Menteri Besar
Negjeri Terengganu
Adalah dijangkakan perasmian penutup Kempori Pengakap QBer 2008 akan disempurnakan oleh YAB Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Rombongan sekretariat kempori telah berkunjung ke Pejabat Menteri Besar pada 30 April 2008 bagi merealisasikan jemputan tersebut. Rombongan tersebut terdiri daripada Encik Rosley Mat Hasan, Encik Abdul Ghani Jurid dan juga YM Syed Osman Syed Mustafa memaklumkan bahawa jemputan tersebut telah mendapat tindakbalas yang positif dari pihak Pejabat Menteri Besar. Semoga dengan kehadiran YAB Menteri Besar ke majlis penutup kempori nanti, akan menyemarakan lagi semangat kepengakapan di bumi Terengganu. Ia juga sebagai sokongan moral kepada pergerakan pengakap sendiri.
1 comment:
Semoga impian akan jadi kenyataan. Tahniah kepada you all. PPM Gombak memohon maaf kerana tak dapat join sama, kami akan ikuti perkembangan dari jauh.
Post a Comment