Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 28 February 2014

Skim Latihan Lencana PM : Lencana Usaha : Lagu Negaraku


Sejarah Lagu Negaraku
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama “Negaraku” dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. “Negaraku” menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain.
Skor lagu “Negaraku” telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan “Negaraku” diperdengarkan buat julung kalinya pada 31Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Negaraku”. Bermula dari detik inilah, lagu “Negaraku” terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Sumber :
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia [https://www.malaysia.gov.my/]
Portal Jabatan Penerangan Malaysia [http://pmr.penerangan.gov.my/]

Skim Latihan Lencana PM : Lencana Usaha : Bendera Negeri Terengganu


Latar belakang berwarna putih bermaksud Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.   Ia melingkungi tanah hitam yang bermaksud rakyat, oleh itu bermakna Sultan adalah pemberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Sumber :
Laman Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol, Negeri Terengganu Darul Iman.
http://protokol.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article.php?cid=11&aid=2548

Skim Latihan Lencana PM : Lencana Usaha : Bendera Malaysia


Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat  dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah  (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King Goerge VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.

Sumber :
Laman Portal 1Klik (Jabatan Penerangan Malaysia)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7956-bendera-malaysia.html

SKIM LATIHAN LENCANA : LENCANA USAHA [PM]

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti Berkhemah, Memasak, Mengembara, Kecergasan Jasmani, Kemahiran Pengakap dan Perkhidmatan.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap MESTILAH mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik.

Untuk LULUS Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu LULUS ujian-ujian berikut:







Catatan :
Skim Latihan Lencana Usaha yang dipaparkan pada laman ini digubal mengikut kesesuaian Ahli Pengakap Muda Negeri Terengganu Khususnya Daerah Hulu Terengganu. Untuk mendapatkan Nota Lengkap sila PM Aqela Esham Busu di Facebook.

SKIM LATIHAN LENCANA : LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP MUDA

Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu LULUS ujian-ujian sepertimana berikut:


Bagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-Kanak, mereka tidak perlu menjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-Kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.



Sumber :
Buku Skim Latihan Lencana Pengakap Muda, Persekutuan Pengakap Malaysia [Mac 2010]

Thursday 27 February 2014

Ketua Pengakap Negara & Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Sumber Bahan : http://pengakapsbpis.blogspot.com/

Wednesday 26 February 2014

Skim Latihan Lencana : Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak [Siri 06]






Skim Latihan Lencana : Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak [Siri 05]









Skim Latihan Lencana : Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak [Siri 04]











Skim Latihan Lencana : Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak [Siri 03]



Skim Latihan Lencana : Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak [Siri 02]


Skim Latihan Lencana : Lencana Keahlian Pengakap [Siri 01]



Skim Latihan Lencana : Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak


Pemakaian Tanda Pangkat dan Warna Epolet PPM

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Majlis Eksekutif Pengakap Negara (MEPN) yang telah diadakan pada 15 Mei 2013, telah membuat ketetapan tentang pemakaian epolet untuk semua pangkat berkuatkuasa serta-merta.

Sumber : http://ppmbalikpulau.blogspot.com/

Sunday 23 February 2014

Syabas dan Tahniah...

Tahniah serta Syabas kepada Ahli Pengakap Muda Daerah Hulu Terengganu yang telah berjaya menghadirkan diri ke Kem Ujian Lencana Usaha Siri 1 & 2 peringkat Negeri Terengganu. Semoga anda semua akan berjaya meneruskan perjalanan ke arah merealisasikan Pengakap Raja dari Hulu Terengganu.

Jutaan terima kasih kepada Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras Unit Beruniform serta Pemimpin-pemimpin Pengakap sekolah-sekolah berkenaan atas sokongan yang diberikan.

Sebarang masalah atau nota yang belum dilengkapkan, sila berhubung terus dengan AQELA Esham Busu @ Facebook.

"Jjadi Sunggoh Pengakap Hulu"


Catatan:

Siri 1 : 06 - 08 Februari 2014 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

Siri 2 : 20 - 22 Februari 2014 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

Wednesday 5 February 2014

Seragam Pengakap Malaysia (Semua Unit)


KEM UJIAN LENCANA USAHA (PENGAKAP MUDA) SIRI PERTAMA DAN KEDUA

Akademi Pengakap Negeri Terengganu melalui Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan mengadakan KEM UJIAN LENCANA USAHA SIRI KE-2 pada 20 Feb 2014 hingga 22 Feb 2014 oleh kerana permintaan yang tinggi. 

Untuk makluman, permohonan untuk menyertai KEM UJIAN LENCANA USAHA SIRI PERTAMA telahpun ditutup pada 02 Feb 2014 yang lalu. 

Mana-mana sekolah/kumpulan yang menghantar pengesahan selepas tarikh tersebut akan dibawa ke Siri Ke-2. Permohonan bagi Siri ke-2 masih lagi dibuka. 

Sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah menghubungi pegawai kami ditalian 09-662 3100 / 3105 / 3166 (EN. AMIR) atau boleh menghubungi terus Pengarah Akademi Pengakap Negeri Terengganu melalui email scoutkite@gmail.com.

04/02/2014
http://www.pengakapterengganu.org/umum_kini.html

Program Terkini : Kem Ujian Lencana Usaha (Pengakap Muda) peringkat Negeri Terengganu


Surat berkaitan telah kami edarkan melalui emel kepada semua sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Terengganu daripada PPM Daerah Hulu Terengganu.

"Ke Arah Merealisasikan Kuantiti & Kualiti Pengakap Raja Hulu Terengganu"

Pengerusi Latihan & Program
PPM Hulu Terengganu

PERUTUSAN : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu

YBHG. TUAN HAJI CHE SOH BIN MUDA, PJK


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Pengakap.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana diatas rahmat dan kurnianya, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu terus maju kehadapan selangkah demi selangkah dan terus meningkat dalam mencapai Visi dan Misi. 

Tahun 2011 merupakan tahun yang sangat bermakna bagi kami ahli-ahli Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu kerana DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah telah berkenan untuk mencemar duli dan memasyurkan Kem Telaga Batin menjadi Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Dengan termasyurnya Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail ini, banyak aktiviti dan program-program yang dapat dijalankan samada diperingkat negeri ataupun daerah.

Kini, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah menubuhkan laman web rasmi sebagai medium untuk menyampaikan maklumat berkenaan program, latihan dan sebarang aktiviti yang sedang atau bakal dijalankan.

Adalah diharapkan dengan adanya Laman web ini, ahli-ahli Pengakap khususnya ahli-ahli Pengakap Negeri Terengganu dapat melibatkan diri dalam aktiviti kepengakapan.

Akhir kata, sekali berpengakap selamanya berpengakap. Sekian, wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
"PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI"

TUAN HAJI CHE SOH BIN MUDA, PJK.
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
(TERENGGANU CHIEF SCOUT COMMISSIONER)

Disalin daripada : http://www.pengakapterengganu.org/perutusan.html

PERUTUSAN : Dato' Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu

DATO' HAJI ABDULLAH BIN HAJI TAIB

Assalamualaikum W.B.T., dan Salam Pengakap.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah melancarkan laman web rasmi iaitu www.pengakapterengganu.com  yang mana ianya satu inisiatif untuk menghubungan dan mendekatkan silaturrahim antara Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu, Majlis Pengakap Negeri Terengganu dengan Persekutuan Pengakap daerah-daerah di Negeri Terengganu serta Persekutuan Pengakap Malaysia di semua negeri di Malaysia.

Dikesempatan ini dengan rendah hati, saya ingin menjunjung kasih kepada DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah diatas bantuan dan sokongan yang telah Tuanku berikan kepada Majlis Pengakap Negeri Terengganu sehingga Majlis Pengakap Negeri Terengganu mempunyai Kem Pengakap sendiri yang mana telah dimasyurkan oleh DYMM Tuanku sebagai Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Saya Ingin menyeru kepada semua ahli-ahli Pengakap dan para pemimpin, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memajukan Pengakap di Negeri kita yang tercinta ini dan janganlah kita sia-siakan kemudahan-kemudahan yang telah diamanahkan kepada kita. 

Sekian, Sekali Berpengakap Selamanya Berpengakap.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
"PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI"

DATO' HAJI ABDULLAH BIN HAJI TAIB
PENGERUSI
MAJLIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
(Chairman of The Terengganu Scout Council)

Disalin daripada : http://www.pengakapterengganu.org/perutusan.html

Designed by Najjah Indahart