Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday, 5 February 2012

Calon SPM, STPM perlu aktif kokurikulum untuk masuk universiti

Ahad , 05 Februari 2012

TEMERLOH: Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diingatkan supaya aktif dalam kegiatan kokurikulum sebagai syarat tambahan bagi melanjutkan pelajaran ke universiti di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ini kerana terdapat di mana pelajar tidak dapat menyambung pelajaran dalam kursus yang dipohon berikutan tidak mengambil bidang kokurikulum ketika persekolahan.

Katanya, untuk memasuki universiti bukan sesuatu yang sukar, sebaliknya seseorang pelajar memerlukan dua persediaan awal iaitu kelulusan akademik yang cemerlang dan 10 peratus pencapaian dalam kokurikulum. - BERNAMA

Tuesday, 24 January 2012

NETHERLANDS NATIONAL JAMBOREE 2012

Ruj.Kami : PPM-2(037) / 2012
Tarikh : 19 Januari 2012

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Scouting Nederland akan menganjurkan Netherlands National Jamboree 2012 bermula dari 23 Julai hingga 01 Ogos 2012 bertempat di Estate Velder in Liempde, Municipality of Boxtel (NB), Nederland.

Sebarang pertanyaan dan informasi tambahan mengenai program yang akan dijalankan, Tuan/Puan bolehlah merujuk terus kepada Mr. Bas Mulder, lnternational Commissioner Scouting Nederland melalui email international@scouting.nl atau info@nj.scouting.nl .

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
"1 MALAYSIA'

Yang menjalankan tugas
Persekutuan Pengakap Malaysia,

MOHD ZAKI NURUD-DIN @ NORDIN
Ketua Setiausaha Eksekutif

Netherlands National Jamboree 2012

Dear Colleagues,

Greetings from Manila!

We are pleased to inform you that Scouting Nederland is organizing The National Jamboree for all Scouts and Explorers from 23 July – 1 August 2012.

According to the host country, the National Jamboree is filled with challenging activities which are exciting and spectacular than what you are used to be doing on a regular camp. On top of that you get to meet a lot other Scouts and Explorers from other countries.

Below are the basic information of the Jamboree:

Date: 23 July – 1 August 2012. Participants are requested to arrive on 23 July and may depart on 1 August 2012.

Venue: Estate Velder in Liempde, municipality of Boxtel (NB)

Theme: ScoutLike!

Fee: €250.00 for Youth Participants; €200.00 for Accompanying Leader . The fee includes activities, meals and participant package.

Eligibility: The Jamboree is organized for young people both male and female aged 11 to 17 years old. Accompanying Leader should be 18 years old and above.

Programme: Adventure Trail, Life, Outdoor, Challenge, Splash, Night hike, Opening Ceremony, Scouting’s Got Talent, Jamboree Party, movie night, Closing ceremony

For more inquiries, please contact:

Mr. Bas Mulder
International Commissioner
Scouting Nederland
Email: international@scouting.nl or info@nj.scouting.nl
Web: www.nationalejamboree.nl

Thank you for your attention and promotion of this event.
With best regards,

Abdullah Rasheed
Regional Director

Asia-Pacific Region
World Organization of the Scout Movement
4th Floor, ODC Intl. Plaza Bldg.,
219 Salcedo St., Legazpi Village
Makati City, PHILIPPINES 1229
Tel.No: + 632 8171675/8180984
Fax.No: + 632 8190093
Email: asia-pacific@scout.org

Friday, 20 January 2012

3Oth ASIA PACIFIC REGIONAL SCOUT JAMBOREE 2013


Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement-Asia Pacific Regional (WOSM-APR) dan Scout Association of Japan akan menganjurkan 3oth Asia-Pacific Regional Scout Jamboree pada 01 hingga 07 Ogos 2013 bertempat di Kirara-hama, Yamaguchi City, Yamaguchi Prefecture, Japan.

Tarikh pengesahan penyertaan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPM selewat-lewatnya akhir bulan Mei 2012.

Kepada PEMIMPIN PENGAKAP dan AHLI PENGAKAP yang berminat, sila "Private Message" FB AQELA Esham Busu.

MAKLUMAN AWAL : ROVERMOOT SELANGOR 2012 (SEROM)

TARIKH: (Jumaat) 4 Mei 2012 - (Isnin) 7 Mei 2012

TEMPAT: Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort,Semenyih

YURAN: RM 50.00 Kit Rovermoot (Lencana Rovermoot,Lencana Aktiviti,Skaf Rovermoot Kad Aktiviti,Tag Dan Lanyard Dan Aktiviti)

Aktiviti:

1. Sektor Air: Kayak, Tubing ,Merentas Tasik dan Keyakinan Diri.
2. Sektor Lasak: Paintball dan Trekking
3. Sektor Perkhidmatan: Menanam Pokok (Green Rovers),Perkampungan
Orang Asli dan Air Terjun Sungai Tekala.
4. Sektor Komunikasi: Signal Fox dan Radio Amatur

5. Lain-lain Aktiviti: Ceramah, Forum dan Malam Pengakap

Surat Siaran Akan Dikeluarkan Dalam Masa Terdekat.. Sekian..Harap Maklum..

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
1 MALAYSIA...
FB Azmir Scout

Invitation : 1st Inter-Regional Agora

“Youth Participation: Today, not tomorrow!”
Kandersteg International Scout Centre, Switzerland
April 17th-22nd 2012

Dear International and Rover Commissioners,

We are glad to invite representatives of your National Scout Association to the 1st Inter-Regional Agora, which will take place in the gorgeous setting of the Bernese Alps, at Kandersteg International Scout Centre (KISC), in Switzerland, between April 17th and 22nd, 2012. You might have heard about the yearly European Agoras, youth events gathering two European Rover representatives from each NSA to talk about rovering, project management, youth empowerment and involvement in decision-making, mentoring, etc. Today, this event becomes an amazing opportunity to strengthen inter-regional exchanges and launch new dynamics within the Agora itself thanks to a greater inter-cultural dimension. Building on the experience acquired during the past five years, Agora is moving forward and transforming itself to become Inter-Regional! Welcome!

An Agora is an educational tool that uses the Scout Method to reach the educational objectives for the rover age section and that has a special emphasis on youth empowerment. What makes an Agora so special is that it is an event run "for Rovers, by Rovers". This way, the event can be expected to deal with issues of importance and relevance to young people in present day society. An Agora aims to be a meeting place in which dreams, feelings, concerns, experiences, ideas and paths cross together, are connected and shared; a crossroad that would be a source of inspiration and energy. It is a place where the fundamentals of Scouting are present in a way that is attractive to young people today. It is a place for debate and sharing as well as teaching and learning from one another. And most importantly, an Agora is about getting new motivation and direction to one’s path as a rover. Each event is focusing on a major theme, on which the programme is built upon. This year’s theme is “Youth Participation”, one of the most important strategic objectives for Scouting in the past years.

We invite maximum two rovers from your NSA to live this empowering, inspiring, meaningful but also fun and exciting experience built "for Rovers by Rovers", with the support of the European Scout Region and the European Youth Foundation of the Council of Europe. We will encourage your Scouts, inspire them, and put them in a position to be actively involved. However, the Inter-Regional Agora is not only about education; it is also about letting young adults explore, share, and express themselves in an international environment.

Of course, the participant's profile is very important to ensure the relevance and quality of the event for the participants and their National Scout Associations. You will also find attached with this invitation the application form to return before February 16th, 2012. By February 17th, all participants (up to 45) will have received an acceptance letter giving them the last few details to be ready for the event (international and/or rover commissioners will be informed). Even though we doubt that there will be any problem on these matters: please note that the earlier you will send us your application form(s), the earlier we will be able to check if the representative(s) fit(s) the profile. Finally, you will find after the application form a document giving a quick overview and flavour of the European Agora 2011 (Alias-Rover). Thanks to this third document, we hope that you will grasp a sense of what an Agora can mean in concrete terms.

If you have any questions, comments or feedbacks related to the 1st Inter-Regional Agora 2012: please, do not hesitate to contact us by e-mail at agora@scout.org. Here is also the Agora's website.

Yours in Scouting, the planning team.
Ciara (Ireland), Emil (Denmark), Niels (The Netherlands) & Vincent (France).

Thursday, 19 January 2012

KURSUS PENTAULIAHAN GURU PEMIMPIN PENGAKAP ( KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 3A DAN 3B )

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Akademi Pengakap Negeri Terengganu akan menganjurkan kursus-kursus tersebut sebagaimana berikut :

i. Kursus : Manikayu 3A
Tarikh : 2-4 Februari 2012
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

ii. Kursus : Manikayu 3B
Tarikh : 16-18 Februari 2012
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

Guru-guru pemimpin pengakap daripada sekolah menengah dan rendah seluruh Negeri Terengganu yang telah dipilih untuk menghadiri kursus-kursus tersebut.

Wednesday, 18 January 2012

KURSUS ISTIADAT PENGAKAP DAN KAWAD ZON TIMUR

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus tersebut sebagaimana berikut :

Tarikh : 16 - 19 Februari 2012
Tempat : Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.
Lapor diri : 10.30 pg – 12.30 tgh ( 16 Feb 2012)

Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu atau semua guru pemimpin pengakap daerah Hulu Terengganu dipelawa untuk menyertai kursus ini.

Syarat-syarat dan senarai penyertaan :

1. Yuran kursus RM 200.00 seorang (makan-minum, penginapan dan bahan kursus) ditanggung oleh peserta sendiri.
2. Bawa ”bush jacket” lengan panjang & songkok (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ke atas), baju koprat PPM, baju batik, Uniform No. 3, buku log & alatulis dan lain-lain keperluan kursus jika perlu.

Jika ada yang berminat sila dapatkan borang daripada Encik Esham bin Busu, Pengerusi Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu dan hantar kepada Tuan Haji Othman bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu sebelum 31 Januari 2012.

Jika memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi Tuan Haji Othman bin Ismail (0199135366) atau Encik Mohammad bin Sulaiman ( 0199878677).

Segala kerjasama dan sokongan tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN ”

HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT, PJK,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Friday, 13 January 2012

19th THAILAND NATIONAL SCOUT JAMBOREE 2012

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa PPM telah menerima jemputan daripada ”National Scout Organisation of Thailand (NSOT) yang akan diadakan pada 21 - 27 April 2012 di Kem Vajiravudh, Thailand ( jalan selatan ke pattaya )

Semua yang berminat hendaklah mengembalikan borang permohonan penyertaan berkembar selepas tuan tandatangan terus kepada saya secara pos atau email ( scan bersama gambar ) sebelum 20 Februari 2012 untuk saya panjangkan ke Ibu Pejabat PPM di Kuala Lumpur.

Segala kerjasama dan sokongan puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Haji Othman bin Ismail

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu

Thursday, 5 January 2012

PEMAKAIAN LENCANA WORLD BUREAU (WOSM) DI UNIFORM PENGAKAP

Ruj. Kami : PPM.NT/KPN/11 ( 77 )
Tarikh : 02 Disember 2011


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Eksekutif Pengakap Negara pada 28 Oktober 2011 telah memutuskan bahawa semua ahli pengakap diminta memakai lencana WOSM di uniform pengakap ( di atas poket kanan & tag nama) berkuatkuasa serta merta.


3. Sehubungan itu, dimohon tuan memaklumkan perkara ini kepada semua sekolah menengah dan rendah juga pasukan kelana daerah tuan supaya membeli dan memakai lencana WOSM di uniform mereka mulai sekarang (disertakan lampiran cara memakai lencana WOSM ).


4. Kedai Pengakap PPM Negeri Terengganu akan membekalkan lencana tersebut jika daerah tuan memerlukannya.


5. Sila hubungi Tuan Haji Othman bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu ( 019-9125366 ) atau En. Mohamad bin Sulaiman, Setiausaha MPNT (019-9878677 ) sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut.


Segala kerjasama dan sokongan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN ”


Saya yang menjalankan tugas,

Haji Othman bin Ismail, A.M.T., P.J.K.,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Naskah MESTI MILIK ... Buku Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak


Buku ini telah diterbitkan oleh Pasukan Latihan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia sebagai panduan kepada semua pemimpin pengakap khusunya pemimpin Pengakap Kanak-Kanak. Naskah ini mengandungi 36 muka surat bermula Lencana Keahlian sehingga pencapaian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri). Ianya boleh didapati di Kedai Pengakap Negeri Terengganu di alamat Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu dengan kos RM6.00 sebuah.

"BUAT HABIS BAIK"

Thursday, 29 December 2011

My Favourite Collections of The Year ... Wings

Scout Inn Resort

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KALI KE-4, 2011

Tuan Haji Abdul Rahman bin Bakar
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang.

Haji Mohd Salleh bin Ismail
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Hal Ehwal Agama)
498-V, Taman Indah Sari, 21700 Kuala Berang.

En. Rosley bin Mat Hasan
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Pengakap Kelana)
SK Bukit Gemuroh, 21700 Kuala Berang.

En. Wan Ibrahim bin Haji Wan Nik
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Pengakap Remaja)
SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang.

En. Che Abdullah bin Che Husain
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Pengakap Laut)
SMK Tengku Ampuan Intan, 21700 Kuala Berang.

En. Esham bin Busu
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Tugas Khas)
SK Menerong, 21800 Ajil, Hulu Terengganu

En. Mohd Rosidi bin Sulaiman
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
SK Cheting, 21700 Kuala Berang.


Melalui dan salinan,

Pengarah/Pegawai Pemerintah/Pengetua/Guru Besar,
Jabatan/Pasukan/Institut/Sekolah yang berkenaan.


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/to’ puan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut di atas yang akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 31 Disember 2011 ( Sabtu )
Tempat : Bilik Mesyuarat, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.
Masa : 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Pengerusi : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

3. Agenda mesyuarat :
3.1 Bacaan Doa.
3.2 Pembaharuan Pesetiaan Pengakap.
3.3 Ucapan Pengerusi.
3.4 Pengurusan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.
3.5 Akademi Pengakap Negeri Terengganu.
3.6 Laporan Aktiviti 2011 dan Program 2012 (Bertulis) :
3.6.1 Semua Ketua Pen. Pesuruhjaya Negeri
3.6.2 Semua Pen. Pesuruhjaya Negeri
3.6.3 Semua Pen. Pesuruhjaya Negeri (Unit-unit)
3.6.4 Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
3.7 Laporan Rengkas Jambori Malaysia ke-12.
3.8 Jambori dan kursus luar negara.
3.9 Hal-hal lain.

4. Sila sediakan laporan dalam bentuk ringkas (seperti dalam bentuk jadual) untuk dibentangkan dalam mesyuarat dan pastikan cukup salinan untuk semua ahli mesyuarat.

Segala kerjasama dan sokongan tuan/to’puan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

( HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK. )
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Thursday, 15 December 2011

Koleksi Lencana AQELA ... Jamboree 2011


Berikut adalah beberapa item jambori yang sempat diperolehi oleh AQELA sebagai Koleksi Jambori...
1. Lencana Rasmi Jambori
2. Lencana Anugerah Aktiviti Jambori
3. Woogle Jambori [biru & Hijau]

Sampul Surat Jambori Malaysia ke-12


Sampul Surat Hari Pertama Jambori

Bangga sekali memilikinya kerana 2 imej aktiviti yang dijalankan di Sektor Aktiviti Lasak terdapat padanya....

Wednesday, 14 December 2011

CQ CQ JAMBOREE 2011


QSO Card for Terengganu Radio Scouting [9M4CTT] ... JOTA in 12th Malaysia Jamboree/ Terengganu International Scout Jamboree 2011

Menjunjung Kasih Tuanku … Tuanku Mizan Catat Pelbagai Pencapaian Cemerlang

ARKIB : 13/12/2011

TUANKU Mizan Zainal Abidin yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 pada Isnin (semalam) mencatat pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang menjadi ketua negara sejak lima tahun lepas, antaranya menjejak kaki ke Antartika.

Lawatan Seri Paduka Baginda dari 20 hingga 24 November 2011 ke benua itu adalah sempena langkah Malaysia menandatangani Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober lepas, yang antara lain membolehkan saintis negara ini terlibat secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika.

Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara dan negara Islam pertama menyertai perjanjian itu.

Tuanku Mizan, merupakan antara Raja Melayu termuda menaiki takhta sebagai Sultan Terengganu pada usia 36 tahun pada 1988, dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda pada usia 44 tahun selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail yang menjadi Yang di-Pertuan Agong pada usia 41 pada 1961.

Tuanku Mizan, 49, juga menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM yang dipandu pada kelajuan supersonik, iaitu melebihi kelajuan bunyi, selama 45 minit mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada 7 Februari 2011.

Pada 10 Mac 2011 pula, Seri Paduka Baginda menaiki KD Tunku Abdul Rahman, kapal selam negara yang pertama, dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan, serta melakukan simulasi tembakan terhadap sasaran dari kapal selam jenis Scorpene itu.

Tuanku Mizan yang terkenal dengan sikap rendah diri turut meluangkan masa seharian bersama anak-anak kapal bagi merasai kehidupan mereka di dalam kapal selam itu.

Sepanjang pemerintahan baginda, Tuanku Mizan turut membantu mempereratkan hubungan antara Malaysia dan negara luar. Selain menerima kunjungan pemimpin asing, baginda turut mengadakan lawatan ke beberapa negara asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata secara peribadi beliau menghargai keserasian berurusan dengan Tuanku Mizan dalam semua hal.

"Sesungguhnya di bawah pemerintahan Tuanku, urusan berjalan dengan licin dan lancar. Hakikat ini amat dihargai oleh anggota jemaah menteri, yang berasa amat senang dengan peranan Tuanku sebagai ketua negara," katanya pada Sabtu lepas dalam ucapan pada majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim pula dalam ucapannya pada majlis itu berkata selama lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda, Malaysia terus maju dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

"Sesungguhnya, pelbagai dasar dan amalan di bawah gagasan 1Malaysia membuktikan bahawa putik sudah menjadi buah, cita-cita sudah menjadi kenyataan dan didoakan, berkat sentuhan dan naungan Tuanku sebagai payung kedaulatan negara, keadaan ini terus berkekalan jua hendaknya," kata Rais.

Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman yang telah berkhidmat lebih dua tahun dengan Tuanku Mizan, berkata kegigihan yang ditunjukkan oleh baginda perlu diteladani oleh setiap rakyat di negara ini.

"Peringatan berulang kali kepada rakyat agar sentiasa menjaga hubungan baik sesama kaum, hormat menghormati dan bantu-membantu perlu dijadikan amalan bagi menjamin keharmonian negara," katanya ketika ditemui Bernama.

Awang Kechik berkata Tuanku Mizan sering memberi perhatian penuh kepada rakyat apabila setiap jemputan bagi acara-acara melibatkan rakyat sentiasa dipenuhi.

Tuanku Mizan yang mendirikan rumah tangga dengan Permaisuri Raja Nur Zahirah pada 1996, dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, 15, Tengku Mohammad Ismail, 13, Tengku Muhammad Mua'az, 11 dan Tengku Fatimatuz Zahra', 9.

Tuanku Mizan juga aktif dalam bidang sukan terutama sukan kuda lasak dan telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan termasuk di luar negara. - BERNAMA

Daulat Tuanku ... Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke-14

DAULAT TUANKU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Upacara Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berlangsung pagi semalam (13 Disember 2011).

Majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disiarkan secara langsung di TV1 di mana upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di adakan di Istana Negara.

Dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 ini, maka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun. Ini adalah merupakan kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah. Baginda merupakan lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Upacara bermula pada 11.15 pagi (13 Disember 2011) dengan Mesyuarat Majlis Khas Raja-raja ke-227 sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Daulat Tuanku… Daulat Tuanku… Daulat Tuanku…

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia..


Edited from Velasrizal Rodriguez post on Tuesday, December 13

http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/12/upacara-pertabalan-yang-di-pertuan.html

http://muttaqiah.blogspot.com/2011/12/pertabalan-yang-di-pertuan-agong-ke-14.html#


Designed by Najjah Indahart