Tarikh diterbitkan dalam Warta ... 22 Ogos 1974
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 143
Akta 143
Suatu Akta bagi menukar nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia,
memperuntukkan penalti bagi mana-mana daripada kesalahan-kesalahan yang
diperuntukkan dalamnya dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara dengannya.
[23 Ogos 1974]
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974.
2. (1) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah subseksyen 3 (1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1968 (kemudian daripada ini disebut ”Persekutuan itu”) hendaklah selepas Akta ini mula berkuatkuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan semua sebutan dalam Akta itu dan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya atau kuatkuasa apa-apa tindakan, pembicaraan, pindahhak, pindahmilik, suratikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum Akta ini mula berkuatkuasa oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.
3. Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1968 adalah dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 13 suatu seksyen 13A yang baru yang berikut:
”Penalti 13A. Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan.”
Seharusnya kena tunjuk akta asal iaitu akta 38 tahun 1968.. baru lah nampak seksyen 1 hingga 13.. kemudian baru tunjuk pindaan ini dan akhirnya semakan 1989..baru pembaca akan faham.. sudah setengah abad akta ppm ujud tetapi masih ramai tak faham ..
ReplyDelete