Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday, 31 January 2008

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RAE 2007-2

Salam Perpaduan Pengakap Sejagat,

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) telah mengeluarkan keputusan peperiksaan "Radio Amateur Examination" (RAE) 2007-2, yang diadakan pada bulan 28 November 2007 yang lalu.

Keputusan tersebut boleh dilihat dan salinan keputusannya boleh diambil dari laman web SKMM (MCMC) yang berikut:

Keputusan RAE 2007-2 (Adobe PDF reader)
http://mcmc.gov.my/Admin/WhatIsNew/61155338RAE2007_2.pdf

Adobe PDF reader diperlukan untuk membaca keputusan tersebut.
Dapatkan Adobe PDF Reader disini.

Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu mengucapkan tahniah kepada semua warga HAM (terutama ahli Pengakap) yang berjaya dalam peperiksaan ini, dan cuba lagi kepada yang kurang bernasib baik.

73 ... Cherioo ... Bye ... Bye ...

Monday, 28 January 2008

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (PERSAUDARAAN BP)

Encik Abdul Salim bin Adam
SK Sungai Berua,
Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/UNIT LAUT)

Encik Azman bin Ariffin
SM Imtiaz Kuala Berang,
Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/PENGAKAP KELANA)

Encik Rozli bin Abdullah
SBT Komputer
Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/PENGAKAP MUDA)

Encik Saharuddin Abdul Wahab
SMK Menerong, Ajil,
Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/PENGAKAP KANAK-KANAK)

Encik Ahmad Yusri bin Mustafa
SK FELDA Jerangau Barat, Ajil,
Terengganu Darul Iman.

Sunday, 27 January 2008

KEM PERDA BELUKAR BUKIT, AJIL, TERENGGANU...

Kem Perda atau Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Hulu Terengganu Belukar Bukit, Ajil Terengganu pernah dianugerahkan dan diwartakan kepada Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu oleh YM Dato' Ku Abd. Azah bin Syed Alwee, selaku Pegawai Daerah Hulu Terengganu (1990-1995) pada tahun 1993.

Majlis Persekutuan Pengakap Daerah Hulu Terengganu juga telah pernah memohon untuk mendapatkan hak sepenuhnya ke atas tanah tersebut dengan keluasan3.1289 hektar.

Yang Berbahagia Dato' Nara Setia Tuan Haji Wan Awang @ Wan Isa bin Long, Pegawai Daerah Hulu Terengganu (1998-1999) telah membantu Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu untuk memberikan sedikit peruntukan jalan ke kawasan kem tersebut.

Beberapa siri Kem Perda pernah dijalankan di sini iaitu pada tahun 1990, 1995 dan 1998. Program yang dijalankan mendapat sambutan yang amat baik dari Pengakap walaupun kem ini tidak mempunyai kemudahan asal yang kekal. Namun begitu Kem Perda Belukar Bukit mempunyai satu nilai yang boleh membina seorang individu untuk 'survival'.

Insya'allah...

Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu akan terus mencuba untuk mendapatkan hak yang penuh ke atas kem tersebut dalam sedikit masa lagi...

Sumber : Setiausaha, Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu.

Saturday, 26 January 2008

SALAM KEMPORI PENGAKAP QBER 2008...

Salam Perpaduan Pengakap Sejagat...

Mesyuarat JK Majlis Pemimpin Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu telah bersetuju untuk mengadakan:

KEMPORI JEMPUTAN PENGAKAP QBER (HULU TERENGGANU) 2008

Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2008
Lokasi : Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

Info terkini akan kami siarkan dalam masa 2 minggu lagi...

Bayaran?
RM50.00 seorang
Cenderahati?
Baju T, Skaf, Lencana Kempori, Kad Aktiviti, Sijil Penyertaan
Aktiviti?
Aktiviti Penyertaan dan Pertandingan
Anugerah Aktiviti?
Anugerah QBER
Peserta?
Pemimpin & Pengakap Muda/Remaja/Kelana
(Tiada had untuk setiap kontinjen Kumpulan/Daerah/Negeri)
Petugas?
Pemimpin Pengakap & Pengakap Kelana/Kelana Siswa Sahaja
Rekabentuk Lencana Kempori dan Lencana Anugerah Aktiviti telah disiapkan dan kami akan lancarkan dalam masa terdekat....

Wednesday, 23 January 2008

SALAM PENGAKAP ... INFO SKIM LATIHAN LENCANA PENGAKAP

Salam Pengakap ... Salam Sejahtera ...

Kepada Semua Ahli Pengakap Daerah Hulu Terengganu dan juga ahli Pengakap Sejagat yang berminat, kami akan cuba menerbitkan seberapa banyak nota mengikut unit. Kami juga amat memerlukan bantuan Pemimpin Pengakap yang berpengalaman dalam membantu kami menyediakan nota-nota.

Nota-nota tersebut akan kami siarkan di weblog yang kami sediakan mengikut unit:
  1. Nota Pengakap Kanak-Kanak : http://notapkk.blogspot.com
  2. Nota Pengakap Muda : http://notapm.blogspot.com
  3. Nota Pengakap Remaja : http://notapr.blogspot.com
  4. Nota Pengakap Kelana : http://notapk.blogspot.com
  5. Nota Pemimpin Pengakap : http://notapemimpin.blogspot.com

Kami akan merujuk bahan tersebut dari beberapa laman web seluruh dunia.

Sekian, Terima kasih.

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

Berkhidmat Untuk Negara Melalui Kepengakapan

Tuesday, 22 January 2008

INFO PENGETUA...

Encik Awang bin Ibrahim, Pengetua, SMK JENAGOR akan bertukar ke SMK LANDAS manakala Encik Zulkifle bin Sulong, Pengetua, SMK LANDAS akan bertukar ke SMK JENAGOR mulai 30 Januari 2008. Encik Zulkifle adalah merupakan salah seorang AJK Majlis Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu bagi sesi 2007/2009

SELAMAT BERTUGAS BUAT KEDUA-DUANYA.

Monday, 21 January 2008

SELAMAT DATANG DAN BERTUGAS KE KUALA BERANG...


Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Encik Safruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Beliau mula bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu pada 16 Januari 2008. Beliau menggantikan Encik Hashim bin Mohd Zin yang bertukar ke PPD Kuala Terengganu. Beliau sebelum ini adalah seorang Pengetua di SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.

Saturday, 19 January 2008

KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU 2008


Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu bakal mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Manikayu 2008 (Induksi dan Modul A). Kursus ini dijangkakan akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 21-23 Februari 2008 ini
Lokasi : Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman(tertakluk kepada pindaan).
Kursus ini akan dilaksanakan berasaskan Sistem Modula yang telah dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negara.


Kepada mana-mana pemimpin yang berminat boleh menghubungi terus Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum 10 Februari 2008.

Esham Busu,
Pengerusi,
Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu,
d/a SK Menerong,
21800 Ajil, Terengganu Darul Iman.
esh_tie@yahoo.com

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU 2008/2009

26 Januari 2008 (Sabtu) : Seramai 19 orang individu telah menerima watikah perlantikan Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu dalam pelbagai portfolio. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu dan akan disaksikan oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Encik Mohamad bin Sulaiman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (Pentadbiran) dan Tuan Haji Mohd Salleh bin Ismail, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Hal Ehwal Agama). Majlis ini telah dijalankan di Hotel Seri Malaysia, Marang, Terengganu.
Julung-julung kalinya majlis seumpama ini dijalankan di peringkat daerah Hulu Terengganu. Harapan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu akan terus maju bergerak seiring dengan daerah-daerah lain dalam apajua aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun 2008.



Senarai Nama Bakal Penerima Watikah Perlantikan :

Encik Rosley bin Mat Hassan : PPPD - Pentadbiran
SK Bukit Perah, Ajil, TRG.

Encik Esham bin Busu : PPPD - Pengerusi Latihan
SK Menerong, Ajil, TRG.

Encik Wan Ibrahim bin Wan Nik : PPPD - Setiausaha Latihan
SMK Seri Berang, Kuala Berang, TRG.

Encik Zainuddin bin A. Rahman : PPPD - Pengerusi Program
SMK Matang, Kuala Berang, TRG.

Encik Mazlan bin Abd Manap : PPPD - Setiausaha Program
SK Kua, Ajil, TRG.

Encik Rozli bin Abdullah : PPPD - Unit Kelana

Tuan Haji Abdul Rashid bin Ismail : PPPD - Unit Remaja
SMK Ajil, Ajil, TRG.

Encik Saharudin bin Wahab : PPPD - Unit Muda
SMK Menerong, Ajil, TRG.

Encik Ahmad Yusri bin Mustafa : PPPD - Unit Pengakap Kanak-Kanak
SK FELDA Jerangau Barat, Ajil, TRG.

Encik Azman bin Ariffin : PPPD - Unit Laut
SM Imtiaz, Kuala Berang, TRG.

Puan Norhamimah binti Hamdan : PPPD - Helwani
SMK Jenagor, Kuala Berang, TRG.

Encik Ahmad Tajuddin bin Mahmood : PPPD - Agama
SK Seri Buluh, Kuala Berang, TRG.

Encik Abdul Salim bin Adam : PPPD - Persaudaraan BP
SK Sungai Berua, Kuala Berang, TRG.

Encik Zainal Abidin bin Ali : PPPD - Komunikasi
PPD Hulu Terengganu

Encik Mohd Zubir bin Abdullah: PPPD - Pembangunan
SK Ajil, Ajil, TRG.

Encik Mohd Yusazri bin Yusof : PPPD - Multimedia & Sumber
SK Kuala Jenderis, Kuala Berang, TRG.

Encik Zainal Abidin bin Taha : PPPD - Tugas-Tugas Khas
SMK Matang, Kuala Berang, TRG.

Encik Nik Rozi bin Nik Ishak : PPPD - Tugas-Tugas Khas
SK Menerong, Ajil, TRG.

Encik Zalman bin Zakaria : PPPD - Tugas-Tugas Khas
227 FELDA Bukit Bading, Ajil, TRG.

Monday, 14 January 2008

MESSAGE FROM THE SECRETARY GENERAL





Dear sisters and brothers,



In closing his last message to us all, B-P wrote: "...stick to your promise always, even after you have ceased to be a boy..." and obviously nowadays a girl also.

It is the promise that makes our Movement so different from every other youth movement and organisation in society, it is loyalty to that commitment that makes us Scouts, rather that simply people dedicating or having dedicated some time of our life to Scouting.

Today we commemorate the joint birthday of B-P and his wife Olave, in a very special historical moment, as this date is also the 150th anniversary of B-P's birth and falls in the Centenary of Scouting.

In these hundred years, hundreds of millions of girls and boys, women and men have made the commitment to do their best to leave the world a little better than they found it, and in many places and in different moments in time, Scouts have really made the difference!

In the present times of increasing disparities, world wide tensions and growing conflicts, where due to irresponsible life-styles humanity is seriously putting our planet's environmental stability at risk, and so grows the dramatic need for more, good Scouts.

Let the centenary year also be the occasion for a special commitment. Renewing our Promise today, we should not only look at the past with gratitude to B-P, and to all those who opened for us “the road to success”, giving us the opportunity to live the unique, exciting and involving experience that is Scouting. We should also look with optimism and courage toward the future, with the fleur de lys and our promise firmly guiding us in the direction of creating a better world.

Yours in Scouting,


Eduardo Missoni
Secretary General
Abstracted by:

Sunday, 13 January 2008

INFO ... PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA HULU TERENGGANU

BENDAHARI KEHORMAT
MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU

Encik Yusof bin Endut. Bertugas di SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu. Sebelum dilantik ke jawatan sekarang beliau telah menyandang beberapa portfolio di dalam Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Terengganu. Antara jawatannya adalah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Ibu Pejabat / Pengakap Kanak-Kanak).

INFO ... PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA HULU TERENGGANU

SETIAUSAHA KEHORMAT
MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU
Encik Abdul Malik bin Ali. Bertugas di SMK Kuala Jenderis, Kuala Berang, Terengganu. Sebelum ini beliau pernah bertugas di SMK Menerong, Ajil, Terengganu. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan dalam Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Terengganu sebablum dilantik ke jawatan Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu. Jawatan yang disandang beliau sebelum ini ialah Penolong Pesuruhajaya Pengakap Daerah (Ibu Pejabat / Unit Pengakap Muda)

PERKHEMAHAN PRA-KELANA 2008

Para peserta diberikan penerangan oleh Jurulatih, Encik Amri

Seramai 40 orang peserta (23 orang lelaki dan 17 orang perempuan) merangkumi 4 daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu telah menghadiri Perkhemahan Pra-Kelana 2008 yang telah diadakan di Kem Perda (Perkhemahan Pengakap Daerah) Belukar Bukit, Ajil, Terengganu Darul Iman.



Peserta-peserta telah didedahkan dengan ilmu kepengakapan dan menyediakan diri mereka dalam situasi yang survival. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Virgill, Menyelamat di Air, Abseiling, Membuat Trek Orienteering, Tali Temali dan Malam Kebudayaan. Latihan serta aktiviti telah dibantu oleh Encik Amri, Encik Norjamalulail, Encik Hamdan, Encik Khairul Izuan dan Encik Rosley. Lokasi ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki iaitu suasana kem yang masih lagi semulajadi dan pada asasnya menepati amalan 'survival'.



Perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

Tarikh : 17 - 19 Januari 2008
Hari : Khamis - Sabtu
Lokasi : Kem Perda Belukar Bukit, Ajil, Terengganu Darul Iman.

Sumber : 9W2 BNO - Encik Norjamalulail Haji Mohd Noor

Friday, 11 January 2008

INFO JAMBORI DI SANA SINI ... 2008

Jambori Antarabangsa Johor Ke-24
18 hingga 23 Ogos 2008
Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.
Persaudaraan Pengakap

Ireland Jamboree 2008 ... An Epic Adventure
2nd - 10th August 2008

http://www.jamboree2008.ie/


Essex International Jamboree

26th July to 2nd August 2008


http://www.essexscouts.org.uk/jamboree2008/

TAHNIAH KEPADA SETIAUSAHA MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU..


Satu majlis kesyukuran menaiki rumah baru telah diadakan oleh Encik Abdul Malik Ali, Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu sebagaimana berikut:

Tarikh : 11 Januari 2008
Hari : Jumaat
Tempat : Kampung Tok Lawit (Belakang SK Kuala Ping),
Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

Thursday, 10 January 2008

1 MUHARAM 1429...(bersamaan 10 Januari 2008 Masihi)


Semoga Semua Ahli Pengakap yang beragama Islam akan lebih bersemangat dan pereratkan tali Persaudaraan bersama-sama Pengakap yang lain-lain...


Designed by Najjah Indahart