Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 16 January 2010

Sekilas ... Jambori Kebudayaan Serumpun Malaysia & Indonesia

"Tujuan dasar Jambori ini diadakan adalah untuk mengukuh eratkan perhubungan kedua-dua buah negara jiran iaitu diantara negara Malaysia dan Indonesia melalui budaya berPengakap. Hasil yang diharap kepada Jambori ini adalah agar belia-belia Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia akan dapat membina ikatan silaturrahim yang mendalam dan membelajari perbezaan dan persamaan dari sudut agama, sejarah, budaya, cara hidup dan pemikiran masyarakat kedua-dua buah negara.


Antara agenda utama pengisian Jambori Kebudayaan Serumpun ini adalah berkongsi dan bertukar-tukar kebudayaan antara ahli Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia melalui persembahan kebudayaan, khidmat masyarakat setempat, pertanian, penerangan sejarah, pemakanan dan pelbagai lagi.


Lokasi Jambori ini akan diadakan disekitar tanah bersejarah Istano Basa Paga Ruyuang, Tanah Datar, Sumatera Barat yang menempatkan lokasi istana kerajaan tertua Paga Ruyuang Minangkabau pada tarikh 9 Jun 2010 sehingga 12 Jun 2010. Lokasi ini sangat menarik kerana disinilah pusat kebudayaan bangsa keturunan Minangkabau yang pelbagai dan unik. Sejarah telah banyak menceritakan berkenaan adat dan istiadat keturunan bangsa Minangkabau yang penuh tatacara indah dan berseni untuk dikongsi, dipelajari dan seterusnya diambil yang mana bersesuaian untuk kebaikan belia Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia.


Lokasi Jambori ini juga berhawa dingin kerana terletak di kawasan pendalaman dan berada tinggi dari aras laut. Penduduk sekitar tapak Jambori khususnya Daerah Batu Sangkar sangat peramah dan menghormati kehadiran tetamu luar dan ini adalah sangat menyenangkan. Lokasi ini juga terletak 1 jam perjalanan ke Kota Bukit Tinggi iaitu syurga perlancongan dan membeli belah utama Sumatera Barat."




  • Dipetik dari Weblog Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Zon Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [http://puduscout.blogspot.com]

No comments:


Designed by Najjah Indahart