Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 20 August 2010

Siri Latihan Kawad Tongkat ... Nota

Mulai dari siri ini akan disiarkan secara berperingkat-peringkat nota berkaitan Kawad Tongkat yang telah dibincangkan di Peringkat Kebangsaan oleh Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Penyiaran nota ini bukanlah bermotifkan keuntungan, namun lebih berkonsep perkongsian ilmu pengetahuan.

Pengenalan

  • Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan Kawad Kaki.
  • Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa hukuman serta pergerakan tentera.
  • Kawad Tongkat hanya diperuntukkan kepada Unit Pengakap Remaja sahaja.
  • Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan tongkat.


Spesifikasi Tongkat Pengakap

  • Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.
  • Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
  • Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
  • Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.

3 comments:

Aliza Othman said...

360 sentimeter bersamaan 12 Kali... Panjang tu...

Aliza Othman said...

12 Kaki.

Aliza Othman said...

12 Kaki.


Designed by Najjah Indahart