Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 29 January 2010

Majlis Belia Negeri Terengganu...

Mesyuarat Agung Majlis Belia Negeri Terengganu kali ke-12:

Tarikh : 30 Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi
Lokasi : Permai Park Inn, Batu Burok, Kuala Terengganu.

Saturday 23 January 2010

Belasungkawa



Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu

serta
seluruh ahli pergerakan Pengakap Daerah Hulu Terengganu

Merafak sembah takziah kepada;

Duli Yang Maha Mulia Sultanah ZahariahTunku Ahmad, Sultanah Johor.
Anakanda-anakanda almarhum baginda Sultan, seluruh ahli keluarga serta kerabat diraja Johor;
Pembesar-pembesar Johor, Pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang lain di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru akibat gering. Baginda menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi.
 
Sesungguhnya pemergian Baginda amat dirasai dan satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor. Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman...
al-Fatihah

Lensa: Mesyuarat Agung Perwakilan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu


Gaya Rakan Kelana yang hadir..heheh


Kelana Wanita turut hantar wakil...

Taklimat akhir dari cg. Yusof...heheheh

Pemandangan sekitar meja urusetia...

Barisan perwakilan tiba...

Dimeja pendaftaran...

Antara yang hadir...

Cg. Man, antara yang bersemangat...

Antara Exco lama...

Sekitar mensyuarat...

Thursday 21 January 2010

1st ECROM 2010 - 1st East Coast Rover Moot


Salam Pengakap, maaf kerana sudah lama tak buat posting dalam blog ini.

Berkenaan tajuk diatas, saya selaku organising committe untuk Rover Moot Pantai Timur kali Pertama menjemput saudara saudari pengakap sekalian untuk menyertai 1st ECROM 2010. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 11 - 14 Februari 2010
Tempat: Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu
Bayaran: RM30 sahaja (sijil - sijil dan lencana - lencana)

Untuk info lebih lanjut sila klik di sini

1st ECROM ini adalah program anjuran KLKM dan juga Majlis Pengakap Negeri Terengganu. Dan akan melibatkan semua pengakap kelana dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang...

Tujuan utama penganjuran rover moot ini adalah:

a. Mempersiapkan Pengakap kelanasiswa dan kelana untuk bertugas sebagai service team semasa jamboree Malaysia ke 12 nanti.
b. Melaksanakan skim latihan Pengakap kelana.
c. memberi pendedahan dan mencuba aktiviti - aktiviti yang boleh dicadangkan untuk dijadikan aktiviti semasa Jamboree Malaysia nanti.

Jom kita meramaikan!!... Apa2 kemusykilan, sila hubungi sdr Adli Ishak di talian 096232070...

Saturday 16 January 2010

Sekilas ... Jambori Kebudayaan Serumpun Malaysia & Indonesia

"Tujuan dasar Jambori ini diadakan adalah untuk mengukuh eratkan perhubungan kedua-dua buah negara jiran iaitu diantara negara Malaysia dan Indonesia melalui budaya berPengakap. Hasil yang diharap kepada Jambori ini adalah agar belia-belia Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia akan dapat membina ikatan silaturrahim yang mendalam dan membelajari perbezaan dan persamaan dari sudut agama, sejarah, budaya, cara hidup dan pemikiran masyarakat kedua-dua buah negara.


Antara agenda utama pengisian Jambori Kebudayaan Serumpun ini adalah berkongsi dan bertukar-tukar kebudayaan antara ahli Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia melalui persembahan kebudayaan, khidmat masyarakat setempat, pertanian, penerangan sejarah, pemakanan dan pelbagai lagi.


Lokasi Jambori ini akan diadakan disekitar tanah bersejarah Istano Basa Paga Ruyuang, Tanah Datar, Sumatera Barat yang menempatkan lokasi istana kerajaan tertua Paga Ruyuang Minangkabau pada tarikh 9 Jun 2010 sehingga 12 Jun 2010. Lokasi ini sangat menarik kerana disinilah pusat kebudayaan bangsa keturunan Minangkabau yang pelbagai dan unik. Sejarah telah banyak menceritakan berkenaan adat dan istiadat keturunan bangsa Minangkabau yang penuh tatacara indah dan berseni untuk dikongsi, dipelajari dan seterusnya diambil yang mana bersesuaian untuk kebaikan belia Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia.


Lokasi Jambori ini juga berhawa dingin kerana terletak di kawasan pendalaman dan berada tinggi dari aras laut. Penduduk sekitar tapak Jambori khususnya Daerah Batu Sangkar sangat peramah dan menghormati kehadiran tetamu luar dan ini adalah sangat menyenangkan. Lokasi ini juga terletak 1 jam perjalanan ke Kota Bukit Tinggi iaitu syurga perlancongan dan membeli belah utama Sumatera Barat."




  • Dipetik dari Weblog Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Zon Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [http://puduscout.blogspot.com]

JAMBOREE KEBUDAYAAN SERUMPUN MALAYSIA & INDONESIA

Jemputan kepada Semua Ahli Pengakap Muda, Remaja & Kelana seluruh daerah Hulu Terengganu untuk menyertai jambori tersebut.
Tarikh : 7 - 12 Jun 2010
Lokasi : Istana Pagar Ruyung, Sumatera Barat, Indonesia
Bayaran :
  • RM400.00 [tiket kapal terbang]
  • RM300.00 ["Camp Fee" termasuk makan minum sepanjang jambori]

Kepada yang berminat sila berhubung dengan sekretariat sub kontinjen negeri Terengganu selewat-lewatnya sebelum atau pada 25 Februari 2010.

Maklumat secara bertulis akan menyusul daripada Setiausaha Kehormat, Majlis Pengakap Negeri Terengganu.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH ...

Terima kasih kepada semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Hulu Terengganu, pemimpin, ahli Pengakap Remaja dan Kelana yang telah memberikan kekuatan kepada para perwakilan Pengakap ke Mesyuarat Agung Perwakilan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu [MBDHT] 2009 yang berlangsung di Berang Cottage, Kuala Berang.
Perwakilan Pengakap telah diberikan kepercayaan yang tinggi serta penghormatan dalam memajukan belia daerah Hulu Terengganu. Ini terbukti apabila empat [4] orang perwakilan telah dilantik untuk menyandang beberapa jawatan dalam MBDHT.
Berikut merupakan beberapa keputusan yang melibatkan perwakilan Pengakap :
  • Sdr Esham Busu : Penolong Setiausaha Kehormat MBDHT
  • Sdr Mohd Yusazri Yusof : Ahli Jawatankuasa MBDHT
  • Sdr Rozly Abdullah : Ahli Jawatankuasa MBDHT
  • Sdr Mohamad Rosidi Sulaiman : Pemeriksa Kira-Kira

Semoga pergerakan Pengakap serta belia daerah Hulu Terengganu akan terus maju di arus perdana dalam mengharungi gelombang serta cabaran belia masa kini.

Thursday 7 January 2010

Jemputan ke Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia Daerah Hulu Terengganu

Majlis Belia Malaysia Daerah Hulu Terengganu

Dengan hormatnya menjemput semua ahli Pengakap KELANA QUBER ke Mesyuarat Agung MBDHT yang akan diadakan pd 08-01-2010 [Jumaat] jam 2.30 petang di Dewan Berang Cottage, Jln. Kg Butut, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman sebagai pemerhati.

Kehadiran saudara/saudari adalah satu sokongan yang amat dihargai oleh perwakilan Pengakap dalam mengharungi pemilihan sebagai anggota MBDHT untuk sesi akan datang.... Sekian, terima kasih...

Pencalonan Pengakap untuk menganggotai MBDHT ialah Sdr. Esham Busu, Sdr. M. Rosidi Sulaiman, Sdr. M. Yusazri Yusof dan Sdr. Rozli Abdullah....

Perwakilan Pengakap terdiri daripada Sdr. Esham Busu, Sdr. M. Rosidi Sulaiman, Sdr. M. Yusazri Yusof, Sdr. Rozli Abdullah dan Sdr. Mazlan A. Manap....

Monday 4 January 2010

Album malam


Sambutan Hari Lahir di Kem Perda.

Selamat Hari Lahir disambut dalam hutan...

Maggie pun menjadi pengganti kek...

Kejutan sambutan Hari Lahir.

Kawad dalam air..

Teknik menangkap ikan yang sempat diperturunkan...

Persiapan menurunkan ilmu air..

Tuan Rezal dalam proses penyamaran..

Teknik berjalan ditepi sungai sungai sedang diperturunkan..

Taklimat sebelum memulakan acara malam.

Friday 1 January 2010

Telah Tiba...

WARGA KERJA QUBERSCOUT mengucapkan semoga warga PENGAKAP seluruh dunia teristimewa buat WARGA PENGAKAP QUBER agar terus diberikan KEKUATAN untuk mengharungi 2010 dengan jayanya... Semoga rakan-rakan individu luar dan juga agensi-agensi yang menyokong akan terus dapat memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi untuk BERPENGAKAP... AQELA QUBERSCOUT

Designed by Najjah Indahart