Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 31 August 2010

Salam Kemerdekaan ...

Seluruh Warga QUBERSCOUT
mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan
Kali Ke-53
buat
Semua Warga Malaysia

"Bersama-samalah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dan terus mengekalkan KEMERDEKAAN ini"

Saturday 28 August 2010

JAMBORI SEMPADAN KELANTAN ” ONE LAND SCOUTS JAMBORI”

(Salinan Surat daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu melalui email)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Ibu Pejabat Pengakap Malaysia akan mengelola jambori tersebut pada 10 hingga 15 Okt 2010 di Kem Kijang, Kota Bharu Kelantan. Jambori ini berstatus antarabangsa kerana penyertaan pengakap dari Thailand dan Indonesia.

3. Pengakap Negeri Terengganu telah dijemput dan akan menghantar satu kontinjen ke jambori tersebut. Semua pemimpin dan ahli pengakap Negeri Terengganu dipelawa utuk menyertai jambori ini. Sehubungan itu, bersama ini disertakan Borang Penyertaan dan siaran jambori tersebut.

4. Penyertaan ke jambori ini adalah terhad. Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu akan membuat pemilihan kepada semua yang memohon. Surat makluman seterusnya akan dihantar kepada semua yang berjaya dipilih menyertai kontinjen Terengganu. Semua Borang Penyertaan hendaklah sampai ke Ketua Pesuruhjaya Negeri Terengganu sebelum 2 September 2010. (Jangan hantar yuran lagi, Borang Penyertaan sahaja).

5. Surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan dikeluarkan kepada peserta yang diluluskan menyertai Kontinjen Terengganu.

6. Untuk makluman setiap peserta dikenakan yuran pendaftaran RM 80.00 tidak termasuk tambang pergi-balik dan makan-minum.

7. Dengan sokongan dan kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Saya yang menjalankan tugas,

tt

(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul Iman.

s.k .
- Dato’ Pengerusi MPNT.
- Ibu Pejabat PPM Malaysia.
- Setiausaha Kht. MPNT.
- Pengetua Sekolah Menengah Negeri Terengganu.

Friday 20 August 2010

Siri Latihan Kawad Tongkat ... Nota

Mulai dari siri ini akan disiarkan secara berperingkat-peringkat nota berkaitan Kawad Tongkat yang telah dibincangkan di Peringkat Kebangsaan oleh Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Penyiaran nota ini bukanlah bermotifkan keuntungan, namun lebih berkonsep perkongsian ilmu pengetahuan.

Pengenalan

  • Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan Kawad Kaki.
  • Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa hukuman serta pergerakan tentera.
  • Kawad Tongkat hanya diperuntukkan kepada Unit Pengakap Remaja sahaja.
  • Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan tongkat.


Spesifikasi Tongkat Pengakap

  • Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.
  • Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
  • Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
  • Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.

Friday 6 August 2010

Kem Lencana Pengakap Muda/Remaja .... Peserta SMK Seri Berang



  1. NURUL NABILAH BT SHAFIEI
  2. RAIHANAH BT AZIZ AZHAR
  3. NURUL NABILA HUDA BT MAT SAUDI
  4. NUR HAKIMAH BT MAT RAZOL GHANI
  5. KHU SAADIYAH BT ABDULLAH

Kem Lencana Pengakap Muda/Remaja .... Peserta SMK Menerong

  1. TUAN NOR ATIQAH SYAFIQAH BINTI TUAN ABDUL AZIZ
  2. NURSYAFAWANI BINTI LOKMAN
  3. SHAMIMI IZZATI BT ASARI

Kem Lencana Pengakap Muda/Remaja .... Peserta SMK Jenagor

  1. SAIDATUL AKMAL BT KAMAL BAHARIN
  2. SITI NUR HAKIMI BT MAT SABERI
  3. SITI NOOR AZWANI BT AHMAD
  4. WAN NOR KHAMISAH BT ABDULLAH
  5. DIYANA BT ARIFIN
  6. NAEMAH BT ABU BAKAR
  7. NUR FAZURA BT ABDUL RAHMAN
  8. NUR AINA SYAFIKA BT BAHARUN

Kem Lencana Pengakap Muda/Remaja .... Peserta SMK Tengku Ampuan Intan

  1. MUHD IRFAN BIN HISHAM
  2. MUHAMMAD IQBAL BIN SHAFIIN
  3. AHMAD SYAHIZAD AIMAN BIN ABD HADI
  4. MOHAMAD AMIR AZWAR BIN ZAKARIA
  5. MUHAMMAD ARIF HAFIZUDDIN BIN MOHD KAMAL
  6. NOR HAFILAH BINTI AWANG
  7. FATIN FARAHIYAH BINTI AHMAD
  8. NOR SHAHIDA BINTI ROSLIN
  9. SITI MARYAM BINTI JUSOH
  10. ANIS NAQUIYAH FARHANA BINTI MAT DIN
  11. NUR AMIRAH BINTI NAWI
  12. NOOR SHAZLEEN BINTI AHMAD
  13. NUR EILY AUFA BINTI ZAMRI
  14. SITI NURUL HAZIRAH BINTI MOHD MUSTAFA
  15. AINUR RUZAINAH BINTI ABDULLAH
  16. NURUL SYAFIQAH BINTI ABDUL RASHID

Thursday 5 August 2010

Kem Lencana Pengakap Muda/Remaja .... Peserta SM Imtiaz Kual Berang


  1. MOHAMED SHAHRUL NEEZA BIN MAT SEDEK
  2. WAN AMIRUL FAHMIE BIN WAN NOR AZMAN
  3. MUHAMMAD DINIE AKMAL BIN MOHD SHUKRI
  4. MUHAMMAD FARIS ZAKWAN BIN MUSTAFA
  5. AHMAD ARIFF LUQMAN BIN ABD HAMID
  6. ABU UBAIDAH BIN ZAINAL
  7. WAN AHMAD AIMAN BIN WAN MOHAMAD NOOR
  8. AMER FATHULLAH NUAIM BIN ZAKARIA
  9. UMAR MUKHLIS BIN NAZRI
  10. AMIRUL HAKIM BIN MOHD RIZAL
  11. MUHAMMAD NUR IKRAM BIN ZAIDI
  12. WAN MOHD HAMIZ MURSYID BIN WAN MOHD SHUIMY
  13. MUHAMMAD AMRIL HAQ BIN AZMI
  14. AHMAD ASYRAF BIN MOHD YUSOFF
  15. MOHD FIRDAUS BIN MOHAMMAD
  16. AHMAD SYAUQI ASRAF B. ABDULLAH
  17. MUHAMMAD ASYRAAF BIN NOOR AZMAN
  18. MUHAMMAD AUNI BIN HAIRUNNAJA
  19. MUHAMMAD EZMAN BIN IBRAHIM
  20. AHMAD SYAHIR SAIFUDDIN
  21. MUHAMMAD FAIZ FADZLI BIN MOHD ISA
  22. WAN MUHAMMAD BIN WAN ABD AZIZ

Designed by Najjah Indahart