Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 27 November 2007

KOROBORI DAERAH HULU TERENGGANU 2007

Para peserta sedang diberikan taklimat oleh Encik Abdul Salim bin Adam, Ketua Perkhemahan
28 - 30 Oktober 2007 : Korobori Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007 telah dilaksanakan di SK Sungai Berua, Kuala Berang. Seramai 70 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak dari seluruh daerah telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini juga telah turut disertai oleh 6 orang murid dari golongan orang asli yang bersekolah di SK Sungai Berua. Perkhemahan ini telah diketuai oleh Encik Abdul Salim bin Adam, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Persaudaraan BP) Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan salah seorang warga pendidik di sekolah berkenaan.
Encik Hassan sedang menerangkan cara memasang jerat dan kegunaannya kepada peserta
Para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dunia kepengakapan serta beberapa aktiviti yang berkaitan komuniti sekitar seperti menyumpit dan memasang jerat yang menggunakan kepakaran penduduk tempatan. Di samping itu juga peserta juga diberi peluang untuk menggunakan radio amatur yang dikendalikan oleh Encik Zainal Abidin Ali, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Komunikasi) Daerah Hulu Terengganu.

Encik Salim memerhatikan salah seorang peserta yang sedang menyumpit sasaran
Perkhemahan ini telah disempurnakan majlis penutupnya oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu. Beliau menyifatkan Korobori ini berjaya merapatkan jurang pemisah antara ahli Pengakap dari golongan orang asli dengan ahli Pengakap lain. Di samping itu juga membuka peluang para peserta berinteraksi antara satu sama lain.
Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Haji Othman Ismail bersama salah seorang peserta dari SK Sungai Berua.

No comments:


Designed by Najjah Indahart