Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday, 6 March 2014

Skim Latihan lencana PM : Lencana Usaha : Lagu Rasmi Negeri Terengganu

Lagu Selamat Sultan

Allah Daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman

Allah Peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman

Allah Rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah Rakyat Aman


Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.

Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami
Sultan Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera dua laki isteri

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri

Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri

Allah perliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri

Pada tahun 1989, Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Hj. Awang ) telah mencadangkan supaya senikata lagu " Selamat Sultan " diubahsuai. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa seramai 8 orang yang diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B. Setia Wangsa ) bagi mengkaji semula senikata lagu ‘ Selamat Sultan ’. Sebahagian senikatanya didapati kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikuti bahasa Istana. Jawatankuasa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas senikata lama lagu tersebut.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni berkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan yang terus dinyanyikan sehingga kini.

Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Kebangsaan_Terengganu

Designed by Najjah Indahart