Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 29 July 2009

Perkhemahan Perdana Sempena Sambutan 100 Tahun PPM Peringkat Hulu Terengganu


Sunday 26 July 2009

Lencana @ QUBERSCOUT ...

TERKINI...


Kedua-dua lencana ini sudah berada di tangan AQELA ...

Perkhemahan Perdana Sempena Sambutan 100 Tahun PPM Peringkat Hulu Terengganu


Terima Kasih Kepada

Pengarah dan Warga
Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Terengganu

Atas Kesediaan Tuan
Untuk Bersama Memeriahkan
Perkhemahan ini

Thursday 23 July 2009

5th Asia Pasific Region Jamboree On The Air @ QUBERSCOUT

Sehingga 23 Julai 2009 [Khamis] ... Berikut adalah kumpulan-kumpulan Pengakap yang telah mengesahkan kehadiran mereka:
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan - 15 orang
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis - 10 orang
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat - 8 orang
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor - 8 orang
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil - 6 orang
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong - 6 orang
  7. Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang - 14 orang
  8. Sekolah Menenagh Agama Mahmudiah - 13 orang
  9. Sekolah Menengah Teknik Dungun - 11 orang
  10. Jumlah Keseluruhan 91 orang

LASBELA Sekolah Kurang Murid SK Menerong 2009

Program ini adalah di bawah peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk Sekolah Kurang Murid (SKM). SK Menerong (HT-33) merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih. Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) ini telah dijalankan 21 Julai 2009 [Selasa] dengan penyeliaan empat orang guru (Puan Norra Mohd Basir-BSMM, Encik Esham Busu-Pengakap, Encik Mohd Adnan Seman-Pengakap & Cik Azlina Alias-Pengakap). Antara lokasi yang telah dilawati ialah Terengganu FM, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Menikmati panorama Bandaraya Kuala Terengganu dari puncak Bukit Pak Apil

Bergambar kenangan bersama DJ Terengganu FM, Jaja di dalam konti Terengganu FM

AQELA menyampaikan cenderahati kepada Encik WARA (Wan Abdul Rahman Hayat) mewakili Pengarah Penyiaran Kawasan Timur

Bergambar kenangan di hadapan Terengganu FM

Bergambar kenangan di hadapan Muzium Negeri Terengganu, Losong, Kuala Terengganu

Beberapa orang Pengakap dan Sdr. Mohd Adnan tak melepaskan peluang untuk beraksi di kubu pertahanan yang dibina oleh anggota RAMD 18 Melayu untuk Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia di Pantai Batu Burok

RAKAMAN PENGHARGAAN BUAT

  • Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
  • Jabatan Penyiaran Kawasan Timur [Terengganu FM]
  • Muzium Negeri Terengganu
  • Puan Hasmah Hamzah, Guru Besar SK Menerong
  • Para Ibubapa Murid yang terlibat
  • Para Guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung

Wednesday 22 July 2009

Lencana @ QUBERSCOUT

Edaran Lencana-Lencana Berikut Adalah TERHAD...

Lencana Perkhemahan Perdana Sempena Sambutan 100 Tahun PPM
Peringkat Hulu Terengganu


Lencana Jambori Di Udara Asia Pasifik Kali Ke-5

5th Asia Pasific Region Jamboree On The Air @ QUBERSCOUT

Terima Kasih dan Selamat Datang

kepada
Ahli Pengakap


Atas Kesanggupan Anda Untuk


Bersama Kami di QUBERSCOUT


Menjayakan Jambori Di Udara Asia Pasifik kali ke-5
Bermula 31 Julai - 2 Ogos 2009
Bertempat di Tapak Perkhemahan SK Menerong, Ajil, Terengganu Darul Iman

5th Asia Pasific Region Jamboree On The Air @ QUBERSCOUT

Terima Kasih dan Selamat Datang
kepada




KLKM



kerana


akan bersama-sama kami untuk beraksi di Jambori Di Udara Asia Pasifik Kali ke-5


yang akan bertempat di


Tapak Perkhemahan SK Menerong,


Ajil Terengganu Darul Iman




pada


1 Ogos 2009

Tuesday 21 July 2009

Kronologi MPNT Julai 2009

  • 18 Julai 2009 (Sabtu)
  • 9.30 malam
Majlis Pemakaian Bintang Kehormat Semangat Padi Kepada YAB Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu Oleh YBhg Dato’ Seri Shafei Salleh (Ketua Pengakap Negara) bertempat di Seri Iman, (Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Terengganu), Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
  • 19 Julai 2009 (Ahad)
  • 11.30 pagi
Majlis Perlantikan Kebawah DYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dimasyhurkan sebagai Penaung Pengakap Negeri Terengganu bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

TAHNIAH ... Dari Kejauhan


DYMM Tengku Muhammad Penaung MPNT

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail dimasyhurkan sebagai Penaung Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT).

Majlis pemasyhuran itu disempurnakan Ketua Pengakap Negara, Dato’ Seri Dr Shafei Mohd Salleh, di Istana Maziah, Kuala Terengganu, hari ini (19 Julai).


Turut hadir di majlis itu, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku, Tengku Sri Panglima Raja; Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Sementara itu, Dato’ Seri Shafei, berkata penerimaan pelantikan Tengku Muhammad Ismail sebagai penaung dianggap sebagai perhargaan paling berharga bagi MPNT.

“DYMM Tengku Muhammad akan dijadikan sebagai ikon di kalangan masyarakat, terutama pelajar turut menyertai pengakap dan ahli badan beruniform lain,” katanya.

Beliau berkata, sehingga ini kira-kira 120,000 ahli menggangotai pengakap di Terengganu dan kini aktif menyertai pelbagai aktiviti anjuran MPNT dan agensi lain.

“Bagi menghargai jasa setiap ahli, Menteri Besar Terengganu bersetuju menghadiahkan sebidang tanah bertujuan membina kem pengakap dan beberapa infrastruktur lain.

“Lokasi tanah itu masih dalam perbincangan sama ada di Kuala Terengganu atau daerah lain,” katanya.

Menurutnya, dengan wujudnya kem itu nanti, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan semata-mata untuk kebaikan ahli sekaligus mampu mengelak gejala sosial seperti melepak dan merempit.

Unit Komunikasi Negeri
Petikan dari laman Portal Rasmi Kerajaan Terengganu

Isra' Mi'raj


DAULAT TUANKU ... DAULAT TUANKU ... DAULAT TUANKU

Menjunjung Duli dan Merafak Sembah, Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
sempena
Ulang Tahun Keputeraan DYMM kali ke-47
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku dan Kerahmatan diperoleh dariNya di bawah Lembayung Pemerintahan Baginda Yang Berjiwa Rakyat
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH DK.M.,D.K.T,D.K.R,D.M.N.,S.U.M.Z.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,D.K.(Perlis),D.K.(Johor),D.K.M.B.(Brunei),D.K.(Perak),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kelantan),D.K.(Kelantan),D.K.(Selangor),S.P.M.J.,Commandeur de la Legion d’ Honneur(France)

pada
20 Julai 2009 BERSAMAAN 27 REJAB 1430H

Pemangku Raja dilantik Penaung Majlis Pengakap Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dilantik sebagai Penaung Majlis Pengakap Negeri Terengganu sempena Majlis Pemasyhuran Pelantikan tersebut, di Istana Maziah, semalam. Pelantikan tersebut disertai Ketua Pengakap Negara, Datuk Sri Dr Shafei Mohd Salleh yang menyembahkan Tauliah Pelantikan berkenaan kepada Tengku Muhammad Ismail beberapa minit sebelum majlis pemasyhuran berakhir.
Terdahulu, Tengku Muhammad Ismail dianugerahkan Bintang Semangat Padi Perak.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman; Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja; Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan kerabat-kerabat diraja.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Tengku Bentara Raja; Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu merangkap Ketua Istiadat, Datuk Bentara Luar dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri, Datuk Abdullah Taib serta Exco negeri. Selain itu, Dr Shafei ketika ditemui berkata, pemilihan Tengku Muhammad Ismail sebagai penaung adalah tepat kerana beliau mampu menjadi ikon kepada pelajar.

Beliau turut berbangga apabila Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bakal menghadiahkan sebidang tanah kepada persatuan.

Sehingga kini, seramai 120,000 ahli pengakap di Terengganu termasuk di peringkat universiti aktif melaksanakan program pengakap.

Petikan dari Sinar Harian : Selasa 21-7-2009

Tuesday 14 July 2009

Risk Management Seminar

National Risk Management Committee will organising a Risk Managemnet Seminar at the National Headquarters, B.P. House:
Date : 17th - 19th July 2009
Place : B.P. House
Registeration : 15:00 ( 17th July 2009 )
The Risk Management Seminar is to formalise a Persekutuan Pengakap Malaysia : Policy on Risk Management:
1. Formulate a Persekutuan Pengakap Malaysia safety policy.
2. Introduce to basic princip of risk management.
3. Understanding the Safety Management, Emergency and Crisis Management of the scout activities.
4. Introduce to a legal aspects of the scout activities.

Monday 13 July 2009

Terkini dari QUBERSCOUT....

Perkhemahan sempena Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat Hulu Terengganu dan Jambori Di Udara Asia Pasifik kali ke-5 (5th Asia Pasifik Jamboree On The Air) akan dijalankan di Tapak Perkhemahan, Sekolah Kebangsaan Menerong, Ajil, Terengganu Darul Iman. Kedua-dua program ini akan dijalankan secara serentak bermula 31 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009 dengan menggabungkan semua unit Pengakap termasuk Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.

Objektif utama program ini jalankan ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat serta ahli Pengakap sendiri bahawa kewujudan pasukan beruniform Pengakap sudah melepasi 100 tahun dan masih lagi relevan dengan situasi masakini. Ahli-ahli Pengakap juga akan didedahkan dengan aktiviti komunikasi daripada pemimpin-pemimpin Pengakap yang berpengalaman serta bertauliah dalam penggunaan radio amatur di samping menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti kembara hutan, merentas sungai dan sebagainya.

Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu juga mensasarkan penyertaan sehingga 400 orang peserta dari seluruh pelusuk daerah Hulu Terengganu.

Rovermoot 2009 "Satu Malaysia" ... Pengertian Logo

Hijau Muda
Melambangkan alam sekitar

Logo Pengakap Malaysia
Melambangkan Persekutuan pengakap Malaysia

Gading
Melambangkan negeri Pahang Darul Makmur sebagai tuan rumah

Warna Merah
Melambangkan epolet Pengakap Kelana

Ikatan Tali
Melambangkan kemahiran tali temali

1 Malaysia
Melambangkan semangat perpaduan satu Malaysia

Saturday 11 July 2009

Perkhemahan 100 Tahun PPM / Jambori Di Udara Asia Pasifik Kali Ke-5

Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada ahli Pengakap daerah Hulu Terengganu untuk berkomunikasi secara jarak jauh dengan ahli Pengakap di rantau Asia Pasifik (bertaraf antarabangsa) serta mendedahkan ahli Pengakap bahawa kepengakapan adalah Persaudaraan Sejagat.

SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN:
Terbuka kepada SEMUA AHLI PENGAKAP yang berminat.
PENYERTAAN ADALAH DIUTAMAKAN KEPADA:
PERKHEMAHAN PERDANA SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN PPM :
Unit Pengakap Kanak-Kanak (Sekolah Rendah) - Tahun 4 & Tahun 5

JAMBORI DI UDARA ASIA PASIFIK KALI KE-5 (5th APR JOTA) :
Unit Pengakap Muda (Sekolah Menengah) - Tingkatan 1 & 2
Unit Pengakap Remaja (Sekolah Menengah) - Tingkatan 4
Unit Pengakap Kelana (Sekolah Menengah & Belia) - Tingkatan 6 Rendah

KESIHATAN:
Disahkan sihat untuk menjalani semua ujian fizikal yang ditetapkan.

KEBENARAN BERTULIS:
Telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga dan kuasa penganjur kumpulan / Pengetua / Guru Besar.

YURAN PENYERTAAN PERKHEMAHAN:
Yuran Penyertaan Individu:
RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) untuk urusan Makan/Minum peserta, pentadbiran/pengurusan kem, lencana dan bahan aktiviti.

Semua pembayaran atas nama
PASUKAN LATIHAN PENGAKAP HULU TERENGGANU.

PERMOHONAN
PENYERTAAN:
Tarikh tutup penyertaan pada :
22 Julai 2009 (Rabu)
Permohonan penyertaan lewat, selepas pendaftartan tersebut tidak akan dilayan.

Borang penyertaan mesti dihantar kepada:

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 KUALA BERANG,
(U.P. : ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN ALI)

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila berhubung terus kepada :

ENCIK ESHAM BIN BUSU
PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP (LATIHAN)
DAERAH HULU TERENGGANU
esh_tie@yahoo.com / quberscout@gmail.com
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA
  • Khemah
  • Lampu suloh
  • Seragam Lengkap
  • Baju T (sekurang-kurangnya 2 pasang / helai )
  • Kasut sukan sekurang-kurangnya ( 2 pasang )
  • Keperluan ubat peribadi (Minyak Angin)
  • Peralatan Mandi (Tuala / Selipar / Sabun)
  • Peralatan Sembahyang
  • Peralatan Tulis (termasuk Pensil Warna) dan Buku Log
  • Tali Nylon (2 meter) untuk latihan tali temali
  • Lain-lain keperluan yang difikirkan perlu dan dibenarkan.

KEBERSIHAN:
Peserta mestilah menjaga kebersihan kawasan perkhemahan pada setiap masa.

SAMPAH DAN SISA MAKANAN:
Peserta dilarang membuang sisa makanan ke dalam longkang.

MAKANAN & MINUMAN:
Makanan dan minuman sepanjang perkhemahan akan disediakan oleh pihak penganjur perkhemahan.

Jumaat – Makan Tengah Hari / Minum Petang / Makan Malam / Minum Malam
Sabtu - Sarapan / Minum Pagi / Makan Tengahari / Minum Petang / Makan Malam / Minum Malam
Ahad – Sarapan / Minum Pagi

*Peserta dikehendaki menyediakan pinggan dan gelas plastik.

PELAWAT:
Pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan tanpa kebenaran URUSETIA. Jika hal mustahak sila berjumpa dengan URUSETIA bertugas.

PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI:
Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan pelawat (ibu/bapa/penjaga) tanpa kebenaran, atau penyertaan akan dibatalkan.

Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan. Jika berlaku kehilangan pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab. Telefon bimbit boleh disimpan pada pemimpin sekolah masing-masing.

KEBENARAN MELAWAT:

Kebenaran masuk pelawat-pelawat ke kawasan perkhemahan adalah tertakluk kepada pihak urusetia perkhemahan.

Wednesday 8 July 2009

5th Asia Pasific Region Jamboree On The Air ... Quberscout


Tarikh
1 - 2 Ogos 2009
Lokasi
Tapak Perkhemahan
SK Menerong
Ajil, Terengganu Darul Iman.

Perkhemahan Sambutan 100 Tahun PPM Peringkat Hulu Terengganu


Tarikh
31 Julai hingga 2 Ogos 2009


Lokasi
Tapak Perkhemahan
SK Menerong

Penyertaan
Terbuka Kepada Semua Pemimpin, Ahli Pengakap Kanak-Kanak, Ahli Pengakap Muda, Ahli Pengakap Remaja dan Ahli Pengakap Kelana yang berminat untuk sama-sama memberikan sokongan kepada aktiviti kepengakapan di QUBERSCOUT

Saturday 4 July 2009

JOTA / JOTI ke 52 ... Climate Change Challenge C3



Tema untuk Perhubungan Pengakap Sedunia pada tahun ini adalah isu-isu berkaitan Alam Sekitar selaras dengan kerja-kerja dan tumpuan sedunia kepada United Nations Framework Convention on Climate Change Conference (COP 15) di Copenhagen pada 7 - 18 December 2009.

Perbincangan di radio dan internet semasa JOTA / JOTI akan menyumbang ke arah mempertingkatkan kesedaran peserta kepada isu-isu alam sekitar berdasarkan kepada World Scout Environment Programme.Diantara topik perbincangan didalam program JOTA / JOTI adalah:

1 . Bencana alam semulajadi
2 . Kesiap siagaan kepada bencana alam
3 . Tenaga alternatif untuk stesen JOTA anda
4 . Jejak karbon

Untuk tahun ini, JOTA mempromosi stesen 'hijau' dan untuk memperlengkapkan Climate Change Challenge ("C3") peserta perlu:

1. Membantu stesen radio JOTA anda menjadi stesen 'hijau'. Adakah stesen radio anda mesra alam sekitar? dan bolehkan anda mengurangkan kesan jejak karbon stesen radio?
2. Berbincang dengan 2 pengakap yang berbeza dari 2 negara yang berbeza berkenaan langkah-langkah untuk mengurangkan jejak persekitaran anda
3. Mempelajari masalah alam sekitar berhampiran stesen radio JOTA dan menulis langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertingkatkan keadaan alam sekitar tersebut

Maklumat lanjut berkenaan JOTA / JOTI ke 52 sila layari laman sesawang : jota.sub.cc.Para Pengakap yang berminat untuk turut serta didalam porgram JOTA / JOTI ke 52 sila berhubung dengan pegawai bertugas:

Pegawai :

En. Zakran bin Abdul Manan
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
(Pentadbiran dan Pengurusan)

En. Ahmad Razif bin Ramli
Pesuruhjaya Ibu Pejabat
(Unit Komunikasi)

Designed by Najjah Indahart