Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 31 December 2008

Ulangtahun Pertama Bandaraya Kuala Terengganu...

Selamat Menyambut
Ulangtahun Pertama
Pengisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu
"Bandaraya Warisan Pesisir Air"
kepada
Warga Pengakap Bandaraya Kuala Terengganu
daripada
Warga Pengakap Hulu Terengganu

Lencana Pendaftaran... Satu Cadangan Yang Menarik

AQELA memang amat tertarik dengan cadangan memasang Lencana Pendaftaran pada seragam Pengakap... Namun timbul satu persoalan adakah lencana ini boleh digunapakai pada seragam Pengakap... AQELA bersetuju dengan cadangan pemakaian Lencana Pendaftaran kerana permasalahan di manakah tanda pengesahan pendaftaran keahlian Pengakap kepada setiap ahli Pengakap... Walau macam mana pun kita juga jangan lupa bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia juga tertakluk kepada Akta Parlimen...

Contoh Lencana Pendaftaran Yang Dikeluarkan Mengikut Tahun [2006 - 2009]

Cara Pemakaian Lencana Pendaftaran [Pada Penutup Poket Kanan]

Monday 29 December 2008

Senario Sebelum Taklimat Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu

Persiapan Alatan dan Bahan Untuk Pembentangan

Berbincang Sebelum Majlis Taklimat Bermula.. Azman [ADC Laut], Malik [S/U MPDHT] dan Rakan-Rakan...

Aqela dan Azman [ADC Laut]... Mendengar serta memerhati

Gelagat Rakan ... Shamsurizat dan Zainal [Komunikasi]

Antara Guru dan Bekas Pelajar ... Tuan Haji Rashid [ADC Remaja] dan Tarmizi [KLKM UPSI]

Cikgu Salim... Orang Kuat Hulu Terengganu... Terima Kasih Kerana Telah Menyediakan Kos Untuk Majlis Taklimat...

Senario Taklimat Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu

Suasana semasa Taklimat Latihan dan Program Pengakap Daerah Hulu Terengganu bertempat di Dewan Temala, Hotel Seri Malaysia, Marang, Terengganu Darul Iman. Empat perkara teras telah dibincangkan iaitu:

  • Pemimpin dan Kepimpinan [Latihan];
  • Semua Ahli Pengakap [Aktiviti & Skim Latihan lencana];
  • Kem Pengakap Daerah (Kem Perda) Belukar Bukit, Ajil, Terengganu [Pembangunan & Penyelengaraan];
  • Keseluruhan Pemimpin dan Ahli Pengakap [Apresiasi].
Taklimat ini telah dihadiri sama oleh YM Tengku Mohd Razali bin Tengku Ngah, Setiausaha Latihan Negeri Terengganu.








Sunday 28 December 2008

TAKWIM AKTIVITI PPM HULU TERENGGANU [QUBERSCOUT] 2009

Perancangan aktiviti ini telah dibentangkan di Mesyuarat Pasukan Latihan Pengakap hulu Terengganu di Dewan Temala, Hotel seri Malaysia Marang, Marang, Terengganu pada 27 Disember 2008 [Sabtu].

JANUARI
MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN & PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN 2009/2010
DEWAN ILMU, PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU.

FEBRUARI
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 2 (PKK /PM) DAERAH HULU TERENGGANU
HUTAN LIPUR RANTAU ABANG, DUNGUN, TERENGGANU.

MAC
KEM UJIAN LENCANA KEMAHIRAN SEKOLAH RENDAH [PKK] SIRI 1 / 2009
-LOKASI AKAN DIPUTUSKAN OLEH PLPHT-

APRIL
KEM UJIAN LENCANA KEMAHIRAN SEKOLAH MENENGAH [PM/PR] SIRI 1 / 2009
KEM PERDA BELUKAR BUKIT, AJIL, TERENGGANU.

MEI
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 4 (PKK /PM) DAERAH HULU TERENGGANU SIRI 1
PELADANG AGRO RESORT, SETIU, TERENGGANU.

JUN
JAMBORI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH KALI KE-9
KEM TAN CHAI YAN, TEHEL, MELAKA

APRESIASI PENGAKAP KANAK-KANAK KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH DAN JAMBORI MELAKA 2009
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

JULAI
KEM UJIAN LENCANA KEMAHIRAN SEKOLAH RENDAH [PKK] SIRI 2 / 2009
-LOKASI AKAN DIPUTUSKAN OLEH PLPHT-

OGOS
KEM UJIAN LENCANA KEMAHIRAN SEKOLAH MENENGAH [PM/PR] SIRI 2 / 2009
KEM PERDA BELUKAR BUKIT, AJIL, TERENGGANU.

SEPTEMBER
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 4 (PKK / PM) DAERAH HULU TERENGGANU SIRI 2
TAMAN PERTANIAN NEGERI, SEKAYU, K. BERANG, TERENGGANU.

OKTOBER
PERKHEMAHAN AGUNG PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU 2009
TAMAN PERTANIAN NEGERI, SEKAYU, K. BERANG, TERENGGANU.

NOVEMBER
PENGANUGERAHAN MANIKAYU / INDABA
DEWAN ILMU, PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU.

DISEMBER
KEM MONSUN 2009
KEM PERDA BELUKAR BUKIT, AJIL, TERENGGANU.


*Semua aktiviti yang dirancang adalah tertakluk kepada pindaan.

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2009

Tahun Baru Cina (Persekutuan dan Negeri)
26 & 27 Januari 2009 [Isnin & Selasa]

Hari Ulangtahun Pertabalan Kebawah D.Y.M.M. Sultan Terengganu (Negeri)
4 Mac 2009 [Rabu]

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Persekutuan)
9 Mac 2009 [Isnin]

Hari Pekerja (Persekutuan)
1 Mei 2009 [Jumaat]

Hari Wesak (Persekutuan)
9 Mei 2009 [Sabtu]

Hari Kelepasan Am Negeri
10 Mei 2009 [Ahad]

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (Persekutuan)
6 Jun 2009 [Sabtu]

Hari Kelepasan Am Negeri
7 Jun 2009 [Ahad]

Hari Keputeraan Kebawah D.Y.M.M. Sultan Terengganu (Negeri)
20 Julai 2009 [Isnin]

Hari Kebangsaan (Persekutuan)
31 Ogos 2009 [Isnin]

Hari Nuzul Quran (Negeri)*
9 September 2009 [Isnin]

Hari Raya Puasa (Persekutuan) *
20 & 21 September 2009 [Ahad & Isnin]

Hari Deepavali (Persekutuan) *
17 Oktober 2009 [Sabtu]

Hari Kelepasan Am Negeri
18 Oktober 2009 [Ahad]

Hari Raya Haji (Persekutuan)*
27 & 28 November 2009 [Jumaat & Sabtu]

Hari Kelepasan Am Negeri
29 November 2009 [Ahad]

Awal Muharam (Persekutuan)
18 Disember 2009 [Jumaat]

Hari Krismas (Persekutuan)
25 Disember 2009 [Jumaat]

*Tertakluk kepada pindaan

Peringatan
* Jika apa-apa hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Jumaat, maka hari itu tidak diganti pada hari yang berikutnya.

DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA... Persaudaraan Pengakap di Internet


Tahniah kepada 2 orang rakan dalam Pengakap yang telah berjaya membina pautan maya untuk semua Pengakap di Malaysia. Semoga Kepengakapan di internet akan lebih meriah serta akan melahirkan "weblog" atau "website" yang bermutu serta bermaklumat. Usaha-usaha yang dilakukan oleh 2 orang rakan Pengakap ini telah mendahului Ibupejabat dalam menggunakan aplikasi maya yang termurah dalam menjalinkan semua Pengakap di Malaysia. Harapannya, semoga semua Pengakap Malaysia serta Nusantara (Indonesia, Brunei dan Singapura) dapat terus memberikan sokongan kepada laman-laman yang berteraskan Kepengakapan.

Saturday 27 December 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijriah...




TAKZIAH...

AL-FATIHAH

ke atas kemangkatan
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan Berada Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman serta Dikasihi oleh DIA yang Maha Berkuasa
* AMIN *
Ikhlas Dari AQELA dan Warga PPM Hulu Terengganu
Foto dari NST Online

Negri ruler and former Agong Tuanku Ja’afar dies

SEREMBAN: Negri Sembilan Yang diPertuan Besar Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, who was the nation’s 10th Yang diPertuan Agong from 1994 to 1999, died at about 11.45am Saturday. He was 86 years old.
State Secretary Datuk Norzam Mohd Nor confirmed this at a press conference at the Tuanku Ja’afar Hospital here.
Tuanku Ja’afar had earlier complained of dizziness and chest discomfort.
“The hospital was contacted and two senior consultants, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan and Datuk Dr K. Sree Raman, rushed to the Istana Hinggap here to attend to Tuanku,” Norzam told a special news conference to announce the demise at the hospital’s VIP room.
Also present at the news conference were Negeri Sembilan police chief Datuk Osman Salleh, State Director of Health Dr Zainal Arifin Omar and members of the royal family, according to a Bernama report.
Norzam said the two specialists arrived at Istana Hinggap at 8.25am and found Tuanku Ja’afar to be too weak but conscious and they advised that he be taken immediately to hospital.
“Tuanku was rushed to the Tuanku Ja’afar Hospital and admitted to the Intensive Care Unit (ICU) and was administered emergency treatment.
“I wish to state here that Tuanku Ja’afar passed away at 11.45am at the Tuanku Ja’afar Hospital,” he said, Bernama reported. Norzam said Tuanku Ja’afar’s remains would be taken to the Istana Besar Seri Menanti in Kuala Pilah for the lying-in-state ceremony before being laid to rest after the asar prayers on Monday.
He also said that this was to allow for the return of Tuanku Ja’afar’s children who were abroad.
Norzam said Tuanku Ja’afar’s remains would be placed in the Balairong Seri (Throne Room) of the Istana Besar Seri Menanti to enable members of the royalty, leaders and the public to pay their last respects.
He said the state had declared 40 days of mourning from Saturday and all official government functions over the next seven days have been postponed.
“All government offices and buildings must fly the state flag at half-mast for the 40 days. During the mourning period, all male government employees must wear the songkok bearing a white band while the female employees are required to wear a white band on a sleeve.
“All entertainment outlets must also postpone all their activities over the next seven days from today,” he said, according to the Bernama report. Norzam said Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, who is on holiday in London, was expected back at 10am Sunday.
Distinguished service
Born in 1922, Tuanku Ja’afar studied at Malay College Kuala Kangsar before graduating from the University of Nottingham. He then attended Balliol College in Oxford.
During the Japanese occupation, he served at the Seremban Land Office and as district officer of Rembau from 1946 to 1947. Upon his return from Britain in 1952, he held several posts in the civil service.
In 1957, he took up a special course for diplomatic services in London and was appointed Charge d’ Affaires in Washington DC, then as First Secretary with the Permanent Mission to the United Nations in New York, and later was Consular and Deputy High Commissioner at the High Commission of Malaya in London.
Tuanku Ja’afar was later appointed the Malaysian Ambassador to Egypt and then High Commissioner to Nigeria and Ghana.
He was recalled by the Negri Sembilan state government after the death of his brother Tuanku Munawir, the state ruler, and was appointed Ruler in 1967.
Tuanku Ja’afar was the 10th Yang diPertuan Agong of Malaysia.
He leaves behind wife Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, three sons and three daughters.
Abstracted by:
The Star On Line

Taklimat Pelaporan & Perancangan Aktiviti Pengakap Hulu Terengganu 2008/2009... Kehadiran

27 Disember 2008
Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu Darul Iman.


Wednesday 24 December 2008

MESYUARAT PASUKAN LATIHAN DAN PROGRAM PPM HULU TERENGGANU...

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pasukan Latihan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu akan mengadakan mesyuarat tersebut sebagaimana berikut:

Tarikh : 27 Disember 2008
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu Darul Iman.

3. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki hadir bagi melancarkan mesyuarat berkenaan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada Encik Esham bin Busu, Penolong Pesuruhjaya Pengakap [Latihan] Daerah Hulu Terengganu.

4. Semoga tuan/puan dapat meneruskan sokongan kepada aktiviti kepengakapan di daerah Hulu Terengganu. Segala kerjasama serta keprihatinan tuan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menurut perintah,



( ESHAM BIN BUSU )
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan)
Daerah Hulu Terengganu
b.p.:
Pesuruhjaya Pengakap,Daerah Hulu Terengganu.

**********************************************************

AGENDA MESYUARAT
PASUKAN LATIHAN DAERAH
SESI 2008 / 2009

1. Memperbaharui Persetiaan Pengakap
2. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
3. Pelaporan Aktiviti 2008
4. Pembentangan Perancangan Aktiviti 2009
5. Hal-hal lain

Mesyuarat dijangkakan akan dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu.

Dijangka turut dihadiri oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dan YM Tengku Mohd Razali bin Tengku Ngah, Setiausaha Latihan Pengakap Negeri Terengganu.

Ke Mana Hala Tuju Laman Web Ibupejabat PPM...

Bercerita perihal laman web atau laman blog... Ibupejabat PPM telah mengendalikan laman web yang agak menarik dari segi penampilannya... Namun begitu apabila kita memasuki ruang forumnya agak hambar kerana seperti tiada sambutan serta pengelolanya sendiri tidak menyedari persoalan yang ditombulkan oleh pengunjung forum...
Secara peribadi AQELA berpendapat sebuah organisasi yang sebesar ini serta dikelolakan oleh orang-orang yang hebat sepatutnya laman webnya akan lebih bermaklumat yang terkini serta interaktif kepada pengunjungnya...
Apabila kita melawati beberapa laman web PPM [Negeri, Daerah atau Kumpulan] yang lain, kelihatannya agak lebih kehadapan dari segi teknologi serta maklumat yang disiarkan...
Namun begitu, itulah laman web kebanggaan kita sebagai seorang Pengakap... Kepada orang ibupejabat jangan cepat melenting tetapi fikir-fikirkan macam mana untuk menjadikan laman web tersebut sebagai laman web "Nomuro Uno"....


Tomorrow Will Be 25 December 2008....


Sunday 21 December 2008

Photo gallery of the 21st World Scout Jamboree

All this picture can be view in http://www.scout.org/ gallery.



First 550 Scouts earn World Scout Environment Badge!



"My family and my friends are proud of me after getting the World Scout Environment Badge, they consider me as a protector of the environment. I am ready for that." Benchira Walid (12 years old) from Ennahda Group.
© Tlemcen Department Scouts - Gulmia Nacer Scout Group

First 550 Scouts earn World Scout Environment Badge!
During the first few months of 2008, fourteen local Scout Groups and Scout Centres from nine countries around the world were given the special task of testing the curriculum content and programme activities for the World Scout Environment Badge. These 550 Scouts from Algeria, Australia, Bolivia, Hungary, Japan, Mexico, Palestinian Authority, South Africa and the United Kingdom gave valuable feedback that proved the environment is an important global issue and something that young people, wherever they are in the world, are concerned about and want to help make a difference.
The Scouts participated in a wide range of activities that included exploring their local environment, looking at the local air quality and water quality, analysing environmental issues in their country then engaging in debates and discussions, learning about natural disasters that could happen to their community, creating natural art pieces, tree planting, clean up activities, looking at their own carbon footprint and much more.
The World Scout Environment Badge, as part of the wider World Scout Environment Programme, was adopted by the 38th World Scout Conference in Korea, July 2008. In order for the Scouts to earn the World Scout Environment Badge, they participate in activities based on five aims: air and water, habitats and native species, harmful substances, environmental practices, environmental hazards and natural disasters. They then take action with a project, based on their experiences, which contributes to the local and global environment. Programme activity resources that can be used by local Scout Groups have been developed to help focus on these aims, targeted at different age groups.
When providing the World Scout Environment Badges and certificates to the Scouts, Luc Panissod, Acting Secretary General of the World Organization of the Scout Movement, offered his praise to the Scouts for their commitment and enthusiasm in the testing period, recommending, "We hope that you will look upon this not as the conclusion of your interest in the environment, but as a starting point in a lifelong journey."

Click here to see the photo gallery.
Along with the many Scouts and leaders involved in developing the World Scout Environment Programme, several partner organisations were very supportive. The Alcoa Foundation provided a two-year $US205,000 grant to support environment education in Scouting. Rudi Huber, President Alcoa European Region said, "Over the past two years we’ve witnessed and contributed to the development of this extremely valuable programme. It’s great to see that the Scouts are now taking the next step, integrating environmental education even further in the Scouting curriculum and using the Environment Badge as a sign of being aware of what’s important now and for the future".
The World Organization of the Scout Movement is the world's largest youth movement, with 28 million members, girls and boys, women and men, in 215 countries and territories. National Scout Organizations are now looking at how the World Scout Environment Programme can be applied within their country.
For more information on the World Scout Environment Programme, including quotes and photographs from Scouts that participated in testing the World Scout Environment Badge, please see: http://www.scout.org/en/about_scouting/the_youth_programme/environment or contact Rod Abson, Unit Manager, Environment Education, World Scout Bureau.
Click on the image above or in the right-hand column to see quotes and photographs from Scout Groups involved in testing the World Scout Environment Badge.
Article from: http://www.scout.org/

Saturday 20 December 2008

KURSUS PENTARAF PENGAKAP RAJA 2008

Seramai empat orang pemimpin Pengakap dari Terengganu bersama 58 orang pemimpin Pengakap dari seluruh negara menjalani Kursus Pentaraf Pengakap Raja yang telah dijalankan di Kuala Lumpur. Kursus ini dikendalikan oleh 10 orang Jurulatih yang berkemahiran serta berpengalaman dan diketuai oleh Tuan Haji Rahmat bin Jaafar. Kursus ini berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2008. Penutupan kursus ini akan disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara.
  • Senarai Pemimpin Terengganu:
  1. Encik Mohd Fadzil bin Baharuddin (ADC Kuala Terengganu - Latihan)
  2. Encik Mohd Din bin Jusoh (ADC Dungun - Latihan)
  3. Encik Rosley bin Mat Hasan (ASC - Kelana)
  4. Puan Nafisah binti Abdullah (ASC - Helwani)

Takziah Buat Warga Pengakap Kelantan...

Al-Fatihah Allayarham Tuan Haji Nawi bin Othman
Pesuruhjaya Pengakap Kelantan
Telah Meninggal pada 19 Disember 2008
Jam 3 pagi
Semoga Rohnya dicucuri rahmat serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman
Kepengakapan telah kehilangan seorang Pemimpin yang sering bertanggungjawab serta banyak memberikan sokongan atas aktiviti kepengakapan juga kesukarelaan
Salam Takziah buat Ahli Keluarga Allahyarham serta Warga Pengakap Negeri Kelantan...
* Amin *

Wednesday 17 December 2008

KURSUS PENTARAF PENGAKAP RAJA

Penganjur : Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Tarikh :
Bermula : 19 Disember 2008
Tamat : 21 Disember 2008

Tempat : Pusat Latihan Zonice, Kuala Lumpur.

PPM Hulu Terengganu akan diwakili oleh Encik Rosley bin Mat Hasan, Penolong Pesuruhjaya Pengakap [Pentadbiran] Daerah Hulu Terengganu. Memegang Tauliah Manikayu semenjak tahun 1998.

#Tahniah diucapkan kepada Pok Lie... Semoga ramai Pengakap Raja yang akan dapat dihasilkan oleh QUBERSCOUT suatu masa nanti....AQELA

7th APR Scout Photo Contest 2009

"SCOUTS REACHING OUT"

The APR Scout Photo Contest for 2009 will be held in March 2009 in Tokyo, Japan.
  • Deadline : 10th February 2009. (Date to submit the photo to the Asia-Pacific Regional Office)
  • Theme : Scouts Reaching Out.
  • Eligibility : Registered Scouts and Scout Leaders with National Scout Organisation within Asia-Pacific region.
Details about the contest is given in the PPM - General Circular: Photo Contest which can be downloaded from the Scout Circular Section which is on the left-hand corner of this website.
Malaysian Scouts who are interested in participating in the said contest, please send the photo and the completed form to PPM Headquarters for endorsement as soon as possible.

Saturday 6 December 2008

Asean Malay Culture Camp 2008

"REVITALISE THE MALAY CULTURE"
The Asean Malay Culture Camp
(Perkhemahan Budaya Melayu Se ASEAN)
at Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia:
Date :
15th December 2008 - 20th December 2008
Venue:
Kampung Bauk, Kelurahan Kampung Bugis,
Kecamatan Tanjung Pinang,
Kepulauan Riau, Indonesia
Eligibility
: Scouts aged between 13 to 17 years old

: Rovers aged between 18 to 25 years old

: Scout Leader Fee
: SGD $50.00
Details about the Camp is given in the PPM - Programme Circular: Tanjung Pinang which can be downloaded from the Scout Circular Section which is on the left-hand corner of this website.Malaysian Scouts who are interested in participating in the said Camp, please communicate with PPM Headquarters as soon as possible.
If you need more information please contact
the Head Quarters of Malaysia Scout Movement

Friday 5 December 2008

Salam Aidil Adha 1430 ... Erti Sebuah Pengorbanan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh ahli Pengakap yang beragama Islam. Semoga hari raya aidiladha kali ini kita sambutnya dengan penuh pengertian dan penghayatan. Pengertian dan penghayatannya yang sebenar ialah mengenai erti pengorbanan seluruhnya. Salah satu pengorbanan yang patut kita ingati dan kenangi selalu ialah pengorbanan dan kasih sayang Rasulullah saw pada kita. Itu adalah sebesar-besar pengorbanan yang patut kita hargai dan tidak patut kita melupakannya.
Selain itu, kita patut berkorban apa saja dalam menolong seseorang insan dengan hati yang ikhlas dan rela. Misalnya, kita sepatutnya sanggup membantu sahabat kita dan berkorban apa saja deminya. Supaya ikatan ukhwah dan jalinan sahabat sejati di antaranya kekal selama-lamanya keranaNya.
Kepada mereka yang menunaikan haji kali ini, selamat mengerjakan haji dan semoga dapat mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. dalam menunaikan haji dan umrah yang sebenarnya. Dan semoga mendapat haji yang mabrur.
AQELA akan membawa anda ke sebuah taman ulama dan orang soleh zaman salafus soleh melalui perjalanan kisah sempena hari raya aidiladha ini. Sama-samalah kita menyusuri dan menghayatinya.
  • HAJINYA DI DEPAN PINTU
Abdullah bin Mubarak turut mengerjakan haji pada suatu musim haji. Dia telah tertidur di Masjidil Haram lalu bermimpi. Dalam mimpinya itu, telah turun dua malaikat. Mereka mengisahkan bahawa pada tahun itu seramai enam ratus ribu orang telah mengerjakan haji, tetapi tidak seorang pun diterima haji mereka.
Namun ada seorang lelaki yang tidak mengerjakan haji tetapi disebabkan berkatnya, menyebabkan semua orang yang mengerjakan haji itu diterima hajinya. Lelaki itu bernama Muwaffaq, seorang tukang kasut yang tinggal di Damsyik.
Setelah terjaga dari tidurnya, Abdullah lalu pergi ke Damsyik untuk mencari lelaki itu. Setelah bertemu dan memperkenalkan dirinya, Abdullah lalu bertanya apakah amalan yang telah dilakukannya sehingga dia mendapat darjat yang begitu tinggi.
Muwaffaq pun menceritakan bahawa dia telah mengumpulkan wang hasil dari pekerjaannya. Jadi dia berhasrat untuk menunaikan haji. Suatu hari, isterinya yang sedang hanil telah terhidu bau masakan jirannya. Dia teramat ingin untuk merasai masakan tersebut.

Muwaffaq pun pergi ke rumah jirannya dan memberi tahu keinginan isterinya itu. Jirannya dengan sedih memberitahu rahsia yang sebenarnya. Dia bersama anak-anaknya yang yatim sudah tiga hari tidak makan. Jadi dia pun keluar mencari rezeki. Akhirnya dia telah bertemu dengan bangkai himar. Dia lantas mengambil sebahagian dagingnya lalu membawa pulang ke rumah untuk dimasak.
Jelas wanita itu lagi, makanan itu halal bagi mereka tetapi haram buat Muwaffaq. Muwaffaq berasa kasihan mendengar penjelasan jirannya itu. Dia terus pulang ke rumah dan mengambil wang yang dikumpulnya selama ini. Wang itu lalu diberikan kepada jirannya sebagai perbelanjaan buat anak-anaknya yang yatim.
Sebab itulah dia tidak dapat menunaikan haji pada tahun itu. Disebabkan keikhlasan membantu jirannya, Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala haji kepadanya. Muwaffaq menyatakan lagi bahawa sebenarnya hajinya berada di depan pintu rumahnya.

Thursday 4 December 2008

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA - Official Emblem


Authorised Use of Emblem
Section 13 of the Scouts Association of Malaysia Act (Act 409 of the Laws of Malaysia) states that:
13
(1) No person, not being a Scout, shall publicly wear, carry or bear in such a manner as to convey the impression that such person is a Scout any badge, token or emblem specifically adopted for use by Scout under the Rules of the Corporation.

(2) No Person shall without lawful authority or excuse have in posession :

  • any device which so closely resembles any badge, token or emblem specifically adopted for use by a Scout under the Rules of the Corporation as to lead to belief that the device in question is such badge, token or emblem; or
  • any badge, token or emblem containing any words or characters so closely resembling any words or characters ordinarily use to describe any Scout as to be calculated to deceive or mislead; or
  • any badge, token or emblem bearing the words "Boy Scout" or "Boy Scouts".

Wednesday 3 December 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... Berlalu Pergi


JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 [JAJ2008] adalah merupakan Jambori Johor yang ke-24... Usia jambori itu sendiri telah menambah "keterujaan" AQELA untuk berada di Kem Jubli Intan, Batu Pahat, Johor sebagai salah seorang peserta di JAJ2008. Kemunculan penulisan ini adalah merupakan penutup ke atas sebarang liputan berkaitan JAJ2008 di weblog ini. AQELA akan cuba berlaku adil dan seikhlas yang mungkin terhadap pengurusan JAJ2008.
  • URUSETIA
Pengurusan serta kedudukan strategik telah menjadikan Urusetia JAJ2008 menjadi sesuatu yang menutup segala kelemahan yang telah berlaku. Tahniah kepada petugas-petugas Urusetia JAJ2008 yang sudah pastinya AQELA sering berkunjung untuk mendapatkan maklumat. Layanan yang diberikan amat memuaskan... Memandangkan walau di dalam kesibukan menjalankan tugasan di urusetia namun para petugas di urusetia sentiasa menguntumkan senyuman serta memberikan info yang tepat berkaitan JAJ2008.
  • AKTIVITI
Tahniah kepada Pusat Aktiviti Jambori [PAJ] kerana mampu menghasilkan kelainan dalam menyediakan aktiviti di JAJ2008. Namun begitu idea untuk mengadaptasikan "World Jamboree" di JAJ2008 seharusnya bukanlah secara bulat-bulat. AQELA sempat bertukar-tukar pendapat dengan beberapa orang pemimpin kontinjen berkaitan pelaksanaan penganugerahan lencana aktiviti. Antara yang dirasakan paling lojik ialah pendapat mengatakan bahawa pelaksanaan memang "cantik" serta teratur berlaku di "World Jamboree" kerana kemungkinan penyertaan sesebuah kontinjen (kekuatan setiap kontinjen) tidak seramai yang menyertai JAJ2008. Apa yang berlaku di JAJ2008, Ketua aktiviti terpaksa menyelaraskan tugasan yang agak banyak untuk mendapatkan Lencana Anugerah Aktiviti dari PAJ.
Kaedah "Puzzle" juga dikira agak menyukarkan pihak PAJ dan juga Ketua Aktiviti Kontinjen... Namun begitu, AQELA mengucapkan tahniah kepada Encik Ishak, Encik Zainal, Encik Suhaimi dan juga semua petugas PAJ yang juga sama situasinya di Urusetia JAJ2008... Walaupun sibuk namun mampu memberikan perkhidmatan yang memuaskan...
  • DOKUMENTASI
AQELA agak terkilan kerana buat pertama kali bagi AQELA kerana tidak dapat bahan bercetak dari pihak penganjur jambori iaitu Buletin @ Warta Jambori. Nampak remeh tetapi ia amat mengesankan terutama kepada pihak kontinjen untuk membuat laporan berkaitan fakta angka dan sebagainya. Bagi AQELA sendiri, jika tidak dapat hadir ke mana-mana jambori pun tak mengapa, tetapi yang paling penting ialah jika rakan-rakan yang menghadiri jambori tersebut mampu membawa pulang naskah buletin atau bahan bercetak dari jambori sudah mencukupi. Kerana AQELA mampu merasakan keseronokan jambori apabila mendapat bahan bercetak dari mana-mana jambori.
  • PENYERTAAN
AQELA mengangkat tiga jari tanda hormat kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor serta seluruh warga JAJ2008 kerana mampu menangani limpahan peserta kurang lebih 4 ribu orang itu. Itu adalah satu kejayaan yang dikira amat membanggakan terutama sekali kerana JAJ2008 mampu mengundang seramai lebih 200 orang peserta antarabangsa.
  • PENEMPATAN
Susunatur kem memang amat memuaskan kerana dikira dengan keluasan yang ada mampu memberikan keselesaan kepada peserta-peserta. Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu ditempatkan di pinggir tasik yang penuh misteri itu. Memang tepatlah dengan AQELA, kerana beberapa bulan sebelum hadir ke Kem Jubli Intan, Batu Pahat... AQELA dimomokkan dengan pelbagai kisah berkaitan tasik di belakang kem tersebut. Alhamdullillah tiada sebarang kejadian buruk berlaku terutama kepada kontinjen Pengakap Negeri Terengganu.
Perkara biasa berlaku ialah kegawatan yang berlaku di bilik air serta tandas... Memang berlaku apabila kehadiran peserta yang katanya diluar dugaan penganjur... Namun begitu kelemahan ini AQELA rasa akan mampu ditangani oleh pihak PPM Johor untuk masa depan.
  • PETUGAS
Alhamdulillah dengan petugas yang agak terhad bilangannya JAJ2008 mampu bergerak setaraf namanya. Pihak pengurusan di masa akan datang seelok-eloknya menghubungi KLKM yang terdapat di negara kita bagi mendapatkan bantuan tenaga. AQELA sempat bertemu dengan beberapa rakan AQELA dari KLKM yang pernah bertugas di program QUBER antaranya Najib dan Yusra (UNITEN) dan Adli (UMT) serta beberapa orang ahli Kelana yang memang dari Terengganu bertugas di sana.
  • PENUTUP
Secara keseluruhannya JAJ2008 tidak mengecewakan. Segala kelemahan adalah bersifat sementara sahaja. Insya'allah di masa hadapan PPM Johor mampu mengatasinya dengan cemerlang. Ucapan terima kasih AQELA kepada semua yang terlibat dengan JAJ2008 bermula dari perancangan hingga pengakhirannya. AQELA menanti kemunculan JAJ seterusnya.... Dengar katanya 2010.... Nampak gayanya bertembung dengan Kempori Quber Edisi 2 la..... Segala yang tersiar di laporan ini adalah merupakan pandangan peribadi AQELA terhadap JAJ2008 dan bukan bermaksud untuk memburuk-burukkan JAJ2008.
Kepada pihak atasan JAJ2008, harapan AQELA semoga menerimanya secara terbuka kerana bagi AQELA JAJ2008 tidak menghampakan... Terutamanya binaan menaranya walaupun tidak berjaya mencipta rekod namun ia memang satu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah sekali lagi buat tenaga-tenaga kelana yang membinanya.... Jangan putus asa cuba dan terus mencuba....

Tuesday 2 December 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... AKTIVITI MASA LAPANG

Cukup menarik bagi AQELA apabila pihak Pengurusan Aktiviti Jambori (PAJ) juga menyediakan ruang di dalam buku aktiviti peserta dengan beberapa perkara yang berkaitan aktiviti masa lapang di dalam kontinjen. Sebanyak 18 ruang aktiviti telah disenarai oleh pihak PAJ. Ini telah menambah kesibukan kepada pegawai kontinjen masing-masing. Namun begitu sekurang-kurangnya memberikan satu perasaan bangga juga bagi Pemimpin baru yang tidak pernah terlibat dengan Jambori apabila berpeluang memberikan pengesahan kepada ahli Pengakap.
Aktiviti yang disenaraikan juga telah melayakkan ahli Pengakap untuk dianugerahkan lencana-lencana Perkhidmatan dan juga Kemahiran apabila pulang nanti.
Berikut adalah antara Aktiviti Masa Lapang yag disenaraikan oleh PAJ 2008 :
  1. Mendirikan Khemah
  2. Menbina Gajet 1/2/3/4
  3. Memasak 1/2/3/4
  4. Menolong QM Kontinjen
  5. Urus Kebersihan
  6. Buat Kawalan
  7. Mencari 12 Sahabat
  8. Solat Berjemaah 1/2/3
  9. Membersihkan Surau
  10. Membantu QM Dapur
  11. Bertugas di Pintu Masuk Kontinjen
  12. Bertugas di Bilik / Ruang Pameran Kontinjen
  13. Penghubung / Utusan dengan Pusat / Urusetia
  14. Bergotong Royong
  15. Menghadiri Ceramah
  16. Belajar Ikatan / Simpulan
  17. Lawatan ke Kontinjen Lain
  18. Guna Parang / Gergaji

Setelah melakukan perbincangan dengan beberapa orang JK Latihan Daerah... Dengan rasa hormatnya serta sukacitanya AQELA mencadangkan kepada ahli Pengakap yang menganggotai Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu ke Jambori Antarabangsa Johor 2008, setelah disahkan oleh Pemimpin Kontinjen dari daerah Hulu Terengganu, maka ahli Pengakap yang berkenaan dengan syarat hendaklah menyediakan laporan serta buku log yang berkaitan adalah layak menerima lencana sepertimana berikut :

  • PENGAKAP MUDA
  • PENGAKAP REMAJA

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... AKTIVITI MODUL

Aktiviti-aktiviti di Jambori Antarabangsa Johor 2008 (JAJ 2008) ini diilhamkan daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di Jambori Dunia Antarabangsa 2007. Jambori tersebut telah diadakan di Hylands Park, United Kingdom. Aktiviti-aktiviti di JAJ 2008 ini telah dibangunkan berdasarkan 6 modul utama yang menyediakan pelbagai jenis aktiviti kepada para peserta. Modul-modul tersebut adalah :-
  1. Modul WARISAN [Heritage Module]
  2. Modul GLOBAL [Global Module]
  3. Modul CABARAN [Challenge Module]
  4. Modul KOMUNITI [Community Module]
  5. Modul ALAM [Environment Module]
  6. Modul EKSPLORASI [Exploration Module]

Para peserta akan dianugerahkan lencana modul aktiviti dan Sijil Khas Aktiviti setelah peserta berjaya menyelesaikan tugasan-tugasan dan mendapatkan cop-cop pengesahan perlaksanaan aktiviti.

OBJEKTIF MODUL

MODUL WARISAN [Heritage Module]

Memperkenalkan kepada ke semua peserta tentang warisan rakyat Malaysia terutama sekali dari segi tarian, kraftangan, permainan dan cara hidup secara tradisi masyarakat di Malaysia.

MODUL GLOBAL [Global Module]

Memperkenalkan kepada semua peserta tentang isu-isu semasa yang memberikan kesan kepada masyarakat sedunia serta memberikan para peserta pengalaman serba baru bagi pendedahan mengenai Millennium Development Goals dan sumbangan para Pengakap di dalam memberikan sumbangan bagi menangani isu-isu semasa.

MODUL CABARAN [Challenge Module]

Memperkenalkan kepada semua peserta tentang cabaran-cabaran lasak dan memberikan kesan kepada masyarakat sedunia dan memberikan para peserta pengalaman serba baru bagi menjalani aktiviti-aktiviti lasak serta sumbangannya terhadap pembinaan jatidiri para Pengakap.

MODUL KOMUNITI [Community Module]

Memperkenalkan dan memberikan pendedahan kepada para peserta tentang peranan ahli Pengakap terhadap pembangunan komuniti. Adalah menjadi satu tanggungjawab khusu kepada para peserta Pengakap untuk memberikan sumbangan secara fizikal dan mental bagi pembangunan komuniti ini.

MODUL ALAM [Environment Module]

Memperkenalkan dan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada para peserta tentang peranan ahli Pengakap terhadap pembangunan dan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar dan kesan-kesannya terhadap perkembangan ekonomi setempat.

MODUL EKSPLORASI [Exploration Module]

Memperkenalkan, memberikan pendedahan serta pengalaman kepada para peserta tentang eksplorasi serta minat ahli Pengakap terhadap beberapa bahagian aktiviti berkaitan dengan kemahiran dan pembangunan diri sendiri.

Sunday 30 November 2008

JAJ 2008 ... Lencana Kontinjen Negeri Terengganu

AQELA amat berterima kasih kepada Mr Henry dari Johor kerana telah merekacipta satu lencana untuk Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu ke JAJ 2008. Lencana ini dikeluarkan secara terhad.
Pada asalnya, lencana ini ditempah berdasarkan keramaian peserta dari QUBER. Namun penyertaan terakhir QUBER ke JAJ 2008 telah merudum atas sebab-sebab tertentu. Lencana ini diedarkan sebanyak 100 keping sahaja kepada peserta dari QUBER. Dan lencana ini juga hanya dimiliki oleh beberapa orang pemimpin dan peserta dari daerah lain dalam Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu.
Lencana ini juga telah menjadi buruan yang paling hangat di JAJ 2008 kerana edaran sangat-sangat terhad.


AQELA... Menyusun 10 jari memohon maaf kepada mana-mana individu yang tak berkesempatan untuk memiliki lencana berkenaan. Tunggu edisi Jambori akan datang kami akan mengeluarkan lencana yang makin menarik.... Tapi pastikan anda setia pada QUBER...

JAJ 2008 ... PERTAMA KALI

Bukanlah Pelik... Tetapi inilah sepanjang AKELA berjambori semenjak 1996 sehingga sekarang melihat peristiwa ini berlaku di hadapan mata AKELA. Secara kebetulannya AKELA berada di situ kerana bersiap sedia untuk memindahkan kereta AKELA jika diperlukan. Setelah AKELA mendapat kepastian bahawa kereta AKELA tidak perlu dipindahkan... Maka AKELA hanya melihat sahaja proses-proses di atas berlaku di depan mata AKELA.
Pada pendapat AKELA perkara ini tidak berlaku jika pemandu kereta tersebut mematuhi arahan pihak lalu lintas kem. Namun begitu, kemungkinan sekali pemandu kereta tersebut menghadapi kesukaran-kesukaran lain... Peristiwa ini boleh dielak jika pihak penganjur menyediakan kawasan letak kereta yang mungkin lebih banyak serta berhampiran dengan kawasan perkhemahan / jambori. Kerana kita pasti pemimpin yang membawa kereta ke jambori sudah pastinya memainkan peranan penting dan juga terkadang terdapat pemimpin yang membawa peralatan yang penting.
So... Di masa depan... Kepada saya sendiri dan orang lain (sebagai penganjur) fikir-fikirkanlah...





JAJ 2008 ... Pemidato dari Kontinjen Negeri Terengganu

TAHNIAH... Sungguh membanggakan... Begitulah boleh diungkapkan kepada Adik Faridah Hanim yang mewakili Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu setelah dinobatkan sebagai Johan Pidato Peringkat Antarabangsa di Jambori Antarabangsa Johor 2008. Adik Faridah Hanim telah melepasi peringkat saringan di sub kem Kukup dengan penuh bergaya sebagai Johan. Ulas bicara yang dilontarkan oleh Adik Faridah Hanim telah memukau pendengaran para hakim. Beliau telah berjaya mengolah tajuk yang diberikan iaitu "Kasih Sayang dalam Dunia Kepengakapan". Semoga Adik Faridah Hanim akan berjaya dan terus berhaya dalam mengharungi hidup yang realistik.

TAHNIAH... Adik Faridah Hanim dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu yang mewakili Terengganu telah berjaya memukau para hakim semasa berpidato.

JAJ 2008 ... Tahniah kepada Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Warga Kerja Jambori Antarabangsa Johor 2008


Saturday 29 November 2008

Al-Fatihah ... Terengganu Kehilangan Pemimpin Disegani


Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengaminkan doa ketika menziarah jenazah Dato' Razali di Lorong Kenanga, Batu Buruk. -Foto SHUHAIMI AHMAD.
Negara dan negeri Terengganu khasnya, kehilangan seorang pemimpin dan tokoh akademik berwibawa serta disegani ramai kerana pengalaman dan idea bernas yang sering dilontarkan bagi melahirkan cerdik pandai dalam pendidikan di negara ini.
Allahyarham, Dato’ Razali Ismail, 59, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949, kembali ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, Pahang secara mengejut ketika sedang bermain badminton, kira-kira jam 6.30 petang, semalam (28 November).
Beliau meninggalkan seorang balu, To' Puan Nooraini Lob Yusoff, 51, dan lima anak iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Batu Buruk, Kuala Terengganu, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, bersebelahan pusara ibu Allahyarham, kira-kira jam 1.30 petang, hari ini (29 November) .
Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang diiringi isterinya, To’ Puan Noraini dan dua daripada lima anak Allahyarham, Asrul Shah dan Muhammad Nurazli dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan bedah siasat kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Turut berada di IAB membantu menguruskan jenazah ialah Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein serta para pegawai Kementerian Pelajaran dan IAB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong turut berada di samping jenazah di IAB dan HB.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (31,562) dan calon bebas seorang wanita berusia 89 tahun, Maimun Yusof (685).
Dato' Razali sebelum ini merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PT PTN) dan bergiat secara langsung dalam politik sejak 2004.
Oleh: Aida Abd Rahman
Unit Komunikasi Negeri

Friday 28 November 2008

JAJ 2008 ... Kontinjen Negeri Terengganu

JAWATANKUASA PENGELOLA KONTINJEN PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
KE
JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA JOHOR
KALI KE-24
Penyelaras :
Tuan Haji Othman bin Ismail,
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
Penolong Penyelaras :
Encik Mohamad bin Sulaiman,
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (Pentadbiran)
Ketua Kontinjen :
YM Tengku Razali bin Tengku Ngah
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (Ibupejabat/Latihan)
Timbalan Ketua Kontinjen :
Encik Mohd Fadzil bin Baharudin
Penolong Ketua Kontinjen (Helwani) :
YM tengku Aznuriah binti Tengku Abdul Aziz
Setiausaha :
Encik Abdul Ghani bin Jurid
Pen. Setiausaha :
Encik Esham bin Busu
QM Alatan - Masak :
Encik Zulkifli bin Hamzah
QM Makan - Minum :
Encik Hamzi bin Jusoh
QM Perbekalan :
Encik Fadzillah bin Yusof
Juru Elektrik Kontinjen :
Encik Mohd Rosdi bin Abdul Razak
Keselamatan, Disiplin & Kesihatan :
Encik Mohamad Fadzli bin Mat Lasar
Penempatan :
YM Tengku Aznuriah binti Tengku Abdul Aziz
Perhubungan :
YM Syed Othman bin Mustafa
Aktiviti & Keceriaan :
Encik Esham bin Busu
Kerohanian :
Encik Azman bin Rodi
Pameran :
Encik Ahmad Fadzil bin Mohd Fahmi
Persembahan / Pintu Gerbang :
Encik Mohd Fadzil bin Baharudin
STATITISTIK KONTINJEN


* PPM Daerah Dungun dan Setiu tiada penyertaan.

JAJ 2008 ... Pengakap Sebagai Agen Kebudayaan



JAJ 2008 ... Sebahagian Kontinjen

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Pahang

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negara Berunei Darul Salam

Pintu Gerbang Kontinjen Pramuka Republik Indonesia

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Sabah

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Negeri Perlis

Pintu Gerbang Kontinjen Pengakap Daerah Batu Pahat
Johor Darul Takzim
AKELA hanya mampu merakam sebahagian sahaja pintu masuk kontinjen-kontinjen yang menyertai Jambori Antarabangsa Johor 2008... AKELA menumpukan misi AKELA pada aktiviti yang dijalankan di JAJ 2008...


Designed by Najjah Indahart