Adalah dimaklumkan
bahawa semua Pemimpin Kumpulan Pengakap bertanggungjawab memastikan pendaftaran
kumpulan dan keahlian setiap ahli pengakap masing-masing bagi tahun 2013 dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Kaedah Pembayaran :
Semua pemimpin
kumpulan hendaklah mendaftarkan semua ahli dengan mengisi borang yang
disediakan serta menjelaskan bayaran terus ke dalam akaun Majlis Pengakap Daerah
Hulu Terengganu. Untuk keterangan lanjut,
sila hubungi:
- Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar (Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu), Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
- Encik Abdul Malik bin Ali (SMK Kuala Jenderis), Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu
- Encik Yusof bin Endut (SK Tengku Ampuan Intan), Bendahari Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu
Kadar bayaran
pendaftaran bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah
seperti berikut:
- Kumpulan: RM 10.00 (*Hanya kepada kumpulan baharu ditubuhkan)
- Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja & Pendidikan Khas : RM3.00
- Ahli Pengakap Kelana: RM5.00
- Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00
Tarikh tutup
pendaftaran ialah selewat-lewatnya pada 30
Jun 2013.
Dengan penjelasan di
atas, kerjasama dan tindakan awal daripada semua pihak untuk menjalankan
pendaftaran kumpulan dan ahli masing-masing adalah amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.