Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday 29 January 2009

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PENGAKAP MALAYSIA

Rujukan Kami : PPM-2 (033) 2009
Tarikh : 19 Januari 2009

SEMUA PENGARAH PELAJARAN NEGERI

Yang Berbahagia Tuan,


Dengan hormatnya dan sukacitanya ingin saya menarik perhatian Yang Berbahagia Tuan kepada Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan pindaan-pindaan No. 143 Tahun 1974 dan no. 409 Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:-

Perkara 44 Seksyen VII

Bancian Tahunan dan Pendaftaran semula Kumpulan-Kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII

Penyataan-Penyataan banci dan Pendaftaran semula yang lengkap bagi semua Kumpulan-Kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan MESTILAH dihantar ke Ibu Pejabat SEBELUM 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 seksyen VII

Kegagalan menghantarbanci dan Pendaftaran semula sebagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-Kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada Pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi Kumpulan-Kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada Pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat perlantikan, Lencana-Lencana, Wang dan Harta Benda hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-Pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan Pegawai-Pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua Kumpulan-Kumpulan yang telah dipotong Pendaftaran dan semua ahli-ahlidalam Kumpulan-Kumpulan itu tidak lagi menjadi Ahli-Ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut Perbekalan-Perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 berkenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi Ahli Persekutuan.

2. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat EXCO yang lalu telah meluluskan untuk tempoh Pendaftaran Keahlian adalah bagi tempoh 1 tahun bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember pada tiap-tiap tahun. Bagi Pendaftaran bermula pada tahun ini, EXCO juga telah memutuskan untuk menswastakan Pendaftaran Keahlian bagi semua peringkat. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah melantik Syarikat Citra Gemilang Sfn. Bhd. Dalam menguruskan semua Pendaftaran di peringkat Kumpulan, Daerah dan Negeri. Tempoh memproses Pendaftaran dan Kad Keahlian akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan dari tarikh penyerahan Pendaftaran Keahlian. Bagi menjayakan pelaksanaan ini, kerjasama Yang Berbahagia Tuan bagi memantau dan mengawasi pengendalian Pendaftaran dan Yuran Keahlian adalah sangat-sangat diperlukan untuk menjamin kejayaannya.

No comments:


Designed by Najjah Indahart