Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 26 April 2009

PERHIMPUNAN RAKSASA PENGAKAP

KUALA LUMPUR 17 April - Kira-kira 5,000 pemimpin pengakap dari seluruh negara akan menghadiri sambutan 100 tahun Kepengakapan di Malaysia di Stadium Negara pada 25 April ini.
Perhimpunan raksasa anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia itu adalah julung kali diadakan di negara ini.
Perhimpunan itu bakal dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Perhubungan Awam Persekutuan Pengakap Malaysia, Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, antara objektif perhimpunan itu adalah untuk menggabungkan ahli pengakap dari segenap lapisan termasuk kanak-kanak, remaja, belia dan para pemimpin badan beruniform lain.“Perhimpunan yang akan turut dihadiri oleh beberapa wakil luar negara itu juga bertujuan untuk mengingati dan menghargai jasa serta perjuangan pengakap selama 100 tahun yang lalu,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Katanya lagi, antara aktiviti yang dirancang termasuk pameran 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia yang akan dibuka selepas tiga hari kepada orang ramai bermula 23 April.
Selain itu, beliau berkata, perhimpunan itu turut menyajikan persembahan tarian tradisional gabungan ahli pengakap kanak-kanak dan pengakap muda beserta paluan kompang.
”Orang ramai dialu-alukan menyertai perhimpunan itu di samping melihat dan mengetahui asas dan hala tuju pertubuhan ini sejak 100 tahun yang lalu dengan lebih dekat lagi,” katanya.
Selain itu, menurut Irmohizam, Persekutuan Pengakap Malaysia adalah pertubuhan beruniform tertua di negara ini.
Dipetik:
http://notashabery.com/shabery/

No comments:


Designed by Najjah Indahart