Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday, 10 June 2008

KEM UJIAN PENGAKAP KANAK-KANAK ... LKP/LKE

KEM UJIAN PENGAKAP KANAK-KANAK

LENCANA KERIS PERAK
DAN
LENCANA KERIS EMAS

DAERAH HULU TERENGGANU

TARIKH : AWAL JULAI 2008
TEMPOH : 3 HARI 2 MALAM
LOKASI : SK TAPAH / SK KUA
YURAN : RM20.00 SEORANG

SASARAN PENYERTAAN : PKK DAERAH HULU TERENGGANU YANG TELAH LULUS UJIAN LENCANA KERIS GANGSA DAN PERAK SEBELUM INI.

SUKMA XII 2008 : TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA TERENGGANU DAN SELAMAT BERCUTI

TAHNIAH
KEPADA
SEMUA ATLIT KONTINJEN NEGERI TERENGGANU
DAN
PETUGAS SUKAN MALAYSIA KE-12 2008
DI ATAS KEJAYAAN TERENGGANU DALAM SUKMA XII
SEMOGA KITA WARGA TERENGGANU MENDAPAT FAEDAH DARI SUKMA XII TERMASUK DARI SEGI FASILITI ... DENGAN HARAPAN KEMAJUAN SUKAN DI TERENGGANU AKAN SELARI BERSAMA NEGERI-NEGERI LAIN
SELAMAT BERCUTI
KEPADA
SEMUA WARGA TERENGGANU
SEMPENA KEJAYAAN NEGERI TERENGGANU
DALAM SUKMA XII
SAMADA KITA SEMUA TERLIBAT ATAU TIDAK ... MEMANG TERENGGANU BOLEH ...
DARI
AKELA QUBERSCOUT

SUKMA XII 2008 : TAHNIAH BUAT NEGERI TERENGGANU

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH … Kontinjen tuan rumah, Terengganu mampu merayakan kejayaan selepas mencipta pencapaian di luar dugaan dengan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 buat kali pertama dalam sejarah temasya sukan dwitahunan yang mula diperkenalkan 22 tahun lampau.

Sukma yang melabuhkan tirainya, semalam (9 Jun 2008), telah menobatkan Terengganu sebagai juara keseluruhan selepas meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Catatan kejayaan itu melayakkan Terengganu menerima anugerah Piala Perdana Menteri yang disampaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ketua Kontinjen Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Keunggulan kontinjen Terengganu pada temasya Sukma kali ini juga menyaksikan penguasaan Raja Sukma, Selangor terkubur selepas menduduki kejuaraan Sukma enam kali sejak 1996. Selangor muncul naib juara dengan 54 emas, manakala Sarawak 52 emas.

Secara keseluruhan, tuan rumah berjaya merangkul 61 pingat emas, angka yang tidak terfikir oleh kontinjen negeri dan seluruh rakyat Terengganu.
Pada awalnya, para pegawai termasuk Menteri Besar, Dato' Ahmad Said hanya mensasarkan pencapaian 40 pingat emas pada awal temasya yang lalu.
Jika pada malam sebelumnya (8 Jun 2008), pasukan bola sepak tuan rumah telah menggamatkan stadium yang sama dengan sorakan penyokong yang memberi semangat sekaligus menyumbangkan emas ke-59 dan muncul juara acara itu selama dua tahun berturut-turut.

Penguasaan Terengganu terus membanggakan apabila dua pingat emas terakhir bagi acara berbasikal 150 kilometer perseorangan dan berpasukan menambah lagi erti pada hari terakhir yang berlangsung di Kuala Berang, semalam.

Sehingga penutup semalam, keseluruhan temasya berjaya memecahkan tujuh rekod kebangsaan menerusi renang, angkat berat dan olahraga, selain 48 rekod kejohanan juga diperbaharui.

Atlet renang Selangor, Foo Jian Beng diumumkan atlet lelaki terbaik selepas memungut pingat tertinggi iaitu lapan pingat di mana tiga emas, empat (perak) dan satu (gangsa).

Manakala gimnas Wilayah Persekutuan, Brenda Yap muncul atlet wanita terbaik selepas berjaya menggondol lima pingat sepanjang temasya itu.

Acara penutup yang disempurnakan oleh Perdana Menteri berlangsung dengan gilang gemilang turut disaksikan oleh kira-kira 50,000 penonton dari seluruh Terengganu di mana bendera Sukma secara rasmi diturunkan dan diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam sebagai wakil kontinjen Melaka yang bakal menganjurkan Sukma Ke-13 pada 2010.

Rujukan:

Monday, 9 June 2008

KOROBORI QUBER 2008 ... PROGRAM LEPASAN UPSR 2008

Program ini masih lagi di peringkat cadangan.


Adalah dicadangkan program ini dilaksanakan secara tertutup Daerah Hulu Terengganu. Sasaran penyertaan adalah 300 orang PKK sahaja.
SECARA RINGKAS ... Aktiviti dijalankan secara pengkalan. Sebanyak 4 pengkalan (Jenagor/Tersat/Hulu Berang/Tanggol) dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang 2 pengkalan (Kuala Berang/Kuala Telemong) akan dibuka. Keseluruhan pengkalan akan merangkumi sebanyak 18 aktiviti berbentuk ujian ketahanan mental serta fizikal di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar dan negara Malaysia.
Sebarang cadangan atau komen, sila hubungi esh_tie@yahoo.com atau ppmdht@yahoo.com

Sunday, 8 June 2008

KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... PETIKAN BERITA FOTO...


KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... PETIKAN BERITA ...

KEMPORI QUBER 2008

BERITA OLEH ESAH ABDULLAH
FOTO OLEH SHUHAIMI AHMAD


Ahli pengakap yang menyertai Kempori Quber 2008 di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang



Seramai 1,450 pengakap seluruh Malaysia berkampung di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, menyertai Kempori Quber 2008, selama lima hari bermula 23 Mei lalu.

Selaku tuan rumah Terengganu paling ramai menghantar peserta iaitu 827 orang manakala negeri yang menyertai perkhemahan pengakap yang julung kali diadakan ini termasuklah Johor,Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.

“Terdapat 25 acara dijalankan sepanjang lima hari berada di sini, kebanyakan program mendedahkan mereka kepada semangat setiakawan dan jati diri,” kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Mohd Razali Salleh di majlis perasmian Kempori Quber 2008 di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, hari ini (25 Mei).

Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia dan Sukan), Encik Zahanafi Sagaf dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu, Encik Abdul Rahman Bakar.

Katanya, golongan ini perlu diberi pengetahuan yang mendalam untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia global hari ini dan dengan menyertai perkhemahan sebegini semangat kekitaan dan cintakan negara perlu diperkuatkan.

Kempori Quber yang turut dihadir 50 paramedik dari Kuala Lumpur dan Singapura berjaya mencapai sasaran penganjur untuk menjadikan program ini suatu yang dinantikan pada masa akan datang.



KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... PENGHARGAAN ...


Friday, 30 May 2008

KOLEKSI KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... TERHAD

TERHAD (50 unit lagi)...
Kepada sesiapa yang berminat, sila berhubung terus kepada:
Encik Rosley Mat Hasan
Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Pentadbiran)
Daerah Hulu Terengganu
013-966 8532

Jambori Pengakap ASEAN 2008

Tarikh : 18 hingga 26 Oktober 2008
Tempat : Tapak Perkhemahan Cibubur, Jakarta Timur, Indonesia
Bayaran Penyertaan : USD 150
Anjuran : Gerakan Pramuka Indonesia
Tema :Developing Brotherhood and cultural understanding

Dipetik dari WEblog Pengakap Kelana Johor

RAIMUNA NASIONAL 2008

Indonesia National Rover Moot 2008

Tarikh : 27 Jun hingga 7 Julai 2008
Tempat : Tapak Perkhemahan Cibubur, Jakarta Timur, Indonesia
Yuran Penyertaan : USD150
Anjuran : Gerakan Pramuka Indonesia
Tema : Strengthening brotherhood and building the spirit of the national for the world peace

DALAM KENANGAN ... KEMPORI PENGAKAP JEMPUTAN QUBER 2008 ...

PERHATIAN
JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG
RAKAMAN GAMBAR ATAU VIDEO SEMASA BERADA DI
KEMPORI PENGAKAP JEMPUTAN QUBER 2008
DAN ANDA BERMINAT UNTUK MENYUMBANG BAGI TATAPAN BUAT SEMUA
SILA EMAILKAN ATAU HUBUNGI WEBLOG MASTER UNTUK DIMASUKKAN KE WEBLOG QUBERSCOUT...
SEMOGA KENANGAN KEMPORI AKAN KITA KENANG DAN TATAPI BERSAMA ...
email weblog master : esh_tie@yahoo.com
TERIMA KASIH ... THANK YOU ... ARIGATO ... SHUKRAN ... NANDREE ...

PENGUMUMAN WEBLOG MASTER ...

WEBLOG MASTER AKAN BERCUTI REHAT DARI 30 MEI 2008 HINGGA 5 JUN 2008 ... SEBARANG MASALAH ATAU KOMEN SILA CATATANKAN PADA RUANG YANG SEPATUTNYA ... SEMOGA JUMPA LAGI ... CHERIOO

SEKALUNG PENGHARGAAN .. TERIMA KASIH

Terima Kasih kepada:

Petugas dari...

KLKM UPSI
KLKM UMT
KLKM Paramedik (Kolej Sains Kesihatan Malaysia, Sg. Buloh, Selangor)
KLKM UNITEN
KLKM TATiUC
KLM IPKTBR
KLKM UDM

Pasukan Pengakap Kelana A Hulu Terengganu
Pasukan Pengakap Kelana C Hulu Terengganu
Pasukan Pengakap Kelana B (Laut) Kuala Terengganu
Pasukan Pengakap Kelana Kemaman
Pasukan Pengakap Kelana Dungun

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
Pejabat Daerah Hulu Terengganu
Polis Di Raja Malaysia (Hulu Terengganu)
Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Terengganu
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Hulu Terengganu)
Pejabat Perhutanan Daerah Hulu Terengganu
Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
Majlis Daerah Hulu Terengganu
Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Terengganu
Tenaga Nasional Berhad (Kuala Berang)

Team Delta Rovers Malaysia
Akhbar Sinar Harian

Di atas kerjasama yang diberikan sehingga berjayanya Kempori Pengakap Jemputan Quber 2008...

TANPA ANDA SEMUA KEMPORI INI TIDAK AKAN BERJAYA DILAKSANAKAN SEPERTIMANA YANG TELAH BERJALAN...

TERIMA KASIH ... TERIMA KASIH ... TERIMA KASIH ...

JUMPA LAGI DI KEMPORI PENGAKAP JEMPUTAN QUBER EDISI KE-2...

Tuesday, 20 May 2008

PERTARUNGAN ANTARA PEGAWAI DAERAH MELAWAN KETUA-KETUA JABATAN...

Tarikh: 21 Mei 2008 (Rabu)
Masa : 3.30 petang
Lokasi : Tapak Aktiviti Lasak, Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.

Akan dihadiri oleh:

1. Tuan Haji Mohd Rozali Saleh, Pegawai Daerah Hulu Terengganu
2. Encik Nasran Abd Halim, Pen. Pegawai Daerah II, Hulu Terengganu
3. Ketua-Ketua Jabatan di daerah Hulu Terengganu
4. Pegawai-pegawai Kempori Pengakap Quber 2008

Terima Kasih kepada:

Team Delta Rovers Malaysia...

KEMPORI QUBER 2008 ... TAMAN ORKID


Designed by Najjah Indahart