Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 31 January 2009

TAHNIAH ... WEBLOG PEMANCAR HULU TERENGGANU ...

Sekalung Tahniah AQELA ucapkan kepada Warga Pemancar Quber yang telah berjaya membina sebuah laman blog buat tatapan peminat radio amatur khususnya di Kuala Berang amnya Nusantara...
Sudah pasti idea serta usaha bersungguh-sungguh Sdr. Zainal Abidin Ali [9W2 CZC] Presiden Pemancar Hulu Terengganu, Sdr. Ahmad Yusazri Yusof [SWL YTL] dan lain-lain akan menjadikan laman blog ini sebagai satu wadah rujukan serta pertemuan di jaluran maya buat ahli serta rakan HAM.
AQELA berharap pihak "admin" laman blog Pemancar Hulu Terengganu dapat menjadikannya lebih interaktif.... Bravo... Bravo... Bravo...

Scout Shop Address / Alamat Kedai Pengakap

Sila berhubung terus :
Scout Shop ScoutsJB /Kedai Pengakap PPMDJB
No. 20, Jalan Setia 3/7,
Taman Setia Indah,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta'zim

atau

En. Ng Cheng Tong
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah JB
Syarikat JL Jayland Trading (JM 0453001 - V )
No 20, Jalan Setia 3/7
Taman Setia Indah,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta'zim

07-3517815 (Tel/Fax)
019-7736228 (HP)

Thursday 29 January 2009

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PENGAKAP MALAYSIA

Rujukan Kami : PPM-2 (033) 2009
Tarikh : 19 Januari 2009

SEMUA PENGARAH PELAJARAN NEGERI

Yang Berbahagia Tuan,


Dengan hormatnya dan sukacitanya ingin saya menarik perhatian Yang Berbahagia Tuan kepada Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan pindaan-pindaan No. 143 Tahun 1974 dan no. 409 Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:-

Perkara 44 Seksyen VII

Bancian Tahunan dan Pendaftaran semula Kumpulan-Kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII

Penyataan-Penyataan banci dan Pendaftaran semula yang lengkap bagi semua Kumpulan-Kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan MESTILAH dihantar ke Ibu Pejabat SEBELUM 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 seksyen VII

Kegagalan menghantarbanci dan Pendaftaran semula sebagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-Kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada Pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi Kumpulan-Kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada Pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat perlantikan, Lencana-Lencana, Wang dan Harta Benda hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-Pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan Pegawai-Pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua Kumpulan-Kumpulan yang telah dipotong Pendaftaran dan semua ahli-ahlidalam Kumpulan-Kumpulan itu tidak lagi menjadi Ahli-Ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut Perbekalan-Perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 berkenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi Ahli Persekutuan.

2. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat EXCO yang lalu telah meluluskan untuk tempoh Pendaftaran Keahlian adalah bagi tempoh 1 tahun bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember pada tiap-tiap tahun. Bagi Pendaftaran bermula pada tahun ini, EXCO juga telah memutuskan untuk menswastakan Pendaftaran Keahlian bagi semua peringkat. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah melantik Syarikat Citra Gemilang Sfn. Bhd. Dalam menguruskan semua Pendaftaran di peringkat Kumpulan, Daerah dan Negeri. Tempoh memproses Pendaftaran dan Kad Keahlian akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan dari tarikh penyerahan Pendaftaran Keahlian. Bagi menjayakan pelaksanaan ini, kerjasama Yang Berbahagia Tuan bagi memantau dan mengawasi pengendalian Pendaftaran dan Yuran Keahlian adalah sangat-sangat diperlukan untuk menjamin kejayaannya.

Sunday 25 January 2009

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI KOKURIKULUM PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2009

Ruj. Kami : PPM/HT/001/003/008 (88)

Semua Pemimpin Pengakap,
SMK di Daerah Hulu Terengganu

Melalui dan Salinan;

Pengetua / Guru Besar,
SMK / SK berkenaan.

Tuan,

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu akan mengadakan mesyuarat tersebut sebagaimana berikut:
  • Tarikh : 16 Februari 2009
  • Hari : Isnin
  • Masa : 2.00 petang
  • Tempat : Dewan Ilmu, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

3. Agenda mesyuarat adalah sebagaimana berikut:

  • i. Memperbaharui Persetiaan Pengakap
  • ii. Doa
  • iii. Ucapan Tuan Pengerusi
  • iv. Pendaftaran Kumpulan dan Keahlian Tahun 2009/2010
  • v. Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 2 (Unit Pengakap Muda)
  • vi. Kem Ujian Lencana Pengakap Muda dan Remaja
  • vii. Lain-lain hal

4. Semoga tuan/puan dapat hadir serta memberikan sokongan kepada aktiviti kepengakapan di daerah Hulu Terengganu. Segala kerjasama serta keprihatinan tuan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menurut perintah,

(ESHAM BIN BUSU)
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan)
Daerah Hulu Terengganu
b.p.:
Pesuruhjaya Pengakap,
Daerah Hulu Terengganu.

s.k.:

  • 1. Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
  • 2. Tuan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  • 3. Tuan Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu

SIARAN KEPUTUSAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT INDUKSI DAN MODUL A (PENERANGAN) PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 2008

Ruj. Kami : PPM/HT/001/003/008 (87)

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pasukan Latihan Pengakap Negeri Terengganu serta Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah melaksanakan kursus tersebut sebagaimana berikut:
Tarikh : 21 hingga 23 Februari 2008
Tempat : Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
No. Kursus : KP 2623 & KP 2624

3. Sehubungan itu, kami sebagai penganjur memohon maaf di atas kelewatan siaran keputusan ini. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada Encik Esham bin Busu, Pengerusi Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu [013-964 1840].

4. Semoga tuan/puan dapat meneruskan Latihan Kepimpinan Manikayu ke peringkat seterusnya sehingga di Anugerahkan Sijil Manikayu. Segala kerjasama serta keprihatinan tuan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menurut perintah,

(ESHAM BIN BUSU)
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan)
b.p.:
Pesuruhjaya Pengakap,
Daerah Hulu Terengganu.

Friday 23 January 2009

Kong Hee Fatt Choy!

For more information about Chinese New Year, please click at the title above...

Thursday 22 January 2009

PPM Direct Membership Registration with National Headquarters

  • For the convenience of its members, Persekutuan Pengakap Malaysia (The Scout Association of Malaysia)has introduced a Direct Membership Registration with the National Headquarters for the year 2009.

  • With this facility, Scouts and Scout Leaders have an additional convenience in registering their membership with PPM.

  • Kindly take note that the registration of membership must be done before 31st March 2009.

Monday 19 January 2009

Rintihan Rakyat Gaza!!!

Mereka yang tidak berdosa menjadi korban manusia yang rakus dan kejam.....



Monday 12 January 2009

Masihkan kita ingat waktu berpengakap dulu??

Sesiapa yang mempunyai cerita menarik ataupun gambar lama tentang aktiviti pengakap di zaman persekolahan dahulu bolehlah menghantar pengalaman anda itu untuk dikongsi bersama ahli pengakap yang lain. Anda boleh menghantar E-mail artikel ataupun gambar anda di esh_tie@yahoo.com/quberscout@gmail.com/yusazri_f5e@yahoo.com.

Sunday 11 January 2009

What we can do as a scout to Palestinians???


Come and think to gather for a while...

What is going on to the unity in todays world???

Speaking the truth, for what sins have they been killed?

One of the greatest human disasters of several decades is happening and
international associations are in complete silence and strangulation...

What we can do as a scout????


Pic from:http://rds.yahoo.com/_ylt=A9G_bHKhhmlJmE8AXAGjzbkF/SIG=129eeu8br/EXP=1231738913/**http%3A//www.flickr.com/photos/16853071@N02/3167497534/

SEBAGAI NASIHAT KAPADA SESETENGAH ORANG...

Rasulullah s.a.w. bersabda; Yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”
Perasaan buruk ini boleh wujud di dalam hati manusia disebabkan manusia itu mempunyai rasa permusuhan dan kebencian. Dalam erti kata yang lain, dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan umah, yang menyumbang rasa bahagia bagi jiwa seorang muslim. Orang yang berada dalam lingkungan ini sudah pasti tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam). Hasad dengki juga lahir disebabkan merasa dirinya berada dalam kedudukan yang lebih tinggi dan mulia berbanding orang lain. Apabila dia melihat keadaan orang lain yang mempunyai kebaikan atau kelebihan yang tidak dimilikinya, dia menjadi rasa tercabar. Perasaan tersebutlah yang dinyatakan sebagai dengki. Orang yang mudah merasa iri hati terhadap orang lain biasanya amat menyukai kedudukan sebagai pemimpin atau ketua. Dia tidak mahu ada orang lain yang dapat menyainginya. Orang-orang sebegini sudah pasti tidak merasa senang apabila melihat ada orang yang lebih berwibawa dan berpengaruh daripadanya. Sebagaimana kisah Habil dan Qabil tadi, hasad dengki merupakan sifat yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri pengamalnya.
Sekurang-kurangnya terdapat lapan kesan buruk yang boleh timbul akibat dari sifat dengki ini;
1) Sifat dengki mengakibatkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Apabila seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Malangnya, apabila dia mempunyai sifat dengki terhadap orang lain, amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukannya akan terhapus disebabkan perasaan dengki tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.

2) Perasaan dengki mendorong diri seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah dalam bentuk yang lain. Apabila hasad dengki telah bersarang di dalam dada seseorang, maka dia akan meluahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan harapan kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya itu akan hilang. Dari Dhamrah bin Tha’labah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Yang bermaksud: “Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”

3) Sifat dengki akan menyebabkan seseorang itu kehilangan syarat untuk menerima syafa’at pada hari kiamat. Syafa’at adalah suatu anugerah yang tidak ternilai harganya bagi seseorang yang menerimanya ketika Hari Akhirat. Ini kerana, seseorang yang menerima syafa’at diberi izin untuknya membantu orang-orang lain yang mengalami pelbagai kesusahan dan azab ketika hari perhitungan. Jadi, tentulah amat malang bagi mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati ketika hidup kerana perasaan ini berupaya menjadi penghalang yang amat besar baginya untuk menerima manfaat syafa’at pada hari akhirat yang boleh memudahkannya untuk menempuh pelbagai rintangan dan azab pada hari dia dihisab.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dari Abdullah bin Basyar, Rasulullah bersabda: Yang bermaksud:
“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”

Kesimpulannya, hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya dan kepada agama Islam sendiri. Bagi individu yang memilikinya, dia akan terpinggir dari hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan akan menyebabkannya melakukan perkara-perkara yang lebih keji. Apabila dia berada di akhirat, akan menanggung kerugian yang lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira kerana tidak layak untuk menerima dan mendapat syafa’at dan tidak ditempatkan dalam tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan, yakni syurga.
Walaupun kerugian itu ditanggung secara personal oleh pengamalnya, akan tetapi ia juga memberi kesan yang tidak baik kepada ukhuwwah islamiyyah. Umat Islam akan menjadi tidak bersatu dan tidak akan menjadi sebuah umat yang kuat sekiranya sifat ini diamalkan oleh orang-orang Islam. Akhirnya, umat Islam secara keseluruhannya yang akan rugi.

petikan dari:
http://www.geocities.com/mimbarkedah/146.html

Friday 9 January 2009

ROVERMOOT KUANTAN 2009 ... Info Aktiviti

(Perhimpunan dan Jambori Kelana Kuantan 2009)


Kesenian dan Kebudayaan [Culture and Arts]
· Lombonga Syaf Sungai Lembing
· Muzium Pahang / Muzium Sungai Lembing
· Pusat Kraftangan
· Perkampungan Batik
· Makanan Tempatan

Lasak dan Ekstrim [Adventure and Extreme]
· Bukit Panorama Sungai Lembing
· Futsal
· Paintball
· Wall Climbing
· Abseiling
· River Cruise
· Berbasikal

Komuniti [Communiti]
· Pantai Teluk Cempedak
· Derma Darah
· Penanaman Pokok
· Aktiviti Bersama Masyarakat Kampung
· Rumah Orang Tua dan Anak Yatim

Perkampungan Pembangunan Global [Global Development Village]
· Pameran Kerjaya, Pendidikan dan Kemasyarakatan
· Teknologi Komunikasi
· Mini Forum
· Lawatan Kem dan pelabuhan

Wednesday 7 January 2009

Rakaman Sekitar Majlis Pengakap Terengganu Bersama Dato' Seri KPN





MAKLUMAT ROVERMOOT KUANTAN 2009

(Perhimpunan dan Jambori Kelana Kuantan 2009)

ANJURAN BERSAMA:

Pejabat Belia dan Sukan Negeri Pahang
Majlis Pengakap Negeri Pahang
Pasukan kelana B Daerah Kuantan
Dengan kerjasama
Zonice Rovers Kuala Lumpur


TARIKH : 1 HINGGA 4 MEI 2009
PENDAFTARAN : 2.00 PETANG [1 MEI 2009]
TEMPAT : KEM DAMAI, KAMPUNG SERI DAMAI KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SASARAN PENYERTAAN :

Ahli Kelana – Pasukan Terbuka di semua peringkat
Ahli Kelanasiswa – Pasukan Kelanasiswa IPTA/IPTS [KLKM] & Maktab [KLM]
Ajli Kelana – Pasukan Kelana Unit Sekolah (Kumpulan Tertutup)
Krew Pengakap Antarabangsa

BAYARAN :

MALAYSIA :

  • RM50.00 [Sebelum 31 Mac 2009]
  • RM70.00 [Seterusnya]

LUAR NEGARA :

  • USD50.00 [Sebelum 31 Mac 2009]
  • USD70.00 [Seterusnya]

CENDERAHATI :

  • Kemeja T [T-Shirt]
  • Skaf Rovermoot [Rovermoot’s Scarf]
  • Lencana [Rovemoot’s Badge]
  • Tanda Nama [Name Tag]
  • Sijil Penyertaan [Certificate of Participation]

Tuesday 6 January 2009

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KETUA PENGAKAP NEGARA DATO' SERI DR. HAJI MOHD SHAFIE HAJI SALLEH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan mengadakan majlis seperti yang tersebut di atas sepertimana berikut:

Tarikh : 6 Januari 2009
Hari : Selasa
Masa : 4.00 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

Sehubungan itu dengan sukacitanya tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut.

Di atas kehadiran tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, A.M.T., P.J.K.,
Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Terengganu Darul Iman.

Sunday 4 January 2009

26th Asia-Pasific Jamboree... Philippines






Having just been visited by more than 18,000 Scouts and Scout Leaders in November 2007 in the occasion of the 14th Philippine National Scout Jamboree, the mystic mountain of Makiling will once again open its arms to its favorite visitors as it prepares to host Scouts and Scout Leaders from all over the Asia-Pacific Region in December 2009.

As early as December 2007, the organizers of the 26th APR Scout Jamboree are already preparing to make it a really fun, exciting, and truly memorable jamboree for all participants.

Come and join this event and SHARE* your skills, talents, dreams and aspirations with your fellow Scouts in the region as we unite to create a better world!


*SHARE = Solidarity, Harmony, Altruism, Respect and Equality


OBJECTIVES OF THE 26TH APR JAMBOREE


In an environment of harmony, equality and respect, and by means of cooperative challenges, adventures and experience fostering co-existence, cooperation and brotherhood, Scouts will be able to overcome the barrier of differing cultures, creeds, and ideologies and realize the value of peace and unity, as they come to understand the importance of balancing development and ecology.

Scouts : Creating A Better World

Renungkan sejenak.....

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
  • Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Pengajaran hadis:
  1. Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
  2. lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru-hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.
  3. lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.
  4. Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.
  5. Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

Petikkan dari: www.scribd.com/doc/491911/Hadis-40

Thursday 1 January 2009

Selamat Datang...

Pegawai Daerah Hulu Terengganu
1 Januari 2009

Kami warga Pengakap Hulu Terengganu mengalu-alukan kehadiran Tuan ke daerah Hulu Terengganu.

* AQELA *

Selamat Bertukar...

Tuan Haji Mohd Rozali bin Saleh
Pegawai Daerah Hulu Terengganu
merangkap
Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu
Kami warga Pengakap Daerah Hulu Terengganu mengucapkan
Jutaan Terima Kasih kepada Tuan atas sokongan serta bantuan yang telah Tuan berikan ke atas Aktiviti Kepengakapan di Daerah Hulu Terengganu
* AQELA *

Designed by Najjah Indahart