Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday, 3 July 2008

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Kontinjen

Kontinjen Pengakap Marang


Kontinjen Pengakap Hulu Terengganu


Kontinjen Pengakap Hulu Terengganu

Entah Kontinjen Pengakap Daerah mana tak tau kawan....
Sori la kawan tak sempat meronda...

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Bakat Pengakap




LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Dalam Kenangan


Pasukan yang bertempur sebelum Kempori Quber 2008...
Akela bersama dengan :
Tuan Haji Mohd Rozali Saleh (Pegawai Daerah Hulu Terengganu),
Encik Nasran Abd Halim (Pen. Pegawai Daerah Hulu Terengganu),
Encik Hussin A. Rahman (Delta Rovers),
Ustaz Ahmad Tajuddin Mahmood (Penyelia Agama PPD Hulu Terengganu),
Encik Zainal Abidin Ali (PTR PPD Hulu Terengganu),
Encik Zalman Zakaria (PPPDHT-Tugas-Tugas Khas),
Encik Mazlan A.Manap (PPPDHT-Ibupejabat/Program)
dan beberapa orang pekerja Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang.
Siapalah jurugambar ni agaknya????
Nak kena bayor lebih elaun ni...

MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP SEKOLAH RENDAH HULU TERENGGANU

Mesyuarat yang telah diadakan semalam (2 Julai 2008) bertempat di Kantin SK Ajil telah berjaya mengumpulkan lebih 30 orang pemimpin Pengakap sekolah rendah daerah Hulu Terengganu. Turut hadir ke mesyuarat berkenaan Encik Othman bin Long, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan juga Encik Abdul Malik bin Ali, Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan kepada pemimpin berkaitan Kem Ujian Lencana Keris Perak dan Emas daerah Hulu Terengganu yang akan diadakan dalam sedikit masa lagi. Mesyuarat ini juga diadakan adalah untuk mempereratkan silaturahim di kalangan pemimpin Pengakap Hulu Terengganu.
Kem Ujian Lencana berkenaan akan diadakan di SK Tapah, Kuala Berang dengan sasaran seramai 200 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak daerah Hulu Terengganu.
"BUAT HABIS BAIK"

Wednesday, 2 July 2008

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... First Paintball in Camporee @ Jamboree

Team Delta Rovers pengedali Tempur Paintball untuk Kempori Quber 2008

Menembak atau Ditembak?
Ni kira pernah jadi mangsa sebelum dapat pakai jersi berbelang camni...

Serikandi Pengakap atau Serikendi ni? Betul ke ni? Atau acah-acah jer...

Melangkah keluar dari medan pertempuran paintball... Ini Tak tahulah dah kira kalah ke menang nie... Hehehehe

Monday, 30 June 2008

PERTEMBUNGAN DUA DIMENSI... Satu Catatan Peribadi

Salam Sejahtera... Salam Perpaduan... Salam Pengakap...
Terpanggil untuk AKELA mencoretkan sedikit pandangan berkaitan Pergerakan Pengakap Malaysia khususnya di negeri Terengganu tercinta. Sudah mencecah 100 tahun usia Pengakap sedunia... AKELA hanya bermula semula melibatkan diri dengan Pengakap pada tahun 1994... Sebelum itu AKELA pernah melibatkan diri dengan Pengakap pada tahun 1980-1983 (semasa di SK Bukit Guntong, Kuala Terengganu)... Tapi semasa itu AKELA hanyalah ahli biasa yang sememangnya biasa segala-galanya.... Namun begitu sehingga hari ini pun, AKELA masih lagi seperti biasa... Tanggungjawab yang diberikan akan dipikul dan disempurnakan dengan sebaik mungkin...
Terfikir oleh AKELA... Kenapa di usia Pengakap 100 tahun ini yang sepatutnya mematangkan pergerakan ini sendiri tetapi telah berlaku disebaliknya... Kekadang bagi AKELA mungkin betul teori penuaan manusia sendiri, semakin lanjut usia semakin bertambah kekurangannya seseorang manusia itu... Berbanding usia Pergerakan Pengakap yang seharusnya menyambut usianya genap seabad itu... Dengan acara sambutan yang gemilang tetapi berlaku disebaliknya... Perpecahan demi perpecahan... Saman menyaman... Pulau memulau... Hilang halatuju...
Pada suatu situasi, AKELA berpendapat berlaku pertembungan dua dimensi generasi kepengakapan menjelang usianya seabad... Golongan pertama ialah golongan veteran ataupun boleh diistilahkan sebagai golongan feudelmental... Katanya golongan ini amat menyayangi institusi kepengakapan... Sehingga sanggup melakukan apa sahaja supaya mereka dapat kekal dalam institusi pengakap itu sendiri, tanpa mengira adakah (cara pemikiran) mereka masih relevan ataupun sudah agak ketinggalan oleh arus permodenan yang semakin mencabar... Golongan ini terdiri dari mereka yang sememangnya telah banyak berjasa kepada dunia kepengakapan pada usia mereka remaja dan belia dahulu... Namun begitu sedar tak sedar, zaman telah berubah... Cabaran mendatang adalah berlainan versi... Kemahuan remaja-belia hari ini sudah semakin berbeza... Dunia sudah menjadi satu persempadanan yang tidak bertepi... Tindakan demi tindakan telah diambil... Tindakan-tindakan ini dilakukan demi mengekalkan kekuasaan golongan berkenaan... Walaupun dari segi sokongannya tidak seberapa... Tambah-tambah lagi sebahagiannya sudah tidak berautoriti dalam sebarang bidang... PENCEN atau BERSARA...
Walaupun begitu, AKELA amat menyanjung golongan feudelmental ini... Tanpa mereka (penggiat Pengakap Veteran Terengganu)sudah pasti tiada aktiviti KEPENGAKAPAN di bumi tercinta ini... Tetapi secara peribadi AKELA berpendapat golongan ini sudah kehilangan halatuju sebenar semasa mereka mula-mula melibatkan diri dengan KEPENGAKAPAN... Mereka memperlekeh kebolehan golongan muda... Sedangkan golongan muda ini adalah hasil didikan mereka sendiri... Tiada pengiktirafan kepada golongan muda terutama yang melaksanakan tugas dengan jaya serta sempurna... Malahan mereka yang bermuka-muka pula diiktiraf walaupun usia mereka dalam kepengakapan hanyalah setahun jagung... Kekadang tiada pembuktian tugasan yang utama (merancang atau melaksanakan sesuatu tugas khas atau projek)...
Golongan kedua adalah merupakan belia dan muda (bukan remaja)... Rata-rata umur mereka di antara awal 30-an sehingga 50-an... Daripada golongan ini berlaku perpecahan di kalangan mereka mengikut pengaruh masing-masing... Mereka membina empayar sendiri... Boleh dikatakan ada di antara mereka ini mempunyai maksud yang tersirat di samping melibatkan diri dalam kepengakapan... Penganugerahan Manikayu, Perlantikan sebagai Pentaraf, Pencalunan sebagai Penolong Jurulatih Kebangsaan/Antarabangsa, Perlantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Negeri/Daerah dan Penganugerahan Pingat dan darjah kebesaran dalam PPM...
Kalau diperhatikan secara kasar perkara-perkara yang saya sebutkan di atas kelihatannya kecil serta remeh... Tetapi kalau diperhalusi, ia boleh meranapkan pergerakan pengakap secara perlahan ataupon secara pantas...
Golongan serpihan ialah golongan yang melaksanakan kerja atau lebih dikenali sebagai orang atas padang... Mereka bertungkus lumus melatih ahli-ahli pengakap... Terkadang mereka lebih popular dari Pesuruhjaya Daerah... Pesuruhjaya Negeri... Ketua Pesuruhjaya... sehingga Ketua Pengakap Negara...
Terdapat juga golongan yang terus meminggir dan mohon untuk keluar baris serta beralih arah ke unit-unit beruniform lain atau menggunakan kepakaran melibatkan diri dengan beberapa kem latihan dan juga pusat kokurikulum sama ada di jabatan pelajaran negeri dan juga institut pendidikan tinggi...
MANGSA... MANGSA... MANGSA... Adalah ahli Pengakap yang rata-rata di kalangan murid yang berumur 9 tahun sehingga 12 tahun, pelajar yang berumur 13 tahun sehingga 19 tahun, remaja, belia dan dewasa yang amat berminat... Namun begitu kepentingan peribadi telah mengatasi kepentingan ahli... Program yang dirancang di peringkat bawahan dianggap tidak boleh dilakukan... Sedangkan mereka sendiri kekeringan idea... Pemimpin-pemimpin hari seharusnya memikirkan satu kaedah untuk menyatukan semua yang selama ini sudah terlerai... Himpunkan semula menjadi serumpun... Bangkitkan kesegaran serta keceriaan dunia ahli pengakap... Fikirlah jika kita hebat masih ada lagi orang lain yang hebat...
  • Duduk diam sekejap...
  • Berfikir untuk mereka...
  • Bukan untuk kita...

  • Wassalam... Jumpa lagi dilain masa...

  • 73... Cheriooooooooooooo

MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU TERENGGANU




Perkara di atas adalah dirujuk.


Semua guru pemimpin Pengakap sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu diminta hadir ke mesyuarat tersebut sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti kepengakap di daerah Hulu Terengganu yang tercinta.


Sehubungan itu, mesyuarat berkenaan akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:


Tarikh : 2 Julai 2008

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang

Lokasi : SK Ajil, Terengganu Darul Iman


Dijangkakan mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"

Monday, 23 June 2008

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Wajah Petugas Kempori

Berhati-hati semoga peta ini tidak jatuh ke tangan "musuh"

Milik siapakah gadis ini?






Seronok dapat menaiki bas untuk aktiviti lawatan ke


Bandaraya Kuala Terengganu setelah penat bertugas...


Petugas Paramedik ...

Terima Kasih di atas tugas kalian yang cemerlang...



Amin ... Ya Rabbi ... Alamin

Semoga Kempori ini bermula dan berakhir dengan selamat

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Menyumpit


Antara aktiviti yang menarik minat peserta...
Sumpit dan petugas dibawa khas dari
Perkampungan Orang Asli Sungai Berua Kuala Berang

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Wajah Pegawai Kempori

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ...
HANYA SEBILANGAN PEGAWAI SAJER
KERANA
YANG LAIN TAK DOP GAMBAR LAGI...


Orang Kuat Untuk Aktiviti Lawatan ... Pok Niek Rozie



Orang Kuat Kewangan (Berkupiah) ... Pok Usop
Orang Kuat Protokol (Bertopi) ... Pok Syed
Orang Kuat Kerohanian (Berbaju Coklat) ... Ustaz Dean
Orang Kuat Aktiviti Mengejar Pelangi ... Ustaz Rahim

Orang Kuat Keselamatan dan selalu memastikan kawasan Kempori selamat ...

Cikgu Salim Sungai Berua

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Wajah Aktiviti Kempori


KANTOI ... Ini rahsia BESAR ... Aku dah dapat cop aktiviti ...
Ko orang mau cop kat mana ni? Kat dahi atau pipi korang? Jangan bagitau BOSS...



Cik Abang dan Cik Akak ni, main congkak atau posing jer?

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Dalam Kenangan


Ahli-ahli Pengakap Kelana B (Laut) Kuala Terengganu
mempersembahkan bakat di Malam Pengakap


Seorang petugas Kempori sedang memberikan penerangan kepada peserta


Sunday, 22 June 2008

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Dalam Kenangan


Litar Kembara Meneroka Alam : Rimba Sekayu diredahi...


Litar Kembara Meneroka Alam : Akviviti Masakan Rimba...
Bukan aktiviti membakar hutan....

Saturday, 21 June 2008

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Dalam Kenangan

Waktu kerja kena kerja....
Tapi masa makan tetap kena makan...
Kalu tak mana energi mau ambik...

Sentiasa perlu beratur...
Mana-mana stesen aktiviti pon sama jer...

Aktiviti apa tu adik-adik...
Mencari barang kemas atau salah satu tugasan tu...


Rakaman lensa:
Mazlan/Yusazri/Rozly

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Dalam Kenangan

Ahli Pengakap sentiasa berdisiplin...

Bukan bersiar-siar tapi mencari arah ... Aktiviti Orienteering ... Taman Pertanian Negeri, Sekayu adalah merupakan salah satu trek dari 2 trek yang terdapat di negeri Terengganu


Dirakam oleh:
Mazlan, Yusazri dan Rozly

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Dalam Kenangan

Di mana sahaja berbincang... Dan apa saja yang dilakukan...

Para Peserta sedang mendengar taklimat sebelum memulakan pengembaraan meneroka Hutan Lipur Sekayu

Dirakam oleh:
Mazlan, Yusazri dan Rozly

Friday, 13 June 2008

AKHIRNYA AKU TAHU PERKARA SEBENAR ... Satu Petikan

Jun 11th, 2008
Setelah berjumpa dengan PesuruhJaya Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Pengakap Wilayah , baru aku tahu perkara sebenar tentang masalah kepimpinan yang berlaku dalam Pengakap samada di peringkat negara dan juga negeri.
Apabila sudah cantik, bagus akan ada cuba memecah belahkan perpaduan pengakap yang selama ini telah di bina dengan baik.Aku menyokong yang terbaik dan pihak yang benar demi kemajuan pengakap.
Bila berlaku masalah kepimpinan;Akan ada orang cuba membaling batu dari belakang ,Akan ada orang cuba menjadi dalang segala perkara,Akan ada orang cuba menjadi HERO ,Akan ada orang cuba berlagak menjadi baik ,Akan ada cuba berkata keburukan orang lain demi untuk kepentingan sendiri.Akan ada orang cuba mengambil kesempatan seolah2 ingin membuat perubahan ,Akan ada berlagak ingin memperbetulkan keadaan pada hakikat menambahkan lagi masalah!!
Apa yang aku boleh katakan adalah kita hendaklah bersatu dan mendengar suara MAJORITI yang menyokong kita , jika tidak akan bawalah kehancuran dalam amalan demokrasi. Yang paling penting ikutlah ketertiban dalam perlantikan jawatan mengikut pengutan suara mejoriti dan berlandaskan POR.
*Yang pasti ia akan merugikan pergerakan pengakap di Malaysia jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Sumber & Nukilan:

Thursday, 12 June 2008

LAMAN WEB QUBERSCOUT BAKAL DILANCARKAN...


TERIMA KASIH KEPADA

TEAM DELTA ROVERS MALAYSIA

ATAS SOKONGAN
PEMBINAAN LAMAN WEB
http://www.quberscout.com/

DENGAN INI BEBERAPA INDIVIDU AKAN DILANTIK
SEBAGAI PENYELENGGARA LAMAN WEB TERSEBUT

KUMPULAN TERSEBUT AKAN DIKENALI SEBAGAI

ICT QueST
"ICT Quber Scout Team"

PERSEKUTUAN PENGAKAP LULUS UNDI TAK PERCAYA .. Satu Berita Lapuk

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengakap Malaysia semalam meluluskan resolusi tidak percaya terhadap Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Salleh yang didakwa melanggar Akta Parlimen 409 berikutan beberapa tindakannya termasuk menggantung keahlian tiga Pesuruhjaya Negeri dan tiga Penolong Ketua Pesuruhjaya.
Tindakan Shafie menggantung keahlian beberapa pemimpin tertinggi negeri itu didakwa sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan serta melampaui kuasanya sebagai Ketua Pengakap Negara.
Ketua Pesuruhjaya, Kol Datuk Dr Kamarudin Kachar, berkata undi tidak percaya itu disokong lebih dua pertiga atau 90 peratus kepemimpinan tinggi pengakap termasuk 17 Pesuruhjaya Negeri.
Katanya, pergerakan yang mempunyai 200,000 keahlian seluruh negara itu meminta Dr Shafie melepaskan jawatannya.
"Tidak pernah dalam sejarah 100 tahun pergerakan pengakap ditubuhkan di 180 negara seluruh dunia, seorang Ketua Pengakapnya mengambil tindakan menggantung keahlian Pesuruhjaya Negeri. Ia bukan saja bertentangan dengan perlembagaan malah mencemarkan imej pengakap Malaysia dan sedunia.
"Selain itu, beberapa tindakan Dr Shafie seperti melantik tiga orang timbalan Ketua Pesuruhjaya di mana jawatan itu tidak diperuntukkan dalam perlembagaan serta mencampuri urusan pentadbiran ibu pejabat pengakap serta latihan adalah di luar bidang kuasanya sebagai Ketua Pengakap Negara," katanya pada sidang media, di sini semalam.
Hadir sama, tiga Pesuruhjaya Negeri yang digantung, Pesuruhjaya Negeri Wilayah Persekutuan, Mejar (B) Mohd Sallehuddin Ab Ghani; Pesuruhjaya Negeri Perak, Shahrudin Isa dan Pesuruhjaya Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Latihan, Mohammad Kamar Zainuddin.
Tiga Penolong Ketua Pesuruhjaya yang digantung tetapi tidak hadir ialah Penolong Ketua Pesuruhjaya (Perundangan), Wan Aminuddin Wan Daud; Penolong Ketua Pesuruhjaya (Sumber Dewasa & Utara), Jauhar Mohd Yassin dan Penolong Ketua Pesuruhjaya (Sumber Dewasa & Selatan), Radzwan Hussain.
Kamarudin berkata, tindakan Dr Shafie mengeluarkan kenyataan yang merendahkan martabat pengakap ketika satu majlis dialog juga sebagai salah satu sebab mengapa resolusi undi tidak percaya itu dibuat.
"Persekutuan Pengakap Malaysia berharap seorang menteri penuh dilantik sebagai Ketua Pengakap Negara yang baru, dan menteri yang paling layak ialah Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein," katanya.Sementara itu, Dr Shafie ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan Persekutuan Pengakap Malaysia itu.
  • Sumber diperolehi dari Berita Harian

Designed by Najjah Indahart