Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 17 April 2010

JAMBORI BUDAYA ... PANDUAN PENYERTAAN

  • Tarikh : 08 hingga 12 Jun 2010.
  • Tempat : Pagar Ruyung, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.
  • Kelayakan : Pengakap ( 13 hingga 18 tahun ), Kelana ,Pemimpin , Pesuruhjaya
  • Tarikh mula perjalanan : 04 hingga 07 Jun 2010.
  • Tarikh mula kembali : 13 hingga 17 Jun 2010.

Kaedah perjalanan : 1. Kapalterbang ( LCCT – Padang – LCCT )
2. Feri ( Pelabuhan Melaka – Pelabuhan Dumai – Tanah Datar – Pelabuhan
Dumai – Pelabuhan Melaka )
Pusat mula perjalanan : 1. LCCT ( KLIA )
2. Pelabuhan Melaka.

Pusat mula kembali : 1. Lapangan terbang Minangkabau, Padang.
2. Pelabuhan Dumai.

Pembukaan rasmi : 08 Jun 2010 jam 0900 HRS.
Penutupan rasmi : 12 Jun 2010 jam 1400 HRS.

Yuran Jambori : 1. RM 300 seorang. ( LCCT – Padang – LCCT )
2. RM 350 seorang. ( Pelabuhan Dumai - Tanah Datar - Pelabuhan Dumai )

Meliputi : 1. Jambori Kit
( Sijil, Pingat, Kemeja, Topi, Tag Nama, skaf, , buku aktiviti, Makanan dan minuman siap bermasak : 3 kali sehari [ Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam ], pengangkutan lawatan, pengangkutan ketibaan dan kembali )( Lapangan Terbang Minangkabau - Tanah Datar - Lapangan Terbang Minangkabau atau Pelabuhan Dumai - Tanah Datar - Pelabuhan Dumai ),

# Makanan dan minuman dalam perjalanan bagi yang melalui Pelabuhan Dumai ke Tanah Datar dan kembali adalah tanggungan peserta sendiri.

Yuran Kontinjen Malaysia : RM 10.00 seorang.
Keperluan : Pakaian seragam Pengakap Malaysia, pakaian aktiviti, khemah, ubatan peribadi, kelengkapan bersih diri, gambar berpakaian seragam lengkap saiz passport 2 keping.

Cukai : 1. Lapangan terbang Minangkabau, Padang : RM 38.00 seorang.
2. Pelabuhan Dumai : RM 10.00 seorang.

# Cukai ini dikenakan semasa perjalanan kembali ke Malaysia dan bayaran dijelaskan oleh peserta sendiri.

Insuran kelompok : Jumlah bayaran ditetapkan oleh pihak Pengakap Negeri.
Pasport Antarabangsa : 1. Individu
2. Kelompok. ( urusan Pengakap Negeri )

No comments:


Designed by Najjah Indahart