Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 31 March 2009

Sekitar CALT 27 & 28 ... Lensa Eimiza, Perak

Pak Pi'e diumumkan sebagai jurulatih paling veteren (67 tahun) dan Pak Long peserta paling veteren (69 tahun).

Sebahagian peserta CALT di Rumah Puteri Harapan, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Profesor Madya Dr. Hamdan menyampaikan sesi motivasi kepada anak-anak yatim yang menghuni Rumah Putera Harapan, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.


Pak Pi'e orang lama yang penuh pengalaman serta pengetahuan tentang kepengakapan.

Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.


Dari Lensa :

Sdr Eimiza Qamal,
Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Ibupejabat/Latihan),
Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Sunday 29 March 2009

Lensa Aqela & Rakan-Rakan di Kelantan...




PEMBERITAHUAN : PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2009-1

Menurut Peraturan 26(2) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur pada 24 Jun 2009. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya.

Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.skmm.gov.my. Sila tuliskan perkataan “RAE 2009-1” di sudut atas kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Deraf Bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA”. Sila hantar borang permohonan yang lengkap diisi beserta bayarannya dan satu salinan kad pengenalan pemohon ke pejabat wilayah SKMM.

Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui pos selewat-lewatnya pada 12 Jun 2009. Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+60 3 86 88 82 65) sekiranya anda tidak menerima apa-apa jawapan selepas dari tarikh tersebut. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati laman maya SKMM.

Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan [CALT] ke27 & 28


Aqela telah diletakkan di dalam Kumpulan Pasir Mas (CALT 28) bersama dengan 11 orang lagi rakan yang datang dari pelbagai destinasi. Hari pertama [22/03/2009] Aqela tiba di Kem Kijang pada jam 4.00 petang. Aqela terpaksa hadir lewat dari yang dijangkakan kerana Aqela telah menghadiri Mesyuarat Perkhemahan Gabungan KRS & NGO Negeri Terengganu 2009 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Setiu, Merbau Menyusut. Kumpulan CALT28 Pasir Mas telah dibimbing oleh Encik Mohd Azhar bin Zainal, seorang jurulatih yang luas pengalamannya dalam kepengakapan. Beliau bertugas di IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.



Ahli Kumpulan Pasir Mas:

1. Encik Mohd Dahlan bin Kadir [IPGM Kampus Ilmu Khas]

2. Encik Ahmad Tajidin bin Haji Ariffin [IPGM Kampus Tun Abdul Razak]

3. Encik Rohaizad bin Agil [IPGM Kampus Pendidikan Teknik]

4. Encik Hazmir bin Md. Yusof [PPM Kinta, Perak]

5. Encik Safri bin Aziz [IPGM Kampus Dato' Razali Ismail]

6. Encik Yaakob bin Haji Atan [IPGM Kampus Raja Melewar]

7. Encik Azman bin Zulkifli [PPM Pahang Darul Makmur]

8. Encik Wan Mansor bin Wan Bakar [PPM Pasir Puteh, Kelantan]

9. Encik Mohd Walial'Ashikin bin Halim [PPM Rembau, Negeri Sembilan]

10. Encik Ramesh [PPM WP Kuala Lumpur]

11. Cik Haslinda binti Mohd Saad [IPGM Kampus Pendidikan Teknik]

Wednesday 18 March 2009

Album Ekspedisi Gunung Tebu 2009

Cg. Malik, Cg. Che Lah & Cg. Ahmad Yusri

Campsite peserta.

Suasana Campsite awal pagi...


Pemandangan awal pagi di Gunung Tebu. Tanda
Keagungan Maha Pencipta...

Pemandangan awal pagi di Gunung Tebu. Tanda
Keagungan Maha Pencipta...


Sebahagian dari peserta..


Cg. Malik bersama sebahagian para peserta..





Ekspedisi Gunung Tebu PPMDHT 2009


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah berjaya menganjurkan Ekspedisi mendaki gunung Tebu pada 5-7 Mac 2009. Pendakian ini telah diketuai oleh En. Abdul Malik b. Ali selaku Setiausaha Kehormat PPMDHT.
Sebanyak 5 buah sekolah menengah daerah Hulu Terengganu telah menyertai ekspedisi kali ini. SMK Kuala Jenderis (15 peserta), SMK Matang (15 peserta), SMK Tengku Ampuan Intan (12 peserta), SMK Menerong (7 peserta) dan SMK Landas (9 peserta) yang keseluruhannya berjumlah 58 orang telah berjaya menawan puncak Gunung Tebu pada pukul 5.00 petang, 6 Mac 2009.
Tahniah kepada semua peserta dan sekalung penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menganjurkan ekspedisi ini dengan jayanya.


Thursday 12 March 2009

PERTANDINGAN ORIENTEERING SM NEGERI TERENGGANU 2009

Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang [TPNS] telah menerima kehadiran seramai 64 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu untuk Pertandingan Orienteering Negeri Terengganu kali pertama. 2 kategorikan telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan perempuan. Peserta-peserta kelihatan begitu seronok bertanding di atara sesama sendiri dan juga menikmati keindahan taman pertanian. TPNS adalah merupakan salah satu dari dua litar orienteering negeri Terengganu. Litar Orienteering TPNS telah dikemaskini pada tahun 2008 oleh Mejar (B) Rosli untuk Program Kempori Pengakap Quber 2008.

KURSUS PENGRUSAN PERTANDINGAN ORIENTEERING JL PUSAT KOKURIKULUM TERENGGANU 2009

Seramai 28 orang jurulatih Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menyertai Kursus Pengurusan Pertandingan Orienteering Jurulatih Pusat Kokurikulum Terengganu 2009. Kursus ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum JPNT, Kuala Berang [teori] dan Taman pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang [praktikal]. Kursus ini telah mendedahkan para peserta dengan teknikal serta pengurusan sebagai pengajur pertandingan orienteering. Encik Saiful Nazri [Penolong Penyelia Pusat kokurikulum JPNT Cawangan Besut] telah bertindak sebagai ketua urusetia [pegawai meja @ desk officer] kursus ini. Beberapa Jurulatih Kanan Pusat Kokurikulum Jabatan pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga dari Persatuan Orienteering Malaysia [MOA] telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya.

Tuesday 10 March 2009

Al-Fatihah ... PPM Kelantan & Keluarga

Telah kembali ke rahmatullah Allahyarham Abdullah Ishak, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan (Antarabangsa) pada 9 Mac 2009 [12.00 tengah malam] ... Semoga rohnya dicucuri rahmah serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman serta dikasihi oleh Allah ...
Daripada
Persekutuan Pengakap Malaysia
Hulu Terengganu
dan
Keluarga

Monday 9 March 2009

Kursus Kepimpinan Manikayu [PM] Peringkat 1 ... Lensa AQELA

Dua orang peserta sedang menyiapkan tugasan [bantu mula] semasa praktikal sistem pengkalan


Pembentangan 'lay-out' kem

Menyiapkan "woogle" sebagai tanda peserta telah melepasi tahap pertama latihan manikayu

Istiadat mengibarkan bendera


Selepas bendera berkibar ... Jurulatih bertugas akan memberikan ucapan

Sunday 8 March 2009

Malidurrasul

Selamat Menyambut
Hari Keputeraan Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w.

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengakap Muda [Peringkat 1]

Ustaz Abdullah bin Abu Bakar mengetuai Bacaan Doa.
Encik Low Chin Choon sedang menerima sijil kehadiran kursus dari Tuan Haji Othman Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu

Sebahagian Urusetia dan Jurulatih di samping Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

Mesyuarat Latihan & Program Pengakap Terengganu 1/2009

Tuan Haji Othman Ismail, AMT, PJK, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu sedang mempengerusikan mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat, SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu
Encik Rosley Mat Hasan, Penolong Pesuruhjaya (Unit Kelana) Pengakap Negeri Terengganu sedang menerima tauliah dari Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu

Wednesday 4 March 2009

PERKHEMAHAN PBB SK NEGERI TERENGGANU 2009 ... MAJLIS PENUTUP

Suasana Majlis Penutup Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Negeri Terengganu berjalan lancar serta penuh keceriaan. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Tamidi bin Sidek, Ketua Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Tuan Haji Tamidi [tengah] diapit oleh Tuan Haji Haramayni [berbaju putih] dan Encik Ismadi [Pegawai Khas Pusat Kokurikulum JPNT].

Tuan Haji Haramayni [Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Pembangunan Kemanusiaan] menyampaikan ucapan aluan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perkehamahan PBB Negeri Terengganu 2009
Sebahagian peserta dari pelbagai Pasukan Badan Beruniform yang menyertai perkhemahan.

Barisan Jemputan [ramainya KRS] ... Mana perginya Pemimpin Pasukan Badan Beruniform lain.

Penghargaan kepada ahli pengakap?

Artikel ini dihantar bagi kita semua berfikir sejenak tentang penglibatan kita dalam berpengakap. Tidak kira dari hanya ahli biasa hinggalah ke peringkat yang tertinggi.
Sudah 100 tahun usia pergerakan pengakap. Sesuai dengan usia yang telah dicapai sudah pastilah pelbagai pengalaman yang suka dan duka telah ditempuhi dalam pergerakan pengakap, tidak kiralah di peringkat dunia mahupun di tanah air kita sendiri. Terasa terharu juga mendengar pelbagai onak dan duri yang dilalui oleh rakan-rakan pengakap bagi menjayakan sesuatu program yang dirangka. Sekiranya program yang dirancang berjaya sudah pasti ucapan tahniah akan menjadi pengubat penat dan lelah yang ditaburkan. Adakah balasan duit yang diminta? Mungkin bagi hanya sesetengah orang sahaja rasanya. Bagi saya, menjayakan sesebuah program bersama rakan-rakan merupakan sebuah pengalaman yang berharga bagi dikongsi dengan semua orang serta sebagai panduan bagi diri sendiri. Kadangkala kita berpanas, berhujan dan sanggup mengeluarkan duit poket sendiri serta berkorban masa bersama keluarga demi pengakap. Walaupun tiada bayaran untuk semua itu, tetapi kita akan dapat berlapang dada bila ucapan terima kasih serta sekalung tahniah dari rakan diucapkan kepada kita. Ini hanyalah pengalaman yang dirasai oleh saya yang baru setahun jagung bergelumang dalam pengakap ini. Pelbagai permasalahan yamg menghantui bagi kita bergerak sama ada diperingkat sekolah hinggalah ke peringkat kebangsaan. Apakah puncanya? Rasa-rasanya, semua ahli yang berpengakap lebih dari 10 hingga 20 tahun sekalian dapat menjawabnya.
Pemimpin yang lama akan menyepi dan membawa diri tanpa pelapis bagi menyambung kegemilangan berpengakap. Setelah lama berpengakap, apakah penghargaan yang telah diberi kepada golongan lama ini? Bagi kami diperingkat daerah, terdapat beberapa orang ahli pengakap yang berjasa tetapi penghargaan kepada mereka dimana? Adakah salah pengakap daerah?Adalah salah pengakap negeri? Adalah salah para pemimpin diibupejabat? Semua jawapan kepada persoalan ini sama-samalah kita fikirkan. Cuba-cubalah kita menghargai Seorang pengakap yang telah memakai seragam pengakap yang telah mulai luntur warnanya tetapi tetap membara semangatnya. Jawapan kepada persoalan saya ini diharapkan supaya rakan-rakan pengakap sekalian berfikir sejenak, demi tidak meninggalkan golongan yang telah lama berkorban demi pergerakan Pengakap ini.
Kepada para pemimpin pengakap yang telah lama berpengakap, tahniah dari kami di Daerah Hulu Terengganu. Pangkat bukan segalanya, tetapi segala pengorbanan anda akan sentiasa kami ingati. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda Abd. Salim b. Embong yang telah banyak mencurahkan bakti dalam usaha memperkasakan Kepengakapan di Daerah Hulu Terengganu.
(yusazri_f5e:Artikel ini hanya pendapat saya sahaja dan tidak melibatkan Quberscout)

Sunday 1 March 2009

TAKLIMAT PELARASAN LATIHAN DAN PROGRAM PENGAKAP KANAK-KANAK HULU TERENGGANU 2009

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta hadir ke mesyuarat yang akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 02 Mac 2009
Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : PKG Kuala Berang

Agenda taklimat adalah seperti di bawah:

1 Ucapan Aluan Pengerusi
2 Pendaftaran Keahlian dan Kumpulan 2009
3 Kursus Kepimpinan Manikayu Pengakap Kanak-Kanak 2009
4 Takwim Program Pengakap Sekolah Hulu Terengganu 2009
5 Lain-lain

Kerjasama dan sokongan tuan diucapkan ribuan terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,

HAJI ABD. RAHMAN BIN A. BAKAR

Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Hulu Terengganu

Latihan Pusat Pasukan Badan Beruniform Hulu Terengganu 2009

Dengan bantuan seramai 5 orang anggota dari Kem RAMD 18, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Kontinjen Pasukan Badan Beruniform (PBB) Hulu Terengganu telah berjaya menjalani latihan yang mencukupi untuk ke Perkhemahan PBB Sekolah Rendah Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 24 hingga 28 Februari 2009 di Pusat Kokurikulum JPNT, Bukit Kolam, Kuala Berang, Terengganu.

Latihan Kawad Kaki yang dikendalikan oleh Sarjan Sharif.



Latihan Bantu Mula yang dikendalikan oleh Puan Norida (Pandu Puteri).

Kata-kata semangat dari Sarjan Sharif untuk Kontinjen PBB SK Hulu Terengganu.

Sebagai Tanda Terima Kasih dari Pihak PPD Hulu Terengganu buat anggota RAMD 18 yang banyak membantu


Designed by Najjah Indahart