Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday, 9 September 2017

KOROBORI PENGAKAP TERENGGANU 2017..... Jadual Induk


Friday, 8 September 2017

KOROBORI PENGAKAP TERENGGANU 2017 ... Edisi ke-11


KOROBORI PENGAKAP TERENGGANU 2017

BERIKUT ADALAH MERUPAKAN MAKLUMAN AWAL


KOROBORI PENGAKAP TERENGGANU 2017

BERIKUT ADALAH MAKLUMAN AWAL DAN MERUPAKAN ANGGARAN :

Anggaran penyertaan daerah-daerah negeri Terengganu :



Anggaran Penyertaan Jemputan Negeri :



Peserta Negeri Terengganu : RM50.00 seorang
Peserta Luar Terengganu : RM80.00 seorang

Semua peserta akan dibekalkan satu set kit korobori sebagaimana berikut:
i. Topi
ii. Skarf & Wogel Korobori
iii. Lencana Korobori
iv. Lencana Anugerah Aktiviti
v. Lanyard & Tanda Nama
vi. Sijil Penyertaan

Saturday, 24 December 2016

Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kamarudin Kachar meninggal dunia


20 Disember 2016 - KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kolonel Profesor Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar, 83, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 malam ini.

Menurut anak lelaki Allahyarham, Khairul Annuar, 55, bapanya yang menghidap sakit jantung, dimasukkan ke pusat perubatan itu dua minggu lepas.

“Allahyarham berada dalam keadaan tenang sejak pagi namun mula tidak sedarkan diri malam ini,” katanya ketika ditemui Bernama di IJN di sini malam ini.

Khairul Annuar berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kediamannya di Sungai Ramal, Kajang malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal pagi Rabu.

Allahyarham yang juga Presiden Pertubuhan Sedunia Melayu-Polynesia dan bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), meninggalkan isteri Datin Seri Che Tom Osman, 80, dan empat anak.

Awal tahun ini Allahyarham yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun ke-68 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Dekan Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Timbalan Naib Canselor dan Pemangku Naib Canselor UPM sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Biro Tata Negara.


Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara, Dekan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah dan Naib Canselor Unisel. -
Bernama


Sunday, 20 November 2016

Friday, 17 June 2016

5th ASEAN Jamboree

15 -20 September 2016
Terengganu, Malaysia

General Information

The Scouts Association of Malaysia, Terengganu State, invites Scouts and Leaders from their National Scout Organizations to join the fun and catch the experience of being part of the 5th ASEAN Jamboree.

Date            :         15 -20 September 2016
Venue         :         Tengku Muhammad Ismail Scout Camp,
Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Fee              :         International Participants (US$120.00 per person)
International Service Team (US$100.00 per person)

The Jamboree includes inland transportation from Sultan Mahmud Airport, Terengganu / Kuala Terengganu bus terminal to campsite, Jamboree kits, on-site activities and off-site educational events, tents and cooked meals start from dinner on 15th Sept to breakfast on 20th Sept 2016)

Registration         :         Registration must be submitted before 1 July 2016

Eligibility             :         Open to Scouts and Leaders (male or female) of their
respective National Scout Organization. Participants
must obtain consent and approval from their NSO.

Equipment           :         Participants must bring their own sleeping bag,
flashlight, Scout uniform, sportswear, rain gear and
personal medicine.

Compulsary        :         All Contingents are required to bring traditional
costumes representing their country and one type of
traditional dessert. The traditional dish must not
contain any origin from pork or non-halal meat.

All Contingents are required to bring 2 national flags.


Malaysian-ASEAN Scout Camp Secretariat
Tel: +6 09-662 3100, 662 3105, 662 3106
Email: hqscouttrg@gmail.com or pengakap@scouts.my

5th ASEAN Jamboree 2016 @ Terengganu



Tuesday, 26 May 2015

KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2015


1
Rasional
KOROBORI ini dapat merealisasikan tujuan sebenar penubuhan Pengakap ke arah melahirkan pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah secara tidak formal.

2
Objektif
Menghimpunkan ahli-ahli Pengakap kanak-kanak bagi menambahkan pengalaman dan mengeratkan semangat persaudaraan Pengakap.

Menguji kemahiran dan semangat bertanding sesame ahli dalam bidang kemahiran Kepengakapan.

Menerapkan pembinaan modal insane gemilang selaras hasrat dan aspirasi negara.

Menjana insane seimbang dari segenap aspek melalui aktiviti perkhemahan yang mencabar.

4
Tema
Tranformasi Pengakap Kanak-Kanak Abad Ke-21
5
Tarikh
30 Mei hingga 3 Jun 2015
Pendaftaran 30 Mei 2015 (12.00tgh – 4.00ptg)
6
Tempat
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail
Telaga Batin, 21300. Kuala Terengganu
Terengganu DarulIman

5
Peserta
40   orang ahli pengakap kanak-kanak setiap negeri yang berdaftar tahun 2015.
10  orang pemimpin yang berdaftar tahun2015.

·         Sekiranya kontingen ingin menambah bilangan peserta diminta hubungi Seketeriat Korobori.

7
Bayaran
Pendaftaran
RM 50.00 bagi ahli pengakap kanak-kanak
RM 50.00 bagi pemimpin dewasa.

(*RM30.00 bagi peserta dalam Negeri Terengganu)

8
Kit Korobori
Skaf, Wogel, Tag Nama, Lencana Korobori, Lencana Anugerah, Aktiviti Sijil, Kad Aktiviti dan Topi

9
Makan Minum, Khemah, Pengangkutan
Tanggungjawab kontingen negeri masing-masing.




10
Bayaran Pendaftaran
Hendaklah dibuat dengan cek atas nama
Majlis Pengakap Negeri Terengganu.

11
Insuran Peserta
Kontingen negeri bertanggung jawab terhadap insuran kontingen masing-masing.
12
Majlis Penutup
3 Jun 2015 jam 10.00 pagi
YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Terengganu.

13
Aktiviti
Kepandaian Pengakap, Permainan, Aktiviti Lasak, Kraf dan lain-lain.

Semua aktiviti yang dijalankan disediakan oleh penganjur kecuali lawatan.
14
Aktiviti Pertandingan
Taraf Perkhemahan dan Persembahan Negeri (Tarian Rakyat)
15
Kemudahan Penginapan Pemimpin/Dewasa
Bilik Standard 2 katil  -  RM 95.00 satu malam ( 50 bilik)
Bilik Deluxe                -  RM 125.00 satu malam ( 20 bilik)
Tempahan boleh dibuat kepada Scout Inn Resort di talian 09-6623100

16
Seketeriat Korobori
En Mohd Nasir bin Hamzah             019-9139365
W Mohd Rizal Efendi Abdullah       019-9561172
TgAznuriahbtAbdAziz                     013-9804655

17
AlamatSeketeriat
Seketeriat  Korobori Kebangsaan 2015
Kem PengakapTengku Muhammad Ismail
Telaga Batin, Kuala Nerus Terengganu





·         Kemudahan Sewa Peralatan :

1.    Kanopy            :           RM350.00 sebuah sepanjang korobori
2.    Meja                :           RM15.00 sebuah sepanjang Korobori

3.    Kerusi              :           RM2.00 sebuah sepanjang korobori

Thursday, 6 March 2014

Skim Latihan lencana PM : Lencana Usaha : Lagu Rasmi Negeri Terengganu

Lagu Selamat Sultan

Allah Daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman

Allah Peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman

Allah Rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah Rakyat Aman


Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.

Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami
Sultan Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera dua laki isteri

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri

Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri

Allah perliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri

Pada tahun 1989, Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Hj. Awang ) telah mencadangkan supaya senikata lagu " Selamat Sultan " diubahsuai. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa seramai 8 orang yang diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B. Setia Wangsa ) bagi mengkaji semula senikata lagu ‘ Selamat Sultan ’. Sebahagian senikatanya didapati kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikuti bahasa Istana. Jawatankuasa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas senikata lama lagu tersebut.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni berkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan yang terus dinyanyikan sehingga kini.

Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Kebangsaan_Terengganu

Friday, 28 February 2014

Skim Latihan Lencana PM : Lencana Usaha : Lagu Negaraku


Sejarah Lagu Negaraku
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama “Negaraku” dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. “Negaraku” menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain.
Skor lagu “Negaraku” telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan “Negaraku” diperdengarkan buat julung kalinya pada 31Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Negaraku”. Bermula dari detik inilah, lagu “Negaraku” terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Sumber :
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia [https://www.malaysia.gov.my/]
Portal Jabatan Penerangan Malaysia [http://pmr.penerangan.gov.my/]

Skim Latihan Lencana PM : Lencana Usaha : Bendera Negeri Terengganu


Latar belakang berwarna putih bermaksud Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.   Ia melingkungi tanah hitam yang bermaksud rakyat, oleh itu bermakna Sultan adalah pemberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Sumber :
Laman Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol, Negeri Terengganu Darul Iman.
http://protokol.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article.php?cid=11&aid=2548

Skim Latihan Lencana PM : Lencana Usaha : Bendera Malaysia


Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat  dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah  (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King Goerge VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.

Sumber :
Laman Portal 1Klik (Jabatan Penerangan Malaysia)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7956-bendera-malaysia.html

SKIM LATIHAN LENCANA : LENCANA USAHA [PM]

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti Berkhemah, Memasak, Mengembara, Kecergasan Jasmani, Kemahiran Pengakap dan Perkhidmatan.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap MESTILAH mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik.

Untuk LULUS Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu LULUS ujian-ujian berikut:







Catatan :
Skim Latihan Lencana Usaha yang dipaparkan pada laman ini digubal mengikut kesesuaian Ahli Pengakap Muda Negeri Terengganu Khususnya Daerah Hulu Terengganu. Untuk mendapatkan Nota Lengkap sila PM Aqela Esham Busu di Facebook.

SKIM LATIHAN LENCANA : LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP MUDA

Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu LULUS ujian-ujian sepertimana berikut:


Bagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-Kanak, mereka tidak perlu menjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-Kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.



Sumber :
Buku Skim Latihan Lencana Pengakap Muda, Persekutuan Pengakap Malaysia [Mac 2010]

Designed by Najjah Indahart