Hari Raya Aidilfitri Wal Faizin
Semoga Silaturrahim yang Terjalin terus Tersimpul Erat
di Samping Menyambut Kehadiran 1 Syawal 1429
di Sebalik Pemergian Ramadhan 1429
dari
AKELA QUBERSCOUT SEKELUARGA
dan
Warga QUBERSCOUT
Maaf Zahir dan Batin...
Salam Akela. PPM Hulu Terengganu ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989).Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu... esh_tie@yahoo.com atau quberscout@gmail.com Paparan Terbaik 1280 X 800
Semoga Silaturrahim yang Terjalin terus Tersimpul Erat
di Samping Menyambut Kehadiran 1 Syawal 1429
di Sebalik Pemergian Ramadhan 1429
dari
AKELA QUBERSCOUT SEKELUARGA
dan
Warga QUBERSCOUT
Maaf Zahir dan Batin...
Apa lagi kerja-kerja yang dilakukan itu dibuat secara bergotong-royong atau bermuncang-mucang setentunya akan mewujudkan perasaan muhibah serta dapat menyemai sikap tolong-menolong antara satu sama yang lain.
Kerja bergotong-royong itu termasuklah membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam yang diungkayahkan oleh pasukan-pasukan keselamatan beruniform, pertubuhan-pertubuhan sukarela serta pihak keluarga yang telah pergi menghadap Ilahi dan orang-orang perseorangan merupakan amalan yang sememangnya dituntut dalam Islam.
Alhamdulillah, kese-daran umat Islam di negara ini melibatkan diri dalam kerja-kerja berkebajikan seumpama itu apabila menjelangnya bulan yang mulia amatlah ketara, seolah-olah dijadikan trend atau budaya.
Sudah menjadi suatu kelaziman dan dianjurkan dalam Islam untuk membaca Surah Yaa Siin dan diiringi dengan tahlil beramai-ramai diadakan setelah sempurnanya kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan dilakukan.
Agama Islam yang sempurna telah mengajarkan umatnya untuk hidup saling bersaudara, bantu-membantu dan hormat-menghormati sesama manusia, tidak kira sama ada seseorang itu masih hidup atau telah meninggal dunia.
Dalam pada itu agama Islam juga telah menganjurkan dan mengajarkan cara untuk menghormati mereka yang telah meninggal dunia iaitu dengan melakukan ziarah ke tanah perkuburan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, amalan menziarahi kubur merupakan amalan yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini dan amalan tersebut semakin bertambah dalam bulan Ramadan dan di pagi Hari Raya Aidilfitri.
Ziarah ke tanah perkuburan ini, pada hakikatnya tidaklah tertumpu pada bulan Ramadan atau bulan Syawal sahaja, akan tetapi kita digalakkan berziarah ke tanah perkuburan pada bila-bila masa. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah yang maksudnya:
"Dari Abi Mas'ud Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzihadkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.''
Amalan ziarah kubur ini mempunyai tujuan dan hikmatnya tersendiri, antaranya ialah supaya dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebab mengikuti sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Di samping itu, berziarah ini juga akan menerbitkan perasaan insaf dan taubat di dalam hati tentang menghadapi hari kematian, alam kubur dan alam akhirat iaitu dengan muhasabah diri, adakah amalan kita sudah mencukupi untuk dijadikan bekal di dalam alam barzakh dan alam akhirat.
Selain itu, berziarah kubur juga jika difahami dan dihayati tujuannya, akan mengingatkan kepada kita asal usul kejadian kita yang berasal dari tanah dan kepada tanah juga kita akan dikembalikan.
Dengan penghayatan sedemikian, insya-Allah akan menggamit rasa hati dan kesedihan serta dapat melembutkan kekerasan hati, yang akan melahirkan kesedaran untuk melakukan segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya.
Ziarah kubur juga bertujuan berlaku ihsan terhadap penghuni kubur, lebih-lebih lagi kepada roh kedua-dua ibu bapa kita dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, memohon doa agar dilimpahi dengan rahmat, pengampunan dan keafiatan dari Allah Subhanahu Wata'ala.
Perlulah diketahui bahawa permohonan doa anak yang soleh itu sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia akan diterima serta ditulis oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagai anak yang taat kepada ibu bapanya, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang salih yang mendoakan baginya.''
Semogalah amalan yang mulia ini akan diteruskan lebih-lebih lagi dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak yang mana Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan banyak ganjaran pahala di dalamnya.
Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar
dipetik dari:www.brunet.bn/news/pelita/11okt/rencana.htm
Sdr. Azuddin (9M2 CIO) sedang memperkatakan sesuatu kepada AKELA...