Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 28 October 2009

Kempori Diraja Pengakap Terengganu 2009 ... Persiapan Akhir

Kempori ini akan berlangsung bermula dari 29 Oktober 2009 dan akan berakhir pada 1 November 2009. Namun begitu, beberapa kontinjen daerah telah mula sampai bermula dari pagi 28 Oktober 2009 lagi. Manakala, pihak pengurusan masih lagi sedang berusaha dengan seberapa daya upaya serta kekuatan yang ada untuk memberikan sentuhan terakhir bagi persiapan kempori yang akan mencatat sejarah kepengakapan Terengganu.
Adalah dijangkakan seramai 1000 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak dan juga Pengakap Remaja akan menghadiri kempori ini. KDYMM Tuanku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Negeri Terengganu akan mencemar duli untuk bersama-sama ahli pengakap Terengganu menjayakan kempori bersejarah ini.
Para pegawai serta petugas telah mula melaporkan diri bermula dari 27 Oktober 2009 untuk membuat persedia terakhir sebelum bermula sesi aktiviti yang dijangkakan akan bermula pada 30 & 31 Oktober 2009.

Beberapa orang pemimpin kontinjen daerah Dungun sedang membina binaan gajet

Beberapa orang pemimpin kontinjen daerah Kuala Terengganu sedang bebincang
Dua buah jentolak sedang membuat kerja-kerja pembersihan tapak perkhemahan


Beginilah rupa ruang pameran kontnjen daerah Hulu Terengganu ... Ni belum siap agi tu...

Monday 26 October 2009

Update Kempori DiRaja 2009

Salam pengakap,

Semalam telah berlangsung mesyuarat ketua - ketua kontinjen dan persembahan malam tuanku bersama2 ketua2 kontinjen dan P Suk Bhgian Protokol dan Istiadat... Antara info yg sempat saya garab:

1. semua kos makan dan minum petugas, peserta, pegawai dan urusetia (UNTUK 1000 ORG SHJ) ditanggung oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu... kecuali minum pagi... harap setiap kontinjen, sediakan jugak makanan untuk kontinjen, takut ada masalah nanti...

2. Barangan yg perlu dibawa oleh setiap peserta adalah seperti biasa kecuali baju melayu lengkap bersongkok dan bersamping, krn peserta akan ikut serta bersama KDYMM untuk solat jumaat di Masjid Tok Jembal...

3. buluh untuk setiap kontinjen telah siap di atur, dan nanti tinggal ambil jer, cuma setiap subkem disediakan pondok buluh untuk simpan buluh, bila selesai perkhemahan, harap dapat susun buluh di pondok buluh yg disediakan.

4. Aktiviti pula, ada 25 jenis aktiviti (5 sektor, Sektor A - A1, A2, A3, A4, A5 begitu juga sektor2 yg lain) yang akan dijalankan mengikut sistem terbuka, siape cepat die dapat... so, untuk para pemimpin, harap dapat atur anak2 buah semasa aktiviti dijalankan.

hurm..rasenye itu saje, makluman lanjut boleh rujuk pd ketua kontinjen masing2... Selamat BerKEMPORI!!...

Sekteriat KEMPORI DIRAJA 2009

Forum Belia Pengakap Rantau Asia Pasifik

Kuala Lumpur, 22hb. Oktober, 2009. Forum Belia Pengakap Rantau Asia Pasifik telah dibuka secara rasminya oleh Ketua Pengakap Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh.

Para peserta yang terdiri daripada Belia Pengakap dari segenap ceruk Rantau Asia Pasifik berkumpul berbincang bersama untuk mengeratkan perhubungan dan membina kekuatan untuk kemajuan pergerakan Belia Pengakap serantau.

Kursus Jurulatih Antarabangsa Rantau Asia Pasifik

Kuala Lumpur, 19hb Oktober 2009. Seramai 40 orang peserta dari 12 Organisasi Pengakap Negara-Negara Rantau Asia Pasifik berkumpul untuk mengikuti kursus kejurulatihan peringkat Asia Pasifik yang merupakan acara iringan bagi Persidangan Pengakap Rantau Asia pasifik ke 23.

Kursus Jurulatih Antarabangsa tersebut telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Latihan Negara Malaysia, Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin dan dikendalikan oleh Jurulatih dari Negara Malaysia, Australia, Japan, UK, Canada, dan pejabat Rantau Asia Pasifik.

Para peserta akan berkampung di Pusat Belia Antarabangsa selama 7 hari untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan pengamalan demi membangunkan dan memperkasakan pergerakan pengakap di Rantau Asia Pasifik.


Friday 23 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Taklimat Pengurusan Kontinjen Hulu Terengganu

Zainal Abidin bin Ali - Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
Che Abdullah bin Che Hussain - SMK Tengku Ampuan Intan
Esham bin Busu - SK Menerong
Yusof bin Endut - SK Tengku Ampuan Intan
Mohd Zuber bin Abdullah - SK Seri Buloh
Abdul Salim bin Adam - SK Sungai Berua
Rosley bin Mat Hasan - SK Bukit Gemuroh
Azman bin Ariffin - SM Imtiaz Kuala Berang
Abdullah bin Abu Bakar - SM Imtiaz Kuala Berang
Muhammad Al-Zikri Jaafar - SM Imtiaz Kuala Berang
Mohd Rosidi bin Sulaiman - SK Cheting
Mohd Yussazri bin Yusof - SK Kuala Jenderis
Rozita binti Mat Razab - SMK Jenagor
Azira binti Hamzah - SMK Tengku Ampuan Intan
Laila binti Ambak - SK Peroh
Rozita binti Muhmmad - SK TokRandok

Melalui dan salinan;

Pengetua / Guru Besar
Sekolah berkenaan.

Tuan,

TAKLIMAT PENGURUSAN KONTINJEN PENGAKAP SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU KE KEMPORI DI RAJA PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2009

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pasukan Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu akan mengadakan taklimat tersebut seperti mana berikut:

Tarikh : 26 Oktober 2009 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

2. Sehubungan itu, tuan diwajibkan hadir ke taklimat berkenaan.

3. Dengan kerjasama dan sokongan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,


(HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABU BAKAR)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu,
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
b.p. : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Tuesday 20 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Malam Bersama KDYMM Pemangku Raja

PERHATIAN kepada semua Pengakap yang akan menyertai Kempori ini supaya dapat menghafal serta menyanyikan koleksi lirik lagu-lagu di bawah. Lagu-lagu ini akan dinyanyikan semasa malam gala bersama KDYMM Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin...

MARILAH RAMAI-RAMAI MENYANYI

Marilah ramai – ramai menyanyi
Marilah ramai – ramai menyanyi
Api sudah nyala kita sukahati
Marilah ramai – ramai menyanyi

Menyanyi – menyanyi

Berkumpul disini kita sukahati
Marilah ramai – ramai menyanyi

Di Sini Senang Di Sana Senang

Di SIni senang disana senang
Dimana mana hatiku senang

Disini senang disana senang
Dimana – mana hatiku senang

Lalalala lala
Lalalala lala
Lalalala
Lalalalalala

DI SINI KITA BERKUMPUL

Disini disini kita berkumpul
Disini disini kita berkumpul

Salam salam
Salam salam salam hoi!

Here we are here we are
Here we are again

Hello hello
Hello hello hello hoi!

Kami dari Malaysia suka hati
Kami dari Malaysia sukahati

Suka suka suka
Sukahati

APA GUNA KELUH KESAH

Apa guna keluh kesah
Apa guna keluh kesah

Kita semua tak perlu bersusah
Apa guna keluh kesah

There is no reason to be sad
There is no reason to be sad

We are always happy together
There is no reason to be sad

Hepi Yey!

Hepi yey yey yey!
Hepi yey yey yey!
Hepi yey!

Saya pilih Pengakap saja
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Cintaku semakin mendalam

KALAU ANDA GEMBIRA

Kalau anda gembira tepuk
Kalau anda gembira tepuk tangan
Kalau anda gembira beginilah rasanya
Kalau anda gembira tepuk tangan

Petik Jari
Tepuk Paha
Hentak Kaki
Kata Horey!

THE MORE WE GET TOGETHER

The more we get together
Together together
The more we get together
The happier will be

All your friends are my friends
All my friends is your friends

The more we get together
The happier will be

Lagi kita berkumpul
Berkumpul berkumpul
Lagi kita berkumpul
Gembira hati

Kawan ku kawan mu
Kawan mu kawan ku

Lagi kita berkumpul
Gembira hati

SURANGANI

Surangani surangani
Surangani kamalu kana va……
Malu malu malu
Meteng genapu malu
Surangani genapu kana va va va va!..

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Di percayai taat berguna
Bersaudara berbudi
Kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati berjimat
Suci fikiran suci perkataan
Suci perbuatan
Suci perbuatan

POTONG LALANG

Satu orang pergi
Pergi potong lalang
Satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

Dua orang pergi
Pergi potong lalang
Dua satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

Tiga orang pergi
Pergi potong lalang
Tiga dua satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

Empat orang pergi
Pergi potong lalang
Empat tiga dua satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

(enam…sepuluh…seratus…!!)

BURUNG KAKAK TUA

Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

Lectrum lectrum
Lectrum o la la..
Lectrum lectrum
Lectrum o la la..

Burung kakak tua

MUSIM BUNGA

Apabila bunga kembang berseri
Seekor gajah keluar menari

Lenggok ke kanan
Hai lenggok ke kiri

Jemput seekor lagi
Keluar menari

Apabila bunga kembang berseri
Dua ekor gajah keluar menari

Lenggok ke kanan
Hai lenggok ke kiri

Jemput seekor lagi
Keluar menari

Apabila bunga kembang berseri
Tiga ekor gajah keluar menari

Lenggok ke kanan
Hai lenggok ke kiri

Jemput seekor lagi
Keluar menari

SHELLEBE

Shellebe beblete bellero
Kutube be abe ebo
Kutube we we we
Kutubo wo wow o
Kutube be abe ebo

Di mana letaknya sayang
Di hati tetap dikenang
Gembira bersama duka pun bersama
Itulah amalan kita

GORENG PISANG

Goreng pisang goreng pisang
Goreng pisang sekarang
Pisang apa piasang apa
Pisang apa sekarang?

INGAT-INGAT

Ingat – ingat itu remember
Jangan lupa itu don’t forget
Saya sayang kamu I love you
Hanya engkau only you

JONG JONG INAI

Jong jong inai mak ipung waja wali
Jong jong inai mak ipung waja wali
Jong jomg inai mak ipung waja wali
Tsepak tunggul inai berdarah ibu kaki

Semangkuk jeluk sepinggan dadang
Tak cukup pulut tambah nasi dagang
Semangkuk jeluk sepinggan dadang
Tak cukup pulut tambah nasi dagang

Jong jong inai mak ipung waja wali
Jong jong inai mak ipung waja wali
Jong jong inai mak ipung waja wali
Tsepak tunggul inai berdarah ibu kaki

APUSE

Apuse ko kun dao
Yarabe soron doreri
Of lenso beni nemo beni fasei
Of lenso beni nemo beni fasei

Arafabei aswarakwa
Arafabei aswarakwa

Selamat tinggal kawan
Kitakan berjumpa lagi
Selamat ku doakan engkau pergi
Selamat ku doakan engkau pergi

Selamat jalan jumpa lagi
Selamat jalan jumpa lagi

SALAM KABARE

Salam kabare salam kabare
Salam Salam
Riang ria riang ria
Salam salam

Tinggal kasih ku tinggal sayangku
Tinggal tinggal
Bertemu lagi berjumpa lagi
Salam salam

Syalom syarum syalom syarum
Syalom syalom
Le hi ra o lehit ra o
Syalom syalom

Farewell good friends farewell good friends
Till we mwwt again till we meet again
Farewell farewell

BERTEMU DAN BERPISAH

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang dimata tapi dihati tidak lupa

Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga berjumpa kembali di suatu masa

SAYONARA

Sayonara sayonara
Sampai berjumpa lagi
Sayonara sayonara
Sampai berjumpa lagi

Buat apa susah buat apa susah
Susah itu tak ada gunanya

Buat apa susah buat apa susah
Susah itu tak ada gunanya

GEYLANG SI PAKU GEYLANG

Geylang si paku geylang
Geylang si rama rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama sama

Kalau ad sumur di lading
Boleh la kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh la kita berjumpa lagi

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Pulau pandan jauh ke tengah
Gununglah daik bercabang tiga
Hancurlah badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang jua

Geylang si paku geylang
Geylang si rama rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama sama


Siapa yang akan mengendalikan malam gala tu... Aqela tak boleh nak jawab, kerana Aqela belum mendapat info berkaitannya.


Monday 19 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Edaran Kontinjen Hulu Terengganu

Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu yang berkenaan.

1. SMK Tengku Ampuan Intan
2. SMK Jenagor
3. SM Imtiaz Kuala Berang
4. SK Tengku Ampuan Intan
5. SK Cheting
6. SK Bukit Gemuroh
7. SK Peroh
8. SK Menerong
9. SK Kuala Jenderis

Tuan,

AKTIVITI KOKURIKULUM : KEMPORI DIRAJA PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH/RENDAH NEGERI TERENGGANU 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki untuk memilih dan menghantar peserta untuk program tersebut sebagaimana berikut:

Tarikh : 29 Oktober – 01 November, 2009
Lapordiri : 29 Oktober, 2009 (8.30 pagi)
Tamat : 01 November, 2009 (2.00 petang)
Tempat : Kem pengakap Telaga Batin, Seberang Takir,
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

3. Bersama-sama ini juga dilampirkan hebahan berkaitan program tersebut.

4. Semoga dengan kerjasama serta sokongan tuan akan memperkasakan lagi aktiviti kokurikulum yang cemerlang dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,


(HAJI ABD. RAHMAN BIN ABU BAKAR)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
(Pengurusan Pembangunan Manusia)
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

World Scout Brotherhood


Sunday 18 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Eksklusif Lensa Aqela

Pintu masuk ke Kem Pengakap Telaga Batin untuk kegunaan Urusetia dan Pegawai Kempori

Pintu Masuk ke Kem Pengakap Telaga Batin untuk kegunaan Kontinjen dan juga orang awam

Dataran perhimpunan utama dan lokasi sektor aktiviti

Tempat letak kereta awam bersebelahan pintu masuk orang awam ke kem

Laluan dari pintu masuk orang awam ke kem

Saturday 17 October 2009

THE YEAR IS 2009, THE PLACE IS MALAYSIA ...

Malaysia mengalu-alukan kehadiran perwakilan, pemerhati dan individu-individu pengiring di Kursus Rantau Asia-Pasifik untuk Jurulatih (CLT), Forum Belia Pengakap Rantau Asia-Pasik ke 6 dan Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23.

Kursus Rantau Asia-Pasifik untuk Jurulatih (CLT)

Kursus Rantau Asia-Pasifik untuk Jurulatih (CLT) akan dikendalikan bermula dari 19hb Oktober 2009 hingga 25hb Oktober 2009 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Forum Belia Pengakap ke 6

Forum Belia Pengakap ke 6 akan dikendalikan bermula dari 22hb Oktober 2009 hingga 25hb Oktober 2009 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23

Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23 akan diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bermula dari 27hb Oktober 2009 hingga 1hb November 2009.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23, sila lawati laman sesawang
23aprconf.malaysiascout.org

Friday 16 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Info Pelan




Selamat Menyambut Deepavali Kepada Semua Pengakap Yang Beragama Hindu...

Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली , bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatih pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Petikan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

Thursday 15 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Kontinjen Hulu Terengganu

Pecahan Penyertaan Kontinjen Pengakap Hulu Terengganu

Sekolah Menengah

1. SMK Tengku Ampuan Intan - 10 [L] + 10 [P]
2. SMK Jenagor - 10 [P]
3. SM Imtiaz Kuala Berang - 10 [L]
Jumlah - 20 [L] + 20 [P]

Sekolah Rendah

1. SK Cheting - 5 [L] + 5 [P]
2. SK Bukit Gemuroh - 5 [L]
3. SK Menerong - 5 [L]
4. SK Peroh - 5 [P]
5. SK Tengku Ampuan Intan - 5 [L] + 5 [P]
6. SK Kuala Jenderis - 5 [L]
Jumlah - 25 [L] + 15 [P]

Guru Pengiring:


  • Che Abdullah Che Husain - SMK Tengku Ampuan Intan
  • Azira Hamzah - SMK Tengku Ampuan Intan
  • Rozita Mat Razab - SMK Jenagor
  • Abdullah Abu Bakar - SM Imtiaz Kuala Berang
  • Mohd Rosidi Sulaiman - SK Cheting
  • Rosley Mat Hasan - SK Bukit Gemuroh
  • Esham Busu - SK Menerong
  • Laila Ambak - SK Peroh
  • Yusof Endut - SK Tengku Ampuan Intan
  • Mohd Yussazri Yusof - SK Kuala Jenderis



    # Semua data tertakluk kepada pindaan

  • Wednesday 14 October 2009

    Aqal...

    Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Kontinjen Hulu Terengganu

    29 Oktober – 01 November 2009
    Kem Telaga Batin, Seberang Takir,
    Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman.

    Jawatankuasa Kontinjen Pengakap Hulu Terengganu

    Penasihat
    Encik Shafruddin Mohd Ali Hussin
    Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

    Ketua Kontinjen
    Tuan Haji Abdul Rahman A. Bakar
    Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
    (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan)
    Merangkap
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu

    Timbalan Ketua Kontinjen
    Esham Busu
    Penolong Pesuruhjaya Pengakap [Latihan]
    Daerah Hulu Terengganu

    Setiausaha
    Rosley Mat Hasan
    Penolong Pesuruhjaya Pengakap [Pentadbiran]
    Daerah Hulu Terengganu

    Bendahari
    Abdul Salim Adam
    Penolong Pesuruhjaya Pengakap [Tugas-Tugas Khas]
    Daerah Hulu Terengganu

    Ahli Jawatankuasa Kecil Kontinjen

    JK Disiplin dan Kerohanian
    Abdullah Abu Bakar
    Muhammad Al-Zikri Jaafar

    JK Pameran & Dokumentasi
    Esham Busu
    Mohd Yussazri Yusof
    Zainal Abidin Ali

    JK Aktiviti Penyertaan
    Mohd Rosidi Sulaiman
    Laila Ambak

    JK Persembahan
    Che Abdullah Che Hussain
    Yusof Endut

    JK Masakan
    Mohd Zuber Abdullah
    Rozita Muhammad

    JK Pintu Gerbang
    Azman Ariffin
    Abdul Salim Adam
    Rozli bin Abdullah

    JK Kebajikan
    Rosley Mat Hasan
    Rozita Mat Razab
    Azira Hamzah

    #Maklumat di atas tertakluk kepada pindaan

    Kem 1 Malaysia Hulu Terengganu ... Hari Kedua [Aktiviti Air]






    Tuesday 13 October 2009

    Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... Kontinjen Hulu Terengganu

    Che Abdullah bin Che Hussain - SMK Tengku Ampuan Intan
    Esham bin Busu - SK Menerong
    Zainal Abidin bin Ali - Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
    Mohd Zuber bin Abdullah - SK Ajil
    Abdul Salim bin Adam - SK Sungai Berua
    Rosley bin Mat Hasan - SK Bukit Gemuroh
    Azman bin Ariffin - SM Imtiaz Kuala Berang
    Rozita binti Mat Razab - SMK Jenagor
    Abdullah bin Abu Bakar - SM Imtiaz Kuala Berang
    Mohd Rosidi bin Sulaiman - SK Cheting
    Laila binti Ambak - SK Peroh
    Mohd Zuber bin Abdullah - SK Ajil
    Mohd Yussazri bin Yusof - SK Kuala Jenderis
    Rozita binti Muhmmad - SK TokRandok

    Tuan,

    TAKLIMAT KONTINJEN PENGAKAP SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU
    KE KEMPORI DI RAJA PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2009

    Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Pasukan Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu akan mengadakan taklimat tersebut seperti mana berikut:

    Tarikh : 14 Oktober 2009 (Rabu)
    Masa : 2.30 petang
    Tempat : SK Tengku Ampuan Intan,
    Kuala Berang, Terengganu.

    2. Sehubungan itu, tuan diwajibkan hadir ke taklimat berkenaan.

    3. Dengan kerjasama dan sokongan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
    “ Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

    Saya yang menurut perintah,


    (HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABU BAKAR)
    Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
    Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
    b.p. : Pegawai Pelajaran Daerah
    Hulu Terengganu

    Kem 1 Malaysia Hulu Terengganu ... Hari Pertama

    Letih menunggu setelah jauh perjalanan...



    Barisan Urusetia Pendaftaran
    Taklimat Kem 1 Malaysia buat peserta...





    Amboi beratnya beg-beg ni.... Cam nak gi 10 hari berkhemah...

    Monday 12 October 2009

    Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang ... Petikan

    KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) : Jasa Allahyarham Tun Sardon Jubir kepada Pergerakan Pengakap dalam negara ini akan dikenang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-23 dari 27 Okt hingga 1 Nov depan, kata seorang pegawai Persekutuan Pengakap Malaysia.

    Sardon, yang merupakan Ketua Pengakap Negara dari tahun 1963 hingga 1973, telah banyak memberi sumbangan kepada Pergerakan Pengakap tempatan, terutamanya dalam mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968), kata Sahrizal Sunari, Setiausaha Unit Persaudaraan B-P & Veteran, persekutuan tersebut.

    Dalam satu kenyataan , Jumaat Sahrizal berkata banyak pembangunan pengakap di Malaysia telah dilaksanakan oleh Sardon semasa beliau menerajui Persekutuan Pengakap Malaysia.

    Antara yang menjadi kebanggaan adalah penganjuran Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 pada tahun 1964, di mana Malaysia julung kali menjadi tuan rumah kepada persidangan Pengakap serantau, dan Jambori Pengakap Malaysia pertama pada 1966.

    Sahrizal berkata bakti Sardon dalam pergerakan pengakap telah membolehkan tokoh tersebut menerima beberapa anugerah pengakap di dalam dan luar negara, antaranya "Pingat Emas" dari Pengakap Korea Selatan dan "Pingat Emas Raja" dari Pengakap Thailand.

    Sebagai mengenang jasa beliau juga, kem pengakap di Balakong, Selangor dinamakan Kem Pengakap Sardon Jubir.

    Pada masa ini terdapat 24 buah negara menjadi ahli rasmi pergerakan pengakap Rantau Asia Pasifik. Mereka terdiri daripada Australia, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Taiwan, Fiji, Hong Kong, India, Malaysia, Indonesia, Jepun, Kiribati, Korea Selatan, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Thailand.

    Sardon, yang dilahirkan pada 19 Mac, 1917 di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, telah memegang beberapa jawatan Kabinet dari tahun 1957 hingga 1973 sebagai Menteri Kerja Raya, Telekom & Pos, Menteri Pengangkutan dan Menteri Kesihatan.

    Pada tahun 1974, beliau telah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dan kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari tahun 1975 hingga 1981.

    -- BERNAMA

    Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... QUBERSCOUT Team


    Alhamdulillah, semenjak diumumkan pelaksanaan Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009, AQELA telah sedaya upaya berusaha untuk menggerakkan ke arah penyertaan kontinjen Pengakap Hulu Terengganu. Walaupon di peringkat awalannya terdapat suara-suara yang menyarankan agar kontinjen Pengakap Hulu Terengganu tidak menyertainya.




    Namun begitu, setelah berlaku beberapa perbincangan beberapa rakan telah bersetuju untuk memberikan kerjasama untuk menjayakan kontinjen Pengakap Hulu Terengganu ke Kempori tersebut. Persiapan demi persiapan telah dijalankan untuk menyertai kempori, antaranya persiapan ruang pameran kontinjen yang akan dikendalikan oleh AQELA.




    Oleh itu, untuk kiriman ini AQELA akan memperkatakan tentang persediaan bagi menjayakan ruang pameran kontinjen Pengakap Hulu Terengganu. Sudah pastinya AQELA akan meletakkan ruang pameran kontinjen untuk kempori ini sebagai satu "kejutan" dan anjakan kepada pergerakan kepengakapan di daerah Hulu Terengganu.




    Ruang pameran akan dibahagikan kepada lima [5] bahagian, iaitu:

    1. Pentadbiran

    2. Program dan Aktiviti

    3. Latihan

    4. Info Kepengakapan Sedunia

    5. Koleksi Lencana [swapping]




    AQELA tidak akan memperincikan kandungan ataupun bahan yang akan dipamerkan. Semestinya anda perlu hadir ke ruang pameran kontinjen Pengakap Hulu Terengganu atau ruang pameran http://www.quberscout.com/. Banyak yang akan anda saksikan yang tak pernah anda saksikan di tempat lain.




    Pastikan juga anda beraktiviti "bertukar lencana kenangan" di ruang pameran kami. AQELA akan pastikan tiada seorang pon yang akan pulang dengan tangan kosong jika anda membawa lencana yang menarik...




    JUMPA DI SANA........

    Friday 9 October 2009

    Dalam Kenangan Bersama ... Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan

    Al- Fatihah... Setelah sekian lama allahyarham terlantar di hospital, akhirnya beliau telah dijemput untuk pergi mengadap-Nya buat selama-lamanya. Setiap yang pergi sudah pastinya takkan kembali.
    AQELA dan warga Pengakap Hulu Terengganu menganggapkan pemergian allahyarham adalah satu kehilangan besar dalam pengakap dan sebagai salah seorang "mentor" kepada AQELA. Banyak yang telah AQELA pelajari dari allahyarham, kerana allahyarham tidak kedekut dalam memberikan panduan.
    AQELA sedang dikalungkan Anugerah Manikayu [PKK] di Korobori Pengakap Kanak-Kanak 1998 di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu oleh Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan.

    Sepanjang mengenali allahyarham, AQELA berpendapat allahyarham merupakan seorang Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu yang mempunyai visinya tersendiri serta tegas. Komitmen allahyarham terhadap kepengakapan tanpa mengira waktu serta keadaan. Beberapa kali, apabila Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu mengadakan program sudah pastinya allahyarham tidak akan menguzurkan diri untuk bersama-sama kami.

    Kenangan bersama Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim di salah satu program Pengakap di peringkat daerah Hulu Terengganu.

    AQELA sempat menguruskan beberapa program sepanjang perkhidmatan allahyarham sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu antaranya Kem Perda [Perkhemahan Pengakap Daerah] 1998, Belukar Bukit, Program Apresiasi Pengakap Hulu Terengganu, Ekspidisi Berakit Pengakap Hulu Terengganu dan yang paling tidak boleh dilupakan oleh AQELA ialah KOROBORI PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2003, Taman Pertanian Negeri Sekayu, Kuala Berang. Allahyarham juga telah mengalungkan Anugerah Manikayu kepada AQELA dan Tuan Rosley di Korobori Pengakap Negeri Terengganu 1998 di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu. Acara tersebut telah diadakan dengan penuh istiadat.
    Dari kiri Encik Nor Azmi A. Bakar, AQELA, Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan, Encik Mohd Maznan dan Encik Mohd Helmi Sidek.

    Namun setelah beberapa peristiwa, perhubungan kami juga agak menjarak. Tetapi tidak ramai yang tahu antara kami masih lagi berSMS. Paling terakhir allahyarham mengucapkan TAHNIAH kepada kami kerana mampu menganjurkan Asia Pasific Region Jamboree On The Air [APR JOTA 2009].

    Akhir kalam, AQELA dan seluruh warga Pengakap Hulu Terengganu mengangkat tangan dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta di golongkan di kalangan orang-orang yang beriman serta dikasihi-NYA... Amin

    Al-Fatihah ... Buat Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu


    Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan, mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.45 petang [8 Oktober 2009]. Allahyarham meninggal dunia akibat mengidap penyakit kanser. Jenazah akan dikebumikan pada jam 10.oo pagi, 9 Oktober 2009.

    Allahyarham merupakan seorang Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu yang komited serta tegas dalam meneraju Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu. Jasa serta bakti allahyarham kepada aktiviti kepengakapan akan terus menjadi inspirasi pengakap daerah Hulu Terengganu [Ikuti laporan : "Dalam Kenangan Bersama..."].

    Seluruh warga Pengakap Hulu Terengganu mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan atas pemergian allahyarham buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman... al Fatihah

    Wednesday 7 October 2009

    Kepada Semua Ahli Pengakap Seluruh Hulu Terengganu...


    Dengan Ikhlas Daripada Kami;
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
    Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
    Pemimpin-Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Terengganu
    Semoga Anda Semua Akan Berjaya Dengan Penuh Kecemerlangan...

    Monday 5 October 2009

    Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009

    Kepada Pemimpin Pengakap yang berkenaan.
    (Sila Rujuk kepada Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu)

    Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kali ke-2

    Tarikh : 12 Oktober 2009 [Isnin]
    Masa : 10.00 pagi
    Lokasi : Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu

    * Uniform lengkap

    Saturday 3 October 2009

    Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009

    Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan kempori sebagaimana berikut:

    Bermula dari 29 Oktober - 1 November 2009.

    Lokasi di Kem Telaga Batin, Bandaraya Kuala Terengganu

    Dijangka KDYMM Tengku Muhammad dan kekandanya Tengku Nadhirah akan mencemar duli untuk bersama-sama Pengakap di sepanjang Kempori tersebut.

    Info Aktiviti Pertandingan ...

    1] Taraf Perkhemahan
    2] Pintu Gerbang
    3] Malam Kebudayaan
    4] Pameran

    Setiap daerah dijangkakan akan menghantar seramai 80 orang kekuatan untuk setiap kontinjen [ 40 orang Pengakap Kanak-Kanak & 40 orang Pengakap Muda].

    Perkhemahan 1 Malaysia Daerah Hulu Terengganu...



    Akan bermula 5-8 Oktober 2009.
    Di Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu,
    d/a SK Padang Setar, Kuala Berang.

    Keramaian Peserta : 300 orang murid-murid dari sekolah-sekolah seluruh daerah Hulu Terengganu.

    Aktiviti yang dirancangkan :

    Pengkalan 1 : Lawatan
    Pengkalan 2 : 1. Mari Menari & 2. Masakan Tradisional
    Pengkalan 3 : 1. Aktiviti Air & 2. Aktiviti Sukan & Permainan

    Designed by Najjah Indahart