Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 29 March 2009

Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan [CALT] ke27 & 28


Aqela telah diletakkan di dalam Kumpulan Pasir Mas (CALT 28) bersama dengan 11 orang lagi rakan yang datang dari pelbagai destinasi. Hari pertama [22/03/2009] Aqela tiba di Kem Kijang pada jam 4.00 petang. Aqela terpaksa hadir lewat dari yang dijangkakan kerana Aqela telah menghadiri Mesyuarat Perkhemahan Gabungan KRS & NGO Negeri Terengganu 2009 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Setiu, Merbau Menyusut. Kumpulan CALT28 Pasir Mas telah dibimbing oleh Encik Mohd Azhar bin Zainal, seorang jurulatih yang luas pengalamannya dalam kepengakapan. Beliau bertugas di IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.



Ahli Kumpulan Pasir Mas:

1. Encik Mohd Dahlan bin Kadir [IPGM Kampus Ilmu Khas]

2. Encik Ahmad Tajidin bin Haji Ariffin [IPGM Kampus Tun Abdul Razak]

3. Encik Rohaizad bin Agil [IPGM Kampus Pendidikan Teknik]

4. Encik Hazmir bin Md. Yusof [PPM Kinta, Perak]

5. Encik Safri bin Aziz [IPGM Kampus Dato' Razali Ismail]

6. Encik Yaakob bin Haji Atan [IPGM Kampus Raja Melewar]

7. Encik Azman bin Zulkifli [PPM Pahang Darul Makmur]

8. Encik Wan Mansor bin Wan Bakar [PPM Pasir Puteh, Kelantan]

9. Encik Mohd Walial'Ashikin bin Halim [PPM Rembau, Negeri Sembilan]

10. Encik Ramesh [PPM WP Kuala Lumpur]

11. Cik Haslinda binti Mohd Saad [IPGM Kampus Pendidikan Teknik]

No comments:


Designed by Najjah Indahart