Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday, 6 May 2009

Album Guru Pengiring 100 tahun Kepengakapan

Antara para pengiring kontigen Hulu Terengganu
bagi Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di
Stadium Negara.


En. Ishak, En. Rosley,En. Yusazri, En. Abd. Malik,
En. Rosidi dan En. Saharudin beraksi model
sebelum berangkat ke Stadium Negara.


En. Rosley,En. Ahmad Yusri, En. Razman,
En. Abd. Malik dan En. Saharuddin control macho
dalam Stadium Negara.


En. Rozly sedang berehat sambil memantau
para peserta.


En. Sabri sedang mengagihkan kunci bilik hotel
kepada para peserta.

Tuesday, 5 May 2009

Tempat menarik untuk dilawati...



Menjelang cuti persekolahan yang semakin hampir, sudah pasti ada antara kita yang sedang berkira-kira untuk pergi bercuti bersama keluarga dan juga sahabat handai. Berikut merupakan antara tempat yang boleh anda lawati di Terengganu yang terkenal dengan cogankata "Negeri cantik, budaya menarik".

Pameran Evolusi Alat Muzik Malaysia

Date : 1st April - 30th June 2009

Venue: State Museum Complex, Kuala Terengganu

Organizer: Board of State Museum / State Government of Terengganu

Desk Officer: State Museum Complex

Website: http://museum.terengganu.gov.my/



Perasmian Fiesta Candat Sotong 2009

Date : 8th May - 10th May 2009

Venue: Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

Organiser: State Government of Terengganu / MTPNT

Desk Officer: PKKWNT

Telephone No: 609 623 1553

Fax No: 609 622 1957


Pekan Budaya Daerah Dungun 2009

Date : 5th June - 11th June 2009

Venue: Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

Organiser: Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu

The Recreational Forest of Sekayu

The place is blessed with many nature wonder with abundant of flora and fauna. The Recreational Forest of Sekayu is one of the most famous recreational forest in Terengganu and a favorite visitor retreat from the dusk and long hour work.
The crystal clear and cold water that flow from the Sekayu and Tersat river and the beauty of the mother nature all around is very suitable for resting your mind and body and bringing your family for a picnic and to take part in the recreational activities.The Recreational Forest also have a large area that are suitable for family picnicking and outing activities all over along the sekayu river with many changing rooms and washrooms and a lot of camping area complete with a fire place to cook and boon fire, with electric and clean water supply.
Visitor can relax their day and enjoy walking along the many the recreational ground and to the Taman Pertanian Negeri which is just inside the Hutan Lipur. Here at the Taman Pertanian, visitors will see the flower park, the orchid park, fruit orchard, garden, bird park and animals at the mini zoo like monkeys, beavers, Malaysia sun bear and other. Visitors can also walk along the forest trail that are prepared by the department to see the assortment of plants and wild lives at the nearby forest.

Located 16km from the town of Kuala Berang through the main road of Kuala Berang-Sekayu, 56km from Bandar Kuala Terengganu.Visitors can use their own transportation or public transportation like airplane, bus or taxi from Kuala Lumpur to Kuala Terengganu to Kuala Berang before departing to The Recreational Forest of Sekayu.
1.Chalet Perhilitan
2.Sekayu Rest House
3.Kenyir Lake Resort
4.Kuala Berang Resthouse

Album sambutan 100 tahun Kepengakapan di Malaysia


Stadium Negara ditakluki Pengakap.


Dif-dif kehormat disaji dengan pertunjukan silat.


Komunikasi ibupejabat pun ada buat pameran..


Suasana Dimeja jualan cenderamata 100 tahun...


Ada rakan yang tahu tentang gambar ini?

Lencana Keahlian ... Sejarah Perekembangan Pengakap



SEJARAH PENGAKAP SEDUNIA

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell.

Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.


Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama "Scouting For Boys".


BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.


Buku "Scouting For Boys" dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.


Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.


Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :


TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.


Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.


Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.


Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura : F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang : H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) : Kapten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah : EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak : I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan : Brunstone
1926 Selangor : Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu : A.J. Gracle
1927 Kelantan : YM Tengku Ahmad Temenggong

1931 Perlis



CERITA HUTAN

MOWGLI

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA


Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang.

Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.
Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.
Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.

Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.

Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "

Monday, 4 May 2009

Lencana Keahlian ... Hormat Pengakap & Cogankata PKK

Hormat Pengakap dilakukan apabila:
  • Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.


  • Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.


  • Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.


  • Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.


  • Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

CARA HORMAT PENGAKAP



Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.

MAKNA HORMAT PENGAKAP

Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.


Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.

COGANKATA PKK

Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak "BUAT HABIS BAIK"

Lencana Keahlian ... Prinsip Rukunegara



BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Rukunegara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 13.

Lencana Keahlian ... Undang-Undang Pengakap


Lencana Keahlian ... Persetiaan Pengakap


Lencana Keahlian

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seorang kanak-kanak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya:

1.1 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
1.2 Prinsip Rukunegara yang lima itu.
1.3 Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.
1.4 Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.
1.5 Istiadat Laung Agung.

Sunday, 3 May 2009

Pertandingan Kawad SR/ GO SM Daerah Dungun 2009

28 April 2009
SMK Paka, Dungun, Terengganu

100 Tahun Kepengakapan ... Secebis Kenangan




Sunday, 26 April 2009

Scout Movement Creates Enlightened, Patriotic Individuals - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, April 25 (Bernama) -- The Malaysian Scouting Association has supported government policies by inculcating good values among its members since its establishment a century ago, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.
The deputy prime minister said the government wanted to produce enlightened and patriotic individuals, and consciously or unconsciously, this had been achieved through the Malaysian Scout movement.
"I wish to remind that the Scout members acquire knowledge and imbibe the philosophy which forms the basis for prosperity and loyalty.They also have a spirit of volunteerism and promote unity and national integration, while generations of active, perceptive and confident individuals have been produced through the movement."
Muhyiddin, who is also Education Minister, said this at the centenary celebration of the Malaysian Scouting Association at Stadium Negara, here, Saturday.
Also present were the association's honorary president Tun Abdullah Ahmad Badawi, national chief scout Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh and Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek.Muhyiddin said the government would always cooperate and assist the Malaysian Scouting Association as a non-governmental organisation in carrying out its programmes and activities.He also accepted Tun Abdullah's proposal for the movement's standing to be enhanced in schools throughout the country.
Muhyiddin said that in achieving this, the role of parents was important as they must not prevent or discourage their children's involvement in such a movement.
"Society should also lend support to the movement's activities like Job Week. I'm disappointed that this is no longer carried out like during my school days," he said.
He also challenged the Malaysian Scout movement to further lift its image and standing so as to gain the appropriate recognition including from the Youth and Sports Ministry.
On the association's 100th anniversary, Muhyiddin said it should be celebrated with pride and sense of gratitude as it came only once in a lifetime.
He noted that the Scout movement which started as the Cub movement continued to be active in welfare work for the benefit of the community.
Earlier, in his speech, Abdullah reminded Scout leaders and members to build camaraderie, unity and loyalty, and set good examples for others.
He said the philosophy of the Scout movement which he joined as a school boy, had guided him as a national leader.At the celebration, Abdullah also presented awards to 100 Scout leaders from all over the country.
-- BERNAMA

PENGAKAP LAHIRKAN INSAN MADANI, PATRIOTIK: TPM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Persekutuan Pengakap Malaysia sudah lama mendukung dasar kerajaan dengan menanamkan nilai murni kepada anggota sejak penubuhannya di negara ini 100 tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, secara sedar atau tidak, dasar kerajaan yang mahu membina insan madani dan mewujudkan semangat patriotisme ke arah konsep Satu Malaysia, tanpa mengira kaum seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah lama terlaksana.
“Saya ingin mengingatkan, pengakap sudah menimba ilmu, menjiwai (falsafah) yang telah jadi asas kemakmuran, asas kesetiaan. Pengakap juga bersemangat kesukarelawan, (menitik beratkan) perpaduan kaum dan integrasi nasional serta melahirkan generasi yang cergas, cerdas, berkeyakinan diri dalam membentuk jatidiri,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berucap demikian semasa majlis sambutan Ulangtahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia di Stadium Negara di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden Agung Kehormat Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.Muhyiddin berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerajaan sentiasa memberi keutamaan menjayakan pengakap dan memberi kerjasama dalam menjalankan program yang dirancang.
Beliau juga menerima cadangan Abdullah supaya penambahbaikan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam memantapkan pergerakan itu di semua sekolah di seluruh negara.
Muhyiddin berkata dalam melakasnakannya, peranan ibu bapa sangat penting dan mereka diminta jangan menyekat pembabitan anak-anak di dalam pergerakan seumpama ini.
“Masyarakat juga kena beri sokongan padu seperti job training. Saya agak terkilan aktiviti ini tidak lagi aktif seperti zaman persekolahan saya dulu,” katanya.
Beliau juga mencabar anggota pengakap merebut peluang mendapatkan pengiktirafan termasuk dari Kementerian Belia dan Sukan bagi meningkatkan martabat dan maruah pertubuhan pengakap negara ini.
Semasa mengulas sambutan 100 tahun penubuhan pengakap, Muhyiddin berkata tempoh masa itu lebih lama dari kemerdekaan negara ini sendiri dan oleh itu ia perlu disambut dengan penuh kesyukuran, dan tidak mungkin lagi dapat dirayakan sepanjang hayat.
Katanya, pengakap yang bermula dengan nama Anak Serigala terus tekun menjalankan aktiviti kebajikan walaupun kini namanya sudah bertukar kepada pengakap.
Sebelum itu, dalam ucapannya Abdullah berpesan kepada anggota dan pemimpin pengakap supaya membina persaudaraan dan perpaduan di kalangan anggota dan menjadikan taat setia sebagai satu nilai murni tanpa mengira agama, kaum dan perbezaan darjat.
Beliau juga menyeru pemimpin pengakap supaya memberikan contoh dan teladan yang baik berasaskan kepimpinan melalui teladan.
Abdullah berkata pergerakan pengakap, yang disertainya sejak di bangku sekolah lagi menjadi bekalan kepadanya untuk menjadi pemimpin sebelum ini.Pada majlis itu, Abdullah juga menyampaikan anugerah kepada 100 pimpinan Pengakap di seluruh negara sempena sambutan ulang tahun pertubuhan itu. - Bernama

PERHIMPUNAN RAKSASA PENGAKAP

KUALA LUMPUR 17 April - Kira-kira 5,000 pemimpin pengakap dari seluruh negara akan menghadiri sambutan 100 tahun Kepengakapan di Malaysia di Stadium Negara pada 25 April ini.
Perhimpunan raksasa anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia itu adalah julung kali diadakan di negara ini.
Perhimpunan itu bakal dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Perhubungan Awam Persekutuan Pengakap Malaysia, Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, antara objektif perhimpunan itu adalah untuk menggabungkan ahli pengakap dari segenap lapisan termasuk kanak-kanak, remaja, belia dan para pemimpin badan beruniform lain.“Perhimpunan yang akan turut dihadiri oleh beberapa wakil luar negara itu juga bertujuan untuk mengingati dan menghargai jasa serta perjuangan pengakap selama 100 tahun yang lalu,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Katanya lagi, antara aktiviti yang dirancang termasuk pameran 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia yang akan dibuka selepas tiga hari kepada orang ramai bermula 23 April.
Selain itu, beliau berkata, perhimpunan itu turut menyajikan persembahan tarian tradisional gabungan ahli pengakap kanak-kanak dan pengakap muda beserta paluan kompang.
”Orang ramai dialu-alukan menyertai perhimpunan itu di samping melihat dan mengetahui asas dan hala tuju pertubuhan ini sejak 100 tahun yang lalu dengan lebih dekat lagi,” katanya.
Selain itu, menurut Irmohizam, Persekutuan Pengakap Malaysia adalah pertubuhan beruniform tertua di negara ini.
Dipetik:
http://notashabery.com/shabery/

Thursday, 16 April 2009

KEM UJIAN LENCANA PKK 2009 (Siri 1)

  • Tarikh
  • 16 hingga 18 April 2009

  • Lokasi
  • SK Kuala Ping,
  • 21700 Kuala Berang.

  • Anggaran Peserta
  • 150 orang

Sunday, 12 April 2009

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu 2009/2010

  • Pesuruhjaya Kehormat PPM Negeri Terengganu
    Haji Ariffin bin Haji Embong, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
  • Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM Negeri Terengganu
    Haji Othman bin Ismail, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Terengganu.
    Haji Harun bin Awang
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu.
    Haji Romeli bin Ismail, SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kemaman.
    En. Che Wan Mohd Zailani bin A Ghani, Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu.
    Haji Abdul Rahman bin Bakar, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah Dungun.
    Haji Haramayni bin Shamsuddin, Pejabat Pelajaran Daerah Dungun
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah Besut.
    En. Abd Halim bin Hassan, Pejabat Pelajaran Daerah Besut
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah Marang
    En. Azman bin Abd Hadi, Pejabat Pelajaran Daerah Marang
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran)
    En. Mohamad bin Sulaiman, PJK
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Latihan)
    En. Mohd Azmy bin Zakaria
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Setiausaha Latihan)
    YM Tengku Mohd Razali bin Tengku Ngah
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Program)
    En. Mohd Nasir bin Hamzah
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Setiausaha Program)
    En. Mohd Anuar bin Ibrahim
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Tugas Khas)
    Haji Mohamad bin Yaacob
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Tugas Khas)
    Haji Che Soh bin Muda
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Tugas Khas )
    En. Wan Mohd Senari bin Wan Ibrahim
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Tugas Khas )
    En. Kamaruddin bin Mamat
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pembangunan)
    En. Ahmad Sofian bin Abd Rahman,
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Tugas Khas)
    Haji Rosdi bin Abd Rahman
  • Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Hal Ehwal Agama)
    Haji Mohd Salleh bin Ismail
  • ASC ( Persaudaraan Pengakap Raja)
    En. Mohd Fadzil bin Baharuddin
  • ASC ( Pengakap Kelana )
    En. Rosley bin Mat Hasan
  • ASC ( Pengakap Muda )
    Pn. Wan Normah binti Wan Mahmod
  • ASC ( Pengakap Kanak-kanak)
    En. Wan Razali bin Muda
  • ASC (Persaudaraan Pengakap - BP)
    Haji Abdullah bin Mohd @ Ali
  • ASC (Perhubungan dan Komunikasi)
    En. Abd Ghani bin Jurid
  • ASC (Hal Ehwal Wanita)
    Pn. Nafisah binti Abdullah
  • ASC (Bencana Alam & Kebajikan)
    En. Muhamad Fadzli bin Mat Lasar
  • ASC (Ibu Pejabat)
    YM Syed Othman bin Mustapha
  • ASC (Kuartermaster)
    En. Mohd Rosdi bin Abd Razak

Friday, 10 April 2009

Course for Assistant Leader Trainers

Course for Assistant Leader Trainers Series 27/28.
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) and Malaysia Training Group (KLM) successfuly conducted a Course for Assistant Leader Trainers (CALT) Series 27/28. The course was held at the Kijang Camp, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.
A total of 120 participants from all parts of the country including participants from the Malaysian Teacher Training Colleges and selected members from the State Scout Associations attended the course.
Mr. Haji Mohamad bin Zainudin, the Malaysian Training Group State Commissioner, in his closing speech, thanked all the participant for their attendence, keen intrerest, cooperation and continued efforts to upgrade themselves in the Scouting Skill and Training. He further said that he placed hopes on all the participants to bring about collective knowledge to the training needs of the Scouters they train in order to bring about better skills and leadership qualities in the Scouting world.
Refered to :

Monday, 6 April 2009

PROGRAM PPM HULU TERENGGANU


KEM UJIAN LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK
v LENCANA KERIS GANGSA
v LENCANA KERIS PERAK
v LENCANA KERIS EMAS

PERINGKAT HULU TERENGGANU

2009 [SIRI 1]


TARIKH
16 HINGGA 18 APRIL 2009

LOKASI
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PING

Lawatan Ke Kem Pasir Puteh, Merchang, Terengganu




PROGRAM PPM NEGERI TERENGGANU


PERKHEMAHAN
PENARAFAN KETUA PATROL
(PENGAKAP MUDA)

DAN

LENCANA TERTINGGI
(PENGAKAP REMAJA)
NEGERI TERENGGANU



TARIKH
15 HINGGA 18 APRIL 2009

LOKASI
KEM PANJI ALAM,
PASIR PUTEH,
MERCHANG, MARANG,
TERENGGANU DARUL IMAN.

Sunday, 5 April 2009

Sekitar CALT 27 & 28 ... Lensa Khairul2 Melaka

Bergambar kenangan di hadapan Rumah Putera Harapan, Jalan Pengkalan Chepa

Prof. Madya Haji Hamdan sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada penghuni-penghuni Rumah Putera Harapan

Jelas tampak wajah yang ceria setelah 5 hari terkurung di dalam Kem Kijang sarat dengan sesi kuliah dan juga praktikum

Sidang Kaunseling dalam Kepengakapan ... Memang menarik

Sekitar CALT 27 & 28 ... Lensa1 Khairul, Melaka

Keletihan ... Peserta-peserta kursus menaiki bas setelah selesai Istiadat Pengurniaan bintang dan Pingat yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kota Bharu

Persiapan untuk Istiadat Laung Agung

"Happy Besday"... Kepada Encik Shahril (menggaru kepala yang tidak gatal) dan Encik Julaihin


Apabila "OTAI" beraksi ... Pak Pi'e (bermain gitar) dan Tuan Zainal (menyanyi berdiri)

Designed by Najjah Indahart