Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 12 September 2012

KOROBORI PENGAKAP NEGERI TERENGGANU KE -10

Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu.
Tel : 609-662 3100, 609-662 3105
Faks : 609-662 3160
 E-Mail : hqscouttrg@gmail.com

Tema Korobori : EKSPLORASI WARISAN

Tarikh : 01 hingga 04 Oktober, 2012
Pendaftaran : 01 Oktober, 2012 (2.00 – 5.00 petang)
Turun khemah : 04 Oktober, 2012 (2.00 petang)

Lokasi : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu.

Peserta
: Guru Pemimpin dan Pengakap Kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ahli NGO Sekolah Rendah Negeri Terengganu.
: Semua penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap Daerah/ Negeri masing-masing.

Yuran Penyertaan : Pemimpin dan Pengakap Kanak-Kanak adalah RM 40.00 seorang. Meliputi Kit Korobori (Skaf, Lencana Sijil, Kad Aktiviti & Tag Nama), Aktiviti dan pengangkutan program Korobori.

Bayaran : Cek atau Bank Draf atas nama “MAJLIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU”

Keperluan : Semua Kontinjen hendaklah :
a. Menguruskan sendiri pengangkutan terus ke Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin Kuala Terengganu.
b. Bahan dan alatan untuk makan-minum.
c. Khemah dan semua keperluan berkhemah.
d. Ubat-ubatan kontinjen/peribadi.
e. Insuran setiap ahli kontinjen.

Aktiviti : Aktiviti Kemahiran, Litar Berhalangan, Aktiviti Air, Lawatan, Forum, Radio Amatur, Permainan Tradisional, Kraftangan, dsb.
a. Lawatan & Kembara Bandar
b. Permainan & Sukaneka
c. Kraftangan d. Persembahan

Friday 2 March 2012

Selamat Keberangkatan KDYMM Tuanku...


Seluruh Warga Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Hulu Terengganu
merafak sembah serta mengalu-alukan keberangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah
ke daerah Hulu Terengganu
"Daerah di bawah Tasik"
bermula 2 hingga 3 Mac 2012.

Semoga keberangkatan Tuanku berdua akan mendapat keberkatan daripada NYA.

Monday 27 February 2012

YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Tahniah kepada YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman atas perlantikan beliau selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang baru. Majlis mengangkat sumpah ringkas dan penuh bersejarah ini telah dilangsungkan pada 21hb. Februari 2012 jam 4.30 petang, di Rumah BP, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan dihadapan YBhg Ketua Pengakap Negara, Dato Seri Paduka Dr. Haji Shafie Mohd Salleh dan disaksikan oleh kedua-dua Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Awang Zaini Suntim dan Dato Hj Abdul Kadir, hadir sama dimajlis berkenaan Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohd Zaki Nuru-udin.

KURSUS LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA : KEMAHIRAN & JAYA DIRI

JADUAL TENTATIF

Hari Pertama

1430 – 1600 - Pendaftaran dan pembahagian kawasan penginapan (Diri khemah)
1630 – 1800 - Taklimat Program
1800 – 2000 - Persiapan Diri
2100 - Sidang 01(Asas Orienteering)
2330 - Rehat dan tidur

Hari Kedua

0600 - Persiapan Diri
0700 - Senamrobik dan memanaskan badan
0900 - Sidang 02 (Asas Perbarisan / Kawad Tongkat / Tapak Binatang / Bivouac / Simpulan)
1230 - Makan Tengahari
1400 - Sidang 04 (Model Gejet)
1700 - Sidang 05 (Masakan Rimba)
1830 - Penurunan Bendera dan Persiapan Diri
2100 - Sidang 06 (Projek Perintis)
2300 - Rehat dan Tidur.

Hari Ketiga
0600 - Persiapan Diri
0700 - Senamrobik dan memanaskan badan
0900 - Sidang 07 (Sistem Takal / Pengaggaran)
1200 - Majlis Penutup dan Penyampaian sijil
- Majlis Bersurai


PERHATIAN :

Pihak sekolah dimohon berhubung terus kepada urusetia kursus di kem KPTMI secara faks ( 09-6623160 ) atau email ( hqscouttrg@gmail.com ) sebelum 01 Mac 2012

KURSUS LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA : KEMAHIRAN & JAYA DIRI

Tarikh : 08 - 10 Mac 2012 ( Khamis – Sabtu )

Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,

Telaga Batin, Kuala Terengganu.

Pendaftaran : 2.00 – 3.00 petang ( 08 Mac 2012 )

Tamat : 1.00 petang ( 10 Mac 2012 )

Syarat-syarat penyertaan :

1.

Telah berdaftar keahlian tahun 2011

2.

Yuran Penyertaan RM 40.00 seorang. ( Makan-minum 3 kali sehari, Buku Catatan/log, Lencana Kemahiran dan Sijil.)

3.

Bayaran Tunai atau cek kepada Majlis Pengakap Negeri Terengganu.

4.

Sihat tubuh badan.

5.

Membawa khemah sendiri / mengikut daerah / sekolah. ( berkongsi )

6.

Alas tidur ( tikar atau roll-mat ) dan pakaian tidur.

7.

Alat tulis.

8.

Setiap peserta diminta membawa tali untuk simpulan 2 meter.

9.

Pakaian seragam lengkap.

10.

Pakaian untuk sembahyang.

11.

Pakaian dan kasut untuk aktiviti lasak.

12.

Alat mandian secukupnya. (berus & ubat gigi, sabun)

13.

Selipar

14.

Alatan untuk membuat gejet dan mendirikan khemah.( Parang, gergaji dan tali )

15.

Lain-lain alatan yang difikirkan perlu.

Catatan:

16.

Peserta akan dibahagi mengikut patrol ( 10 orang satu patrol )

17.

Khemah perlu didirikan dan gajet perlu dibina.

18.

Setiap patrol WAJIB menyediakan satu kawasan perkhemahan yang lengkap mengikut taraf perkhemahan



Designed by Najjah Indahart