Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 29 March 2009

PEMBERITAHUAN : PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2009-1

Menurut Peraturan 26(2) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur pada 24 Jun 2009. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya.

Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.skmm.gov.my. Sila tuliskan perkataan “RAE 2009-1” di sudut atas kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Deraf Bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA”. Sila hantar borang permohonan yang lengkap diisi beserta bayarannya dan satu salinan kad pengenalan pemohon ke pejabat wilayah SKMM.

Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui pos selewat-lewatnya pada 12 Jun 2009. Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+60 3 86 88 82 65) sekiranya anda tidak menerima apa-apa jawapan selepas dari tarikh tersebut. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati laman maya SKMM.

No comments:


Designed by Najjah Indahart