Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday, 12 December 2011

Album Hamisah Ismail ... Terengganu International Scout Jamboree 2011








Terima kasih kepada Puan Hamisah Ismail atas kebenaran memuat naik semula foto-foto di atas.

Daulat Tuanku ... Keberangkatan Balik DYMM Sultan & Sultanah Terengganu

12 Disember 2011 [2.00 hingga 5.00 petang]
Selamat keberangkatan balik DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah untuk memerintah Terengganu setelah tamat tempoh sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang Ke- XIII. Patik semua mendoakan Tuanku terus dilimpahi rahmat Allah untuk memerintah Terengganu tercinta ... Daulat Tuanku ...

Saturday, 10 December 2011

Lirik Lagu Tema Jambori Malaysia ke-12 ... "Menjejak Warisan"

Menjejak warisan seabad usia
Taat kepada Tuhan Raja dan Negara
Dari Barat Selatan Timur Utara
Kami Pengakap saudara serata dunia

O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori

Malaysia ke dua belas
Terengganu Interantional
Scout Jamboree Two Thousand Eleven
Eksplorasi menjejak warisan

O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori

Malaysia ke dua belas
Terengganu Interantional
Scout Jamboree Two Thousand Eleven
Eksplorasi menjejak warisan

Buka minda sama-sama raih pengalaman
Kami remaja belia selalu sedia
Menggamit memori takkan terlupakan
O' Negeri canti budaya sungguh menarik

O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori
O' Jambori....... Jambori Jambori

Malaysia ke dua belas
Terengganu Interantional
Scout Jamboree Two Thousand Eleven
Eksplorasi menjejak warisan


Senikata oleh : Mohd Bukhori Mukhtar
Digubah oleh : Abd Hadi Salim
Dinyanyikan oleh : Mohd Bukhori bersama Kumpulan Koir Pasukan Kelana 'C' Kemaman, Terengganu

Aksi Sektor Lasak 1 ... Lensa AQELA



Buku @ JAMBOREE 2011

Berikut adalah dua naskah buku yang paling PENTING dan BERGUNA untuk AQELA....


Buku Program untuk Majlis Perasmian Pembukaan & Penutup
Jambori Malaysia ke-12


Pasport [Buku Aktiviti] yang dimiliki oleh Semua Peserta Jambori

Friday, 9 December 2011

Panorama Jambori 2011 ... Lensa SeaScout Quber





Terima kasih kepada Rakanku SeaScout Quber yang telah memberikan kebenaran untuk menyiarkan foto-foto sepanjang Jambori 2011.... Nampak gayanya AQELA kena keluarkan LENCANA KHAS QUBERSCOUT untuk penyumbang foto kepada Weblog QUBERSCOUT....

Info Penginapan daripada Pusat Latihan Pengakap Malaysia

Pusat Latihan Pengakap Malaysia menyediakan penginapan (asrama) untuk semua ahli - ahli Pengakap Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Juga mempunyai kemudahan dewan yang boleh menampung sehingga 100 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini juga dilengkapi Penyaman Udara [air-condition], Kipas, Audio Sistem [P.A. System] dan Skrin Tayangan [screen projector].
Perkhidmatan katering disediakan mengikut permintaan. Terbuka kepada badan-badan lain selain Pengakap Malaysia tetapi dengan harga yang berbeza dari ahli Pengakap Malaysia.
Berminat untuk mengetahui dgn lebih lanjut, sila hubungi PULAPEM ditalian 03 - 8945 9020 atau tekskan mesej di akaun FB PULAPEM.

Wednesday, 7 December 2011

CIR 20, 52011 - PERADUAN BERGAMBAR PENGAKAP PERINGKAT WILAYAH ASIA PACIFIK KALI KE-10 BERTEMAKAN "YOUTH FOR CHANGE"

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menerima emel dari World Organization Scouts lMovement /Asia Pacific Region (WOSM/APR) mengenai Peraduan Bergambar peringkat Wilayah Asia Pasifik kali ke-10 bertemakan "Youth For Change" .

2. Bersama-sama ini dikepilkan siaran mengenai program yang akan diadakan untuk makluman YBhg. Dato'/Datuk/Tuan.

3. Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) amat berbesar hati jika pihak YBhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklum dan memanjangkan mengenai program tersebut kepada semua ahli pengakap di peringkat Negeri mahupun Daerah yang berminat untuk menyertai pertandingan bergambar Pengakap APR kali ke-10 yang akan diadakan ini.

Segala kerjasama, bantuan dan perhatian dari pihak YBhg.Dato'/Datuk/Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MEIALUI KEPENGAKAPAN"

"1 MALAYSIA"

Yang menjalankan tugas

Persekutuan Pengakap Malaysia,

MOHD ZAKI NURUD-DIN @ NORDIN

Ketua Setiausaha Eksekutif

s.k:

- YBhg. Dato' Seri Paduka Ketua Pengakap Negara

- YBhg. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

- YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

- YBhg. Tuan Pesuruhjaya Antarabangsa.

PEMAKAIAN LENCANA WORLD BUREAU (WOSM) DI UNIFORM PENGAKAP

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Eksekutif Pengakap Negara pada 28 Oktober 2011 telah memtuskan bahawa semua ahli pengakap diminta memakai lencana WOSM di uniform pengakap ( di atas poket kanan & tag nama) berkuatkuasa serta merta.


3. Sehubungan itu, dimohon tuan memakluman perkara ini kepada semua sekolah menengah dan rendah juga pasukan kelana daerah tuan supaya membeli dan memakai lencana WOSM di uniform mereka mulai sekarang (disertakan lampiran cara memakai lencana WOSM ).


4. Kedai Pengakap PPM Negeri Terengganu akan membekalkan lencana tersebut jika daerah tuan memerlukannnya.


5. Sila hubungi Haji Othman bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (019-9125366) atau En. Mohamad bin Sulaiman, Setiausaha MPNT (019-9878677) sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut.


Segala kerjasama dan sokongan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN ”


Saya yang menjalankan tugas,


(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.,)

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Negeri Terengganu Darul Iman.

JAMBORI MALAYSIA KE-12 & ”TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011” : RAKAMAN UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

YBhg. Dato’/Datuk/Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah sempurna mengelola Jambori Malaysia ke-12 & ”Terengganu International Scout Jamboree 2011” mulai 17 hingga 25 November 2011, di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

3. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yang telah YBhg. Dato’/Datuk/Tuan berikan kepada saya semasa mengelola jambori ini. Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/tuan telah memberikan semangat dan kekuatan kepada saya dalam menyempurnakan tugas saya.

4. Saya berdoa dan berharap agar kita semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri bersatu, sepakat dan sebulat suara seperti yang telah YBhg. Dato’/Datuk/Tuan berikan kepada saya sewaktu Jambori Malaysia ke-12, 2011.

Segala kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Datuk/Tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN ”

Saya yang menjalankan tugas,

(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.,)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Negeri Terengganu Darul Iman.

1st International Jamboree/2nd Mongolian National Venture

On behalf of the Scout Association of Mongolia, we would like to invite your National Scout Organization to participate in their 1st International Jamboree/2nd Mongolian National Venture from 27 July – 3 August 2012.

Information about this Jamboree is as follows:


Date: 27 July – 3 August 2012


Participants are requested to arrive on 26 July and leave the Jamboree
site on 4 August 2012.

Venue: Scout Adventure Camp
About 65 kilometres Northwest from Ulaanbaatar, the capital of Mongolia.

Fee: US$ 150.00
The fee covers food rations, activities, Jamboree Souvenirs, insurance and inland transportation between airport and Jamboree site.

Participants: 1,000 Scouts and leaders from all over the country with overseas participants

Eligibility: Young people (Boys and Girls) aged 12 - 17 and adult leaders

Personal equipment: Participants should bring tent, sleeping bag, and rain wear, camping gear and eating utensils, and other personal items are the responsibilities of each participants.
International The Venture will have over 100 Scout Leaders working as IST.

Service Team: Interested and qualified Scout Leaders are welcome to be part of the IST.
A registration fee of US$150.00 shall be charged each member to cover the cost of meals, souvenir items and other issuances, and transportation from the airport to camp and back.

Travelling to Mongolia: Participants can arrive in Ulaanbaatar, Mongolia by direct flight from Berlin (Germany), Moscow (Russia), Seoul (Korea), Osaka and Tokyo (Japan), and Beijing (China) and Hong Kong and train from Moscow (Trans Siberian Train) and Beijing.

Weather: The Mongolian capital of Ulaanbaatar in July has a more comfortable temperature, which is at an average of 16°C (62°F).

Visa: All participants should obtain an entry visa before travelling to Mongolia from the Mongolian Embassy or Consulate in most capital cities. Visas may also be obtained upon arrival at the Mongolian border or international airport. The Scout Association of Mongolia will provide invitation letter.

For more information, please do not hesitate to contact:

Mr. Adiyabold Namkhai

International Commissioner
Scout Association of Mongolia
Building 8/8, Unit #47
Ulaanbaatar, Chingeltei District, 3rd khoroo, II 40000,
Telephone: +976-11-324171
E-mail: info@scout.mn; intl@scout.mn
Website: www.scout.mn

Please complete the pre-registration form by indicating the planned contingent size of your association and return it to Scout Association of Mongolia not later than 1 February 2012.

Abdullah Rasheed
Regional Director

Kedai Jambori Pengakap ... Online


Ini adalah merupakan laman rasmi Kedai Jambori Pengakap, Kem Tengku Muhammad Ismail... Sila hebahkan kepada semua rakan Pengakap.. Stok lencana akan kami maklumkan selepas ini.

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, sila pastikan ianya melebihi RM20 dan sila "Private Message" pada Fb Kedai Jambori Pengakap..

Belian anda sangat kami hargai...

Belilah Barangan Yang Original Bukan Cetak Rompak...


Email kami ... kedaijamborimalaysia12th@yahoo.com

UKOM 02 ... Jambori dapat sambutan pelbagai Negara

Oleh : SURIATI BINTI ALI

Kira-kira 10,800 pengakap dari 21 negara penuh minat menyertai Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu yang di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Antara Negara menyertai jambori yang diadakan selama lapan hari dan berakhir 25 November itu adalah Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk Kembara Bandar, Aktiviti Lasak, Aktiviti Air, Pertandingan Kebudayaan, Forum Perdana dan Persembahan Perdana.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata lebih 4,000 peserta dari Terengganu menyertai jambori kali ini dan selebihnya iaitu, 6,000 peserta dalam negara serta 800 lagi dari luar negara.

Katanya, dia mahu setiap peserta mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti ini kerana mampu memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum, membina jati diri supaya lebih berdisplin, mengerat hubungan persaudaraan dan mengenali cara hidup dan budaya pelbagai Negara.

“Pihak kami berbangga kerana Terengganu dipilih sebagai tuan rumah jambori secara tidak langsung dapat memperkenalkan kecantikan dan keunikan negeri ini kepada masyarakat luar.

“Sehubungan itu, peserta dan urusetia jambori sewajarnya meluangkan masa melawat di pelbagai lokasi menarik yang terdapat di negeri ini yang nyata boleh menambah pengalaman dan pengetahuan,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri

Designed by Najjah Indahart