Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday, 31 May 2009

Gambar Perasmian Jambori Melaka 2009

Saturday, 30 May 2009

Pertandingan Kawad (SR) Peringkat Negeri Terengganu 2009

30 Mei 2009 (Sabtu) : Sejumlah 16 pasukan kawad (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan) dari seluruh negeri Terengganu berkumpul untuk Pertandingan Kawad (SR) Peringkat Negeri Terengganu 2009. Penyertaan adalah terdiri daripada Pasukan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Lokasi pertandingan adalah bertempat di SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu.






Wednesday, 27 May 2009

Jambori Melaka Warisan Dunia ke-7 ... Info Kontinjen Terengganu

Kekuatan Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu mengikut daerah:
  • Kuala Terengganu - 169 orang
  • Kemaman - 40 orang
  • Hulu Terengganu - 29 orang
  • Dungun - 38 orang
  • Marang - 15 orang
  • Besut - 37 orang
  • Setiu - TIADA
  • Jumlah Keseluruhan - 328 orang

Ketua Kontinjen : YM Tengku Mohd Razali Tengku Ngah, Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Latihan) Negeri Terengganu

Jambori Melaka Warisan Dunia ke-7 ... Info Kontinjen Terengganu (QUBERSCOUT)



Senarai Nama Peserta dari QUBERSCOUT:
  1. HAFIZ AKRAM BIN MOHD GHANI - SM IMTIAZ KUALA BERANG
  2. WAN AHMAD AIMAN BIN WAN MOHAMAD NOOR - SM IMTIAZ KUALA BERANG
  3. MUHAMAD FARIS ZAKWAN - SM IMTIAZ KUALA BERANG
  4. MOHAMED SHAHRUL NEEZA - SM IMTIAZ KUALA BERANG
  5. MOHAMAD FAIRUZ BIN ISMAIL - SM IMTIAZ KUALA BERANG
  6. MUHAMAD FAQIUNIZAM BIN MOHD YASIN - SM IMTIAZ KUALA BERANG
  7. TON MOHD HALIM BIN YUSOF - SMK KUALA JENDERIS
  8. LIZAWATI BINTI SAMSUDIN - SMK MATANG
  9. SITI SYUHADA BINTI JAAFAR SIDEK - SMK MATANG
  10. SAFINAAH BINTI A. BAKAR - SMK MATANG
  11. SITI AISHAH BINTI MUSA - SMK MATANG
  12. FATIN IZZATI BINTI SULAIMAN - SMK MATANG
  13. NORAIN DASHIMA BINTI JUSOH - SMK MATANG
  14. SITI NOR AZIZAH BINTI ABDULLAH - SMK MATANG
  15. MOHAMAD ASFA ASYRAAF BIN AFIZI - SMK MENERONG
  16. MOHAMAD HAZLIN BIN PAWI - SMK MENERONG
  17. NURU FAKI SHUHADA BINTI HARUN - SMK MENERONG
  18. NUR NAJAH SOLIHAH BINTI KHAIRUL ANUAR - SMK MENERONG
  19. NURUL SYUHADA BINTI MADERI - SMK MENERONG
  20. ZAINIE BINTI IBRAHIM - SMK MENERONG
  21. ROSMARIAN BINTI HASAN - SMK MENERONG
  22. SYAHIDA AINUL BINTI A. MANAN - SMK MENERONG
  23. MUHAMMAD BAHARI UDIN BIN USUF - SMK MATANG
  24. SHIKH MOHAMAD LOKMAN BIN SHIKH YUSOF - SMK MATANG
  25. MOHAMAD SOLLEHUDIN BIN ALIAS - SMK MATANG
  26. NOOR FARAH HANI BINTI IBRAHIM - SMK MATANG
  27. FATIN NADIRA BINTI ABD. RAHMAN - SMK MATANG
  28. SHAHRUL AZWAN BIN SUFIAN - SMK MATANG
  29. WAN NOR SUFIAH BIN TUN ABD. MANAN - SMK MATANG

Senarai Nama Pemimpin dari QUBERSCOUT:

  1. ROSLEY BIN MAT HASAN -PPPN - SK BUKIT GEMUROH
  2. AZMAN BIN ARIFFIN - PPPD - SM IMTIAZ KUALA BERANG
  3. SAHARUDDIN BIN A. WAHAB - PPPD - SMK MENERONG
  4. MOHD ROSIDI BIN SULAIMAN -PEMIMPIN - SK CHETING
  5. ABDUL SALIM BIN ADAM - PPPD - SK SUNGAI BERUA
  6. ZAINUDDIN BIN A. RAHMAN - PPPD - SMK MATANG
  7. ZAINAL ABIDIN BIN TAHA - PPPD - SMK MATANG
  8. MOHD ZUBER BIN ABDULLAH - PPPD - SK AJIL
  9. MOHD SUKREE BIN YUSOF - PEMIMPIN - SMK KUALA JENDERIS
  10. ABDUL MALIK BIN ALI - SUK MPDHT - SMK KUALA JENDERIS
  11. ZAINAL ABIDIN BIN ALI - PPPD - PPD HULU TERENGGANU
  12. AHMAD YUSRI BIN MUSTAFA - PPPD - SK FELDA JERANGAU BARAT
  13. MOHD YUSSAZRI BIN YUSOF - PPPD - SK KUALA JENDERIS
  14. ROZLI BIN ABDULLAH - PPPD - PEJABAT DAERAH & TANAH KEMAMAN
  15. MOHD TARMIZIE BIN ALIAS - PEMIMPIN - SMK TENGKU AMPUAN INTAN (PRAKTIKAL UPSI)
  16. MOHD FADLI BIN MAT KASSIM - PEMIMPIN - JKR KUALA BERANG (PRAKTIKAL)

Info Sihat ... INFLUENZA A (H1N1)

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web www.moh.gov.my dan www.who.int.

Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?

Tidak

Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

•SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
•Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
•Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
•Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
•Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

•Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.
•Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

•Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
•Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
•Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.
•Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.
•Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
•Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

Monday, 25 May 2009

Jambori Melaka Warisan Dunia ke-7

Seramai 29 orang ahli Pengakap Muda dan Remaja akn bertandang ke Tapak Perkhemahan Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka. Rombongan ini juga akan disertai oleh seramai 6 orang guru pengiring dan juga 7 orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu. Rombongan akan bertolak pada jam 10.00 pagi 29 Mei 2009 nanti. Kontinjen ini akan diketuai oleh Encik Abdul Malik bin Ali, Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu.

Friday, 22 May 2009

Jambori Melaka ke-7

Nantikan kontinjen Pengakap Negeri Terengganu (QUBERSCOUT) ke tapak Jambori....

Monday, 18 May 2009

PROGRAM MENCANDAT SOTONG


Program Mencandat Sotong Anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu melalui TM Event yang akan diadakan pada 30 Mei 2009 untuk sirkit ke 2.

Program ini akan bermula dijeti Pulau Duyung sebagai tempat berkumpul dan seterusnya akan ke laut dalam sekitar jam 5.00 Petang.

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Negeri Terengganu sekali lagi diberi penghargaan bagi mengendalikan Program tersebut.
Mana-mana rakan-rakan ham yang berkelapangan pada masa tersebut dipelawa untuk menjadi marshal pada program tersebut.

Dan mana yang berminat boleh menghubungi 9W2CHK-o129227262

Lagu Pengakap:THE MORE WE GET TOGETHER & BURUNG HANTU

THE MORE WE GET TOGETHER

The more we get together
Together Together
The more we get together
The happier will be

For your friends are my friens
And my friends are your friends
The more we get togther
The happier will be

Lagi kita berkumpul
Berkumpul Berkumpul
Lagi kita berkumpul
Gembira hati

Kawanmu kawanku
Kawanku kawanmu
Lagi kita berkumpul
Gembira hati



BURUNG HANTU

Matahari terbenam
Hari mulai malam
Terdengar burung hantu
Suara sungguh merdu
Kuku Kuku Kuku Kuku Kuku (2 x)

Saturday, 16 May 2009

2nd JAMBOREE ON THE AIR, MALAYSIA


1500hrs 15hb Mei – 1700hrs 17hb Mei 2009

Matlamat jangka panjang program ini antara lainnya:

  • Melahirkan Pengakap yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang komunikasi radio.
  • Mempunyai pasukan Pengakap yang berkemahiran dan Selalu Sedia untuk membantu kerja-kerja sukarela dalam bidang komunikasi terutama ketika bencana.
  • Memastikan penyertaan aktif Pengakap Malaysia dalam JOTA setiap tahun.
  • Menaikkan imej Pengakap Malaysia pada pandangan mata masyarakat dunia.
Cadangan Aktiviti
Berbagai program dan aktiviti boleh dijalankan sempena JOTA walaupun pada asasnya, perhubungan radio adalah teras kepada aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan adalah:

Rumah Terbuka JOTA

  • Stesen beroperasi di sekolah atau tempat yang di tetapkan
  • Jemputan kepada semua pasukan berunifom yang lain dan juga orang awam (ibu bapa/ keluarga)
  • Adakan Pameran berkenaan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
  • Adakan Ceramah Pengenalan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
  • Adakan permainan berkaitan Radio Amatur
  • Tidak Bermalam

Perkhemahan JOTA

  • Adakan perkhemahan.
  • Bermalam
  • Aktiviti dan permainan berasaskan komunikasi
  • Komunikasi Radio Amatur (Kod Q dan lain-lain)
  • Komunikasi Bendera Semaphore
  • Komunikasi Kod MORSE
  • Dan sebagainya
  • Pertandingan berasaskan perkara di atas
  • Ceramah berkenaan radio amatur
  • Tayangan video berkenaan radio amatur
  • Perhubungan di setiap waktu (malam, awal pagi, pagi, tengahari, petang)
  • Jemputan kepada pasukan berunifom lain
  • Jemputan kepada ibubapa dan orang awam
  • Aktiviti kepengakapan yang lain – ujian lencana dan sebagainya.

Lawatan ke stesen radio amatur

  • Dalam kumpulan yang kecil
  • Membuat temujanji dengan pemegang lesen radio amatur
  • Berkunjung ke rumah beliau ketika JOTA berlansung
  • Membawa dokumen penerangan ini untuk ditinggalkan sesalinan kepada beliau
  • Mempelajari dengan bertanya kepada beliau tentang radio amatur
  • Mencuba berkomunikasi dengan kebenaran beliau
  • Bersopan, berunifom penuh dan peka terhadap adap-adap menjadi tetamu
  • Mengucapkan terima kasih, membawa cenderahati


JOTA Asia Pacifik

0000hrs 1hb Ogos – 2359hrs 2hb Ogos 2009

JOTA Dunia

0000hrs 17hb Oktober – 2359hrs 18hb Oktober 2009

Friday, 15 May 2009


16 Mei ... Hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


TEMA HARI GURU

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOKASI SAMBUTAN



14 Mei ... Hari Belia

Perspektif: Hari Belia mesti pertingkatkan isi, makna
Friday, 18 May 2007

Bersama Saifuddin Abdullah
saifuddin61@yahoo.com

PADA 15 Mei ini, sekali lagi kita merayakan Hari Belia Negara. Tidak semua negara mempunyai hari khusus untuk belia. Bagi yang ada, kebanyakannya bermula sejak 1985, iaitu tahun diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Tahun Belia Antarabangsa. Tetapi, kita merayakannya lebih awal.

Tanggal 15 Mei dipilih bersempena penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 1964, iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu. Bagi kita, ia bukan saja setakat hari belia, tetapi perayaan Hari dan Minggu Belia Negara, malah, ada sesekali, ia disambut sebagai Hari dan Bulan Belia Negara.Kini, pada peringkat antarabangsa, terdapat Hari Belia Asean pada 8 Ogos, iaitu bersempena penubuhan Asean dan Hari Belia Sedunia pada 12 Ogos, iaitu bersempena Persidangan Sedunia Menteri-Menteri Belia Yang Pertama anjuran PBB pada 1998. Kita menganjurkan Hari dan Minggu Belia Negara sebagai lambang perpaduan di kalangan belia, untuk menyuarakan pandangan gerakan perjuangan belia dan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap belia.

Program utama dan kemuncak perayaan Hari dan Minggu Belia Negara ialah Perhimpunan Hari Belia Negara pada peringkat kebangsaan. Ia dianjurkan bersama dua pihak berkepentingan utama pembangunan belia negara, iaitu KBS yang mewakili kerajaan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili belia.


Pada dekad 70-an, penganjuran perhimpunan ini lebih diketuai MBM. Tetapi, mulai dekad 80-an, ia dianjurkan secara bersama oleh KBS-MBM, walaupun dalam banyak keadaan, mungkin kerana persoalan kewangan, ia lebih diketuai KBS. Kadang-kala, perjalanannya seakan-akan diketuai syarikat pengurusan acara.

Sesekali, MBM membuktikan kemampuannya menganjurkan perhimpunan sendiri, tetapi tidak mengetepikan KBS atau menswastakannya. Contohnya, Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru pada 2001 yang dihadiri 17,000 orang belia dan dirasmikan Perdana Menteri serta disiarkan secara langsung oleh RTM.

Peserta Perhimpunan Hari Belia Negara terdiri daripada ahli badan gabungan MBM (pertubuhan pelajar, pertubuhan belia berasaskan agama, pertubuhan belia berasaskan sosioekonomi, pertubuhan pakaian seragam dan Majlis-Majlis Belia Negeri), pelbagai jenis persatuan belia lain, institusi pengajian tinggi (IPT) dan sebagainya. Ia juga dihadiri seluruh warga KBS dan wakil pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri, badan berkanun, pihak swasta dan lain-lain. Tetamu kehormatnya ialah Perdana Menteri.

Acara tradisi perhimpunan ini terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pertama, ucapan aluan Presiden MBM, Menteri Belia dan Sukan dan ucapan perasmian Perdana Menteri. Kedua, ikrar belia dan ketiga, penyampaian Anugerah Belia Negara (ABN).

Pada perhimpunan 1997, Presiden MBM tidak diberi peluang berucap sebelum Menteri KBS dan Perdana Menteri berucap, tetapi dibenarkan menyampaikan ucapan terima kasih selepas Perdana Menteri selesai berucap. MBM menentang cara ini, lalu seluruh Exco MBM tidak menghadiri perhimpunan itu sebagai tanda protes dan menghantar presidennya sebagai tanda hormat kepada Timbalan Perdana Menteri yang mewakili Perdana Menteri ketika itu.

Ikrar belia disediakan MBM. Tetapi, pernah ia hendak dipinda pihak lain dengan memadamkan perkataan ‘keadilan’ dalam ikrar itu dengan alasan ia sama dengan nama sebuah parti pembangkang. Pihak itu lupa yang perkataan itu sebahagian daripada slogan MBM sejak lama, iaitu ‘Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan’.Adakalanya Anugerah Belia Negara disampaikan pada majlis berasingan. Contohnya, ia pernah diadakan pada 5 Disember, iaitu bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa. Kali ini, ia diadakan pada 9 Jun ini.

Anugerah ini amat penting kerana ia pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap kejayaan belia, sama ada secara individu atau berpersatuan dalam pelbagai bidang. Malaysia antara negara paling awal mengadakan program ini. Banyak anugerah belia di negara lain adalah mengambil teladan daripada kita.

Kisah kejayaan ini perlu didokumentasikan dan disebarkan seluas-luasnya. Ia dapat menjadi rujukan dan sumber inspirasi generasi masa depan. Penerima anugerah ini sepatutnya dijadikan ikon atau duta belia yang sebenarnya, kerana mereka terbabit dan berjaya dalam pembangunan belia.

Satu masa dulu, iaitu sehingga zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri di KBS, anugerah ini dikenali Anugerah Kurnia Belia Jaya (KBJ). Hadiah utamanya adalah untuk persatuan belia paling aktif. Pernah pengumuman pemenangnya dibuat pada majlis Pelancaran Hari dan Minggu Belia Negara yang dilakukan menteri di tempat pemenang, manakala penyampaiannya dilakukan di perhimpunan.

Lazimnya, perhimpunan ini diadakan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ia pernah diadakan di Pahang (2000), Perak (2001), Melaka (2002) dan Selangor (2005). Kali ini, ia diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Satu daripada kebaikan perhimpunan ini diadakan di negeri ialah memberi peluang kepada belia negeri itu untuk terbabit secara langsung dari segi menjadi tuan rumah, penganjur dan peserta. Belia Lembah Klang sudah biasa dengannya.

Di samping itu, kerajaan negeri berpeluang menjadi penganjur bersama dan menyediakan peruntukan tambahan. Antara kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan terbesar ialah Perak, iaitu ketika perhimpunan ini diadakan di Ipoh pada 2001. Perhimpunan itu juga memegang rekod kehadiran peserta teramai, iaitu 30,000 orang.

Perhimpunan peringkat kebangsaan diikuti dengan perhimpunan peringkat negeri. Namun, ada sesetengah negeri menganjurkannya pada tarikh amat lewat. Sepatutnya, ia dituruti perhimpunan peringkat daerah. Tetapi, ia jarang berlaku. Oleh kerana ia perayaan seminggu, maka banyak program sampingan dianjurkan. Program intelektual tradisi diketuai MBM, iaitu Konvensyen Belia Negara, mungkin kerana kurang peruntukan, dianjurkan sebagai sidang meja bulat.

KBS dan MBM masing-masing pernah mengetuai penganjuran program belia antarabangsa membabitkan peserta luar negara sebagai program tradisi perayaan ini. Malangnya, ia tidak dianjurkan secara berkala atau konsisten.Ironisnya, di sebalik kita menjadi Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (WAY), Presiden Majlis Belia Asia (AYC) dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Kerjasama Belia Asean (CAYC) sejak sekian lamanya, malah kita menubuhkan AYC dan antara menubuhkan WAY, tetapi belum mempunyai sebuah program belia antarabangsa yang konsisten dan terkenal di dunia.

Sebaliknya, negara tidak menguasai pertubuhan belia antarabangsa, misalnya, Korea Selatan terkenal dengan Perkhemahan Belia Antarabangsa Musim Sejuk, manakala Jepun terkenal dengan Program Kapal Belia Asean. Perayaan kali ini amat signifikan kerana ia bersempena 50 tahun negara kita merdeka.

Kita perlu bermuhasabah bagi meningkatkan isi dan maknanya. Ia penting supaya benar-benar berisi dan bukannya sekadar mengisi ruang yang ada, serta benar-benar bermakna bagi semua dan bukannya sekadar bermakna bagi pihak tertentu saja.

Selamat menyambut Hari Belia Negara.

INTI PATI
Sejarah Hari Belia

Tanggal 15 Mei Malaysia merayakan Hari Belia Negara. Dipilih sempena penubuhan Kementerian Belia dan Sukan pada 1964.

Program utama, kemuncak perayaan Hari dan Minggu Belia Negara ialah Perhimpunan Hari Belia Negara pada peringkat kebangsaan.

Peserta Perhimpunan Hari Belia Negara ialah ahli badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), persatuan belia, institusi pengajian tinggi, manakala bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan adalah kementerian dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri, badan berkanun serta pihak swasta.

Acara tradisi perhimpunan mempunyai tiga komponen utama.


Penulis ialah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)
Dipetik dari:

12 Mei ... Hari Jururawat

Florence Nightingale

12 Mei setiap tahun merupakan Hari Jururawat Sedunia. Kepada seluruh jururawat, Selamat Hari Jururawat saya ucapkan. Saya doakan semoga kalian terus kuat bekerja untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Jadikan profesion kejururawatan ini sebagai lapangan untuk kalian beramal kepada masyarakat dan agama. Contohilah Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910), yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita, adalah perintis kepada kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya “panggilan tuhan”, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya.

Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.
Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.
Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Dia menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia. Berkhidmat Untuk Semua..


10 Mei ... Hari Ibu





Di Malaysia dan sebahagian besar negara lain pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Ibu. Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.




Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).




Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".




Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.

Dipetik dari:
http://blog.azhad.com/2007/05/hari-ibu.html

Thursday, 14 May 2009

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Wednesday, 13 May 2009

LIRIK: DI SINI SENANG DAN SAYONARA

DI SINI SENANG

Di sini senang
Di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang
Di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Saudara saudari
la la la la la la la

SAYONARA

Sayonara sayonara }
Hingga berjumpa lagi } 2X

Sayonara sayonara }
Sampai berjumpa lagi } 2X

Buat apa susah (2X) }
Susah itu tak ada gunanya} 2X

Ingat-ingat itu remember
Jangan lupa itu dont forget
Saya sayang itu I love you
hanya dikau only you

Monday, 11 May 2009

Logo Hari Guru 2009 serta Ikrar Hari Guru




Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Link ke Web Rasmi Sambutan Hari Guru 2009:

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Download lagu:
http://www.moe.gov.my/hariguru/docs/guru_pembina_negara_bangsa.mp3

Kenangan ... Kursus Kepimpinan Manik Kayu PKK (Peringkat 1)








Designed by Najjah Indahart