Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday, 3 April 2008

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PPM TERENGGANU 2008


Seramai 6 orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu bersama dengan kepimpinan Pengakap daerah lain di Terengganu telah menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu bertempat di Pusat Kegiatan Guru Raja, Besut, Terengganu. Kursus ini telah diadakan selama 3 hari bermula dari 19 hingga 21 Mac 2008.


Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan jentera pengurusan dan juga pentadbiran Pengakap di daerah-daerah serta memperkukuhkan tali silaturrahim pemimpin Pengakap di negeri Terengganu.

Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu telah di wakili oleh:
  1. Encik Abdul Malik Ali - Setiauasaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  2. Encik Wan Ibrahim Wan Nik - Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Ibupejabat/Latihan)
  3. Encik Zainal Abidin Ali - Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Perhubungan/Komunikasi)
  4. Encik Saharudin Wahab - Pen. Pesuruhjaya Pengakap Dearah (Ibupejabat/Unit Muda)
  5. Encik Mohd Yusazri Yusof - Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Multimedia/Sumber)
  6. Puan Norhamimah Hamdan - Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (HELWANI)


    Gambar : Encik Mohd Yusazri Yusof

1 comment:

Scouts Gombak said...

Salam Pengakap,...
Tahniah kepada PPM Negeri Terengganu dan juga PPM Daerah Hulu Terengganu atas penganjuran kursus tersebut. Bolehlah berkongsi apa-apa input yang baru dengan warga pengakap negeri dan daerah lain.

Pengakap GOMBAK


Designed by Najjah Indahart