Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday, 31 July 2008

SELAMAT HARI PAHLAWAN ... 31 JULAI

SUDUT MINDA KETUA PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA


1. Veteran ATM tergolong kepada 4 kategori iaitu kaya, senang, susah dan dhaif.

Kategori ini saya berikan berasaskan status sosioekonomi mereka setelah meninggalkan perkhidmatan ATM. Pengkelasan ini berguna untuk Jabatan ini merangka program yang bersesuaian dengan mereka, kerana saya pasti setiap mereka memerlukan sokongan ataupun bantuan yang berlainan. Dan ada di antara mereka tak memerlukan sebarang bantuan langsung.

Kategori kaya adalah mereka yang tidak memerlukan apa-apa bantuan dari JHEV ataupun Kerajaan. JHEV perlu mendekati mereka agar mereka dapat bersama-sama dengan Jabatan ini untuk menyumbang idea dan sokongan moral bagi menjayakan aktiviti-aktiviti JHEV. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk membantu dan membimbing Veteran ATM yang lain dari segi sumbangan kebajikan dan mendapatkan pekerjaan. JHEV menghargai sumbangan mereka ini.

Kategori senang adalah mereka yang boleh dikatakan sedang berkembang di dalam bidang karier kedua di dalam persaraan, samada bekerja sendiri ataupun makan gaji. Mereka sebenarnya sudah selesa dan boleh berdikari. Bantuan Jabatan ini kepada mereka sekiranya perlu adalah dari segi peningkatan kemahiran atau menemukan jaringan baru perniagaan bagi memantapkan status ekonomi mereka. Saya ingin melihat dan sedia membantu mereka ini meningkat ke tahap kategori kaya supaya mereka mempunyai kemampuan untuk membantu Veteran ATM yang lain.

Kategori susah pula bolehlah digolongkan kepada mereka yang telah sedia mempunyai pendapatan tetapi memerlukan peningkatan kemahiran sedia ada ataupun kemahiran baru sebagai tambahan, untuk melengkapkan nilai pasaran mereka. Mereka yang termasuk di dalam kategori ini ialah kontraktor-kontraktor kecil dan juga para pekerja yang ingin meningkatkan keupayaan diri dan syarikat. Mereka ini sekiranya diberi masa, bimbingan dan bantuan-bantuan tertentu boleh meningkat ke tahap kategori senang.

Kategori dhaif adalah mereka yang tidak mampu mendapatkan sumber pendapatan yang mencukupi untuk menyara diri dan keluarga. Mereka ini mungkin terlalu tua untuk bekerja ataupun mengidap penyakit yang membuat mereka tidak terdaya untuk bekerja. Mereka ini akan dibantu melalui Skim Kebajikan dan Pendidikan JHEV. Jabatan ini sedang meneliti program-program yang boleh memulihkan Veteran ATM dalam kategori ini untuk hidup dengan lebih selesa lagi.

2. Perubahan Rayuan Hari Pahlawan kepada Peringatan Hari Pahlawan

Mulai tahun ini (2004), Rayuan Hari Pahlawan (RHP) ditukarkan kepada Peringatan Hari Pahlawan (PHP) atas pertimbangan bahawa masyarakat seharusnya dikembalikan semula kepada semangat sambutan Hari Pahlawan yang diadakan setiap 31 Julai.
Sambutan Hari Pahlawan, bertujuan agar masyarakat umum memperingati pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban bagi mengekalkan keamanan negara sehingga negara dapat dibangunkan secara lancar dan setiap rakyat dapat mengecapi kemakmuran.

Dari tahun 2003, kita sudah mula mengadakan program patriotik bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan, di mana sasaran utama adalah generasi-generasi muda agar mereka terus mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi terhadap tanah air mereka.
Berasaskan perkembangan-perkembangan ini, JHEV merasakan pendekatan program bersempena Hari Pahlawan seperti RHP perlu juga menjuruskan kepada penyegaran semula nilai-nilai pengorbanan kepada negara.

Dengan mengekalkan nama PHP, ianya memberikan imej bahawa sambutan Hari Pahlawan sebagai bermulanya kempen meminta derma dari orang ramai dan imej sebegini pada pandangan saya adalah satu imej negatif yang perlu dikikiskan.

Kita tidak menafikan adanya segolongan bekas-bekas tentera yang dhaif dan memerlukan bantuan kewangan dari masyarakat. Namun, kita berpendapat bahawa Hari Pahlawan perlu dikembalikan kepada matlamat asalnya, manakala bantuan kepada yang memerlukan seharusnya dibuat melalui saluran-saluran lain, misalnya melalui Yayasan Veteran ATM yang diseliakan oleh Jabatan saya.

3. Cadangan Menjadikan PBTM Sebagai Badan NGO Teras Kepada Veteran ATM

Saya mengakui bahawa kebebasan berpersatuan diperuntukkan melalui Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini, terdapat 17 NGO yang berteraskan ATM berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Saya juga mengakui bahawa NGO-NGO yang ada mempunyai potensi untuk berperanan sebagai saluran bagi menghubungkan JHEV dan Veteran ATM memandangkan NGO berada bersama-sama Veteran ATM di peringkat akar umbi. JHEV sendiri dengan hanya 9 cawangan negeri tidak akan mampu memberi perkhidmatan berkesan kepada Veteran ATM, tanpa mendapat dokongan dan sokongan dari pihak NGO.

Tetapi kita harus juga maklumi bahawa di sebalik hakikat berpersatuan lebih baik dari berseorangan, terdapat juga hikmah bahawa mempunyai satu persatuan induk lebih berkesan dari berbilang-bilang persatuan.

Walaupun JHEV sentiasa bekerjasama dengan kesemua NGO yang berdaftar, namun kerjasama lebih kerap akan terus diadakan di antara JHEV dan PBTM atas pertimbangan-pertimbangan berikut:



  1. PBTM mempunyai jaringan yang menyeluruh di seluruh negara dan mampu menjadi agen penyebaran maklumat yang berkesan;


  2. PBTM mempunyai bilangan keahlian yang ramai dan merupakan NGO yang tertua;


  3. Keahlian PBTM terbuka untuk semua kategori perkhidmatan dan tidak terhad kepada kor-kor perkhidmatan tertentu sahaja; dan


  4. Majoriti ahli-ahli NGO yang lain itu adalah juga ahli PBTM.

Cadangan untuk menjadikan PBTM sebagai badan NGO teras bagi kepentingan semua Veteran ATM akan direalisasikan oleh Jabatan ini kerana masyarakat membandingkannya dengan langkah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang hanya mengiktiraf satu NGO sahaja bagi mewakili bekas-bekas anggota polis.



Dipetik dari:

No comments:


Designed by Najjah Indahart