Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 17 February 2013

PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN KUMPULAN PENGAKAP 2013


Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan Pengakap bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap ahli pengakap masing-masing bagi tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kaedah Pembayaran :

Semua pemimpin kumpulan hendaklah mendaftarkan semua ahli dengan mengisi borang yang disediakan serta menjelaskan bayaran terus ke dalam akaun Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
  • Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar (Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu), Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  • Encik Abdul Malik bin Ali (SMK Kuala Jenderis), Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  • Encik Yusof bin Endut (SK Tengku Ampuan Intan), Bendahari Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu


Kadar bayaran pendaftaran bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
  • Kumpulan: RM 10.00 (*Hanya kepada kumpulan baharu ditubuhkan)
  • Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja & Pendidikan Khas : RM3.00
  • Ahli Pengakap Kelana: RM5.00
  • Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00

Tarikh tutup pendaftaran ialah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2013.

Dengan penjelasan di atas, kerjasama dan tindakan awal daripada semua pihak untuk menjalankan pendaftaran kumpulan dan ahli masing-masing adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

KURSUS PENTAULIAHAN KETUA SEKAWAN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2013

KETUA PEK PENGAKAP KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan kursus tersebut di atas sepertimana berikut :
  • Tarikh : 21 hingga 23 Februari 2013 (Khamis hingga Sabtu)
  • Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.
  • Pendaftaran : 2.00 – 3.00 petang ( 21 Feb 2013 )
  • Tamat : 1.00 petang ( 23 Feb 2013 )
3. Kursus ini bertujuan untuk memberi tauliah Ketua PEK (Ketua Kumpulan Pengakap Sekolah Rendah) kepada semua peserta yang lulus dalam kursus ini. Seorang Ahli Pengakap lelaki daripada setiap buah sekolah rendah dalam Negeri Terengganu dipelawa untuk menyertai kursus ini.

4. Sila hubungi Haji Othman bin Ismail (019-9135366) atau En. Mohd Noor bin Abd Hadi (013-9549491) Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Unit Pengakap Kanak-kanak, sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut.


Haji Othman bin Ismail, AMZ.,AMT., PJK. ,lt.
Pengarah
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
b.p. Setiausaha Kehormat MPNT.

Edited by Aqela Quberscout

PERKHEMAHAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA 2013

LENCANA KEAHLIAN (VIRGIL) & LENCANA KEMAHIRAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan kursus tersebut di atas seperti mana berikut :
  • Tarikh : 28 Februari hingga 02 Mac 2013 (Khamis hingga Sabtu)
  • Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.
  • Pendaftaran : 2.00 – 3.00 petang ( 28 Feb 2013 )
  • Tamat : 1.00 petang ( 02 Feb 2013 )


3. Dalam kursus ini semua peserta akan dilantik sebagai seorang Ahli Pengakap Kelana (Majlis Virgil). Seterusnya mereka akan diberi kemahiran membuat simpulan, ikatan, projek pioneering pengakap, orienteering, penganggaraan, ikhtiar hidup dan diakhirnya para peserta akan dapat memakai Lencana Kemahiran.

4. Semua Ahli Pengakap Kelana (lelaki dan perempuan) daripada daerah tuan ditawarkan menyertai kursus ini. Semua peserta yang berminat diminta mendaftar terus ke sekretariat PPMNT beralamat di atas bagi menyertai kursus ini.

5. Tarikh tutup penyertaan bagi kursus pada 21 Februari 2013.

6. Sila hubungi Haji Othman bin Ismail (019-9135366), En. Mohd Rosdi bin Abd. Razak (013-9305169) Pen. Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana atau En Amir Rudin bin Awalludin (09-6623100) sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut.


Haji Othman bin Ismail, AMZ.,AMT., PJK. ,lt.
Pengarah
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
b.p. Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.


Edited by Aqela Quberscout

Friday 18 January 2013

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KALI KE 9 PPM MELAKA

Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia
kali ke-9

Cadangan Tarikh: 24-29 Mei 2013
Cadangan Tempat: Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka

Info daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia


Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamad Shahrom bin Osman
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
berkuatkuasa 01 hb. Januari 2012

Pekeliling PPM:PPM-2(068)/2012

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU KALI PERTAMA, 2013


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut di atas yang akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 21 Januari 2013 ( Isnin ) 
Bersamaan : 09 Rabiulawal 1434
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kegiatan Guru Kuala Berang.
Masa : 2.30 petang. 
Pengerusi : Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu. 

3. Agenda mesyuarat :

3.1 Bacaan Doa.
3.2 Pembaharuan Persetiaan Pengakap.
3.3 Ucapan Pengerusi.
3.4 Laporan Aktiviti 2011 dan Program 2012.
3.5 Perancangan Aktiviti 2011 dan Program 2013.
3.6 Pelantikan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah 2013/2014
3.7 Jambori dan kursus luar negara.

3.9 Hal-hal lain.

Segala kerjasama dan sokongan tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

(ESHAM BIN BUSU)
Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
b.p.: Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Designed by Najjah Indahart