Salam Akela. PPM Hulu Terengganu ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989).Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu... esh_tie@yahoo.com atau quberscout@gmail.com Paparan Terbaik 1280 X 800
Click Here To Help Quberscout To Survive...
Selamat Datang...
Saturday, 21 June 2008
LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Dalam Kenangan
Friday, 13 June 2008
AKHIRNYA AKU TAHU PERKARA SEBENAR ... Satu Petikan
Thursday, 12 June 2008
LAMAN WEB QUBERSCOUT BAKAL DILANCARKAN...
TERIMA KASIH KEPADA
TEAM DELTA ROVERS MALAYSIA
ATAS SOKONGAN
PEMBINAAN LAMAN WEB
http://www.quberscout.com/
DENGAN INI BEBERAPA INDIVIDU AKAN DILANTIK
SEBAGAI PENYELENGGARA LAMAN WEB TERSEBUT
KUMPULAN TERSEBUT AKAN DIKENALI SEBAGAI
ICT QueST
"ICT Quber Scout Team"
PERSEKUTUAN PENGAKAP LULUS UNDI TAK PERCAYA .. Satu Berita Lapuk
- Sumber diperolehi dari Berita Harian
Wednesday, 11 June 2008
KE MANA HALA TUJU PENGAKAP ... Satu Pandangan Peribadi
QUO VADIS Pengakap ...
"Quo Vadis" ialah satu frasa dalam bahasa latin yang memberi makna 'Ke Mana Tujuan Anda?'. Frasa "Quo Vadis" ini juga telah mengingatkan saya kepada dalam lingkungan akhir 90an, di mana mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan telah menyuluh frasa ini untuk dilihat oleh semua Pemimpin Pengakap di negeri Terengganu. Saya amat bersetuju, agar soalan ini dapat didengari serta difahami intipatinya oleh setiap Pemimpin Pengakap Kanan dan juga Kiri, Besar ataupun Kecil, Jauh mahu pun Dekat... Tapi saying pada masa tersebut saya tak berkesempatan untuk menghadiri SEMINAR QUO VADIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU (tahunnya saya lupa).
Tiada hasutan atau pun kepentingan diri yang menyerlah dalam diri saya untuk menulis perkara ini dalam blog ini. Setelah saya alami dan melihat sendiri permainan "bahaya" oleh setiap Pemimpin Kanan atau Bekas Pemimpin Kanan Pengakap dalam menegakkan kebenaran masing-masing. Bagi saya tiada seorang daripada Tuan-Tuan yang benar samada di peringkat mana sekalipun, terutama sekali Pemimpin-Pemimpin Besar Pengakap Kebangsaan... Tindakan Tuan-Tuan lebih menonjolkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan ahli-ahli Pengakap. sebenarnya, tanpa ahli-ahli Pengakap siapalah Tuan-Tuan?
Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, ingin saya nyatakan pendirian saya hanyalah untuk Pengakap bukan kepada individu... Ini saya buktikan, walau di zaman siapa yang berada di kerusi Pesuruhjaya Negeri (samada Tuan Haji Wan Ibrahim @ Tuan Haji Othman), saya tetap memberikan apa sahaja idea yang bersarang di kotak fikiran saya dan juga mencurahkan sebanyak mungkin tenaga yang diperlukan serta mampu saya sumbangkan.
Konflik demi Konflik, Isu demi isu timbul...
Saya ingin menekankan beberapa aspek yang perlu kita ambil kisah... BUKANNYA pingat yang pelbagai warna, atau berapa lingkar di atas sebagai "hiasan" bahu, atau berapa biji kayu manikayu yang bergantungan di dada (sedangkan dalam dada tu kosong).... Manakala di kotak pemikiran masing-masing tiada sekelumit pun untuk manafaat AHLI PENGAKAP…
Kalau benar perjuangan ORANG BESAR yang kononnya sayangkan PENGAKAP, tetapi tindakan Tuan-Tuan membawa PENGAKAP ke arah kehancuran… Dan tindakan tersebut juga telah membakar semangat mereka yang memang tidak suka melihat PENGAKAP itu GAH di persada Kokurikulum… Serta BENAK FIKIRAN KANAK-KANAK, REMAJA DAN BELIA.
Satu cadangan dari saya ialah umur perjawatan dalam PENGAKAP juga harus dikaji semula… Umur Maksima untuk memegang jawatan biarlah 60 tahun… Kerana semakin tua individu, saya rasa makin liat pemikiran seseorang itu… Ahli Pengakap kebanyakkannya di bawah 30 tahun… (kalu tak caya… Buatlah kajian….)
KEAHLIAN
Sudah sampai masanya... Setiap negeri dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sendiri pembangunan ahli tetapi dalam satu format yang sama di seluruh negara. Ibupejabat PPM hanyalah menerima statistik keahlian dan sewajarnya memikirkan perkara-perkara yang lebih global.
LATIHAN PEMIMPIN
Skim latihan Pemimpin perlu dikaji serta diperturunkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Pasukan Latihan Negara melatih Pasukan Latihan Negeri. Pasukan Latihan Negeri melatih Pasukan Latihan Daerah. Sistem pencalonan daerah sepatutnya digunapakai... supaya tidak timbul sebagai contoh daerah Hulu Terengganu masih tidak mempunyai seorang yang bertaraf 3 bead lagi sehingga kini... Tiada Pentaraf Pengakap Raja.... Tak tahu pulak saya, berapa umur PENGAKAP Hulu Terengganu…
PROGRAM DAN SKIM LENCANA (SEMUA UNIT)
Program yang dirancang sepatutnya disokong penuh serta mendapat bantuan yang sewajarnya dari semua pihak atasan dalam PPM Kebangsaan, Negeri atau Daerah. Saya amat faham, Pemimpin tertinggi memang tak sempat nak memikirkan program untuk ahli Pengakap, lagipun lebih banyak isu yang perlu diperhalusi.
Skim-skim Latihan Lencana semua unit harus dikaji semula mengikut peredaran zaman… Dengan harapan ahli Pengakap tidak jemu dengan hidangan yang terdapat di dalam Pengakap… Terfikirkah Tuan-Tuan yang kini kononnya sedang berjuang untuk Pengakap….
PENGHARGAAN
Setiap insan harus dihargai... Barulah orang yang memberikan penghargaan itu akan dihargai oleh mereka yang pernah menerima penghargaan. Bukan calitan warna pada dada kiri.... Tetapi sekadar terima kasih atau pun tahniah.... Tapi tolonglah jangan menabur janji.... Kerana kita memang selalu dihidangkan dengan janji manis… selepas sahaja setiap program atau projek….
KESIMPULAN
Berfikirlah setiap individu dalam Pengakap ataupun di pinggir Pengakap…. Kita telah mengkhianati AHLI PENGAKAP (Kanak-Kanak, Remaja, Belia)… Satu hari nanti kita akan didakwa sebagai pemusnah PENGAKAP…
Kembalikan keceriaan KEPENGAKAPAN…
Kembalikan kehangatan KEPENGAKAPAN…
Terima Kasih ... Sekalung Penghargaan kepada:
- Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan, Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
- Tuan Haji Othman Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
- Tuan Haji Ariffin Othman, Mantan Pesuruhjaya KLM 30
- Tuan Mohd Salleh Ismail, Mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
- Encik Mohamad Sulaiman, Setiausaha Majlis Pengakap Negeri Terengganu
- Encik Norjamalullail Mohd Nor, Jurulatih Pengakap (Kebangsaan)
Terima Kasih kepada Tuan-Tuan yang menjadikan saya sebagai seorang Ahli Pengakap yang berhati "BATU"......
Tuesday, 10 June 2008
KEM UJIAN PENGAKAP KANAK-KANAK ... LKP/LKE
KEM UJIAN PENGAKAP KANAK-KANAKLENCANA KERIS PERAK
DAN
LENCANA KERIS EMAS
DAERAH HULU TERENGGANU
TARIKH : AWAL JULAI 2008
TEMPOH : 3 HARI 2 MALAM
LOKASI : SK TAPAH / SK KUA
YURAN : RM20.00 SEORANG
SUKMA XII 2008 : TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA TERENGGANU DAN SELAMAT BERCUTI
SUKMA XII 2008 : TAHNIAH BUAT NEGERI TERENGGANU
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH … Kontinjen tuan rumah, Terengganu mampu merayakan kejayaan selepas mencipta pencapaian di luar dugaan dengan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 buat kali pertama dalam sejarah temasya sukan dwitahunan yang mula diperkenalkan 22 tahun lampau.Sukma yang melabuhkan tirainya, semalam (9 Jun 2008), telah menobatkan Terengganu sebagai juara keseluruhan selepas meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.
Catatan kejayaan itu melayakkan Terengganu menerima anugerah Piala Perdana Menteri yang disampaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ketua Kontinjen Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Keunggulan kontinjen Terengganu pada temasya Sukma kali ini juga menyaksikan penguasaan Raja Sukma, Selangor terkubur selepas menduduki kejuaraan Sukma enam kali sejak 1996. Selangor muncul naib juara dengan 54 emas, manakala Sarawak 52 emas.
Secara keseluruhan, tuan rumah berjaya merangkul 61 pingat emas, angka yang tidak terfikir oleh kontinjen negeri dan seluruh rakyat Terengganu.
Pada awalnya, para pegawai termasuk Menteri Besar, Dato' Ahmad Said hanya mensasarkan pencapaian 40 pingat emas pada awal temasya yang lalu.
Jika pada malam sebelumnya (8 Jun 2008), pasukan bola sepak tuan rumah telah menggamatkan stadium yang sama dengan sorakan penyokong yang memberi semangat sekaligus menyumbangkan emas ke-59 dan muncul juara acara itu selama dua tahun berturut-turut.
Penguasaan Terengganu terus membanggakan apabila dua pingat emas terakhir bagi acara berbasikal 150 kilometer perseorangan dan berpasukan menambah lagi erti pada hari terakhir yang berlangsung di Kuala Berang, semalam.
Sehingga penutup semalam, keseluruhan temasya berjaya memecahkan tujuh rekod kebangsaan menerusi renang, angkat berat dan olahraga, selain 48 rekod kejohanan juga diperbaharui.
Atlet renang Selangor, Foo Jian Beng diumumkan atlet lelaki terbaik selepas memungut pingat tertinggi iaitu lapan pingat di mana tiga emas, empat (perak) dan satu (gangsa).
Manakala gimnas Wilayah Persekutuan, Brenda Yap muncul atlet wanita terbaik selepas berjaya menggondol lima pingat sepanjang temasya itu.
Acara penutup yang disempurnakan oleh Perdana Menteri berlangsung dengan gilang gemilang turut disaksikan oleh kira-kira 50,000 penonton dari seluruh Terengganu di mana bendera Sukma secara rasmi diturunkan dan diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam sebagai wakil kontinjen Melaka yang bakal menganjurkan Sukma Ke-13 pada 2010.

Rujukan:
Monday, 9 June 2008
KOROBORI QUBER 2008 ... PROGRAM LEPASAN UPSR 2008
Sunday, 8 June 2008
KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... PETIKAN BERITA ...
FOTO OLEH SHUHAIMI AHMAD

Selaku tuan rumah Terengganu paling ramai menghantar peserta iaitu 827 orang manakala negeri yang menyertai perkhemahan pengakap yang julung kali diadakan ini termasuklah Johor,Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.
“Terdapat 25 acara dijalankan sepanjang lima hari berada di sini, kebanyakan program mendedahkan mereka kepada semangat setiakawan dan jati diri,” kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Mohd Razali Salleh di majlis perasmian Kempori Quber 2008 di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, hari ini (25 Mei).
Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia dan Sukan), Encik Zahanafi Sagaf dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu, Encik Abdul Rahman Bakar.
Katanya, golongan ini perlu diberi pengetahuan yang mendalam untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia global hari ini dan dengan menyertai perkhemahan sebegini semangat kekitaan dan cintakan negara perlu diperkuatkan.
Kempori Quber yang turut dihadir 50 paramedik dari Kuala Lumpur dan Singapura berjaya mencapai sasaran penganjur untuk menjadikan program ini suatu yang dinantikan pada masa akan datang.

- Unit Komunikasi Negeri Terengganu
Friday, 6 June 2008
Friday, 30 May 2008
KOLEKSI KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... TERHAD
Jambori Pengakap ASEAN 2008
Tempat : Tapak Perkhemahan Cibubur, Jakarta Timur, Indonesia
Bayaran Penyertaan : USD 150
Anjuran : Gerakan Pramuka Indonesia
Tema :Developing Brotherhood and cultural understanding
Dipetik dari WEblog Pengakap Kelana Johor
RAIMUNA NASIONAL 2008
Tarikh : 27 Jun hingga 7 Julai 2008
Tempat : Tapak Perkhemahan Cibubur, Jakarta Timur, Indonesia
Yuran Penyertaan : USD150
Anjuran : Gerakan Pramuka Indonesia
Tema : Strengthening brotherhood and building the spirit of the national for the world peace
DALAM KENANGAN ... KEMPORI PENGAKAP JEMPUTAN QUBER 2008 ...
PENGUMUMAN WEBLOG MASTER ...
SEKALUNG PENGHARGAAN .. TERIMA KASIH
Petugas dari...
KLKM UPSI
KLKM UMT
KLKM Paramedik (Kolej Sains Kesihatan Malaysia, Sg. Buloh, Selangor)
KLKM UNITEN
KLKM TATiUC
KLM IPKTBR
KLKM UDM
Pasukan Pengakap Kelana A Hulu Terengganu
Pasukan Pengakap Kelana C Hulu Terengganu
Pasukan Pengakap Kelana B (Laut) Kuala Terengganu
Pasukan Pengakap Kelana Kemaman
Pasukan Pengakap Kelana Dungun
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
Pejabat Daerah Hulu Terengganu
Polis Di Raja Malaysia (Hulu Terengganu)
Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Terengganu
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Hulu Terengganu)
Pejabat Perhutanan Daerah Hulu Terengganu
Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
Majlis Daerah Hulu Terengganu
Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Terengganu
Tenaga Nasional Berhad (Kuala Berang)
Team Delta Rovers Malaysia
Akhbar Sinar Harian
Di atas kerjasama yang diberikan sehingga berjayanya Kempori Pengakap Jemputan Quber 2008...
TANPA ANDA SEMUA KEMPORI INI TIDAK AKAN BERJAYA DILAKSANAKAN SEPERTIMANA YANG TELAH BERJALAN...
TERIMA KASIH ... TERIMA KASIH ... TERIMA KASIH ...
JUMPA LAGI DI KEMPORI PENGAKAP JEMPUTAN QUBER EDISI KE-2...
Tuesday, 20 May 2008
PERTARUNGAN ANTARA PEGAWAI DAERAH MELAWAN KETUA-KETUA JABATAN...
Masa : 3.30 petang
Lokasi : Tapak Aktiviti Lasak, Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.
Akan dihadiri oleh:
1. Tuan Haji Mohd Rozali Saleh, Pegawai Daerah Hulu Terengganu
2. Encik Nasran Abd Halim, Pen. Pegawai Daerah II, Hulu Terengganu
3. Ketua-Ketua Jabatan di daerah Hulu Terengganu
4. Pegawai-pegawai Kempori Pengakap Quber 2008
Terima Kasih kepada:
Team Delta Rovers Malaysia...
Friday, 16 May 2008
Wednesday, 14 May 2008
Tuesday, 13 May 2008
QUBERSCOUT CAMPOREE 2008 ... ACTIVITY
Abseiling (from the German: abseilen, "to rope down") is the process of descending a rope under control, used in rock climbing, mountaineering, caving and canyoneering; used to descend cliffs or slopes too steep to walk down.
It is also known as: rappelling (American English), abbing (British slang for "abseiling"), jumping (Australian slang) rap jumping (American slang), roping down, roping, seiling (Australian slang), snapling (Israeli slang), rappling (Hindi slang).
EQUIPMENT
Helmets are worn to protect the head from bumps and falling rocks. A light source may be mounted on the helmet in order to keep the hands free in unlit areas.
Mechanical descenders include braking bars, the figure eight, the abseil rack, the "bobbin" (and its self-locking variant the "stop"), the gold tail, and the "sky genie" used by some window-washers and wildfire firefighters.
Monday, 12 May 2008
BULUH ... BAMBU ... BULUH ...
Wednesday, 7 May 2008
QUBERSCOUT CAMPOREE ... ACTIVITY

Monday, 5 May 2008
QUBERSCOUT CAMPOREE 2008 ... ACTIVITY
Get to see how ‘keropok lekor’ is made in Quberscout Camporee 2008 which is famous traditional food in Terengganu. Everybody love ‘keropok lekor’ and usually buy them from pasar malam (night markets) here. So, having the chance to see and taste them when they are freshly made is a treat. Here, you are also have a chance to make them at our activities’ site.This is the keropok lekor producer in Seberang Takir and Losong. Be sure to visit them when you are in Kuala Terengganu because in this location, you can see all the sights synonymous with the East Coast like songket weaving, fishing village, dried fishes dried in the sun and etc.
As you can see in the two pictures (above and below), making keropok lekor involves hand rolling the fish paste into rolls and boiled in a huge pot of water. It is very much like making sausages. Let’s imagine keropok lekor as the fish sausage.
A closer look at the process. Normally, we have our keropok lekor deep fried. However, you are advised that they are best eaten boiled with special chillies sauce to dip in it. The prepared keropok lekor is sold everywhere in Terengganu and some are sent to other states too.

Sunday, 4 May 2008
QUBERSCOUT CAMPOREE 2008 ... ACTIVITIES
Thursday, 1 May 2008
QUBERSCOUT CAMPOREE 2008 ... COMPETITION ACTIVITY
QUBERSCOUT CAMPOREE 2008 ... ACTIVITIES
One of Our Activity is to visit Islamic Civilization Park (Taman Tamadun Islam), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.
( THE CRYSTAL MOSQUE ) THE NATURAL BEAUTY OF KUALA TERENGGANU, MALAYSIA COMBINES PERFECTLY WITH THE THEMED LANDSCAPED GARDENS THAT LINK ONE THEME ENVIROMENT TO THE CITY. STAY FOR A DAY OR FOR A WHILE, VISIT ONE ATTRACTION OR MANY, AND CELEBRATE IN STYLE AT THE WEDDING CENTRE. VISIT THE UNIQUE CRYSTAL MOSQUE, OR TAKE TIME TO JOURNEY THROUGH THE EXQUISITE MINIATURE MONUMENTS OF THE ISLAMIC WORLD, WINDOWS ON ISLAM.
QUBERSCOUT CAMPOREE 2008 ... INVITATION
QUBERSCOUT CAMPOREE 2008 ... ACTIVITIES
- water activity ( river and outdoor pool )
- paintball
- wall climbing
- flying fox
- orienteering
- radio communications
- flag semaphore
- darts
- blowpipe
- backswood cooking
- batik drawing
- spider web
- tramping and hiking
- handcraft
- making "keropok" (our traditional food)
- visit to historical places
Wednesday, 30 April 2008
TAHNIAH... AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU SESI 2008/2009
SETIAUSAHA : ENCIK MOHAMAD BIN SULAIMAN
PEN. SETIAUSAHA : (AKAN DILANTIK)
BENDAHARI KEHORMAT : YM TENGKU AHMAD SABIRIN BIN TENGKU AWALUDDIN
AHLI JAWATANKUASA :
- YB ENCIK NAWI BIN MOHAMAD
- TUAN HAJI CHE SOH BIN MUDA
- TUAN HAJI ARIFFIN BIN OTHMAN
- ENCIK NASRAN BIN ABD HALIM
PERASMIAN PENUTUP KEMPORI PENGAKAP QBER 2008...
Thursday, 24 April 2008
JOTA KEBANGSAAN PERTAMA 2008
GERAI JUALAN... KEMPORI PENGAKAP QBER 2008
Kepada mana-mana individu atau syarikat
yang berminat untuk menyertai
gerai jualan dan pameran
di Kempori Pengakap QBer 2008
bermula dari 23 hingga 27 Mei 2008
di Taman Pertanian Negeri, Sekayu,
Kuala Berang, Terengganu Darul Iman
bolehlah menghubungi
Rosidi Sulaiman
email:becksjr78@yahoo.com
Wednesday, 23 April 2008
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KAMPORI PENGAKAP QBER 2008 KALI KE-3...
Kepada Semua Ahli Jawatankuasa Induk Kempori Pengakap QBer 2008 dan Pengerusi Urusetia Jawatankuasa Pengelola Kempori Pengakap QBer 2008, mesyuarat tersebut akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh : 29 April 2008
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Lokasi : Bilik Gerakan, Tingkat 2,
Pejabat Tanah Daerah Hulu Terengganu
Harap maklum.
Monday, 21 April 2008
LAWATAN TAPAK KE TAMAN PERTANIAN NEGERI, SEKAYU...
Tarikh : 24 April 2008
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
Kerjasama serta sokongan Tuan/Puan amat kami hargai.
Terima kasih.
AADK akan bersama Pengakap di Kempori QBER 2008...
Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan berada di tapak Kempori Pengakap QBER 2008 bermula dari 24 hingga 27 Mei 2008. Pihak AADK akan terlibat secara langsung dalam melaksanakan aktiviti Forum dan Pameran. Pihak AADK berharap dengan penglibatan mereka akan membantu memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada golongan remaja dan belia yang menyertai kempori ini tentang bahaya najis dadah.
Saturday, 19 April 2008
KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... URUSETIA AKTIVITI
Aktiviti Pertandingan :
Klinik dan Pertandingan Paintball : Team Delta Rovers Malaysia
Pertandingan Persembahan Kreatif : Encik Shamshurizat Hashim / SK Kuala Ping, K. Berang
Pertandingan Pintu Gerbang Kreatif : Encik Mohd Anuar Ibrahim / SK Seri Geliga, Kmmn
Pertandingan Taraf Perkhemahan : YM Tengku Razali Tengku Ngah / SMK Tengku Lela Segara
Aktiviti Penyertaan :
Sektor A
Flying Fox : Encik Abdul Razak Abdullah / SK FELDA Tersat, Ajil
Wall Climbing : Encik Hamdan Husin / Pasukan Kelan B (Laut) Kuala Terengganu
Abseiling : Pasukan Kelana B (Laut) Kuala Terengganu
Archery : Encik Jefri Mat Yasin / SK Kuala Dura, K. Berang
Orienteering : Encik Jamari Yusof @ Isa / SMK Komp. Mengabang Telipot, K. Terengganu
Sektor B
Kayak : Encik Amri Abdullah / SK Kampung Tengah, Manir, K. Terengganu
Merentas Sungai : Encik Mohd Abdullah / SK Manir, K. Terengganu
Menyumpit : Encik Mohd Akmarizan Mat Hussain / SK Seri Gelugor, Kmmn
Melempar Sasaran : Mohamad Napis Ali / SMK Bukit Mentok, Kmmn
Permainan Dart : Encik Low Chin Chong / SJK (C) Lok Khoon, Kmmn
Sektor C
Spider Web : Encik Mohd Rosdi Razak / KLKM UDM
Sepak Raga : Encik Zaharudin Razak / SK Menerong, Ajil
Permainan Congkak : Cik Noraini Othman / SK Bukit Gemuroh, K. Berang
Kraftangan : Cik Rohani Harun / SK Sungai Buloh, K. Berang
Batik Celup : Encik Azmi Musa / SK Seri Berang, K. Berang
Membuat Keropok : Encik Hassan / SK Bukit Perah, Ajil
Sektor D
Kembara Rimba : Encik Mohd Din Jusoh / SK Sura, Dungun
Komunikasi Radio Amatur : Encik Zainal Abidin Ali / PPD Hulu Terengganu
Masakan Rimba : Encik Mohd Azman Ali / SK Seberang Dungun
Memasang Jerat : Pasukan Kelana C Hulu Terengganu
Komunikasi Bendera “Semaphore” : Pasukan kelana B (Laut) Kuala Terengganu
Sektor E
Forum AADK : Encik Abd Rahim Zahid / SK Nibung, K. Berang
Pameran Agensi dan Kerjaya : Pasukan Kelana C Hulu Terengganu
Lawatan : Encik Nik Rozi Nik Ishak / SK Menerong, Ajil
Kembara Cinta Alam : Encik Mohd Bukhori Mukhtar / SK Ibok, Kmmn
Jejak Kenalan Kempori : Urusetia Aktiviti
Friday, 18 April 2008
Lawatan ke Konsulat Thai Sebagai Positif...
Seramai 4 orang telah mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia untuk misi ke Konsulat Thai di 4426 Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada 16 April 2008 (Rabu). Lawatan hormat ini adalah bersifat positif dan berjaya. General Konsulat Diraja Thai telah menyambut rombongan ini dengan mesra dan berjanji akan memanjangkan jemputan Kempori Pengakap Jemputan Quber 2008 (QUBERSCOUT Camporee 2008) ke seluruh Thai.
Beliau juga berharap sekurang-kurangnya penyertaan dari Selatan Thai. Beliau juga kagum dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh PPM Negeri Terengganu dan PPM Hulu Terengganu untuk menganjurkan program seperti ini. Program ini juga diharap dapat mengintegrasikan pelajar-pelajar dari Thai dan Malaysia (khususnya Terengganu) sebagai sebuah negara yang berjiran.
Ahli Rombongan:
- Encik Rosley bin Mat Hasan
- Encik Abdul Ghani bin Jurid
- YM Syed Osman bin Syed Mustafa
- Encik Esham bin Busu
Designed by Najjah Indahart
























