

TAHNIAH... Kepada Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia kerana telah berjaya membina website rasmi. Harapan AKELA dan juga warga Pengakap seluruhnya, semoga website ini dapat dikemaskini sentiasa dengan informasi yang terkini serta bermaklumat. AKELA juga berharap, laman PPM ini akan mempereratkan hubungan silaturrahim Pengakap seluruh negara (terutamanya yang celik IT). Cuma jangan nanti "website" atau "weblog" ahli Pengakap lebih terkini serta bermaklumat dari website PPM. Tahniah sekali lagi kepada warga kerja "website" PPM.



AKELA : Terima kasih kepada 9W2 SLK, atas informasi yang anda berikan berkaitan laman ini... Nampaknya, weblog kami ni dipantau anda sentiasa...

Sunday, 21 September 2008

Friday, 19 September 2008

ASEAN JAMBOREE 2008


MOTTO
“SATU HATI, SATU JANJI, SATU BUMI ASIA TENGGARA”

TEMA
“DEVELOPING BROTHERHOOD AND CULTURAL UNDERSTANDING”
(MEMBANGUN PERSAUDARAAN DAN PEMAHAMAN BUDAYA)

SUB TEMA
PERSAUDARAAN MENUJU PERDAMAIAN
DAN
KESEJAHTERAAN MASYARAKAT ASIA TENGGARA

TEMPAT
BUMI PERKEMAHAN DAN GRAHAWISATA PRAMUKA CIBUBUR
(GERAKAN PRAMUKA CAMPING GROUND CIBUBUR),
JAKARTA, INDONESIA

WAKTU
Pendaftaran Peserta : 17 Oktober 2008
Majlis Perasmian : 18 Oktober 2008
Aktiviti : 19 - 25 Oktober 2008
Majlis Penutup : 26 Oktober 2008

PESERTA
Pengakap (Putera/Puteri) Usia 13 - 16 tahun

PASUKAN PETUGAS INTERNASIONAL /INTERNATIONAL SERVICE TEAM (IST)
Pengakap (Putera – Puteri) usia 18 tahun keatas

KONTINGEN
BRUNEI DARUSSALAM, FILIPINA, INDONESIA, KEMBOJA, LAOS, MALAYSIA, MYANMAR, SINGAPURA, THAILAND, VIETNAM.

JAMBORI PENGAKAP ASEAN 2008

Seramai 20 orang pemimpin Pengakap negeri Terengganu akan menyertai pengakap-pengakap seluruh ASEAN di Jambori Asean 2008 yang akan berlangsung di Cibubur, Republik Indonesia. Delegasi berkenaan akan disertai oleh 3 orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu. Mereka ialah Tuan Haji Abdul Rashid Ismail (PPPD~Ibupejabat/Remaja), Encik Abdul Salim Adam (PPPD~Persaudaraan BP) dan Encik Mohd Zubir Abdullah (PPPD~Pembangunan).
Harapan AKELA kepada PPPD Hulu Terengganu yang akan berkunjung ke Kem Pramuka Cibubur nanti dapat membawa pulang idea-idea baru untuk diadaptasikan di daerah Hulu Terengganu. Dengan itu, pemergian rakan-rakan ke Cibubur tidaklah merugikan diri sendiri dan kepengakapan itu sendiri. Sepertimana yang telah lepas, ramai Pemimpin Pengakap berbangga dapat ke Jambori yang besar tapi hanya sekadar berbangga tiada sebarang idea yang dapat dikongsi. Sekadar membuang duit dan membazirkan usia yang ada.

PERKHEMAHAN MURID LEPASAN UPSR 2008

JOM BERSAMA KAMI ...
KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK
DAERAH HULU TERENGGANU
TAHUN 2008
  • Tarikh : 28 Oktober 2008 - 01 November 2008
  • Lokasi : Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu
  • Aktiviti Penyertaan : Dijangkakan sebanyak 12 aktiviti akan dijalankan
  • Aktiviti Pertandingan : Dijangkakan sebanyak 3 aktiviti akan dipertandingkan
  • Yuran Perkhemahan : RM30.00 (termasuk makan minum, skaf, lencana, sijil penyertaan)

Thursday, 18 September 2008

HAMPIR PASTI KE JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008

16 September 2008 : Satu mesyuarat telah diadakan di antara Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu bersama Pemimpin-pemimpin Pengakap SMK Hulu Terengganu berkaitan penyertaan ke Jambori Antarabangsa Johor 2008. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rhaman bin A. Bakar, selaku Pen. Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) Hulu Terengganu merangkap Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu bertempat di Dewan Ilmu, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Kehadiran mesyuarat in adalah amat memberangsangkan dari pemimpin SMK Hulu Terengganu. Beberapa buah sekolah telah bersetuju untuk memberikan komitmen dengan menghantar peserta bagi melengkapkan kontinjen ke Jambori tersebut dengan anggaran peserta seramai 30 orang sahaja.


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu berharap kontinjen ini dapat dibentuk dengan baik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk bersama-sama dengan pengakap di negeri lain dalam satu acara yang besar.


Mesyuarat berkenaan juga telah membincangkan juga beberapa perkara, anataranya JOTA yang akan diadakan pada 18-19 Oktober 2008 dan juga Program Lepasan UPSR 2008 Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak Daerah Hulu Terengganu 2008 yang akan diadakan dari 28 Oktober hingga 1 November 2008.

Tuesday, 16 September 2008

NUZUL QUR'AN

Selamat Bercuti dan Menggandakan Amal Ibadat Sempena Ramadhan al-Mubarak ...


Monday, 15 September 2008

HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-75

Kepada
Panglima Angkatan Tentera Malaysia
dan
Semua Perajurit Negara

Kami mengharapkan kestabilan negara... Demi generasi akan datang...
Terima Kasih....

Sunday, 14 September 2008

PEMANCAR-QUBERSCOUT ... EKSPLORASI PRIHATIN

11 September 2008 : Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu (PEMANCAR) Zon Kuala Berang bersama QUBERSCOUT telah melaksanakan satu misi Eksplorasi Prihatin utnuk menyampaikan bantuan sempena Ramadhan/Syawal kepada beberapa individu yang memerlukan. Program ini telah disertai oleh seramai 16 orang ahli PEMANCAR-QUBERSCOUT. Rombongan ini juga telah disertai oleh Sdr. Razak Said (Presiden PEMANCAR) bersama isteri, Sdr. Zainal Abidin Ali (Presiden PEMANCAR-QUBERSCOUT), Sdr. Rosley Mat Hasan (PPPN-Kelana), Sdr. Ahmad Yusazri Yusof dan beberapa orang lagi pemimpin kanan PEMANCAR-QUBERSCOUT.
Program ini diadakan adalah dengan tujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di samping itu juga meningkatkan kesedaran serta keinsafan di kalangan ahli PEMANCAR-QUBERSCOUT. Program ini juga disifatkan berjaya mempereratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PEMANCAR-QUBERSCOUT.
Rakaman Lensa Sdr. Yusazri / Sdr. Rozly :





AKELA : Tahniah dan Terima Kasih kepada semua rakan PEMANCAR-QUBERSCOUT yang terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat serta hidayah kepada semua.

KE ARAH MEREALISASIKAN JOTA DI QUBERSCOUT...

6 September 2008 : Satu perjumpaan yang harmonis telah diadakan bertempat di hadapan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Cawangan Kuala Berang di antara beberapa orang pemimpin kanan Pengakap daerah Hulu Terengganu bersama Encik Azuddin (Unit Komunikasi) dari Persekutuan Pengakap Malaysia Kelantan. Perbincangan adalah berdasarkan untuk merealisasikan "Jamboree On The Air" (JOTA) yang diadakan di antara Kumpulan Pengakap sempena acara-acara tertentu terutama aktiviti perkhemahan.
Pada asalnya, Pihak QUBERSCOUT mensasarkan untuk menyambut cabaran JOTA Antarabangsa 2008 yang akan diadakan pada 18-20 Oktober 2008 nanti. Namun di atas beberapa sebab teknikal serta atas nasihat Sdr. Azuddin (9M2 CIO), pihak QUBERSCOUT bersetuju untuk melakukan satu kunjungan sambil belajar ke Kem Kijang Kelantan bagi mengalami serta menimba sedikit pengalaman dalam melaksanakan JOTA.
QUBERSCOUT mengalungkan sejambak penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Sdr. Azuddin atas kesanggupannya berkunjung ke QUBER untuk menerangkan perihal JOTA serta mempereratkan silaturrahim di kalangan rakan-rakan HAM di dalam Pengakap... Terima Kasih

Sdr. Rosley Mat Hasan (PPPN - Kelana) dan Sdr. Zainal Abidin Ali (PPPD - Komunikasi) sedang membincangkan sesuatu berkaitan JOTA.


Sdr. Azuddin (9M2 CIO) sedang memperkatakan sesuatu kepada AKELA...

Monday, 8 September 2008


Designed by Najjah Indahart