Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 30 June 2009

26th Asia-Pacific Regional Scout Jamboree

Date :
28th Disember 2009 - 03rd January 2010
Place :
Makiling National Scout Reservation Camp
Fee :
USD 200

Eligibility :
Scout : 12-17 years old
International Service Team [IST] : 18-45 years old

Information about the Jamboree can be found through the Jamboree web site :

http://www.aprjamboree2009.com/

The Jamboree form :

Scout :
Borang PPM
International Service Team :
Borang PPM & Borang IST



All registered Scouts, Rovers and Scout Masters who are interested in participating in the said Jamboree please download the particular form and liaise with the following personnel at the Scout Headquaters:-


Staff : En Abdul Rahim bin Hamid
Contact : +6017 615 6880

Saturday 27 June 2009

Fenomena Cuaca ... El Nino ?

Apakah El Nino ?
Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.
Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Maklumat lanjut Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengemaskini ramalan cuaca bermusim di dalam laman web di http://www.met.gov.my Jabatan boleh dihubungi di 03-79678000.

Galeri Foto QUBERSCOUT ...

Untuk menyaksikan aksi Pengakap dan Unit Beruniform dari Lensa atau Koleksi QUBERSCOUT, sila layari Galeri QBERSCOUT Fotopages kami... Berilah komen, kritikan atau cadangan anda..... Terima Kasih kerana terus menerus memberikan sokongan pada QUBERSCOUT..... Kami sedang berusaha untuk membangunkan www.QUBERSCOUT.com untuk menambahkan kepuasan anda menikmati aksi serta panorama QUBERSCOUT.....

Senarai Album:

Pertandingan Kawad Kaki PBB SM Kebangsaan 2009
Sambutan 100 Tahun PPM ... Kontinjen Quberscout
Jambori Melaka 2009

Monday 22 June 2009

Pertandingan Kawad Kaki PBB SM Kebangsaan 2009

Praktikal Pemarkahan Hakim Kawad Kaki Kebangsaan...



Pertandingan Kawad Kaki PBB SM Kebangsaan 2009

PENYESUAIAN GELANGGANG ...


GELANGGANG A1 KATEGORI KADET REMAJA SEKOLAH PUTERA
GELANGGANG B2 KATEGORI GO (BADAN KERAJAAN) PUTERA

GELANGGANG C3 KATEGORI NGO (BADAN BUKAN KERAJAAN) PUTERA

Sunday 21 June 2009

MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PBB SM PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Sebahagian peserta Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009

Sebahagian Pegawai dan Hakim Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009

AQELA bersama seorang rakan dari Pahang ... Ini jer gambo yang sempat diambil

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PBB SM PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


Seramai lebih dari 300 orang peserta serta pegawai dari seluruh negara telah berkumpul di Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur untuk menyertai Pertandingan Kawad Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 bermula 18 hingga 21 Jun 2009. Manakala lebih 100 orang hakim telah dilantik dari seluruh pelusuk negara telah dilantik bagi menjayakan pertandingan tersebut. Para hakim, pegawai dan peserta telah dialu-alukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan telah dihidangkan Majlis Makan Malam Negeri yang disumbangkan oleh YAB Dato' Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang Darul Makmur dalam majlis yang amat meriah.

Pertandingan ini telah dijalankan di dua lokasi yang berbeza. Pertandingan Kawad Kategori Putera telah dijalankan di Perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala Kategori Puteri telah dijalankan di tempat letak kereta MPK 1 di hadapan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

*Ikuti laporan bergambar serta keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Thursday 18 June 2009

Galeri Foto QUBERSCOUT


Untuk menyaksikan aksi Pengakap dari Lensa atau Koleksi QUBERSCOUT, sila layari Galeri Fotopages kami... Berilah komen, kritikan atau cadangan anda..... Terima Kasih kerana terus menerus memberikan sokongan pada QUBERSCOUT..... Kami sedang berusaha untuk membangunkan www.QUBERSCOUT.com untuk menambahkan kepuasan anda menikmati aksi serta panorama QUBERSCOUT.....

Perkhemahan sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia Peringkat Daerah Hulu Terengganu

Aktiviti Cadangan :
  • Pameran

  • Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  • Persaudaraan BP

  • Aktiviti Ceramah

  • Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan


  • Aktiviti Kemasyarakatan

  • Gotong Royong

  • Aktiviti Kemahiran

  • Mendirikan Khemah
  • Kawad
  • Penggunaan Alat Komunikasi (Radio Amatur)



  • Aktiviti Keagamaan


  • Aktiviti kebudayaanPersembahan Kreatif / Malam Apresiasi Pengakap

Tuesday 16 June 2009

Projek Khidmat Sukarela Scouts of the World Award Ke 2


Project Orion : Rovering with Turtles



Persatuan Pengakap Singapura dengan kerjasama WWF Malaysia menjemput Pengakap Kelana Malaysia untuk menyertai Projek Orion yang akan dijalankan di Terengganu.

Jangkamasa : 20hb Jun - 5hb Julai 2009
Tempat : Setiu, Terengganu, Malaysia
Kelayakan : Pengakap Kelana yang telah menghadiri Bengkel Scouts of the World Discovery Workshop


Segala keterangan berkenaan projek boleh diperolehi melalui dokumen SWA di Edaran Program: 2nd Scouts of the World Award Voluntary Service Project.



Peserta yang berminat diminta berhubung secara langsung dengan Pengarah ScoutS of the World Award (SWA), Tan Sijie at iavntsj@gmail.com untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Perhimpunan Kelana Raimuna, Bengkalis, Indonesia




Pramuka, Kwatir Daerah Riau akan mengadakan Perhimpunan Kelana di Pulau Bengkalis, Indonesia.

Tarikh :
28hb Jun - 5hb Julai 2009
Tempat :
Bumi Perkhemahan Pawang Perkasa 1, Pulau Bengkalis, Riau
Kelayakan :
Pengakap Kelana dan Pemimpin Kelana berdaftar
Yuran :
Pemimpin Kelana RM 100.00
Pengakap Kelana RM 150.00
Penginapan :
Berkhemah ( Bawa khemah dan peralatan sendiri )
Pengangkutan :
Bertolak dari Melaka.


Segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh peserta.

Para Pemimpin Kelana dan Pengakap Kelana berdaftar yang berminat untuk menyertai perhimpunan kelana ini, sila berhubung dengan:


Kakitangan : En. Abdul Rahim Hamid
Perhubungan : 017 6156880

Saturday 13 June 2009

6th Asia-Pasific Region ... Scout Youth Forum ... Scouts~Capital For Peace

Pemilihan Perwakilan dan Petugas ke 6th APR Scout Youth Forum yang akan diadakan pada sebagaimana butiran berikut:-

  • Tarikh: 19 hingga 21 Jun 2009
  • Lokasi: Kem Dr. Shafie, Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor Darul Ehsan
  • Anjuran: Ibu Pejabat PPM
  • Surat Siaran: muat turun disini
  • Sila bawa khemah sendiri dan makanan disediakan
  • Hubungi En.Rahim (017-6156880) untuk pendaftaran

Sumber : Weblog "SEKETERIAT KELANA SELANGOR" di http://kelanaselangor.blogspot.com/

Thursday 11 June 2009

Perkhemahan sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia Peringkat Daerah Hulu Terengganu

Kepada Semua Ahli Pengakap (terutamanya dari Hulu Terengganu) yang berminat untuk menyertai Perkhemahan Sempena Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Daerah Hulu Terengganu sila sahkan penyertaan anda
SEBELUM atau PADA
15 JULAI 2009 (Rabu)
kepada:
Sekretariat
Perkhemahan Sambutan 100 Tahun
PPM Hulu Terengganu
d/a Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
u.p.: Encik Zainal Abidin Ali
atau
Pengerusi Latihan
Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Hulu Terengganu
d/a SK Menerong
21800 Ajil, Terengganu Darul Iman
u.p.: Encik Esham Busu

Wednesday 10 June 2009

ROVERMOOT 1 MALAYSIA 2009

Kepada Ahli Kelana Seluruh Negeri Terengganu yang berminat untuk menyertai
Perhimpunan Pengakap Kelana 2009 (Satu Malaysia, Satu Dunia, Satu Persetiaan),
sila berhubung terus dengan seberapa SEGERA kepada:

Tuan Rosley bin Mat Hasan
Penolong Pesuruhjaya Pengakap
(Ibu Pejabat / Kelana)
Negeri Terengganu
atau
Tuan Rozli bin Abdullah
Penolong Pesuruhjaya Pengakap
(Ibu Pejabat / Kelana)
Daerah Hulu Terengganu

Terkini ... HINEX CAMP 2009

Tarikh : 9 - 13 Jun 2009
Tempat: TATi University College, Teluk Kalong, Kemaman Terengganu.
Pendaftaran : 9 Jun 2009
Masa: 8.30 pg - 4.30 ptg
Yuran : RM 50.00 setiap peserta ( yuran tidak termasuk makan, pengangkutan)

Majlis Perasmian :10 Jun 2009
Majlis Penutupan : 13 Jun 2009

Aktiviti :
1-Pameran Pengakap
2- Pameran Agensi Swasta dan Kerajaan
3- Aktiviti Industri Minyak dan gas
4- Aktiviti Lawatan ke sekitar Kuala Terengganu
5- Aktiviti Kemasyarakatan
6- Aktiviti Kemahiran
7- Aktiviti Pantai
8- Aktiviti Makanan Tradisional
9- Aktiviti Pengakap
10- Aktiviti Kebudayaan

Sebarang pertanyaan dan surat-menyurat boleh dialamatkan ke :

Urusetia Hinex Camp Ke-9
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
TATi University College (TATiUC) Teluk Kalong,
24000 Kemaman
Terengganu.
No. Tel: 09-8633863
No. Fax: 09-8635863

*
- Setiap kontigen diminta untuk- membawa bendera IPT masing-masing
- mengambil insuran kumpulan masing-masing
- menyediakan satu persembahan( 10 minit ) untuk malam Gala HINEX
- membawa khemah dan peralatan lain yang dirasakan perlu

Tuesday 9 June 2009

Sambutan Sempena 100 Tahun Pengakap Malaysia Peringkat PPM Hulu Terengganu


Rovermoot ... Perhimpunan Kelana Persekutuan Pengakap Malaysia


Satu Malaysia, Satu Dunia, Satu Persetiaan

Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Kelana bertempat di Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang Darul Makmur.

Tarikh : 23 hb. - 27 hb. Julai 2009
Tempat : Kem Tengku MahkotaBandar Tun RazakJengka, Pahang Darul Makmur
Kelayakan : Pengakap Kelana & Pemimpin Kelana berdaftar
Bayaran : RM 100


Aktiviti-aktiviti kepengkapan dan Lawatan sehari ke Taman Negara Pahang serta Ujian Lencana Skim Pengakap Kelana Malaysia akan dijalankan di sepanjang perhimpunan tersebut.

Kepada para Pengakap Kelana berdaftar dan Pemimpin Kelana berdaftar yang berminat untuk turut serta menyertai Perhimpunan kelana ini, sila dapatkan maklumat lanjut dan berdaftar dengan petugas:


Petugas : En. Abdul Rahim bin Hamid, Penolong Setiausaha Program
Perhubungan : 017 6156 880


Dipetik dari : http://malay.malaysiascout.org/news.php

Menjunjung Kasih Ke Bawah DYMM Tuanku...

Sukacita Dari Kami,
Patik-Patik Warga QUBERSCOUT Mendoakan semoga Tuanku berdua akan beroleh Kemakmuran serta Ketenangan Setiap Masa
sempena
Hari Ulangtahun Keputeraan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Monday 8 June 2009

Friday 5 June 2009

Jambori Melaka 2009 ... Aktiviti

Aktiviti Inovasi Roket ... Memang menarik dan boleh dicuba lain-lain aktiviti yang seumpamanya

Ekspidisi Berbasikal ... Mencabar fizikal peserta serta minda, jarang aktiviti ini dapat dijalankan di mana-mana jambori di Malaysia

Lawatan Berinformasi ke Sekitar Bandar Hilir ... Tak dapat dinafikan sememangnya Negeri Melaka itu sendiri adalah satu Muzium Terbesar di Dunia.

Jambori Melaka 2009 ... Pintu Gerbang Kontinjen










Wednesday 3 June 2009

Jambori Melaka Warisan Dunia ke-7 ... Kontinjen Terengganu

Berasap dan terus menerus panas .. Dapur Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu...

Waktu makan dan rehat Pegawai dan ahli Kontinjen .. Khemah Utama Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu


Pandangan dari arah depan Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu


Designed by Najjah Indahart