Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday 29 December 2011

My Favourite Collections of The Year ... Wings

Scout Inn Resort

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KALI KE-4, 2011

Tuan Haji Abdul Rahman bin Bakar
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang.

Haji Mohd Salleh bin Ismail
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Hal Ehwal Agama)
498-V, Taman Indah Sari, 21700 Kuala Berang.

En. Rosley bin Mat Hasan
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Pengakap Kelana)
SK Bukit Gemuroh, 21700 Kuala Berang.

En. Wan Ibrahim bin Haji Wan Nik
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Pengakap Remaja)
SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang.

En. Che Abdullah bin Che Husain
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Pengakap Laut)
SMK Tengku Ampuan Intan, 21700 Kuala Berang.

En. Esham bin Busu
Pen. Pesuruhjaya Negeri (Tugas Khas)
SK Menerong, 21800 Ajil, Hulu Terengganu

En. Mohd Rosidi bin Sulaiman
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
SK Cheting, 21700 Kuala Berang.


Melalui dan salinan,

Pengarah/Pegawai Pemerintah/Pengetua/Guru Besar,
Jabatan/Pasukan/Institut/Sekolah yang berkenaan.


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/to’ puan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut di atas yang akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 31 Disember 2011 ( Sabtu )
Tempat : Bilik Mesyuarat, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.
Masa : 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Pengerusi : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

3. Agenda mesyuarat :
3.1 Bacaan Doa.
3.2 Pembaharuan Pesetiaan Pengakap.
3.3 Ucapan Pengerusi.
3.4 Pengurusan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.
3.5 Akademi Pengakap Negeri Terengganu.
3.6 Laporan Aktiviti 2011 dan Program 2012 (Bertulis) :
3.6.1 Semua Ketua Pen. Pesuruhjaya Negeri
3.6.2 Semua Pen. Pesuruhjaya Negeri
3.6.3 Semua Pen. Pesuruhjaya Negeri (Unit-unit)
3.6.4 Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
3.7 Laporan Rengkas Jambori Malaysia ke-12.
3.8 Jambori dan kursus luar negara.
3.9 Hal-hal lain.

4. Sila sediakan laporan dalam bentuk ringkas (seperti dalam bentuk jadual) untuk dibentangkan dalam mesyuarat dan pastikan cukup salinan untuk semua ahli mesyuarat.

Segala kerjasama dan sokongan tuan/to’puan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

( HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK. )
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Thursday 15 December 2011

Koleksi Lencana AQELA ... Jamboree 2011


Berikut adalah beberapa item jambori yang sempat diperolehi oleh AQELA sebagai Koleksi Jambori...
1. Lencana Rasmi Jambori
2. Lencana Anugerah Aktiviti Jambori
3. Woogle Jambori [biru & Hijau]

Sampul Surat Jambori Malaysia ke-12


Sampul Surat Hari Pertama Jambori

Bangga sekali memilikinya kerana 2 imej aktiviti yang dijalankan di Sektor Aktiviti Lasak terdapat padanya....

Wednesday 14 December 2011

CQ CQ JAMBOREE 2011


QSO Card for Terengganu Radio Scouting [9M4CTT] ... JOTA in 12th Malaysia Jamboree/ Terengganu International Scout Jamboree 2011

Menjunjung Kasih Tuanku … Tuanku Mizan Catat Pelbagai Pencapaian Cemerlang

ARKIB : 13/12/2011

TUANKU Mizan Zainal Abidin yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 pada Isnin (semalam) mencatat pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang menjadi ketua negara sejak lima tahun lepas, antaranya menjejak kaki ke Antartika.

Lawatan Seri Paduka Baginda dari 20 hingga 24 November 2011 ke benua itu adalah sempena langkah Malaysia menandatangani Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober lepas, yang antara lain membolehkan saintis negara ini terlibat secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika.

Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara dan negara Islam pertama menyertai perjanjian itu.

Tuanku Mizan, merupakan antara Raja Melayu termuda menaiki takhta sebagai Sultan Terengganu pada usia 36 tahun pada 1988, dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda pada usia 44 tahun selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail yang menjadi Yang di-Pertuan Agong pada usia 41 pada 1961.

Tuanku Mizan, 49, juga menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM yang dipandu pada kelajuan supersonik, iaitu melebihi kelajuan bunyi, selama 45 minit mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada 7 Februari 2011.

Pada 10 Mac 2011 pula, Seri Paduka Baginda menaiki KD Tunku Abdul Rahman, kapal selam negara yang pertama, dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan, serta melakukan simulasi tembakan terhadap sasaran dari kapal selam jenis Scorpene itu.

Tuanku Mizan yang terkenal dengan sikap rendah diri turut meluangkan masa seharian bersama anak-anak kapal bagi merasai kehidupan mereka di dalam kapal selam itu.

Sepanjang pemerintahan baginda, Tuanku Mizan turut membantu mempereratkan hubungan antara Malaysia dan negara luar. Selain menerima kunjungan pemimpin asing, baginda turut mengadakan lawatan ke beberapa negara asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata secara peribadi beliau menghargai keserasian berurusan dengan Tuanku Mizan dalam semua hal.

"Sesungguhnya di bawah pemerintahan Tuanku, urusan berjalan dengan licin dan lancar. Hakikat ini amat dihargai oleh anggota jemaah menteri, yang berasa amat senang dengan peranan Tuanku sebagai ketua negara," katanya pada Sabtu lepas dalam ucapan pada majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim pula dalam ucapannya pada majlis itu berkata selama lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda, Malaysia terus maju dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

"Sesungguhnya, pelbagai dasar dan amalan di bawah gagasan 1Malaysia membuktikan bahawa putik sudah menjadi buah, cita-cita sudah menjadi kenyataan dan didoakan, berkat sentuhan dan naungan Tuanku sebagai payung kedaulatan negara, keadaan ini terus berkekalan jua hendaknya," kata Rais.

Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman yang telah berkhidmat lebih dua tahun dengan Tuanku Mizan, berkata kegigihan yang ditunjukkan oleh baginda perlu diteladani oleh setiap rakyat di negara ini.

"Peringatan berulang kali kepada rakyat agar sentiasa menjaga hubungan baik sesama kaum, hormat menghormati dan bantu-membantu perlu dijadikan amalan bagi menjamin keharmonian negara," katanya ketika ditemui Bernama.

Awang Kechik berkata Tuanku Mizan sering memberi perhatian penuh kepada rakyat apabila setiap jemputan bagi acara-acara melibatkan rakyat sentiasa dipenuhi.

Tuanku Mizan yang mendirikan rumah tangga dengan Permaisuri Raja Nur Zahirah pada 1996, dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, 15, Tengku Mohammad Ismail, 13, Tengku Muhammad Mua'az, 11 dan Tengku Fatimatuz Zahra', 9.

Tuanku Mizan juga aktif dalam bidang sukan terutama sukan kuda lasak dan telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan termasuk di luar negara. - BERNAMA

Daulat Tuanku ... Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke-14

DAULAT TUANKU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Upacara Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berlangsung pagi semalam (13 Disember 2011).

Majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disiarkan secara langsung di TV1 di mana upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di adakan di Istana Negara.

Dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 ini, maka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun. Ini adalah merupakan kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah. Baginda merupakan lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Upacara bermula pada 11.15 pagi (13 Disember 2011) dengan Mesyuarat Majlis Khas Raja-raja ke-227 sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Daulat Tuanku… Daulat Tuanku… Daulat Tuanku…

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia..


Edited from Velasrizal Rodriguez post on Tuesday, December 13

http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/12/upacara-pertabalan-yang-di-pertuan.html

http://muttaqiah.blogspot.com/2011/12/pertabalan-yang-di-pertuan-agong-ke-14.html#

Rover Moot : ECROM 2

"East Coast Rover Moot" (ECROM) akan diadakan :-
TARIKH : 5 - 8 APRIL 2012
TEMPAT : Kem Tengku Muhammad Ismail,Kuala Terengganu, TERENGGANU
PENGLIBATAN : Kelanasiswa IPTA/S, & Ahli Kelana Malaysia
YURAN : RM50 sahaja

Tuesday 13 December 2011

Lensa Keberangkatan Balik Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu


Terima kasih kepada Puan Hamisah Ismail atas kebenaran memuat naik semula foto-foto di atas di weblog ini.

Designed by Najjah Indahart