Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday, 24 December 2016

Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kamarudin Kachar meninggal dunia


20 Disember 2016 - KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kolonel Profesor Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar, 83, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 malam ini.

Menurut anak lelaki Allahyarham, Khairul Annuar, 55, bapanya yang menghidap sakit jantung, dimasukkan ke pusat perubatan itu dua minggu lepas.

“Allahyarham berada dalam keadaan tenang sejak pagi namun mula tidak sedarkan diri malam ini,” katanya ketika ditemui Bernama di IJN di sini malam ini.

Khairul Annuar berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kediamannya di Sungai Ramal, Kajang malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal pagi Rabu.

Allahyarham yang juga Presiden Pertubuhan Sedunia Melayu-Polynesia dan bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), meninggalkan isteri Datin Seri Che Tom Osman, 80, dan empat anak.

Awal tahun ini Allahyarham yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun ke-68 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Dekan Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Timbalan Naib Canselor dan Pemangku Naib Canselor UPM sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Biro Tata Negara.


Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara, Dekan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah dan Naib Canselor Unisel. -
Bernama


No comments:


Designed by Najjah Indahart