Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday, 7 July 2008

ASAL USUL KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... Satu Catatan Peribadi

Kempori Pengakap Quber 2008 "Bandar di bawah Tasik" adalah kesinambungan dari siri perkhemahan yang sebelum ini dikenali sebagai KEM PERDA Hulu Terengganu. KEM PERDA telah diadakan sebanyak 2 kali (pada ingatan AKELA). Kali terakhir diadakan KEM PERDA ialah pada tahun 1998 bertempat di Kem Pengakap Daerah Hulu Terengganu, Kampung Belukar Bukit, Ajil, Terengganu. Penyertaan KEM PERDA sebelum ini adalah secara tertutup dan hanya beberapa kumpulan sahaja dari luar dijemput bersama.
Namun begitu oleh kerana kem berkenaan masih lagi belum dibangunkan, maka Kempori Pengakap Quber 2008 telah beralih lokasi ke Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Lokasi ini dikira memenuhi kriteria untuk diadakan bertaraf kebangsaan dan juga antarabangsa. Taman Pertanian Negeri, Sekayu mampu menampung seramai 2000 orang peserta dalam satu masa.
Idea asal untuk mengembangkan KEM PERDA menjadi Kempori Pengakap Quber 2008 adalah berdasarkan untuk mengaplikasikan ilmu serta pengalaman yang telah diperolehi pemimpin-pemimpin Pengakap Hulu Terengganu di dalam beberapa acara besar sama ada Jambori, Kempori dan juga Korobori.
Berdasarkan itu juga, berbekalkan pengalaman yang tidak seberapa di beberapa acara seperti:
  • Jambori Selangor 1996, Taman Rimba Templer Park, Selangor
  • Jambori Asia Pasifik ke-18/Malaysia ke-9, Besut, Terengganu
  • Korobori Pengakap Negeri Terengganu 2003, TPNS, Kuala Berang, Terengganu
  • Jambori Malaysia ke-11, Ulu Bendul, Negeri Sembilan
  • Kempori Muhibbah kali ke-14, Taman Rimba Kiara, Kuala Lumpur

Pemimpin-pemimpin Pengakap Hulu Terengganu telah bersatu hati untuk mengadakan serta menganjurkan Kempori tersebut. Kempori ini telah berjaya mendapat sokongan yang padu dari banyak pihak terutamanya dari Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Harapan kami, semoga Kempori Pengakap Quber akan dapat diadakan setiap dua tahun sekali sebagai memenuhi kehendak serta sebagai acara sokongan pelancongan di negeri Terengganu. Harapan kami juga, semoga satu hari nanti akan lahir Jambori Negeri Terengganu yang pertama.

No comments:


Designed by Najjah Indahart