Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 28 December 2007

TAHNIAH ... BUAT CALON PMR 2007

Tahniah kepada semua ahli Pengakap yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2007. Kepada yang kurang berjaya.. PMR bukanlah noktah untuk anda.. Usaha lagi... Kerana tanpa usaha pasti kejayaan tidak akan kunjung tiba...
Seperti pepatah Melayu...

Yang Pipih Tidak Datang Melayang...
Yang Bulat Tak Datang Bergolek...

Sunday 9 December 2007

MENGENALI PEMIMPIN KITA....


2008 KE ARAH KEGEMILANGAN KEPENGAKAPAN DAERAH HULU TERENGGANU


Insya'allah... Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu akan merangka dan menganjurkan beberapa siri Kursus Kepimpinan dan juga aktiviti kepengakapan yang bakal memberikan cabaran serta pengetahuan kepada semua peringkat ahli Pengakap samada dari segi pemimpin ataupun ahli pengakap sendiri (Pengakap Kanak-Kanak/Muda/Remaja/Kelana).

Dijangkakan Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu akan melaksanakan Kursus Kepimpinan Manikayu Modula A dan B sebagaimana yang telah digariskan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negara.

Di samping itu juga satu siri Kursus Kepimpinan Muda yang akan diadakan dengan menfokuskan penyertaannya kepada bakal-bakal pemimpin yang terdiri dari ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana. Satu aktiviti puncak juga dirancangkan untuk menyemarakan lagi aktiviti kepengakapan di daerah ini iaitu Kempori Pengakap Kuala Berang yang masih belum diputuskan lokasinya.

Antara lokasi yang masih dibincangkan ialah Kem Perda Belukar Bukit (Milik Pengakap) atau Taman Pertanian Sekayu.

Jadi kita tunggulah... Semoga yang difikir, dirancang akan dapat dilaksanakan pada tahun 2008...

KOLOKIUM PESURUHJAYA PENGAKAP MALAYSIA 2007

Kolokium Pesuruhjaya Pengakap Malaysia 2007 yang telah diadakan selama lima hari pada tanggal 10hb - 14hb Disember 2007, bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.
Seramai 206 orang peserta telah menyertai kolokium tersebut. Peserta kolokium terdiri daripada Pesuruhjaya Ibupejabat, Negeri dan Daerah, ia juga turut disertai oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri dan Daerah serta ahli-ahli Pengakap Kelana. Peserta kolokium dari daerah Hulu Terengganu terdiri dari dua orang iaitu Encik Yusof bin Endut (Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Hulu Terengganu) dan Encik Mazlan bin Abd Manap (Penolong Pesuruhjaya Daerah - Setiausaha Program).
Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd Shafie bin Mohd Salleh (Ketua Pengakap Negara).
Setiap lapisan tellah digesa supaya dapat mempertingkatkan lagi keahlian pengakap agar dapat mencapai sejuta ahli menjelang 2010 nanti serta memperkasakan kepengakapan.
Amatlah diharapkan semua Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Terengganu dapat meningkatkan komitmen ke arah menggembeling tenaga dan minda demi memperkasakan pengakap setanding dengan kemajuan dan pembangunan negara.

Thursday 6 December 2007

KEMPORI MUHIBBAH KALI KE-14

Anggota Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu
bergambar ramai-ramai selepas majlis perasmian penutup.

30 November - 5 Disember : Seramai 38 orang ahli Pengakap Muda/Remaja/Kelana bersama 11 orang pemimpin Pengakap Negeri Terengganu yang telah diketuai oleh Encik Rosley Mat Hasan (PPPN-Kelana) menyertai Kempori Muhibbah Kali Ke-14 yang bertempat di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Penyertaan kempori ini keseluruhannya lebih kurang 1250 orang. Negeri-negeri yang telah menghantar penyertaan ialah Johor, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Sarawak, Terengganu WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Manakala penyertaan dari luar pula ialah Indonesia (6 Kontinjen), Singapura dan Thailand (2 daerah). Perkhemahan ini juga telah dibantu oleh 400 orang ahli Kelana seluruh WP Kuala Lumpur dan juga Kelana IPT (UNITEN, UMT, UDM dll).

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk istana negara

Di samping menjalankan aktiviti kempori para peserta juga berpeluang untuk menambah kenalan dari seluruh negara dan juga asia tenggara. Pelbagai budaya telah diperkenalkan di sepanjang kempori melalui persembahan malam kebudayaan yang diadakan setiap malam.

TERIMA KASIH ... Kepada Dato' Setiausaha kepada Perdana Menteri kerana memberikan jamuan makan malam di Pusat Belia Antarabangsa

Peserta juga dibawa mengembara ke serata Bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki pelbagai kenderaan seperti lori DBKL, LRT, bas dan pelbagai lagi.

Tuesday 27 November 2007

KOROBORI DAERAH HULU TERENGGANU 2007

Para peserta sedang diberikan taklimat oleh Encik Abdul Salim bin Adam, Ketua Perkhemahan
28 - 30 Oktober 2007 : Korobori Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007 telah dilaksanakan di SK Sungai Berua, Kuala Berang. Seramai 70 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak dari seluruh daerah telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini juga telah turut disertai oleh 6 orang murid dari golongan orang asli yang bersekolah di SK Sungai Berua. Perkhemahan ini telah diketuai oleh Encik Abdul Salim bin Adam, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Persaudaraan BP) Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan salah seorang warga pendidik di sekolah berkenaan.
Encik Hassan sedang menerangkan cara memasang jerat dan kegunaannya kepada peserta
Para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dunia kepengakapan serta beberapa aktiviti yang berkaitan komuniti sekitar seperti menyumpit dan memasang jerat yang menggunakan kepakaran penduduk tempatan. Di samping itu juga peserta juga diberi peluang untuk menggunakan radio amatur yang dikendalikan oleh Encik Zainal Abidin Ali, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Komunikasi) Daerah Hulu Terengganu.

Encik Salim memerhatikan salah seorang peserta yang sedang menyumpit sasaran
Perkhemahan ini telah disempurnakan majlis penutupnya oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu. Beliau menyifatkan Korobori ini berjaya merapatkan jurang pemisah antara ahli Pengakap dari golongan orang asli dengan ahli Pengakap lain. Di samping itu juga membuka peluang para peserta berinteraksi antara satu sama lain.
Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Haji Othman Ismail bersama salah seorang peserta dari SK Sungai Berua.

Friday 23 November 2007

PENGUMUMAN



PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2007

Kepada semua bakal Pengakap Raja Negeri Terengganu

sila ambil tindakan segera atau war-warkan


TARIKH
8 HINGGA 12 DISEMBER 2007

TEMPAT
SETIU, TERENGGANU DARUL IMAN.

HUBUNGI
ENCIK AZMI
SETIAUSAHA MAJLIS PENGAKAP DAERAH SETIU
019-948 8983


..........................................


Selamat Menjalani Ujian Pentarafan Pengakap Raja Kepada Semua Calon Pengakap Raja...


AKELA

KEMPEN ANTI DADAH BERSAMA PEMADAM 2007

20 - 21 April 2007 : Seramai 100 orang ahli Pengakap seluruh daerah Hulu Terengganu telah bersama-sama PEMADAM Hulu Terengganu dalam satu Kempen Anti Dadah Peringkat Daerah. Perasmian acara tersebut telah dilakukan oleh Encik Mohd Rozali Salleh, Pegawai Daerah Hulu Terengganu.
Rombongan ahli Pengakap ini telah bergerak dari Kuala Berang secara berjalan kaki dan berbasikal ke Masjid Kampung Gaung. Mereka telah menjalankan aktiviti seperti mengedarkan risalah anti dadah, membersihkan kawasan perkuburan, membina replika dan membuat sepanduk anti dadah.
Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak polis, Pejabat Pelajaran Daerah, JK Masjid Kampung Gaung dan semua penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama sehingga menjayakan program ini.

PERKHEMAHAN PENGAKAP HADHARI 2007



1 hingga 4 Jun 2007 : Satu Perkhemahan telah dianjurkan oleh Persaudaraan BP Negeri Terengganu yang telah dilaksanakan di Pusat Kokurikulum UDM (Kampus KUSZA), Merang, Setiu, Terengganu.




Perkhemahan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua PPM daerah. PPM Hulu Terengganu sendiri telah menghantar satu kontinjen dengan kekuatan melebihi 60 orang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sepanjang perkhemahan ini. YB Dato Haji Razali sendiri telah menyampaikan ucaptama berkenaan HADHARI kepada peserta. Perkehamahan ini juga telah berjaya menyatukan golongan veteran dan semua unit (Kelana, Remaja dan Muda) serta pemimpin Pengakap Terengganu di bawah satu aktiviti.

PELANCARAN MINGGU KERJA PENGAKAP 2007







8 Mei 2007 : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu telah melancarkan Minggu Kerja Pengakap 2007 secara sederhana bertempat di Dewan SMK Seri Berang, Kuala Berang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh Ismail, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (Hal Ehwal Agama) yang mewakili Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negjeri Terengganu diiringi oleh Tuan Haji Abdul Rahman A. Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu.






Majlis ini mendapat sokongan yang amat menggalakkan dari semua pihak terutama sekali Pengetus-pengetua, Guru Besar-guru besar dan juga pemimpin-pemimpin Pengakap di daerah Hulu Terengganu.


Minggu Kerja ini dilancarkan adalah dengan harapan dapat mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti kepengakapan di seluruh kumpulan Pengakap di daerah Hulu Terengganu secara lebih baik dan bermutu.

MALAM AMAL PANDU PUTERI TERENGGANU 2007

26 Mei 2007 : Seramai 10 orang pemimpin pengakap yang terdiri daripada pelbagai daerah telah dijemput untuk menyertai rombongan PPM Terengganu ke majlis "Malam Amal Pandu Puteri 2007" yang telah diadakan di Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Rombongan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Othman Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong diiringi DYMM Raja Permaisuri Agong dan juga YAB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Negjeri Terengganu serta isteri beliau. Para tetamu telah dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan serta persembahan artis tanahair derta artis seberang seperti Shaw Bahrin, Arni Nazira, 3 Diva dan juga penari-penari Muzium Negeri Terengganu.

LAWATAN MUHIBBAH PPM TERENGGANU

31 Mac 2006 : Satu kunjungan Hormat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu ke Ibupejabat PPM (Rumah BP). Rombongan PPMNT telah diketuai oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dan turut disertai oleh Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Daerah di Negeri Terengganu dan juga beberapa pemimpin Pengakap yang telah terpilih. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kunjungan ini ialah Sesi Dialog antara ahli rombongan dengan Ibupejabat PPM, Penerangan Perancangan Strategik PPM dan juga lawatan ke seluruh bahagian Ibupejabat PPM.



Saturday 17 November 2007

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Cikgu Mohd Rasidi

al-Fatihah...

Kepada Allayarham Cikgu Mohd Rasidi, MRSM Kuala Berang...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan di kalangan orang yang soleh...

Kami amat merasai kehilangan beliau kerana beliau amat komited serta banyak memberikan kerjasama kepada kami serta tugasnya sebagai seorang pendidik....

Wassalam

Amin....

Designed by Najjah Indahart