Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday, 22 August 2008

PERUTUSAN KETUA PENGAKAP NEGARA ... SEMPENA HARI PENGAKAP MALAYSIA


Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap saya ucapkan kepada semua Pengakap di seluruh tanah air.

Marilah kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya saya berpeluang menemui para Pengakap dari semua lapisan melalui Perutusan Hari Pengakap Malaysia yang disambut pada 1 Ogos 2008 ini."Selamat menyambut 100 tahun Berpengakap Di Malaysia pada hari ini, 1 Ogos 2008". Di dalam perutusan ini, kita semua sama ada secara sedar atau tidak telahpun mengetahui kemelut yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa, dan dengan ucapan Alhamdulillah Syukur, kita dapat mengatasinya, dan kita dipihak yang benar untuk meneruskan "misi" dan "visi" yang kita semua mahukan.

Pada 14 Ogos ini, pelancaran setem kenangan 100 tahun akan dilancarkan, dan penjualannya akan dibuat secara meriah tetapi sederhana di Ibu Pejabat kita, Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, datanglah beramai-ramai pada hari berkenaan untuk menunjukkan kesepaduan, kesetiaan dan berhemahnya kita semua dalam melayari nostalgia kepengakapan 100 tahun di Negara yang kita cintai. Insya Allah dengan kejujuran dan komitmen kita semua dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab berasaskan "Persetiaan Pengakap" dan "Undang¬Undang"nya, kita di Persekutuan Pengakap Malaysia akan lebih dinamik dan relevan mengikut peredaran masa di dalam dan di luar negara, apatah lagi dengan sokongan sepenuhnya dari semua pihak atasan dan akar umbi Pergerakan kita.

Di sini sekali lagi saya suka memetik sedikit ucapan Y.A.B Perdana Menteri kepada kita semua didalam ucapan¬ucapan beliau, diantaranya yang saya dan semua pegawai serta pemimpin yang ada mendengar sama "....Because of my training in scouting movement in school those day, and because of my interest in scouting as a Patrol Leader, that's make me what I am today...."

"....dan saya percaya Pergerakan Pengakap selaku pertubuhan sukarela yang tertua di negara ini, kita telah dan akan dapat meneruskan membimbing generasi muda sebagai pelapis dan penerus kepada kepimpinan yang ada sekarang, di semua bidang, peringkat dan apa jua yang diceburi melalui asas latihan kepimpinan Pengakap yang ada sekarang; kerana saya yakin melalui penerapan "Persetiaan Pengakap" dan menghayati "Undang¬Undang"nya, boleh menjadikan kita "as what we are now" and better still as we move on in our life" with scout spirits.

"....kita mampu dan berdaya tegas dalam menangkis, malah dapat menyahut hasrat kerajaan dalam melawan gejala-gejala sosial yang semakin serius melanda anak-anak muda kita sekarang, kerana sebagai ahli Pengakap, kita boleh menarik serta mempengaruhi mereka daripada terjerumus dan menghindari perkara seperti terlibat dengan dadah, bohsia, disiplin di sekolah, mencuri, gangsterisme dan lain-lain yang merosak masa depan, serta membataskan kegiatan tanpa moral melalui kegiatan dan aktiviti kepengakapan...."

Persekutuan Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989) telah bergerak sebagai badan sukarela yang bersifat non-partisan iaitu bebas dan tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan seperti termaktub dalam Persetiaan Pengakap:

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
Menolong Orang Pada Setiap Masa;
Menurut Undang-Undang Pengakap.

Justeru itu, Pergerakan Pengakap memerlukan dimensi dan strategi yang lebih aggresif dan efektif bagi memantapkan peranan sebagai wadah pemupukan semangat jati diri serta membentukan bina upaya insan yang kritis, kreatif, competent, konstruktif, inovatif, koheren dan kohesif selaras dengan Rancangan Malaysia ke-9. Pemantauan secara berterusan terhadap kualiti kepengakapan itu harus dipergiatkan dari segi pengurusan, pentadbiran, latihan dan program. Di peringkat kumpulan, ahli pengakap seharusnya diberi peluang, ruang dan pendedahan yang sesuai bagi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi membolehkan mereka mencapai tahap kepengakapan berkualiti tinggi iaitu ke peringkat RAMBU, SIJIL PENGAKAP RAJA dan ANUGERAH BP. Teras kepengakapan adalah sebagai pendokong pendidikan dan latihan berterusan yang melengkapkan pendidikan formal dan tidak formal serta bertanggungjawab dalam proses pembinaan insan berkualiti tinggi. Penekanan terhadap mutu disiplin yang tinggi merupakan tunggak dalam penentuan tingkahlaku dan akhlak individu yang cemerlang. Ahli-ahli pengakap yang terlatih berupaya untuk mencerminkan keperibadian yang tinggi, sistematik, berkesan mampu mencerna pemikiran yang dinamis.

Di peringkat antarabangsa, Pengakap kita tidak kurang hebatnya, kerana kita berjaya dipilih untuk menjadi tuan rumah APR Conference ke-23 pada November 2009, tahun hadapan, di mana pemilihan itu dipersetujui oleh semua negara APR, semasa APR Conference ke-22 di Tokyo, Jepun pada bulan November 2007 yang lalu. Disamping itu, PPM juga telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Jambori IUMS (International United Muslims Scouts) ke-3, pada 18 - 24 Ogos 2008 ini, yang mana ini menunjukan kehebatan dan kewibawaan kita adalah diiktiraf oleh dunia Islam. Dan tidak dinafikan juga kepimpinan kita telahpun diketengahkan dengan dua jawatan penting dalam Pengakap Asia, adalah disandang oleh kita, iaitu Setiausaha Agong Pengakap ASEAN iaitu Encik Nasaruddin Samsuddin dan Bendahari Pengakap ASEAN iaitu Y.Bhg. Dato' Haji Kaharudin Mo'min.

Saya suka mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat bakti semua pihak terutama, ahli-ahli majlis, pesuruhjaya-pesuruhjaya peringkat nasional, negeri dan daerah dan para pemimpin serta kepada pengarah, pengetua dan guru besar sebagai kuasa penganjur kumpulan Pengakap yang secara berterusan memberi galakan dan dorongan bagi mencapai kecemerlangan dalam kepengakapan dan di kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima-penerima Bintang dan Pingat Pesekutuan Pengakap Malaysia pada tahun ini, sayugia dengan penganugerahan itu menjadikan tuan-tuan dan puan-puan bertambah yakin dan gigih dalam menjayakan Pergerakan Pengakap kita di tanah air dan seantero dunia.

Selamat Hari Pengakap dengan iringan doa "Hari Ini Adalah Lebih Baik Dari Semalam dan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalam Mualaikum W.T.H dan Salam Sejahtera, Salam Pengakap.
Wassamualaikum Warahmatullahi


Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh
Ketua Pengakap Negara

Wednesday, 20 August 2008

JAMBORI KEAMANAN ANTARABANGSA KE-3 ... PETIKAN LAPORAN BERITA






MELAKA, 20 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pergerakan pengakap mampu membantu dalam mewujudkan keamanan sejagat berdasarkan kepada falsafah mereka yang menjurus kepada penekanan terhadap aspek mengenai persaudaraan, kedamaian dan keamanan.


Perdana Menteri berkata anggota pengakap di seluruh dunia disemai dengan semangat persaudaraan yang tinggi, cintakan keamanan, kedamaian dan bersedia memberi pertolongan pada bila-bila masa.


"Pengakap adalah satu pergerakan yang global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini hari ini.


Jambori selama tujuh hari yang bermula sejak 18 Ogos lepas, dihadiri kira-kira 1,000 peserta dari negara rantau Asia Pasifik seperti Mesir, Lubnan, Thailand, Yaman, Kuwait, Indonesia, Turki dan Malaysia.


Abdullah yang juga Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia berkata melalui jambori yang diadakan itu, anggotanya boleh berbincang sesama mereka mengenai pelbagai perkara-perkara ke arah mewujudkan keamanan dan kedamaian.


Beliau berkata dalam jambori terdapat peserta yang datang dari negara-negara Timur Tengah yang berhadapan dengan masalah-masalah tertentu.


"Dengan adanya pertemuan ini, mereka akan dapat memahami masalah dan penderitaan yang dialami oleh rakyat di sesetengah negara-negara Timur Tengah," katanya.


Abdullah berkata di Malaysia, anggota pengakap sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan secara sukarela terutamanya ketika muncul kejadian bencana alam atau kemalangan lain yang memerlukan ramai tenaga sukarelawan.


Beliau berharap ramai lagi sukarelawan, terutama dari golongan belia, akan menganggotai pergerakan pengakap dalam negara.


"Saya sendiri adalah anggota pengakap semasa di sekolah dan saya amat menghargai persahabatan yang dijalinkan antara saya dan pelajar-pelajar dari kaum Cina, India, Singh pun ada; dan juga kawan-kawan sebangsa dengan saya. Sehingga hari ini (kami) masih ada hubungan persahabatan, mereka masih sahabat saya," katanya.


Abdullah seterusnya berkata beliau berharap peserta dari luar negara dapat meluangkan masa untuk melawat Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan Kuala Lumpur bagi melihat pembangunan yang pesat dan kehidupan masyarakat berbilang bangsa yang harmoni di Malaysia.


-- BERNAMA

JAMBORI KEAMANAN 2008 ... PETIKAN AKHBAR



Thursday, 14 August 2008

QUBERSCOUT MENANTIKAN 51st JOTA/12th JOTI...

18 HINGGA 19 OKTOBER 2008


AKELA ... Berharap anak-anak Pengakap dan juga Pemimpin Pengakap di Daerah Hulu Terengganu akan dapat berinteraksi dengan Pengakap Seluruh Dunia ... Kalau boleh, 9W2SLK dapat membantu kami dari jauh dalam menyiapkan kami untuk 51st JOTA/ 12th JOTI nanti ... Insya'allah, AKELA akan mohon supaya 9W2CZC juga dapat membantu menjayakannya dalam daerah untuk anak-anak Pengakap Hulu Terengganu ...

INFO JOTA MALAYSIA 2008 ...

Untuk mendapatkan infi : http://www.scouts.my/JOTA/






Terima Kasih atas informasi yang telah disampaikan oleh
9W2SLK kepada AKELA...

Monday, 11 August 2008

JAMBOREE? ON THE AIR? ON THE INTERNET?


Bukan pasal logo yang digunakan... Tetapi perlaksanaan biarlah menyeluruh meliputi semua negeri dan daerah... Tidak wajarlah sekarang kalau diandaikan dalam PPM negeri tiada orang yang mengendalikan bahagian ICT... Seharusnya Ibupejabat PPM melakukan pemantauan ke akar umbi berkaitan ICT dan juga komunikasi radio sebelum melaksanakan sesuatu JOTA/JOTI... Jangan seperti hari ini, selepas sahaja dilaksanakan program berkenaan ramai yang ketinggalan...

AKELA saje2 nak usik IBUPEJABAT PPM
Kalu betul la ada orang ICT kat Ibupejabat PPM pasti la perkara terjawab... Hehehehehe

Friday, 8 August 2008

IBADAH DIBULAN SYA'BAN MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN

Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan Ramadhan
Oleh: Haslinda Lukman

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 3 Ogos 2008 dan ia berlangsung hingga 31 Ogos 2008. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban.

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari).

Tarikh : 14 July 2006
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]

BEIJING 2008 ...

Selamat Berjuang Untuk
Semua Atlit Malaysia
di Sukan Olimpik 2008
Beijing, China.
08 : 08 : 08
Semoga Anda Dapat Menghasilkan Kejayaan...

Daripada
Warga Pengakap Daerah Hulu Terengganu

Monday, 4 August 2008

LENSA EKSPLORASI PKK KE TAMAN LAUT 2008 ... ALBUM 2

Rasa-rasanya sesi senaman pagi atau POCO-POCO... Hehehe... AKELA kalu bab POCO-POCO memang rasa kempunan la...

Ni dah macam PATI pehal plak... Mungkin kerana terlalu ghairah nak pergi snorkeling agaknya...

Alhamdulillah... Semua yang pergi mengikuti undang-undang aktiviti di air... Lengkap dengan BA... Dah bersedia semuanya
Apa-apa pon AKELA ucapkan semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki kepada Saudara Izat yg menyambut besday yg ke -(dirahsiakan)...

Saturday, 2 August 2008

TAHNIAH ... ATAS KEJAYAAN PROGRAM EKSPLORASI PKK KE TAMAN LAUT


Sdr. Shamshurizat Hashim
Pengarah Program
Eksplorasi PKK ke Taman Laut 2008

SEMPENA 100 KEPENGAKAPAN MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT
HARI PENGAKAP MALAYSIA
(1 OGOS 2008)
SEMPENA ULANGTAHUN KE-100 TAHUN PPM
  • ...
BERSAMA MEMPERKASAKAN KEPENGAKAPAN DEMI GENERASI AKAN DATANG
  • ...
DARI
  • PENGERUSI DAN AHLI JAWATAKUASA
MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU
  • PESURUHJAYA DAN SEMUA PENOLONG PESURUHJAYA
PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU
  • PEMIMPIN DAN WARGA PENGAKAP

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

HULU TERENGGANU

Thursday, 31 July 2008

LENSA EKSPLORASI PKK KE TAMAN LAUT ... SIRI 1

TAHNIAH KEPADA SEMUA
ANGGOTA EKSPLORASI PENGAKAP KE TAMAN LAUT
BERIKUT RAKAMAN DARI LENSA
SDR. YUSAZRI DAN ROZLY
...
CATATAN DI BAWAH FOTO ADALAH ANGGAPAN DARI AKELA, MAAF JIKA IANYA TIDAK TEPAT ... AKELA
Sebahagian anggota Eskplorasi Taman Laut sedang mencuba menyesuaikan diri dengan peralatan di air
Keyakinan di air...

Kepenatan ... Berada di jeti Pulau Redang setelah selesai aktiviti di air...

Melakukan regangan sebelum aktiviti di air dan juga memeriksa peralatan yang dipakai sebelum turun ke air

Sebahagian besar anggota Eksplorasi Pengakap ke Taman Laut 2008... TAHNIAH KEPADA SEMUA

SELAMAT HARI PAHLAWAN ... 31 JULAI

SUDUT MINDA KETUA PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA


1. Veteran ATM tergolong kepada 4 kategori iaitu kaya, senang, susah dan dhaif.

Kategori ini saya berikan berasaskan status sosioekonomi mereka setelah meninggalkan perkhidmatan ATM. Pengkelasan ini berguna untuk Jabatan ini merangka program yang bersesuaian dengan mereka, kerana saya pasti setiap mereka memerlukan sokongan ataupun bantuan yang berlainan. Dan ada di antara mereka tak memerlukan sebarang bantuan langsung.

Kategori kaya adalah mereka yang tidak memerlukan apa-apa bantuan dari JHEV ataupun Kerajaan. JHEV perlu mendekati mereka agar mereka dapat bersama-sama dengan Jabatan ini untuk menyumbang idea dan sokongan moral bagi menjayakan aktiviti-aktiviti JHEV. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk membantu dan membimbing Veteran ATM yang lain dari segi sumbangan kebajikan dan mendapatkan pekerjaan. JHEV menghargai sumbangan mereka ini.

Kategori senang adalah mereka yang boleh dikatakan sedang berkembang di dalam bidang karier kedua di dalam persaraan, samada bekerja sendiri ataupun makan gaji. Mereka sebenarnya sudah selesa dan boleh berdikari. Bantuan Jabatan ini kepada mereka sekiranya perlu adalah dari segi peningkatan kemahiran atau menemukan jaringan baru perniagaan bagi memantapkan status ekonomi mereka. Saya ingin melihat dan sedia membantu mereka ini meningkat ke tahap kategori kaya supaya mereka mempunyai kemampuan untuk membantu Veteran ATM yang lain.

Kategori susah pula bolehlah digolongkan kepada mereka yang telah sedia mempunyai pendapatan tetapi memerlukan peningkatan kemahiran sedia ada ataupun kemahiran baru sebagai tambahan, untuk melengkapkan nilai pasaran mereka. Mereka yang termasuk di dalam kategori ini ialah kontraktor-kontraktor kecil dan juga para pekerja yang ingin meningkatkan keupayaan diri dan syarikat. Mereka ini sekiranya diberi masa, bimbingan dan bantuan-bantuan tertentu boleh meningkat ke tahap kategori senang.

Kategori dhaif adalah mereka yang tidak mampu mendapatkan sumber pendapatan yang mencukupi untuk menyara diri dan keluarga. Mereka ini mungkin terlalu tua untuk bekerja ataupun mengidap penyakit yang membuat mereka tidak terdaya untuk bekerja. Mereka ini akan dibantu melalui Skim Kebajikan dan Pendidikan JHEV. Jabatan ini sedang meneliti program-program yang boleh memulihkan Veteran ATM dalam kategori ini untuk hidup dengan lebih selesa lagi.

2. Perubahan Rayuan Hari Pahlawan kepada Peringatan Hari Pahlawan

Mulai tahun ini (2004), Rayuan Hari Pahlawan (RHP) ditukarkan kepada Peringatan Hari Pahlawan (PHP) atas pertimbangan bahawa masyarakat seharusnya dikembalikan semula kepada semangat sambutan Hari Pahlawan yang diadakan setiap 31 Julai.
Sambutan Hari Pahlawan, bertujuan agar masyarakat umum memperingati pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban bagi mengekalkan keamanan negara sehingga negara dapat dibangunkan secara lancar dan setiap rakyat dapat mengecapi kemakmuran.

Dari tahun 2003, kita sudah mula mengadakan program patriotik bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan, di mana sasaran utama adalah generasi-generasi muda agar mereka terus mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi terhadap tanah air mereka.
Berasaskan perkembangan-perkembangan ini, JHEV merasakan pendekatan program bersempena Hari Pahlawan seperti RHP perlu juga menjuruskan kepada penyegaran semula nilai-nilai pengorbanan kepada negara.

Dengan mengekalkan nama PHP, ianya memberikan imej bahawa sambutan Hari Pahlawan sebagai bermulanya kempen meminta derma dari orang ramai dan imej sebegini pada pandangan saya adalah satu imej negatif yang perlu dikikiskan.

Kita tidak menafikan adanya segolongan bekas-bekas tentera yang dhaif dan memerlukan bantuan kewangan dari masyarakat. Namun, kita berpendapat bahawa Hari Pahlawan perlu dikembalikan kepada matlamat asalnya, manakala bantuan kepada yang memerlukan seharusnya dibuat melalui saluran-saluran lain, misalnya melalui Yayasan Veteran ATM yang diseliakan oleh Jabatan saya.

3. Cadangan Menjadikan PBTM Sebagai Badan NGO Teras Kepada Veteran ATM

Saya mengakui bahawa kebebasan berpersatuan diperuntukkan melalui Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini, terdapat 17 NGO yang berteraskan ATM berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Saya juga mengakui bahawa NGO-NGO yang ada mempunyai potensi untuk berperanan sebagai saluran bagi menghubungkan JHEV dan Veteran ATM memandangkan NGO berada bersama-sama Veteran ATM di peringkat akar umbi. JHEV sendiri dengan hanya 9 cawangan negeri tidak akan mampu memberi perkhidmatan berkesan kepada Veteran ATM, tanpa mendapat dokongan dan sokongan dari pihak NGO.

Tetapi kita harus juga maklumi bahawa di sebalik hakikat berpersatuan lebih baik dari berseorangan, terdapat juga hikmah bahawa mempunyai satu persatuan induk lebih berkesan dari berbilang-bilang persatuan.

Walaupun JHEV sentiasa bekerjasama dengan kesemua NGO yang berdaftar, namun kerjasama lebih kerap akan terus diadakan di antara JHEV dan PBTM atas pertimbangan-pertimbangan berikut:



  1. PBTM mempunyai jaringan yang menyeluruh di seluruh negara dan mampu menjadi agen penyebaran maklumat yang berkesan;


  2. PBTM mempunyai bilangan keahlian yang ramai dan merupakan NGO yang tertua;


  3. Keahlian PBTM terbuka untuk semua kategori perkhidmatan dan tidak terhad kepada kor-kor perkhidmatan tertentu sahaja; dan


  4. Majoriti ahli-ahli NGO yang lain itu adalah juga ahli PBTM.

Cadangan untuk menjadikan PBTM sebagai badan NGO teras bagi kepentingan semua Veteran ATM akan direalisasikan oleh Jabatan ini kerana masyarakat membandingkannya dengan langkah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang hanya mengiktiraf satu NGO sahaja bagi mewakili bekas-bekas anggota polis.



Dipetik dari:

Sunday, 27 July 2008

FREKUENSI PANCAR ULANG PEMANCAR TERENGGANU - HULU TERENGGANU

Adalah dimaklumkan pancar ulang PEMANCAR Terengganu -Hulu Terengganu telah mula berfungsi bermula 20 Julai 2008... Info berkaitan adalah seperti berikut:
Frekuensi : 145.000
Tone : 123
+600
Semoga persahabatan dapat dijalinkan di udara dan di daratan dari
WARGA PENGAKAP HULU TERENGGANU

Wednesday, 23 July 2008

PKK BEREKSPLORASI KE TAMAN LAUT



PROGRAM EKSPLORASI TAMAN LAUT

PENGAKAP KANAK-KANAK

HULU TERENGGANU 2008




24 HINGGA 26 JULAI 2008

PULAU REDANG




PENGURUS PROJEK:

ENCIK SHAMSHURIZAT HASHIM

Monday, 21 July 2008

PANCAR ULANG PEMANCAR NEGERI TERENGGANU - HULU TERENGGANU

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH
KEPADA
SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PEMASANGAN PANCAR ULANG
PEMANCAR HULU TERENGGANU
TERUTAMA KEPADA
PENYUMBANG 'REPEATER'
Fuyoo ... Rehat sekejap selepas penat mendaki bersama 'repeater',
antena dan lain-lain alatan....

Kreatif ... Bertungkus lumus menyiapkan rumah / pondok untuk 'repeater'

Usaha ... Rakan-rakan HAM sedang menguji 'repeater' dan alatan lain
sebelum mengangkatnya ke lokasi

'Rig' yang digunakan sebagai 'repeater'

Alat Pembekal Kuasa untuk 'repeater'



Sunday, 20 July 2008

DIRGAHAYU TUANKU DARI QUBERSCOUT ...

DAULAT TUANKU

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI
NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA

DAN

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTANAH NUR ZAHIRAH

SULTANAH TERENGGANU
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG KE-46

HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU
PADA 20 JULAI 2008
BERSAMAAN
17 REJAB 1429H


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DAN JUNJUNG KASIH


SEMBAH TAKZIM DARIPADA


SEMUA WARGA PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU

Wednesday, 16 July 2008

PENGAKTIFAN WEBLOG PENGAKAP MUDA ... AKELA

Salam Persaudaraan Pengakap
Sila Layari Weblog di bawah untuk mendapatkan info berkaitan Pengakap Muda...
Jika Anda mempunyai sebarang nota atau sumbangan idea sila hubungi AKELA di

Thursday, 10 July 2008

KEM UJIAN LENCANA KEMAHIRAN PKK QUBER 2008

Tarikh :
10 hingga 12 Julai 2008
Lokasi :
SK Tapah, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
Penyertaan :
104 orang PKK
Ujian :
  • Lencana Keris Gangsa
  • Lencana Keris Perak
  • Lencana Keris Emas

Wednesday, 9 July 2008

PENGAKTIFAN WEBLOG PKK ... AKELA

SALAM SEJAHTERA
SALAM PERPADUAN
SALAM KEPENGAKAPAN
WEBLOG KHAS UNTUK PENGAKAP KANAK-KANAK
TELAH DIAKTIFKAN SEMULA...
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI...

Tuesday, 8 July 2008

CD KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... Hangat atau Hangit

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan CD rakaman gambar Kempori Pengakap Quber 2008...
Sila hubungi mereka yang berkenaan...
No. Tepon dierang tak bagi AKELA siarkan... Hehehe

Monday, 7 July 2008

LAMAN WEB PILIHAN AKELA ... PPM Negeri Perak


Pertama sekali ucapan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung terutama pengunjung setia weblog QUBERSCOUT.... Hari ini AKELA ingin berkongsi dengan semua pengunjung weblog QUBERSCOUT berkaitan satu laman web yang boleh dikira terbaik untuk dikunjungi... Laman web ini dibangunkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan webmasternya ialah cakcibor@hotmail.com. Laman web ini telah menyambungkan pautannya ke beberapa laman web dan blog daerah di Perak. AKELA tak pasti siapa beliau dan bila web ini mula beroperasi... Kepada sesiapa yang berminat boleh terus ke laman web ini...




TAHNIAH ... cakcibor / ayubtulakang

ASAL USUL KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... Satu Catatan Peribadi

Kempori Pengakap Quber 2008 "Bandar di bawah Tasik" adalah kesinambungan dari siri perkhemahan yang sebelum ini dikenali sebagai KEM PERDA Hulu Terengganu. KEM PERDA telah diadakan sebanyak 2 kali (pada ingatan AKELA). Kali terakhir diadakan KEM PERDA ialah pada tahun 1998 bertempat di Kem Pengakap Daerah Hulu Terengganu, Kampung Belukar Bukit, Ajil, Terengganu. Penyertaan KEM PERDA sebelum ini adalah secara tertutup dan hanya beberapa kumpulan sahaja dari luar dijemput bersama.
Namun begitu oleh kerana kem berkenaan masih lagi belum dibangunkan, maka Kempori Pengakap Quber 2008 telah beralih lokasi ke Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Lokasi ini dikira memenuhi kriteria untuk diadakan bertaraf kebangsaan dan juga antarabangsa. Taman Pertanian Negeri, Sekayu mampu menampung seramai 2000 orang peserta dalam satu masa.
Idea asal untuk mengembangkan KEM PERDA menjadi Kempori Pengakap Quber 2008 adalah berdasarkan untuk mengaplikasikan ilmu serta pengalaman yang telah diperolehi pemimpin-pemimpin Pengakap Hulu Terengganu di dalam beberapa acara besar sama ada Jambori, Kempori dan juga Korobori.
Berdasarkan itu juga, berbekalkan pengalaman yang tidak seberapa di beberapa acara seperti:
  • Jambori Selangor 1996, Taman Rimba Templer Park, Selangor
  • Jambori Asia Pasifik ke-18/Malaysia ke-9, Besut, Terengganu
  • Korobori Pengakap Negeri Terengganu 2003, TPNS, Kuala Berang, Terengganu
  • Jambori Malaysia ke-11, Ulu Bendul, Negeri Sembilan
  • Kempori Muhibbah kali ke-14, Taman Rimba Kiara, Kuala Lumpur

Pemimpin-pemimpin Pengakap Hulu Terengganu telah bersatu hati untuk mengadakan serta menganjurkan Kempori tersebut. Kempori ini telah berjaya mendapat sokongan yang padu dari banyak pihak terutamanya dari Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Harapan kami, semoga Kempori Pengakap Quber akan dapat diadakan setiap dua tahun sekali sebagai memenuhi kehendak serta sebagai acara sokongan pelancongan di negeri Terengganu. Harapan kami juga, semoga satu hari nanti akan lahir Jambori Negeri Terengganu yang pertama.

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Tenaga Kerja Buletin Quber 2008

Inilah ragam orang Buletin Quber pada masa lapang...
Sambil melepak mereka mencari idea...

Sunday, 6 July 2008

Saturday, 5 July 2008

Penghayatan PERSETIAAN PENGAKAP ... Satu Pandangan Peribadi

Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia
Yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan


TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA;
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA;
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP.
Sudah pasti setiap orang ahli Pengakap akan melafazkannya... Tetapi adakah kita menghayati setiap baris atau patah perkataan yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap...
Kalau secara pandangan fizikal pergerakan adalah satu satu pergerakan yang mengajar individu yang terlibat dengannya supaya melakukan perkara-perkara yang bermoral serta boleh dicontohi...
Persetiaan yang dilafazkan adalah merupakan janji setiap ahli Pengakap terhadap dirinya dan juga pergerakkannya... Tetapi di manakah janji tersebut telah diletak pada hari ini... Terutama kepada Pemimpin-pemimpin besar Pengakap...
  • TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
Adakah setiap dari pada ahli Pengakap dan juga pemimpin Pengakap mengotakan apa yang dilafazkan... Ketaatan kepada Tuhan adalah dengan menerjakan apa yang telah diamanahkan kepada setiap insan yang beragama... Disebabkan itulah setiap ahli Pengakap mesti beragama.. Sedar atau tidak bahawa negara-negara yang tidak mengamalkan budaya beragama tiada pergerakan Pengakap... Manakala taat kepada Raja pula sudah pasti kembali kepada diri kita sendiri sebagai seorang rakyat di sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja... Raja atau Sultan adalah sebagai satu kuasa eksekutif di dalam pemerintahan di negara ini... Taat kepada Negara adalah paling penting sebagai seorang rakyat sebuah negara yang berdaulat untuk mengekalkan kedaulatan negara yang kita diami ini...
  • MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
Setiap ahli Pengakap sentiasa bersedia untuk membantu pada mana-mana orang yang sekitarnya atau sesiapa yang memerlukan bantuan... Walau di mana sudut dunia pun... Dalam keadaan ini, pada pendapat saya setiap ahli Pengakap perlu memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran supaya mereka menjadi berguna kepada dirinya, ibubapanya, pemimpinnya, negaranya serta persekitarannya...
  • MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Adakah setiap dari ahli Pengakap hari ini menurut Undang-Undang Pengakap... Sememangnya Undang-Undang Pengakap juga merupakan sebahagian Perlembagaan negara... Ini adalah disebabkan Pergerakan Pengakap itu sendiri tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia yang sepatutnya tidak dipandang remeh...

KESIMPULAN

Thursday, 3 July 2008

LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Aktiviti di Air





LENSA KEMPORI QUBER 2008 ... Istimewanya Aktiviti Batik Celup

Tak salah mencuba...Betul-betul ke eksyen jer ni...

Orang Medik pon nak mencuba mencelup batik...
Sekurang-kurangnya boleh dibawa balik ke Perak

Ni kire mengikat kain untuk mencelup batik atau men"dating"...

Asyik sekali dengan stail masing-masing untuk mencorakkan batik celup...
Terima Kasih
Kepada
Encik Azmi Musa
Penyelaras Aktiviti Batik Celup


Designed by Najjah Indahart