Sunday, 17 February 2013

PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN KUMPULAN PENGAKAP 2013


Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan Pengakap bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap ahli pengakap masing-masing bagi tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kaedah Pembayaran :

Semua pemimpin kumpulan hendaklah mendaftarkan semua ahli dengan mengisi borang yang disediakan serta menjelaskan bayaran terus ke dalam akaun Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
  • Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar (Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu), Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  • Encik Abdul Malik bin Ali (SMK Kuala Jenderis), Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  • Encik Yusof bin Endut (SK Tengku Ampuan Intan), Bendahari Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu


Kadar bayaran pendaftaran bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
  • Kumpulan: RM 10.00 (*Hanya kepada kumpulan baharu ditubuhkan)
  • Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja & Pendidikan Khas : RM3.00
  • Ahli Pengakap Kelana: RM5.00
  • Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00

Tarikh tutup pendaftaran ialah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2013.

Dengan penjelasan di atas, kerjasama dan tindakan awal daripada semua pihak untuk menjalankan pendaftaran kumpulan dan ahli masing-masing adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment