Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 16 January 2010

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH ...

Terima kasih kepada semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Hulu Terengganu, pemimpin, ahli Pengakap Remaja dan Kelana yang telah memberikan kekuatan kepada para perwakilan Pengakap ke Mesyuarat Agung Perwakilan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu [MBDHT] 2009 yang berlangsung di Berang Cottage, Kuala Berang.
Perwakilan Pengakap telah diberikan kepercayaan yang tinggi serta penghormatan dalam memajukan belia daerah Hulu Terengganu. Ini terbukti apabila empat [4] orang perwakilan telah dilantik untuk menyandang beberapa jawatan dalam MBDHT.
Berikut merupakan beberapa keputusan yang melibatkan perwakilan Pengakap :
  • Sdr Esham Busu : Penolong Setiausaha Kehormat MBDHT
  • Sdr Mohd Yusazri Yusof : Ahli Jawatankuasa MBDHT
  • Sdr Rozly Abdullah : Ahli Jawatankuasa MBDHT
  • Sdr Mohamad Rosidi Sulaiman : Pemeriksa Kira-Kira

Semoga pergerakan Pengakap serta belia daerah Hulu Terengganu akan terus maju di arus perdana dalam mengharungi gelombang serta cabaran belia masa kini.

No comments:


Designed by Najjah Indahart