Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 30 November 2008

JAJ 2008 ... Lencana Kontinjen Negeri Terengganu

AQELA amat berterima kasih kepada Mr Henry dari Johor kerana telah merekacipta satu lencana untuk Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu ke JAJ 2008. Lencana ini dikeluarkan secara terhad.
Pada asalnya, lencana ini ditempah berdasarkan keramaian peserta dari QUBER. Namun penyertaan terakhir QUBER ke JAJ 2008 telah merudum atas sebab-sebab tertentu. Lencana ini diedarkan sebanyak 100 keping sahaja kepada peserta dari QUBER. Dan lencana ini juga hanya dimiliki oleh beberapa orang pemimpin dan peserta dari daerah lain dalam Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu.
Lencana ini juga telah menjadi buruan yang paling hangat di JAJ 2008 kerana edaran sangat-sangat terhad.


AQELA... Menyusun 10 jari memohon maaf kepada mana-mana individu yang tak berkesempatan untuk memiliki lencana berkenaan. Tunggu edisi Jambori akan datang kami akan mengeluarkan lencana yang makin menarik.... Tapi pastikan anda setia pada QUBER...

JAJ 2008 ... PERTAMA KALI

Bukanlah Pelik... Tetapi inilah sepanjang AKELA berjambori semenjak 1996 sehingga sekarang melihat peristiwa ini berlaku di hadapan mata AKELA. Secara kebetulannya AKELA berada di situ kerana bersiap sedia untuk memindahkan kereta AKELA jika diperlukan. Setelah AKELA mendapat kepastian bahawa kereta AKELA tidak perlu dipindahkan... Maka AKELA hanya melihat sahaja proses-proses di atas berlaku di depan mata AKELA.
Pada pendapat AKELA perkara ini tidak berlaku jika pemandu kereta tersebut mematuhi arahan pihak lalu lintas kem. Namun begitu, kemungkinan sekali pemandu kereta tersebut menghadapi kesukaran-kesukaran lain... Peristiwa ini boleh dielak jika pihak penganjur menyediakan kawasan letak kereta yang mungkin lebih banyak serta berhampiran dengan kawasan perkhemahan / jambori. Kerana kita pasti pemimpin yang membawa kereta ke jambori sudah pastinya memainkan peranan penting dan juga terkadang terdapat pemimpin yang membawa peralatan yang penting.
So... Di masa depan... Kepada saya sendiri dan orang lain (sebagai penganjur) fikir-fikirkanlah...





JAJ 2008 ... Pemidato dari Kontinjen Negeri Terengganu

TAHNIAH... Sungguh membanggakan... Begitulah boleh diungkapkan kepada Adik Faridah Hanim yang mewakili Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu setelah dinobatkan sebagai Johan Pidato Peringkat Antarabangsa di Jambori Antarabangsa Johor 2008. Adik Faridah Hanim telah melepasi peringkat saringan di sub kem Kukup dengan penuh bergaya sebagai Johan. Ulas bicara yang dilontarkan oleh Adik Faridah Hanim telah memukau pendengaran para hakim. Beliau telah berjaya mengolah tajuk yang diberikan iaitu "Kasih Sayang dalam Dunia Kepengakapan". Semoga Adik Faridah Hanim akan berjaya dan terus berhaya dalam mengharungi hidup yang realistik.

TAHNIAH... Adik Faridah Hanim dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu yang mewakili Terengganu telah berjaya memukau para hakim semasa berpidato.

JAJ 2008 ... Tahniah kepada Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Warga Kerja Jambori Antarabangsa Johor 2008


Saturday 29 November 2008

Al-Fatihah ... Terengganu Kehilangan Pemimpin Disegani


Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengaminkan doa ketika menziarah jenazah Dato' Razali di Lorong Kenanga, Batu Buruk. -Foto SHUHAIMI AHMAD.
Negara dan negeri Terengganu khasnya, kehilangan seorang pemimpin dan tokoh akademik berwibawa serta disegani ramai kerana pengalaman dan idea bernas yang sering dilontarkan bagi melahirkan cerdik pandai dalam pendidikan di negara ini.
Allahyarham, Dato’ Razali Ismail, 59, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949, kembali ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, Pahang secara mengejut ketika sedang bermain badminton, kira-kira jam 6.30 petang, semalam (28 November).
Beliau meninggalkan seorang balu, To' Puan Nooraini Lob Yusoff, 51, dan lima anak iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Batu Buruk, Kuala Terengganu, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, bersebelahan pusara ibu Allahyarham, kira-kira jam 1.30 petang, hari ini (29 November) .
Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang diiringi isterinya, To’ Puan Noraini dan dua daripada lima anak Allahyarham, Asrul Shah dan Muhammad Nurazli dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan bedah siasat kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Turut berada di IAB membantu menguruskan jenazah ialah Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein serta para pegawai Kementerian Pelajaran dan IAB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong turut berada di samping jenazah di IAB dan HB.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (31,562) dan calon bebas seorang wanita berusia 89 tahun, Maimun Yusof (685).
Dato' Razali sebelum ini merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PT PTN) dan bergiat secara langsung dalam politik sejak 2004.
Oleh: Aida Abd Rahman
Unit Komunikasi Negeri

Friday 28 November 2008

JAJ 2008 ... Kontinjen Negeri Terengganu

JAWATANKUASA PENGELOLA KONTINJEN PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
KE
JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA JOHOR
KALI KE-24
Penyelaras :
Tuan Haji Othman bin Ismail,
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
Penolong Penyelaras :
Encik Mohamad bin Sulaiman,
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (Pentadbiran)
Ketua Kontinjen :
YM Tengku Razali bin Tengku Ngah
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (Ibupejabat/Latihan)
Timbalan Ketua Kontinjen :
Encik Mohd Fadzil bin Baharudin
Penolong Ketua Kontinjen (Helwani) :
YM tengku Aznuriah binti Tengku Abdul Aziz
Setiausaha :
Encik Abdul Ghani bin Jurid
Pen. Setiausaha :
Encik Esham bin Busu
QM Alatan - Masak :
Encik Zulkifli bin Hamzah
QM Makan - Minum :
Encik Hamzi bin Jusoh
QM Perbekalan :
Encik Fadzillah bin Yusof
Juru Elektrik Kontinjen :
Encik Mohd Rosdi bin Abdul Razak
Keselamatan, Disiplin & Kesihatan :
Encik Mohamad Fadzli bin Mat Lasar
Penempatan :
YM Tengku Aznuriah binti Tengku Abdul Aziz
Perhubungan :
YM Syed Othman bin Mustafa
Aktiviti & Keceriaan :
Encik Esham bin Busu
Kerohanian :
Encik Azman bin Rodi
Pameran :
Encik Ahmad Fadzil bin Mohd Fahmi
Persembahan / Pintu Gerbang :
Encik Mohd Fadzil bin Baharudin
STATITISTIK KONTINJEN


* PPM Daerah Dungun dan Setiu tiada penyertaan.

JAJ 2008 ... Pengakap Sebagai Agen Kebudayaan



JAJ 2008 ... Sebahagian Kontinjen

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Pahang

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negara Berunei Darul Salam

Pintu Gerbang Kontinjen Pramuka Republik Indonesia

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Sabah

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Perlis

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Daerah Batu Pahat
Johor Darul Takzim
AKELA hanya mampu merakam sebahagian sahaja pintu masuk kontinjen-kontinjen yang menyertai Jambori Antarabangsa Johor 2008... AKELA menumpukan misi AKELA pada aktiviti yang dijalankan di JAJ 2008...

Al-Fatihah ... Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail meninggal


Al-Fatihah...

Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dato' Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi (28 November 2008).


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Seluruh warga Pengakap Daerah Hulu Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada balu dan ahli keluarga Allahyarham. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh YB Dato', Amin.
SEKILAS INGATAN...


Y.B. DATO' RAZALI BIN ISMAIL

Timbalan Menteri Pelajaran II(bermula 2008)


TARIKH LAHIR
25 Jun 1949

TEMPAT LAHIR
Kuala Berang, Terengganu

PENDIDIKAN
M.Ed. - University of Birmingham, UK (1986-1987)
B.A. (Hons) - Universiti Malaya (1970-1973)

PENGALAMAN PERKHIDMATAN

  • Timbalan Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008)
  • Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu (2004/2008)
  • Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (2004/2008)
  • Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003-2004)
  • Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (2001-2002)

LATIHAN PROFESIONAL

  • University of Victoria, New Zealand 2002
  • University of Harvard, USA 2001
  • University of Cardiff, Wales 1997
  • University of Wolverhamptom, UK 1996
  • University of Stamford, USA 1994
  • University of Chambrigde, UK 1991
  • University of Birmingham, UK 1986

KURNIAAN

  • PJK - Pingat Jaksa Kebaktian (1982-DYMM Sultan Terengganu)
  • SMT - Pingat Setia Mahkota (2002-DYMM Sultan Terengganu)
  • KMN - Pingat Kesatria Mangku Negara (2002-DYMM YDP Agong)
  • DPMT - Darjah Paduka Mahkota (2004-DYMM Sultan Terengganu)

Thursday 27 November 2008

JAJ 2008 ... Statistik

STATISTIK PENYERTAAN
PERINGKAT NEGERI JOHOR

STATISTIK PENYERTAAN
PERINGKAT KEBANGSAAN


Sumber statistik ini adalah hasil penyelidikan AKELA... Sebarang kesilapan angka, AKELA mohon maaf kepada mereka yang berkenaan.

JAJ 2008 ... Fakta Angka

Berikut adalah merupakan fakta angka yang diperolehi dari weblog Pengakap Kelana Johor...

  • 24 adalah angka penganjuran jambori peringkat negeri Johor yang telah dikelolakan oleh PPM Negeri Johor.
  • 16 Nov. 2008 adalah tarikh perasmian JAJ08, oleh DYAM Tengku Mahkota Johor.
  • 4,021 orang jumlah penyertaan dan rekod teramai penyertaan Jambori Negeri Johor setakat ini.
  • 1,820 orang adalah penyertaan dari peringkat kebangsaan.
  • 270 orang adalah penyertaan dari luar negara.
  • 538 orang adalah penyertaan berstatus pemimpin dari 41 kontinjen.
  • 3,229 orang adalah penyertaan berstatus ahli persatuan dari 41 kontinjen.
  • 1 (seorang) adalah pendaftaran peserta dari W.P. Labuan.
  • 411 orang adalah penyertaan teramai dari daerah Batu Pahat.
  • 407 orang adalah penyertaan teramai dari negeri Selangor.
  • 239 orang adalah penyertaan teramai luar negara dari Indonesia.
  • 7 buah negara telah menghantar peserta.
  • 54 orang Pandu Puteri penyertaan teramai dari NGO jemputan.
  • 10 tahun adalah usia peserta termuda Hsieh, Mu-Hsuan, dari Taiwan yang mengikuti jambori.
  • 162 orang kelana telah terlibat menjayakan jambori.
  • 10 orang kelanasiswa UNITEN (IST) jemputan teramai.
  • 121 orang kelana negeri Johor menghulur khidmat.
  • 7 modul telah diperkenal untuk (7 puzzles) membentuk satu lencana aktiviti jambori.
  • 40.8 meter ketinggian Menara Pengakap Tanjung Laboh.

Sumber : Urusetia Jambori

Saturday 22 November 2008

JAJ 2008 ... Lawatan KPN ke Kontinjen Negeri Terengganu





JAJ 2008 ... Jamuan Kontinjen Negeri Terengganu





JAJ 2008 ... Modul Cabaran

Aktiviti ini mengandungi 4 aktiviti dan peserta wajib menjalani 3 aktiviti daripadanya. Modul ini menyediakan aktiviti Keyakinan di air (water confident), rakit (rafting), berkayak (canoeing) dan "paintball". Aktiviti ini telah dijalankan di dalam tasik yang terletak di belakang tapak jambori. Dan yang pastinya di belakang sub kem Kontinjen Terengganu, manakala laluannya telah menyebabkan sub kem kontinjen Terengganu terbahagi kepada dua bahagian.
Terusik juga di hati AKELA, katanya tasik ini penuh misteri, juga ada kaitan dengan Kem Jubli Intan Tanjung Laboh. Namun begitu, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana tiada sebarang malapetaka yang menimpa peserta dan juga pegawai yang bertugas.



JAJ 2008 ... Modul Alam ke Tanjung Piai

Modul Alam menyediakan lawatan bermaklumat ke Taman Negara Tanjung Piai. Jarak perjalanan dari Kem Jubli Intan Tanjung Laboh ke lokasi berkenaan adalah lebih dari 80 km. (2 jam perjalanan). AKELA telah menyertai konvoi bas lawatan ke lokasi berkenaan dengan kereta AKELA sendiri. Bayaran tempat letak kereta di Taman Negara tersebut adalah RM3.00 sahaja. Inilah idaman AKELA untuk berada di Titik Terakhir Tanah Besar di Benua Asia. Namun kecewanya kerana lokasi tersebut sedang dalam baik pulih .... (Kenapa tak baik pulih sebelum Jambori berjalan?)
Berlaku sedikit kelam kabut pada aktiviti ini kerana mungkin tersilap komunikasi di antara Pusat Aktiviti Jambori (PAJ) dengan petugas-petugasnya. Lagi pun Sub kem Kukup (Terengganu) telah mendapat giliran pertama untuk aktiviti ini. Sebenarnya aktiviti berkembar dengan satu lagu modul aktiviti iaitu Modul Komuniti, lokasinya ialah Pekan Kukup. Peserta seramai lebih kurang 300 orang telah diiringi oleh 3 orang petugas PAJ dan secara tidak sengaja oleh 4 orang guru pengiring termasuk (AKELA dan Pok Lie). Sebenarnya AKELA pun terlepas peserta yang sepatutnya AKELA iringi iaitu Terengganu atas sebab kesilapan komunikasi.
Namun begitu, Alhamdulillah tiada sebarang yang tidak diingini berlaku.



Sunday 16 November 2008

Permulaan Perjalanan ke JAJ2008


Jumaat, 14/11/2008
Tepat seperti yang dijanjikan, para peserta berkumpul dihadapan PPDHT pada pukul 7.45. Cigku Din serta anak-anak buah beliau seramai 4 orang telah menunggu dengan penuh sabar. Saudara Mizie dan Rezal telah sedia menanti dengan kereta masing-masing. Perancangan awal untuk menghantar kontigen Qber ke bandar Kuala Terengganu dengan van terpaksa ditukar. Terpaksalah kami bertiga jadi prebet sapu malam itu. Tepat pukul 8.00 malam, kami bertolak ke stesen bas K.T dengan diiringi deraian rahmat dari Ilahi...
Konvoi 3 buat kereta tidaklah kebosanan sangat kerana sambil memandu dapat juga kami gunakan kemudahan radio amatur... Terima kasihlah kepada 9w2CZC kerana memperkenalkan kami kepada dunia radio amatur. 8.45 mlm, kami selamat sampai distesen bas KT. Para peserta tidak sabar untuk berangkat ke JAJ08 .. Rupanya saudara Man dan anak buahnya dari IMTIAZ sudah menunggu sejak lepas maghrib lagi. 9.30mlm, para peserta menaiki bas untuk ke Mersing. Disana telah menunggu AKELA serta beberapa orang lagi rakan yang telah berlepas awal dengan kenderaan masing-masing. Saya bersama Rakan-rakan berharap agar Kontigen Qber selamat pergi dan balik serta teruja dengan setiap aktiviti yang dijalankan di JAJ08..
Laporan: YUSAZRI_F5E

Designed by Najjah Indahart