Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday, 31 August 2008

DOA-DOA SEPANJANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat

“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima

“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Mahapengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam

“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh

“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan

“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Kesembilan

“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh

“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Kesebelas

“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

Hari Kedua Belas

“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ketiga Belas

“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Keempat Belas

“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Kelima Belas

“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam Belas

“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ketujuh Belas

“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Kelapan Belas

“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan Belas

“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Kedua Puluh

“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua Puluh Satu

“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Dua

“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Kedua Puluh Tiga

“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua Puluh Empat

“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua Puluh Lima

“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Kedua Puluh Enam

“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Kedua Puluh Tujuh

“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Kedua Puluh Lapan

“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Sembilan

“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ketiga Puluh

“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Dipetik dari:
http://www1.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa/index_html

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...


Ikhlas dari:
* AKELA *

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN...

SELAMAT MENYAMBUT
ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA
KALI KE-51
"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"
TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA YANG TELAH BERSAMA-SAMA
MEMBANGUNKAN MALAYSIA SERTA MENGEKALKAN KEAMANAN
BIARKAN
KEADAAN INI TERUS KEKAL SEHINGGA GENERASI
AKAN DATANG
SEMOGA KITA
TIDAK DIPERSALAHKAN SEBAGAI GENERASI
YANG MEROSAKKAN KESTABILAN TERSEBUT...
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
* AKELA *

Saturday, 30 August 2008

Thursday, 28 August 2008

KELEBIHAN TARAWIKH

Malam 1 -
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 -
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 -
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 -
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 -
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 -
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 -
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 -
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 -
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 -
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 -
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 -
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 -
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 -
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 -
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 -
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 -
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 -
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 -
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 -
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 -
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 -
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 -
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 -
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 -
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 -
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 -
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 -
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 -
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 -
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Tuesday, 26 August 2008

SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN 1429 HIJRAH


SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA

SEPANJANG BULAN RAMADHAN

KEPADA
SEMUA AHLI PENGAKAP YANG BERAGAMA ISLAM


******************************
SEMOGA RAMADHAN YANG BERKUNJUNG TIBA
AKAN MENJADIKAN KITA
SEBAGAI SEORANG INSAN YANG BERSYUKUR
SERTA TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH S.W.T.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 1/2008 (RAE 1/2008)

TAHNIAH!!!


http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_2008_1_Result_for_Website.pdf

Semoga rakan-rakan yang telah LULUS CEMERLANG dalam RAE 1/2008 dapat terbang tinggi... Kepada yang GAGAL, semoga tidak mudah berputus asa... Kerana KEGAGALAN bukan bermakna penghujung segala USAHA

Ikhlas dari

* AKELA *

Sunday, 24 August 2008

Eksplorasi tasik Kenyir Edisi ke-2

Aslm..Terima kasih Akela kerana menjemput saya sebagai salah seorang penyumbang blog ini... :) Selamat kembali kepada semua rakan yang menyertai Eksplorasi Tasik Kenyir...

Hai, ingatkan Akela bersama juga... Mungkin dilain masa Akela dapat bersama-sama bergumbira bersama-sama rakan-rakan....

Friday, 22 August 2008

SETEM KENANGAN SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA




LENSA EKSPLORASI PKK KE TAMAN LAUT 2008 ... ALBUM SIRI 3








PERUTUSAN KETUA PENGAKAP NEGARA ... SEMPENA HARI PENGAKAP MALAYSIA


Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap saya ucapkan kepada semua Pengakap di seluruh tanah air.

Marilah kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya saya berpeluang menemui para Pengakap dari semua lapisan melalui Perutusan Hari Pengakap Malaysia yang disambut pada 1 Ogos 2008 ini."Selamat menyambut 100 tahun Berpengakap Di Malaysia pada hari ini, 1 Ogos 2008". Di dalam perutusan ini, kita semua sama ada secara sedar atau tidak telahpun mengetahui kemelut yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa, dan dengan ucapan Alhamdulillah Syukur, kita dapat mengatasinya, dan kita dipihak yang benar untuk meneruskan "misi" dan "visi" yang kita semua mahukan.

Pada 14 Ogos ini, pelancaran setem kenangan 100 tahun akan dilancarkan, dan penjualannya akan dibuat secara meriah tetapi sederhana di Ibu Pejabat kita, Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, datanglah beramai-ramai pada hari berkenaan untuk menunjukkan kesepaduan, kesetiaan dan berhemahnya kita semua dalam melayari nostalgia kepengakapan 100 tahun di Negara yang kita cintai. Insya Allah dengan kejujuran dan komitmen kita semua dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab berasaskan "Persetiaan Pengakap" dan "Undang¬Undang"nya, kita di Persekutuan Pengakap Malaysia akan lebih dinamik dan relevan mengikut peredaran masa di dalam dan di luar negara, apatah lagi dengan sokongan sepenuhnya dari semua pihak atasan dan akar umbi Pergerakan kita.

Di sini sekali lagi saya suka memetik sedikit ucapan Y.A.B Perdana Menteri kepada kita semua didalam ucapan¬ucapan beliau, diantaranya yang saya dan semua pegawai serta pemimpin yang ada mendengar sama "....Because of my training in scouting movement in school those day, and because of my interest in scouting as a Patrol Leader, that's make me what I am today...."

"....dan saya percaya Pergerakan Pengakap selaku pertubuhan sukarela yang tertua di negara ini, kita telah dan akan dapat meneruskan membimbing generasi muda sebagai pelapis dan penerus kepada kepimpinan yang ada sekarang, di semua bidang, peringkat dan apa jua yang diceburi melalui asas latihan kepimpinan Pengakap yang ada sekarang; kerana saya yakin melalui penerapan "Persetiaan Pengakap" dan menghayati "Undang¬Undang"nya, boleh menjadikan kita "as what we are now" and better still as we move on in our life" with scout spirits.

"....kita mampu dan berdaya tegas dalam menangkis, malah dapat menyahut hasrat kerajaan dalam melawan gejala-gejala sosial yang semakin serius melanda anak-anak muda kita sekarang, kerana sebagai ahli Pengakap, kita boleh menarik serta mempengaruhi mereka daripada terjerumus dan menghindari perkara seperti terlibat dengan dadah, bohsia, disiplin di sekolah, mencuri, gangsterisme dan lain-lain yang merosak masa depan, serta membataskan kegiatan tanpa moral melalui kegiatan dan aktiviti kepengakapan...."

Persekutuan Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989) telah bergerak sebagai badan sukarela yang bersifat non-partisan iaitu bebas dan tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan seperti termaktub dalam Persetiaan Pengakap:

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
Menolong Orang Pada Setiap Masa;
Menurut Undang-Undang Pengakap.

Justeru itu, Pergerakan Pengakap memerlukan dimensi dan strategi yang lebih aggresif dan efektif bagi memantapkan peranan sebagai wadah pemupukan semangat jati diri serta membentukan bina upaya insan yang kritis, kreatif, competent, konstruktif, inovatif, koheren dan kohesif selaras dengan Rancangan Malaysia ke-9. Pemantauan secara berterusan terhadap kualiti kepengakapan itu harus dipergiatkan dari segi pengurusan, pentadbiran, latihan dan program. Di peringkat kumpulan, ahli pengakap seharusnya diberi peluang, ruang dan pendedahan yang sesuai bagi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi membolehkan mereka mencapai tahap kepengakapan berkualiti tinggi iaitu ke peringkat RAMBU, SIJIL PENGAKAP RAJA dan ANUGERAH BP. Teras kepengakapan adalah sebagai pendokong pendidikan dan latihan berterusan yang melengkapkan pendidikan formal dan tidak formal serta bertanggungjawab dalam proses pembinaan insan berkualiti tinggi. Penekanan terhadap mutu disiplin yang tinggi merupakan tunggak dalam penentuan tingkahlaku dan akhlak individu yang cemerlang. Ahli-ahli pengakap yang terlatih berupaya untuk mencerminkan keperibadian yang tinggi, sistematik, berkesan mampu mencerna pemikiran yang dinamis.

Di peringkat antarabangsa, Pengakap kita tidak kurang hebatnya, kerana kita berjaya dipilih untuk menjadi tuan rumah APR Conference ke-23 pada November 2009, tahun hadapan, di mana pemilihan itu dipersetujui oleh semua negara APR, semasa APR Conference ke-22 di Tokyo, Jepun pada bulan November 2007 yang lalu. Disamping itu, PPM juga telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Jambori IUMS (International United Muslims Scouts) ke-3, pada 18 - 24 Ogos 2008 ini, yang mana ini menunjukan kehebatan dan kewibawaan kita adalah diiktiraf oleh dunia Islam. Dan tidak dinafikan juga kepimpinan kita telahpun diketengahkan dengan dua jawatan penting dalam Pengakap Asia, adalah disandang oleh kita, iaitu Setiausaha Agong Pengakap ASEAN iaitu Encik Nasaruddin Samsuddin dan Bendahari Pengakap ASEAN iaitu Y.Bhg. Dato' Haji Kaharudin Mo'min.

Saya suka mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat bakti semua pihak terutama, ahli-ahli majlis, pesuruhjaya-pesuruhjaya peringkat nasional, negeri dan daerah dan para pemimpin serta kepada pengarah, pengetua dan guru besar sebagai kuasa penganjur kumpulan Pengakap yang secara berterusan memberi galakan dan dorongan bagi mencapai kecemerlangan dalam kepengakapan dan di kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima-penerima Bintang dan Pingat Pesekutuan Pengakap Malaysia pada tahun ini, sayugia dengan penganugerahan itu menjadikan tuan-tuan dan puan-puan bertambah yakin dan gigih dalam menjayakan Pergerakan Pengakap kita di tanah air dan seantero dunia.

Selamat Hari Pengakap dengan iringan doa "Hari Ini Adalah Lebih Baik Dari Semalam dan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalam Mualaikum W.T.H dan Salam Sejahtera, Salam Pengakap.
Wassamualaikum Warahmatullahi


Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh
Ketua Pengakap Negara

Wednesday, 20 August 2008

JAMBORI KEAMANAN ANTARABANGSA KE-3 ... PETIKAN LAPORAN BERITA






MELAKA, 20 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pergerakan pengakap mampu membantu dalam mewujudkan keamanan sejagat berdasarkan kepada falsafah mereka yang menjurus kepada penekanan terhadap aspek mengenai persaudaraan, kedamaian dan keamanan.


Perdana Menteri berkata anggota pengakap di seluruh dunia disemai dengan semangat persaudaraan yang tinggi, cintakan keamanan, kedamaian dan bersedia memberi pertolongan pada bila-bila masa.


"Pengakap adalah satu pergerakan yang global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini hari ini.


Jambori selama tujuh hari yang bermula sejak 18 Ogos lepas, dihadiri kira-kira 1,000 peserta dari negara rantau Asia Pasifik seperti Mesir, Lubnan, Thailand, Yaman, Kuwait, Indonesia, Turki dan Malaysia.


Abdullah yang juga Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia berkata melalui jambori yang diadakan itu, anggotanya boleh berbincang sesama mereka mengenai pelbagai perkara-perkara ke arah mewujudkan keamanan dan kedamaian.


Beliau berkata dalam jambori terdapat peserta yang datang dari negara-negara Timur Tengah yang berhadapan dengan masalah-masalah tertentu.


"Dengan adanya pertemuan ini, mereka akan dapat memahami masalah dan penderitaan yang dialami oleh rakyat di sesetengah negara-negara Timur Tengah," katanya.


Abdullah berkata di Malaysia, anggota pengakap sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan secara sukarela terutamanya ketika muncul kejadian bencana alam atau kemalangan lain yang memerlukan ramai tenaga sukarelawan.


Beliau berharap ramai lagi sukarelawan, terutama dari golongan belia, akan menganggotai pergerakan pengakap dalam negara.


"Saya sendiri adalah anggota pengakap semasa di sekolah dan saya amat menghargai persahabatan yang dijalinkan antara saya dan pelajar-pelajar dari kaum Cina, India, Singh pun ada; dan juga kawan-kawan sebangsa dengan saya. Sehingga hari ini (kami) masih ada hubungan persahabatan, mereka masih sahabat saya," katanya.


Abdullah seterusnya berkata beliau berharap peserta dari luar negara dapat meluangkan masa untuk melawat Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan Kuala Lumpur bagi melihat pembangunan yang pesat dan kehidupan masyarakat berbilang bangsa yang harmoni di Malaysia.


-- BERNAMA

JAMBORI KEAMANAN 2008 ... PETIKAN AKHBAR



Thursday, 14 August 2008

QUBERSCOUT MENANTIKAN 51st JOTA/12th JOTI...

18 HINGGA 19 OKTOBER 2008


AKELA ... Berharap anak-anak Pengakap dan juga Pemimpin Pengakap di Daerah Hulu Terengganu akan dapat berinteraksi dengan Pengakap Seluruh Dunia ... Kalau boleh, 9W2SLK dapat membantu kami dari jauh dalam menyiapkan kami untuk 51st JOTA/ 12th JOTI nanti ... Insya'allah, AKELA akan mohon supaya 9W2CZC juga dapat membantu menjayakannya dalam daerah untuk anak-anak Pengakap Hulu Terengganu ...

INFO JOTA MALAYSIA 2008 ...

Untuk mendapatkan infi : http://www.scouts.my/JOTA/






Terima Kasih atas informasi yang telah disampaikan oleh
9W2SLK kepada AKELA...

Monday, 11 August 2008

JAMBOREE? ON THE AIR? ON THE INTERNET?


Bukan pasal logo yang digunakan... Tetapi perlaksanaan biarlah menyeluruh meliputi semua negeri dan daerah... Tidak wajarlah sekarang kalau diandaikan dalam PPM negeri tiada orang yang mengendalikan bahagian ICT... Seharusnya Ibupejabat PPM melakukan pemantauan ke akar umbi berkaitan ICT dan juga komunikasi radio sebelum melaksanakan sesuatu JOTA/JOTI... Jangan seperti hari ini, selepas sahaja dilaksanakan program berkenaan ramai yang ketinggalan...

AKELA saje2 nak usik IBUPEJABAT PPM
Kalu betul la ada orang ICT kat Ibupejabat PPM pasti la perkara terjawab... Hehehehehe

Friday, 8 August 2008

IBADAH DIBULAN SYA'BAN MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN

Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan Ramadhan
Oleh: Haslinda Lukman

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 3 Ogos 2008 dan ia berlangsung hingga 31 Ogos 2008. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban.

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari).

Tarikh : 14 July 2006
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]

BEIJING 2008 ...

Selamat Berjuang Untuk
Semua Atlit Malaysia
di Sukan Olimpik 2008
Beijing, China.
08 : 08 : 08
Semoga Anda Dapat Menghasilkan Kejayaan...

Daripada
Warga Pengakap Daerah Hulu Terengganu

Monday, 4 August 2008

LENSA EKSPLORASI PKK KE TAMAN LAUT 2008 ... ALBUM 2

Rasa-rasanya sesi senaman pagi atau POCO-POCO... Hehehe... AKELA kalu bab POCO-POCO memang rasa kempunan la...

Ni dah macam PATI pehal plak... Mungkin kerana terlalu ghairah nak pergi snorkeling agaknya...

Alhamdulillah... Semua yang pergi mengikuti undang-undang aktiviti di air... Lengkap dengan BA... Dah bersedia semuanya
Apa-apa pon AKELA ucapkan semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki kepada Saudara Izat yg menyambut besday yg ke -(dirahsiakan)...

Saturday, 2 August 2008

TAHNIAH ... ATAS KEJAYAAN PROGRAM EKSPLORASI PKK KE TAMAN LAUT


Sdr. Shamshurizat Hashim
Pengarah Program
Eksplorasi PKK ke Taman Laut 2008

SEMPENA 100 KEPENGAKAPAN MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT
HARI PENGAKAP MALAYSIA
(1 OGOS 2008)
SEMPENA ULANGTAHUN KE-100 TAHUN PPM
  • ...
BERSAMA MEMPERKASAKAN KEPENGAKAPAN DEMI GENERASI AKAN DATANG
  • ...
DARI
  • PENGERUSI DAN AHLI JAWATAKUASA
MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU
  • PESURUHJAYA DAN SEMUA PENOLONG PESURUHJAYA
PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU
  • PEMIMPIN DAN WARGA PENGAKAP

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

HULU TERENGGANU

Designed by Najjah Indahart