Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 28 August 2010

JAMBORI SEMPADAN KELANTAN ” ONE LAND SCOUTS JAMBORI”

(Salinan Surat daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu melalui email)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Ibu Pejabat Pengakap Malaysia akan mengelola jambori tersebut pada 10 hingga 15 Okt 2010 di Kem Kijang, Kota Bharu Kelantan. Jambori ini berstatus antarabangsa kerana penyertaan pengakap dari Thailand dan Indonesia.

3. Pengakap Negeri Terengganu telah dijemput dan akan menghantar satu kontinjen ke jambori tersebut. Semua pemimpin dan ahli pengakap Negeri Terengganu dipelawa utuk menyertai jambori ini. Sehubungan itu, bersama ini disertakan Borang Penyertaan dan siaran jambori tersebut.

4. Penyertaan ke jambori ini adalah terhad. Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu akan membuat pemilihan kepada semua yang memohon. Surat makluman seterusnya akan dihantar kepada semua yang berjaya dipilih menyertai kontinjen Terengganu. Semua Borang Penyertaan hendaklah sampai ke Ketua Pesuruhjaya Negeri Terengganu sebelum 2 September 2010. (Jangan hantar yuran lagi, Borang Penyertaan sahaja).

5. Surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan dikeluarkan kepada peserta yang diluluskan menyertai Kontinjen Terengganu.

6. Untuk makluman setiap peserta dikenakan yuran pendaftaran RM 80.00 tidak termasuk tambang pergi-balik dan makan-minum.

7. Dengan sokongan dan kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Saya yang menjalankan tugas,

tt

(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul Iman.

s.k .
- Dato’ Pengerusi MPNT.
- Ibu Pejabat PPM Malaysia.
- Setiausaha Kht. MPNT.
- Pengetua Sekolah Menengah Negeri Terengganu.

No comments:


Designed by Najjah Indahart