Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 17 February 2013

PERKHEMAHAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA 2013

LENCANA KEAHLIAN (VIRGIL) & LENCANA KEMAHIRAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan kursus tersebut di atas seperti mana berikut :
  • Tarikh : 28 Februari hingga 02 Mac 2013 (Khamis hingga Sabtu)
  • Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.
  • Pendaftaran : 2.00 – 3.00 petang ( 28 Feb 2013 )
  • Tamat : 1.00 petang ( 02 Feb 2013 )


3. Dalam kursus ini semua peserta akan dilantik sebagai seorang Ahli Pengakap Kelana (Majlis Virgil). Seterusnya mereka akan diberi kemahiran membuat simpulan, ikatan, projek pioneering pengakap, orienteering, penganggaraan, ikhtiar hidup dan diakhirnya para peserta akan dapat memakai Lencana Kemahiran.

4. Semua Ahli Pengakap Kelana (lelaki dan perempuan) daripada daerah tuan ditawarkan menyertai kursus ini. Semua peserta yang berminat diminta mendaftar terus ke sekretariat PPMNT beralamat di atas bagi menyertai kursus ini.

5. Tarikh tutup penyertaan bagi kursus pada 21 Februari 2013.

6. Sila hubungi Haji Othman bin Ismail (019-9135366), En. Mohd Rosdi bin Abd. Razak (013-9305169) Pen. Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana atau En Amir Rudin bin Awalludin (09-6623100) sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut.


Haji Othman bin Ismail, AMZ.,AMT., PJK. ,lt.
Pengarah
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
b.p. Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.


Edited by Aqela Quberscout

No comments:


Designed by Najjah Indahart