Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 19 October 2008

JOTA 2008


Seramai 4 orang pemimpin pengakap daerah Hulu Terengganu telah berkunjung ke Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan untuk mendalami Jambori di Udara atau lebih dikenali sebagai Jamboree On The Air (JOTA). Rombongan tersebut telah disertai oleh Encik Zainal Abidin Ali (PPPDHT-Komunikasi), Encik Rosley Mat Hasan (PPPDHT-Pentadbiran), Encik Esham Busu (PPPDHT-Latihan) dan Encik Abdul Malik Ali (Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu).

JOTA berkenaan telah dikendalikan oleh Encik Aizuddin (9M2 CIO) dan rakan-rakan komunikasi PPM Kelantan di bawah kelulusan Acara Khas (9M1 CSD) oleh SKMM. Seramai 38 orang ahli Pengakap seluruh Kelantan telah menyertai JOTA.

JOTA ini berlangsung pada 18 & 19 Oktober 2008. Rombongan kami berkesempatan mendengar perbualan (QSO) stesen JOTA PPM Kelantan dengan beberapa buah stesen JOTA di Malaysia dan Juga beberapa buah negara jiran iaitu, Stesen JOTA di Indonesia, Singapura, India dan Australia.




Harapan kami, semoga PPM Hulu Terengganu akan dapat melaksanakan Pra-JOTA bersempena Korobori Pengakap Kanak-Kanak Quber 2008 yang akan berlangsung bermula 28 Oktober hingga 01 November 2008.






TERIMA KASIH SERTA SEKALUNG PENGHARGAAN

kepada

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI KELANTAN

kerana

MENERIMA KUNJUNGAN KAMI DENGAN MESRA...

No comments:


Designed by Najjah Indahart