Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 27 March 2011

Makluman Perkabungan Atas Kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah

Semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri/ Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun di dalam negeri Terengganu dikehendaki menghormati perkabungan atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah, D.K., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Selangor) binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj selama 40 hari bermula 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 dengan memakai:

1. Bagi pegawai dan kakitangan Lelaki Melayu, memakai songkok berlilit kain putih berukuran 1 inci;
2. Bagi pegawai dan kakitangan Wanita Melayu,berselendang/kain tudung berwarna putih;
3. Bagi pegawai dan kakitangan Bangsa lain, bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam (armband) di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita;
4. Bagi Polis dan Tentera menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan masing-masing.

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(12) bertarikh 22 Mac 2011

Sementara bagi pengibaran bendera pula, semua Bendera Negeri dan lain-lain Bendera kecuali Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di Jabatan-Jabatan dan Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan-Badan Berkanun serta Pihak Penguasa Tempatan, Bangunan-Bangunan Perniagaan, Perusahaan dan Kediaman hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang mulai 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 iaitu tempoh 40 hari perkabungan

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(13) bertarikh 22 Mac 2011

Segala perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran Kerajaan dan Bukan Kerajaan yang berunsurkan hiburan ADALAH DITEGAH diadakan di seluruh Negeri Terengganu Darul Iman dalam tempoh berkabung yang disytiharkan selama 40 hari mulai 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011, kecuali majlis-majlis atau acara-acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah.

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(14) bertarikh 22 Mac 2011

Designed by Najjah Indahart